Anda di halaman 1dari 3

AMALAN KUNJUNG MENGUNJUNG ANTARA MASYARAKAT CINA

PERANAKAN DAN MASYARAKAT MELAYU

Budaya kunjung-mengunjung yang diamalkan oleh masyarakat cina peranakan dan masyarakat
melayu di kampung Tiruk, Kuala Terengganu, Malaysia setiap kali musim perayaan sudah
menjadi amalan nenek moyang sejak dahulu lagi. Malah, amalan yang menjadi satu kewajipan
setiap kali sambutan perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina
menterjemahkan segalagalanya betapa kukuh jalinan muhibah di masyarakat cina peranakan dan
masyarakat melayu di kampung Tiruk.

Seterusnya, amalan kunjung-mengunjung yang menjadi tradisi masyarakat cina peranakan dan
masyarakat melayu di kampung Tiruk bukan sahaja melambangkan semangat setiakawan dan
perpaduan kukuh malah ia menggambarkan semangat 1Malaysia berjaya dipraktikkan sekali gus
difahami oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Menerusi kunjung-mengunjung atau
ziarah-menziarahi itu, kita dapat berinteraksi dan bertemu dengan sanak-saudara, rakantaulan
sama ada yang dekat mahupun yang jauh bertanya khabar.

Selain itu, perjumpaan antara masyarakat cina peranakan dan masyarakat melayu dalam satu
majlis besar atau majlis rumah terbuka sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru
Cina yang dapat dilakukan hanya setahun sekali dimanfaatkan bersama untuk berkongsi cerita
dan pendapat masing-masing. Ia juga digunakan untuk mengukuhkan perpaduan kaum yang
sedia terjalin. Perpaduan kukuh itu turut menterjemahkan semangat 1Malaysia sudah lama
berputik sekali gus menunjukkan rakyat negara ini berpegang pada prinsip saling menghormati
antara satu sama lain. Uniknya, kunjungan tetamu terdiri dari berbilang bangsa bukan sahaja
berseorangan bahkan mereka datang secara beramai-ramai sambil bersalaman dan bertanyakan
khabar.

Disamping itu, amalan kunjung-mengunjung yang menjadi tradisi masyarakat cina peranakan
dan masyarakat melayu di kampung Tiruk menunjukkan semangat silaturahim sentiasa berputik
kerana kestabilan politik dan keharmonian negara adalah tanggungjawab bersama. Malah,
konsep rumah terbuka yang diamalkan masyarakat cina peranakan dan masyarakat melayu di
kampung Tiruk sebenarnya memberi mesej jelas semangat 1Malaysia terus subur. Dan semangat
itu akan dijadikan ikutan negara-negara maju lain. Rumah terbuka yang melambangkan
perpaduan kukuh dan kestabilan negara memberi petanda bahawa Malaysia merupakan sebuah
negara yang mementingkan perpaduan kaum dan keamanan negara.

Namun perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk
menyara keluarga masing-masing. Mengurangkan amalan kunjung mengunjung dalam kalangan
masyarakat cina peranakan dan masyarakat melayu di kampung Tiruk. Hal ini demikian kerana
kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kampung
Tiruk bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka kesuntukan masa untuk kunjung
mengunjung dan bertegur sapa sesama jiran mereka. Selain itu, corak pekerjaan yang dilakukan
oleh masyarakat kampung Tiruk dahulu dan sekarang sangat berbeza. Masyarakat kampung
Tiruk pada zaman dahulu, berkerja berasaskan pertanian yang memerlukan semangat
bekerjasama di antara mereka, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Manakala masyarakat sekarang bekerja sendiri yang tidak menekankan amalan kerjasama. Oleh
itu, perubahan hidup masyarakat sekarang jelas menjadi penyebab kepada kelunturan semangat
kunjung mengunjung pada masa kini.

Ahhirnya, kemajuan dalam bidang teknologi turut mempengaruhi kelunturan amalan kunjung
mengunjung masyarakat kampung Tiruk pada masa kini. Pada zaman sekarang., bidang
teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat. Penggunaan media elektronik seperti
telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang yang menyebabkan amalan kunjung
mengunjung dan semangat kejiranan kini semakin hilang. Masyarakat di kampung Tiruk kini
terlalu asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka yang tidak
memerlukan mereka keluar rumah dan bersusah-payah untuk mendapatkannya. Kemudahan
peralatan canggih seperti ini selalunya terdapat di dalam rumah mereka yang menyebabkan
mereka semakin tidak menghiraukan semangat kejiranan dan kunjung mengunjungi antara
masyarakat kampung. Budaya sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran
semakin berkurangan. Oleh itu, kemajuan dalam bidang teknologi pada masa sekarang turut
mempengaruhi kelunturan amalan kunjung-mengunjungi dan semangat kejiranan.

Link:

http://www.theborneopost.com/2013/02/12/amalan-kunjung-mengunjung-memupuk-semangat-
perpaduan/
https://brainly.my/tugasan/162920

Anda mungkin juga menyukai