Anda di halaman 1dari 6

9 Mitos Dan Lagenda Ikan Duyung

Dari Seluruh Dunia


Selama ribuan tahun, manusia telah menulis mengenai ikan duyung.
Makhluk ini menjadi begitu terkenal dalam rancangan televisyen
dan filem. Hampir kebanyakan budaya mempunyai versi lagenda
ikan duyung mereka tersendiri.

Ada di antara lagenda yang mengisahkan makhluk ini mengumpan


para kelasi kepada kematian mereka dan ada pula yang ingin
menjadi sahabat kepada manusia. Bahkan, ada juga ikan duyung
yang ingin menjadi seperti manusia itu sendiri.

Kini, ramai berpendapat penampakan ikan duyung pada zaman


dahulu adalah imaginasi para kelasi yang tersalah anggap haiwan
seperti dugong, singa laut atau ikan lumba-lumba.

Namun, lagenda kewujudan ikan duyung ini masih menarik minat


manusia di seluruh pelusuk dunia. Berikut adalah beberapa lagenda
mengenainya.

9. Melusine – Perancis
Lagenda mengenai ikan duyung ini banyak diceritakan di dalam
kisah dongeng Eropah. Melusine mempunyai bahagian bawah
badan menyerupai ekor ular.

Melusine dikatakan seorang wanita garang yang ingin membalas


dendam terhadap ayahnya bagi pihak ibunya. Dia dikatakan telah
berkahwin dengan seorang bangsawan dan mengenakan satu syarat
pelik, iaitu dia ingin bersendirian selama 1 hari dalam seminggu.

Oleh kerana sifat ingin tahu, suaminya telah mengintai Melusine


ketika bersendirian dan terkejut apabila mendapa_ isterinya itu
sebenarnya adalah seekor ikan duyung.
Kerabat di raja Perancis dari House of Lusignan mendakwa mereka
adalah keturunan dari Melusine. Kini, gambarnya kelihatan di
seluruh dunia, terutamanya pada lambang minuman kopi terkenal
iaitu Starbucks.

8. Ceasg – Scotland

Disebut dengan "kee-ask", ikan duyung dari Scotland ini adalah


separuh wanita dan separuh ikan salmon. Lagenda menceritakan
sesiapa yang berjaya menangkap Ceasg ini akan mendapat 3
permintaan.

Makhluk ini dikatakan menggoda manusia kepada kematian sama


seperti lagenda Siren. Cara untuk membunuh Ceasg ialah dengan
memusnahkan azimat mereka berbentuk cengkerang di mana ia
menyimpan rohnya dan disembunyikan agar tidak dijumpai
manusia.

Lagenda juga mengatakan jika anda berjaya menemui cinta sejati


bersama Ceasg, mahkluk ini akan bertukar sepenuhnya kepada
manusia. Tiada 3 permintaan yang diberikan, sebaliknya anda akan
menjadi bertuah sepanjang hidup.

Terdapat beberapa keluarga di Scotland mendakwa mereka adalah


dari keturunan pasangan manusia dan ikan duyung iniyang
berkahwin.

7. Millalobo – Chile

Di Chile, terdapat mitos mengenai raja di lautan yang digelar


sebagai Millalobo. Ia adalah separuh manusia dan separuh lagi
singa laut. Millalobo dikatakan berkahwin dengan manusia dan
mempunyai seorang anak lelaki bernama Pincoy serta dua orang
anak perempuan bernama Sirena dan Pincoya.
Beberapa orang kelasi mendakwa mereka pernah dibantu oleh
Pincoy yang menunjukkan arah pulang ke_ka sesat di lautan.
Pincoya pula dikatakan sebagai seorang wanita paling can_k di
dunia dengan rambut perang serta mempunyai mata berwarna biru.

Pincoya dikatakan akan duduk di atas batu dan gemar menari. Jika
dia memandang ke arah lautan maka para nelayan akan mendapat
banyak tangkapan dan jika dia memandang ke arah darat maka
sebaliknya yang akan berlaku.

6. Triton – Greece
Di dalam mitos Greek, Triton merupakan tuhan yang menjaga tasik
Tritonis. Dia adalah anak kepada Poseidon iaitu tuhan lautan. Triton
dikatakan membawa cengkerang di mana ia digunakan sebagai
semboyan dan juga senjata.

Menurut lagenda, jika kelasi sesat di tasik itu, Triton akan


membantu mereka dengan mencipta sebidang tanah yang kini
dikenali sebagai pulau Thera. Pada kelasi yang sesat dapat berehat
di situ sementara Triton akan menerangkan kepada mereka jalan
kembali kepada lautan terbuka.

Tidak semuanya kisah baik mengenai Triton. Jika terdapat ternakan


yang hilang atau kelasi terbunuh di lautan, ia adalah perbuatan
Triton. Kerana tidak mampu melawan kuasa tuhan, mereka akan
menawarkan minuman keras yang diletakkan di tepi pantai sebagai
sembahan kepada Triton.

