Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA PERASMIAN DAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA

TAHUNAN KALI KE 11 TAHUN 2015


SK POKOK SENA, KEPALA BATAS PULAU PINANG

Teks Juruacara: NUR IZWANI SALFINAS BT AZIZAN & AHMAD SHARQAWI B ABD HAMID

ACARA SKRIP CATATAN


Aluan Yang Berbahagia Datuk Roslan B Saidin, ADUN Pinang Tunggal

Yang Berusaha Tn Hj Mohd Sobri b Hj Khamis, Guru Besar SK Pokok Sena

Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG SK Pokok Sena,

Yang Berusaha En Mohd Fauzey b Abu Bakar, Penolong Kanan Pentadbiran SK Pokok
Sena

Yang Dihormati En Harmizi b Mohamed, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK


Pokok Sena,

Yang Dihormati En Rujhan b Omar, Penolong Kanan Kokurikulum SK Pokok Sena,

Guru-guru,

AJK-AJK PIBG

Murid murid

seterusnya sidang hadirin sekalian

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH


KEBANGSAAN POKOK SENA KALI KE 11 BAGI TAHUN 2015.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana
atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang -
gemilang ini untuk menjayakan kejohanan olahraga SKPS kali ke 11.

Perarakan Hadirin yang dihormati,


kontijen
Marilah kita sama-sama saksikan perarakan masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan
yang akan mengambil bahagian dalam KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
SKPS KALI KE 11 pada tahun ini.

(lintas hormat kontinjen)

Majlis menjemput Yang Berusaha Tn Hj Mohd Sobri b Hj Khmais, Guru Besar SK


Pokok Sena untuk mengiringi Yang Berbahagia Datuk Roslan b Saidin untuk menerima
lintas hormat daripada kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian. Dipersilakan.
Lintas Hadirin sekalian,
Hormat
Perbarisan masuk Kontinjen rumah sukan dimulakan dengan Rumah
MERAH.
Merah membara pasti juara yang diketuai oleh Pn Mazah bt Dollah.
Dengan motto BETTER STRIVE THAN NEVER diharap menjadi
pemangkin semangat untuk mengejar kejuaraan.

Berikut pula ialah kontinjen dari rumah HIJAU sebagai simbol keamanan. Hijau segar
sentiasa mekar. Kontinjen ini dipimpin Pn Norjehan Liza bt Abd Jalil. Motto HIJAU
HEBAT diharap dapat menjadi penguat semangat Rumah HIJAU untuk terus
mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini.

Kuning diraja bersemangat waja. Seterusnya ialah kontinjen dari rumah KUNING.
Kontinjen ini dibimbing oleh Pn Fakriah bt Umar. Dengan motto, KUNING
MELANGKAH MEGAH, kita percaya Rumah Kuning mampu membuat kejutan
dalam kejohanan kali ini.

Berikut pula ialah kontinjen terakhir dalam perbarisan Kejohanan Olahraga Tahunan
SKPS kali ke 11 ini ialah kontinjen dari Rumah BIRU yang bersimbolikkan keamanan.
Biru berombak pantang berganjak. Kontijen ini mendapat bimbingan daripada Pn
Rapina bt Che Me. BERHATI WAJA TERAS KEJAYAAN ialah motto kontinjen yang
diharap akan membawa tuah kepada Rumah BIRU pada tahun ini.

*Nyanyian lagu*

Taekwando Ayuh kita sama-sama menyaksikan persembahan taekwando oleh

_______________________________________________________________.

di bawah pimpinan ___________________________________________________.

Selepas semua masuk padang


Doa
Sebelum acara bermula, pohonkan doa ke hadrat yang Esa. Majlis mempersilakan Tn
Hj Mohd Hafizal b Abu Hassan untuk memimpin bacaan doa.
Falya Tafaddal Mashkura.

Hadirin sekalian,
Ucapan
Guru Besar Sebelum majlis bermula, marilah kita mendengar bait-bait kata ucapan daripada Tuan
Guru Besar SK Pokok Sena, Tn Hj Mohd Sobri b Hj Khamis. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Ucapan Hadirin yang dihormati.


Perasmian
Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan perasmian. Untuk
itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tn Hj Mohd Sobri b Khamis,
guru besar SK Pokok Sena untuk mempersila dan mengiringi Yang Berbahagia Datuk
Roslan b Saidin untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan Kejohanan Olahraga
Tahunan SK Pokok Sena kali ke 11. Dengan segala hormatnya dipersilakan

(selesai ucapan)

Moga dengan ucapan dan perasmian sebentar tadi dapat memberi azam dan semangat
yang kuat kepada para peserta untuk bersungguh-sungguh pada hari ini.

Upacara
Menaikkan Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera Kejohanan
Bendera yang akan disempurnakan oleh
_________________________________________

(Tunggu sehingga bendera kejohanan selesai dinaikkan)

Demikianlah tadi berakhirnya upacara menaikkan bendera kejohanan


olahraga tahunan SK Pokok Sena kali ke 11

Ikrar Hadirin yang dihormati,


Kejohanan Seterusnya, majlis mempersilakan Saudara______________________________ untuk
mengetuai lafaz ikrar kejohanan . Dipersilakan

Terima kasih saudara _____________________________________________.


Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen
para atlet dalam kejohanan ini.

Perarakan Hadirin yang dihormati,


Keluar
Demikian tadi selesainya upacara perasmian Kejohanan Olaharaga Tahunan SK Pokok
Sena kali ke 11 pada tahun ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah
menjayakan majlis perasmian kejohanan ini.

