Anda di halaman 1dari 5

Kecindan

Maksud : Kebolehan seseorang manusia, objek, situasi atau perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira atau terhibur.

Situasi : Guru boleh menggunakan tiga hingga empat kartun yang berunsurkan kecindan dalam menyampaikan isi pelajaran berbentuk cerita atau contoh dalam sesi pembelajaran tetapi berkait dengan tujuan atau isi kandungan pelajaran..

Kajian oleh Frymier et al., (2008) menunjukkan jenaka dalam bilik darjah membantu berlakunya interaksi guru-murid dengan lebih lancar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Jenaka boleh membantu pelajar menambahkan kemahiran komunikasi dan boleh membantu murid yang bersifat pemalu untuk berinteraksi.

Ia juga membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah.

Jenaka dikatakan dapat memperbaiki sikap murid terhadap mata pelajaran, mengurangkan kebimbangan, tekanan, ketegangan dan kebosanan. Amalan ini juga dapat meningkatkan kefahaman, ingatan, minat dan pelaksanaan tugasan; meningkatkan motivasi untuk belajar dan kepuasan belajar serta menggalakkan kreativiti dan pemikiran secara divergent.

Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topik atau kemahiran. Kajian saintifik perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. Guru perlu berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian saintifik.

Guru sentiasa membuat penilaian kendiri dan kajian tindakan berdasarkan kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran; CIRI-CIRI PENILAIAN KENDALIAN KENDIRI 1.Pelbagai kaedah pemerhatian lisan penulisan 2.Menekankan Perkembangan Individu berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individu

3.Menggalakkan Penilaian Kendiri melatih p menilai kemajuan sendiri secara berterusan pengajar mendapat maklumat tambahan
4.Membolehkan Tindakan Susulan mengatasi kelemahan pembelajaran mempertingkatkan kekuatan pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai