Anda di halaman 1dari 23

Sistem Penghadaman dan Metabolisme

SISTEM PENGHADAMAN

1.0 Pengenalan
Penghadaman ialah satu proses penghancuran atau pengisaran makanan secara
fizikal, kemudiannya diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan
molekul makanan atau elemn yang lebih alus dan terasing bagi memudahkan proses
penyerapan.

2.0 Struktur & Pergerakan Bahan Sisitem Penghadaman

- Penghadaman bermula paabila makan memasuki tubuh menerusi mulut.


- Proses ini juga melibatkan organ-organ lain seperti kelenjar liur, hati, pundi hempedu,
dan pankreas.
3.0 Mulut

- Dalam mulut, makanan dipotong serta dikunyah oleh gigi dengan bantuan air liur
yang melembutkan makanan dan memecahkan beberapa karbohidrat tertentu.
- Selepas kunyahan, gumpalan makanan yang dipanggil bolus memasuki kerongkong
menerusi gerakan peristalsis.

4.0 Perut

- Cecair gastrik dibebaskan oleh dinding perut terus menguraikan secara pagisiran
terutamanya ke atas bahan-bahan protein dalam makanan dengan tindakbalas asid
hidroklorik serta enzim penghadaman pepsin kepada peptid.
- Makanan kekal dalam perut sehingga ia berubah menjadi elemen separa cair yang
dikenali sebagai chyme sebelum ia memasuki duodenam.

Kalenjar Fungsi Enzim terhasil


1. Hempedu Menyerap dan Lemak halus
menguraikan (droplet)
lemak.
2. Pankreas Amylase bertindak Dextrin dan
ke atas kanji, lipase maltose fatty acid
bertindak ke atas dan gliserol acid
lemak, trypsin amino
bertindak ke atas
protein.

Usus Kecil (Duodenum)

Sepanjang duodenum yang panjangnya 30cm, makanan terus diuraikan lagi oleh
enzim penghadaman daripada pundi hempedu dan pankreas, juga cecair dari dalam
usus kecil itu sendiri kepada bentuk makann yang lebih halus lagi

Usus Kecil ( Illium)

Dalam illium sepanjang 6 meter ini, enzim-enzim tambahan yang dirembes oleh
kelenjar-kelenjar di sepanjang usus kecil melengkapkan proses penghadaman.
Nutrien- nutrien diserap menerusi didnding usus dan dihantar ke rangkaian
pembuluh darah dan pembuluh limfa yang terdapat di sekitar usus.
Manakala bahan-bahan yang tidak terhadam dibawa ke usus besar.

Usus Besar

Air dalam bahan-bahan yang tidak terhadam akan diserap di sepanjang usus besar,
manakaal bakinya akan memasuki rektum.

Rektum
Bahan bahan sisa yang tidak terhadam akan dihantar bahagian akhir usus besar
dan seterusnya dibuang keluar sebagai najis menerusi dubur.

1.0 Penyerapan

- Penyerapan ialah proses apabila air, garam dan hasil pencernaan usus makan dari
lumen usu diserap melalui membran ke sel mukosa usus dan seterusnya ke dlaam
sisietm peredaran darah untuk diedarkan kepada tisu sasaran dalam tun=buh.
- Sekiranya sisitem yang terlibat dalam proses penyerapan ini rosak, maka nutrien
tidak akan dapat disalurkan kepada sel-sel secara berkesan.

2.0 Nutrien dan Kegunaannya

Bil Nutrien Keterangan


1. Karbohidrat Diserapdalam bentuk
glukosa, galaktosa dan
fruktosa. Glukosa dan
galaktosa diserap dua kali
cepat berbanding fruktosa.
Sumber tenaga.
2. Gula Monosakarida Diserap secara
pengangkutan aktif
bertentangan dengan ceru
kepekatan
3. Protein Diserap dalam bentuk asid
amino dan dipeptido
melalui pengangkutan
aktif. Untuk pembinaan
enzim dan komponen
struktural bagi sel.

4. Lemak Diserap dalam bentuk asid


lemak dan gliserol dan
juga sebagai titisan lemak.
Digunakan untuk sumber
tenaga dan pembinaan
molekul biologikal.
5. Vitamin dan garam Mineal Diserap dalam bentuk asal,
iaitu tidak dicernakan.
Digunakan untuk proses
metabolisme
6. Antioksida Melawan oksida dan
radikal bebas, anti kanser.
7. Fitokimia Memelihara kesihatn

3.0 Asimilasi

- Asimilasi ialah proses menggabungkan hasil pencernaan atau nutrien yang mudah
kepada juzuk-juzuk kompleks dalam hidupan.
- Proses ini tidak semstinya berlaku selepas penyerapan kerana bahan yang diserap
ke dalam kapilari darah usus dibawa oleh vena portal hepar ke hati untuk diproses
an disediakan bagi kegunaan metabolisme atau asimilasi.