5. Mami Wata – Afrika


Mami Wata adalah dewi ikan duyung Afrika yang mempunyai
kuasa menyembuh dan ibu kepada semua hidupan laut. Terdapat
banyak kisah penampakannya di tasik, sungai dan laut di benua itu.
Mami Wata sering dilihat memegang ular air di sekitar bahunya dan
dia dikatakan boleh berubah bentuk kepada wanita, ikan atau ikan
duyung mengikut kemahuannya.

Sehingga hari ini, masyarakat di Afrika berasa taksub mengenai


lagenda Mami Wata. Terdapat banyak patungnya dijual sebagai
cendera hati. Di Afrika juga terdapat satu kumpulan yang memuja
para dewi dan mereka digelar sebagai "anak Mami Wata".

Mereka mendakwa sering bermimpi didatangi Mami Wata yang


memanggil mereka untuk melakukan upacara pembersihan
kerohanian.

4. The Finfolk - Ireland & Scotland


Di Ireland dan Scotland, mereka percaya bahawa "Finfolk" adalah
spesis ikan duyung yang tinggal di kerajaan bawah laut bernama
Finfolkenheim. Pada musim panas makhluk ini dipercayai akan
berehat di Hildaland, iaitu sebuah pulau yang akan muncul buat
seketika waktu sahaja.

Makhluk ini juga dipercayai boleh berubah bentuk kepada ikan atau
manusia sepenuhnya. Selain itu Finfolk dikatakan sangat can_k dan
akan menggoda manusia supaya mengawan dengan mereka.

Namun, ia sebenarnya berniat untuk mengambil keperawanan


manusia untuk kekal hidup selamanya. Jika ada sesiapa yang
diculik atau kelasi hilang di lautan, mereka percaya ia adalah
perbuatan Finfolk itu.

Dikatakan jika Finfolk berkahwin sesama sendiri, Finfolk betina


yang dikenali sebagai Finwife akan berubah bentuk menjadi
seorang wanita tua yang akan naik ke darat untuk bekerja bagi
mendapatkan wang dan makanan.

3. Iara – Brazil
Menurut lagenda Brazil, Iara adalah seorang gadis berani dan pintar
yang tinggal di Amazon. Dia mempunyai kebolehan berlawan
dengan lebih baik berbanding saudara lelakinya yang lain. Iara yang
disayangi dan dihormati oleh puaknya membuatkan abang-
abangnya cemburu.

Mereka kemudian telah membunuh Iara dan membuang mayatnya


ke dalam Sungai Amazon. Ketika itu, Dewi Bulan iaitu Jaci berasa
kasihan terhadapnya dan telah menghidupkannya semula sebagai
seekor ikan duyung.

Setelah dihidupkan semula, Iara telah menghabiskan masanya


membalas
dendam terhadap lelaki. Setiap kali ada lelaki yang mati lemas di
Sungai Amazon, mereka percaya ia adalah perbuatan Iara.

Suatu hari, seorang lelaki bernama Jaraguari bertemu dengan Iara


dan mereka berdua telah jatuh cinta. Jaraguari memberitahu ibunya
dia telah menemui seekor ikan duyung yang cantik dan ingin
bersamanya di dalam kehidupan dalam air. Selepas itu mereka
percaya bahawa roh Iara telah menjadi tenang.

2. Ningyo – Jepun
Berbeza daripada lagenda ikan duyung versi barat yang
kebanyakannya dikatakan cantik, versi ikan duyung Jepun ini
adalah sebaliknya. Ningyo dikatakan seekor ikan gergasi yang
mempunyai wajah manusia, mulut monyet dengan taring keemasan
dan juga tanduk.

Makhluk ini dikatakan mempunyai suara seakan-akan bunyi tiupan


seruling. Menurut lagenda lagi, sesiapa sahaja yang memakan
daging Ningyo akan menjadi cantik, muda dan hidup kekal.
Akan tetapi, jika makhluk ini ditangkap maka akan terjadinya ribut
yang sangat dahsyat dan akan membawa nasib yang malang kepada
penduduk seluruh kampung.

1. Jiaorén - China
Dalam lagenda China, Jiaoren adalah ikan duyung yang bukan
sahaja cantic malah makhluk ini juga mempunyai kemahiran untuk
membuat pakaian dari kain yang dinamakan "tenunan naga".
Pakaian sakti ini tidak akan basah jika
terkena air.

Jika Jiaoren menangis, air matanya akan bertukar menjadi mutiara.


Semasa Dinasti Jin, terdapat satu catatan di mana ia menceritakan
tentang kemunculan ikan duyung yang menjual kain "tenunan naga"
ini kepada manusia.

Jika ada sesiapa yang menawarkannya tempat tinggal, dia akan


berterima kasih dengan menitiskan air mata ke dalam bekas tadahan
yang kemudian dipenuhi oleh mutiara.

Dalam sejarah, beberapa orang bangsawan China mendakwa


mereka mempunyai pakaian yang dihasilkan menggunakan
"tenunan naga" ini.

Anda mungkin juga menyukai