Anda di halaman 1dari 1

CARA MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK,

BIJAKSANA & DISEGANI


1. Berikan contoh
Pemimpin yang baik tidak hanya sekadar memberi perintah dan larangan tetapi juga harus memberi
contoh. Jika anda ingin anak buah disiplin dan bekerja keras maka lakukan juga perkara yang sama.

2. Komunikasi yang baik


Pemimpin mesti boleh berkomunikasi secara tepat, mudah difahami, jelas dan tidak memberikan
pengertian yang berbeza-beza.

3. Bertanggungjawab
Pemimpin yang baik haruslah menanggung kesalahan yang dilakukan oleh orang bawahannya,
kerana ia merupakan tanggungjawab pemimpin.

4. Kuasai bidang pekerjaan


Pemimpin yg baik harus memahami secara keseluruhan bidang kerja ahli dalam organisasinya agar
memudahkan proses pembahagian kerja.

5. Pertimbangkan keputusan yang akan diambil


Pertimbangkan baik buruknya suatu keputusan sebelum diambil. Fikirkan apa keuntungan dan risiko
yg akan diterima, serta jangan takut untuk meminta pendapat dari ahli organisasi yang lain.

6. Belajar bahasa tubuh


Seorang pemimpin harus tahu bahasa tubuh orang secara umum. Dengan ini anda akan tahu
bahawa seseorang itu sedang berbohong, sedih, atau marah.

7. menberikan penghargaan dan hukuman


Pemimpin yang bijaksana memberi penghargaan kepada ahli yang berprestasi dan hukuman
kepada ahlli yang bersalah secara adil agar ahli kumpulan yang lain tetap bekerja secara efektif.

Anda mungkin juga menyukai