4.0 Metabolisme
- Metabolisme adalah merujuk kepada satu istilah kolektif bagi segala proses kimia
yang berlaku di dalam tubuh manusia. Meabolisme terbahagi kepada dua :

I. Katbolik bahan yang bersifat kompleks diuraikan menjadi unit ringkas ; selalunya
disertai dengan pembebasan tenaga. Contohnya pembakaran glukosa dalam sel
tubuh bagi menghasilkan tenaga dlam produk sampingan iaitu karbon dioksida
dalam air.

II. Anbolik bahan yang bersifat kompleks dibina daripada juzuk-juzuk yang ringkas ;
juga biasanya dosertakan dengan pembebasan tenaga. Contohnya sintesis protein
kompleks daripada asis amino.

1.0 Proses dan Penyerapan Nutrien

- Nutrien ialah suatu bahan yang mengandungi khasiat.


- Makanan terdiri daripada molekul organik yang besar dan tidak boleh dilarut dan
dihancurkan begitu sahaja.
- Sisitem pengahadaman akan mengecilakan struktur fizikal bahan sebelum proses
seterusnya berlaku.
- Molekul dibebaskan ke dalam aloran darah untuk diserap oelh sel dan sebagainya.
-
10. 0 Penyerapan dan Peghadaman Karbohidrat

- Terdapat dua langkah dalm proses pengahadaman karbohidrat iaitu ;


I. Penghasilan karbohidrat daripada kelenjar liur
II. Penghasilan karbohidrat daripada pankreas

- Pengahadaman karbohidrat melibatkan dua enzim iaitu amilase liur dan amilase
pankreas.
- Berfungsi dengan berkesan pada pH 6.7 - 7.5

2.0 Pengahadaman dan Penyerapan Lipid

- Penghadaman lipid melibatkan kalenjar lidah daripada kalenjar mulut, lipase


pankreatik daripada pankreas.
- Lipid sangat memerlukan asid lemak untuk menghubungkan satu molekul gliserol.
- Lipase adalah enzim larut air dan lipid cenderung kepada bentuk besar yang
menyingkirkan molekul air.

3.0 Penghadaman dan Penyerapan Air.

- Sel tidak boleh menyerap air secara terus


- Pergerakan air melalui sistem penghadaaman menghasilkan pembebasan kalenjar
yang melibatkan aliran pasif air.
- Apabila dua pengaliran dipisahkan kepada pengaliran di dalam larutan yang
mengandungi kepekatan bahan tersebut.
- Ait terlarut bergerak ke dalam tisu bagi memastikan keseimbangan osmotik.
- Setiap hari, 2000 ml air dihadam daripada makanan dan minuman.

4.0 Penghadaman dan Penyerapan Vitamin

- Vitamin adalah bahan organik yang hanya boleh diambil dalam kuatiti yang sedikit.
- Terdapat dua kategori vitamin iatu :

I. Vitamin larut lemak


II. Vitamin larut air
- Viatamin A, D, E, dan K adalah vitamin larut lemak.
- Vitamin B dan C adalah vitamin larut air.
- Proses dan penyerapan vitamin :
I. Garam mineral dan Vitamin B dan C disera bersama-sama dengan gula ringkas dan
asid amino ke dalam kapilari darah villus.
II. Vitamin A, D, E dan K ( yang larut lipid) diserap ke dalam lacteal villus bersama-sama
dengan asid lemak dan gliserol.
KARBOHIDRAT
KARBOHIDRAT ialah sumber tenaga pilihan utama, lemak berada di tempat kedua
dan protein pula digunakan oleh sel badan untuk tujuan membina dan memulihkan
sel badan. Fungsi badan kita banyak bergantung kepada karbohidrat. Sel otak kita
bergantung sepenuhnya kepada karbohidrat sebagai sumber tenaga. Lemak tidak
digunakan oleh otak dan sistem saraf dan diet tinggi lemak menjadi punca pelbagai
penyakit. Terdapat dua jenis karbohidrat iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat
ringkas.

Terdapat jenis karbohidrat yang berbeza dalam diet. Contoh karbohidrat ringkas:
- Monosakarida: Glukosa, fruktosa (gula buah) dan galaktosa

- Disakarida: Sukrosa (gula biasa, madu), laktosa (gula susu) dan maltosa
(biasanya digunakan untuk membuat pastri).

