Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti Pdp Yang Dapat

Mencungkil Bakat Murid


Mengadakan pertandingan

• Guru boleh mengadakan pertandingan bagi mencungkil bakat murid-murid.


Dalam pada itu, pertandingan yang diadakan akan menyebabkan murid lebih
bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk menang. Sebagai contoh, guru
mengadakan pertandingan melukis dan menyediakan hadiah bagi mereka
yang paling kreatif. Dengan ini, guru bukan sahaja dapat mencungkil bakat
melukis murid, malah murid juga akan lebih bersemangat dan akan melukis
dengan sebaik mungkin disebabkan mereka akan bersaing antara satu sama
lain.
Guru Sebagai Mentor Atau Pembimbing

• Guru perlu mendidik murid untuk mencari bahan pembelajaran


sendiri. Seterusnya murid akan membentangkan hasil yang
dijumpai kepada kelas dan guru. Guru akan membimbing murid
sekiranya mencari sumber yang salah dan jika murid tidak
memahami pembelajaran tersebut. Dengan ini, guru bukan sahaja
mencungkil kemahiran bercakap murid, malah dapat membantu
meningkatkan keyakinan murid untuk bercakap di khalayak ramai
Hot Seat
• Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memerangsangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga
harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna (Shangeetha, 2011).Guru boleh mengadakan
Hot Seat sebagai aktiviti PdP dalam bilik darjah. Guru bukan sahaja boleh menguji kefahaman
murid, malah boleh mencungkil bakat bercakap murid. Aktiviti seperti ini mampu untuk
meningkatkan keyakinan murid serta mengasah bakat percakapan murid supaya lebih petah
untuk berkata-kata. Hot Seat merupakan aktiviti susulan selepas topik pelajaran selesai
dibincangkan . Aktiviti ini boleh diadakan secara individu atau berkumpulan. Sebagai contoh, guru
yang mengajar mata pelajaran sains perlu memilih seorang murid untuk duduk di kerusi yang
diletakkan di hadapan kelas (Hot Seat). Rakan sekelas yang lain perlu menanyakan soalan
berkaitan topik sistem pernafasan manusia kepada murid yang duduk di kerusi tersebut. Murid
tersebut perlu menjawab soalan yang dilontarkan oleh rakan-rakannya. Aktiviti boleh diulang
dengan murid yang lain pula. Penggunaan aktiviti ini akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat
sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.

Anda mungkin juga menyukai