Majlis turut merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Datuk Roslan b Saidin atas kesudian menyempurnakan majlis pada hari ini. Majlis
turut menjemput Yang Berusaha Tn Hj Mohd Sobri b Hj Khamis untuk mengiringi
Yang Berbahagia Datuk Roslan b Saidin untuk menikmati jamuan ringan yang
disediakan.

Pergerakan keluar kontinjen dari arena.

Dipersilakan semua kontinjen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar


meninggalkan arena.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk


bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

ACARA-ACARA SUKAN PERINGKAT SEKOLAH (Rujuk Buku Aturcara)


TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
SK POKOK SENA KALI KE 11.

ACARA SKRIP CATATAN


Alu-aluan Dijemput semua peserta dan murid bagi semua kontinjen masuk ke
padang, dan berada di hadapan pentas utama untuk acara penyampaian
hadiah dan majlis penutupan kejohanan.

Yang Berbahagia YB Dato Hj Shahabudin b Yahya, Ahli Parlimen Tasek


Gelugor

Yang Berusaha Tn Hj Mohd Sobri b Hj Khamis, Guru Besar SK Pokok Sena

Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG

Yang Berusaha En Mohd Fauzey b Abu Bakar, Penolong Kanan Pentadbiran SK


Pokok Sena

Yang Dihormati En Harmizi b Mohamed, Penolong kanan Hal Ehwal Murid SK


Pokok Sena,

Yang Dihormati En Rujhan b Omar, Penolong Kanan Kokurikulum SK Pokok


Sena,

Guru-guru,

AJK-AJK PIBG

dan para pelajar seterusnya sidang hadirin sekalian

Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada


kejohanan olahraga tahunan SK Pokok Sena kali ke 11 pada tahun ini.
Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan dan kepada yang tidak
berjaya tahun hadapan cuba lagi.
PENYAMPAIAN Para pelajar dan hadirin sekalian,
HADIAH &
CENDERAMATA Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pihak majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan

________________________________________________________
dengan diiringi oleh

________________________________________________________
untuk menyampaikan hadiah.

Majlis dengan ini mempersilakan.

(JIKA BANYAK KATEGORI BAHAGI KEPADA BEBERAPA


ORANG PENYAMPAI)

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan bagi


kategori rumah sukan pada hari ini.

Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada pasukan Rumah________.

Johan berjaya disandang oleh pasukan Rumah___________.

Hadirin sekalian,

Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan


Olahragawan Sekolah pada tahun ini.

Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah ialah


____________________________.

Untuk makluman semua, beliau telah memenangi


acara___________________________________________________

Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini.

Olahragawan Sekolah pada tahun ini ialah ____________________.

Beliau telah meraih pingat__________________________________.

Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi
kedudukan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________


dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________
pingat gangsa . Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______
dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________
pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan


kali ke 11 jatuh kepada:

Rumah __________________________ dengan __________ pingat


emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa.
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk
menerima hadiah.
.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato


Hj Shahabudin b Yahya atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar
tadi.

MENURUNKA Selesai sudah upacara penyampaian hadiah. Kini Bendera Kejohanan


N BENDERA akan diturunkan dengan rasminya sebagai tanda berakhirnya Kejohanan
KEJOHANAN Olahraga Tahunan kali ke 11.

(bendera diturunkan)

Seterusnya majlis menjemput Yang Berbahagia Dato Hj Shahabudin b


Yahya untuk menerima bendera kejohanan yang akan diserahkan
oleh ........................................... Bendera ini akan disimpan dan akan
dikibarkan semula pada kejohanan yang akan datang, InsyaAllah.

UCAPAN Hadirin dan hadirat sekalian,


PENUTUPAN
Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan olahraga
tahunan pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput Yang
Berbahagia Dato Hj Shahabudin b Yahya, Ahli Parlimen
Tasek Gelugor untuk memberikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga
Tahunan SK Pokok Sena kali ke 11.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Dengan itu,maka berakhirlah kejohanan olahraga tahunan


SK Pokok Sena kali ke 11 bagi tahun 2015
NYANYIAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU
LAGU
Akhir kata dari kami berdua,

Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa. Sesungguhnya, yang baik itu
datangnya daripada Allah dan yang buruk itu milik kami jua.

Syabas untuk semua yang menjayakan majlis ini

Majulah Sukan SK Pokok Sena demi menyahut seruan 1 Murid 1 Sukan.


Sukan untuk kecergasan, sukan untuk semua.

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH,


WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA
WABARAKATUH.
PENGUMUMAN ACARA BALAPAN

Hadirin yang dihormati,


Sebentar lagi akan berlangsung acara . Peserta-peserta yang
mengambil bahagian dalam acara ini ialah
Di lorong yang pertama

Peserta-peserta bagi acara sedia untuk dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan,


Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ..
Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Puan/Cik ..
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

(kalau banyak hadiah sebut acara dahulu)

Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh .. dari rumah


Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh . dari rumah
Dan johan/pemenang pingat emas acara Ialah dari
rumah..

Tahniah kepada para pemenang.


Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Puan/ Cik
. atas kesudian menyampaikan hadiah.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Bagi meneruskan acara kita pada hari ini, majlis mempersilakan


____________________________________________________________________,
untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia
_______________________________________________________________
sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia hadir
merasmikan / menutup majlis kita pada pagi ini.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia atas


kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Anda mungkin juga menyukai