Sementara itu, makanan karbohidrat kompleks terdiri daripada dua


rantaian monosakarida dan ahli sains menggelarnya sebagai polisakarida
seperti:

- Kanji wujud dalam nasi, roti dan mi, tumbuhan berubi seperti kentang,
kacang atau kacang dal. Kebanyakan masyarakat mempunyai makanan
ruji berasaskan bijirin yang dijadikan sumber tenaga utama
-Serat makanan yang wujud dalam makanan seperti serat dalam bijirin
dan beras. Kesan karbohidrat berbeza dalam badan kita.

Sistem penghadaman tidak perlu bekerja keras untuk menghadamkan dan


menyerap sepenuhnya karbohidrat ringkas kerana rantaiannya lebih
pendek. Justeru, jika kita memerlukan tenaga segera, terutamanya
apabila melakukan senaman yang menguji daya ketahanan, karbohidrat
ringkas boleh memenuhi keperluan ini, terutamanya apabila gula darah
semakin rendah.

Namun jika kita mengambil terlalu banyak karbohidrat ringkas, gula darah
akan
meningkat secara mendadak dalam tempoh yang singkat, jika
karbohidrat ringkas terus
merangkumi sebahagian besar daripada diet harian, masalah gula darah
tinggi akan
berkekalan.

Manfaat karbohidrat kompleks

Hampir semua sel badan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga


utama, dan badan kita tidak boleh mengenal molekul karbohidrat
kompleks sebagai sumber tenaga. Namun,badan kita sebenarnya sistem
yang pintar kerana mampu menukarkan karbohidrat kompleks kepada
bentuk yang boleh diserap dan digunakan oleh sel.Banyak karbohidrat
kompleks juga kaya dengan vitamin B yang diperlukan semasa
membebaskan tenaga dalam sel badan.

Tambahan lagi, sumber makanan karbohidrat semula jadi yang pada


amnya tidak diproses, umumnya rendah lemak dan mengandungi banyak
serat.

Kelebihan karbohidrat kompleks

Kajian mendapati diet tinggi serat dan rendah lemak mengurangkan risiko
penyakit kronik. Serat boleh didapati dalam tumbuh- tumbuhan seperti
sayur-sayuran, buah buahan dan kekacang.Serat terdapat dalam dua
jenis:

- Serat tidak larut: Serat ini tidak larut dalam air dan biasanya didapati
pada bahagian luar buah, sayuran dan bijirin. Serat tidak larut akan
membantu melawaskan pembuangan air besar dan baik bagi mereka
yang mengalami masalah sembelit.

- Serat larut: Serat ini boleh larut dengan mudah dalam air dan sering
bergumpal seperti bahan lekit atau gel dalam makanan. Satu contoh yang
baik ialah oat. Jika kita menyediakan semangkuk bijirin oat untuk sarapan
pagi, ia sering menjadi lebih pekat selepas kita membiarkannya buat
seketika.
Ia memperlahankan kadar pengosongan makanan daripada perut,
memanjangkan rasa kenyang dan melengahkan rasa lapar. Disebabkan
kadar pembebasan makanan yang lebih perlahan ke dalam saluran usus,
ia membantu mengawal gula darah naik terlalu pantas dan tinggi selepas
makan.

Badan kita memerlukan kedua-dua jenis serat untuk menjaga kesihatan


saluran penghadaman dan kesejahteraan badan. Kita disyorkan makan
25g serat pemakanan sehari. Untuk mencapai sasaran ini, anda
seharusnya memilih makanan kaya serat dalam diet harian. Daripada
makan biskut biasa, apa kata anda makan biskut berserat tinggi.

PROTEIN
Protein terdiri daripada unsur karbon,hidrogen,oksigen dan nitrogen.Selain
itu,unsur sulfur dan fosforus juga boleh dijumpai dalam kebanyakan
protein.

Protein diperlukan dalam:


1.) Pertumbuhan dan penggantian tisu yang rosak atau haus.
2.) Diperlukan untuk membina pelbagai bahan seperti
enzim,mukus,haemoglobin,antibodi dan sesetengah hormon.Juga dapat
membekalkan tenaga.
3.) Protein terhasil daripada kondensasi monomer-monomer yang
dinamakan asid amino.Terdapat kira-kira 20 jenis asid amino semula jadi
yang terlibat dalam pembentukan protein.
4.) Asid amino yang dapat dibina oleh badan kita dinamakan asid amino
tidak perlu.Ini bermakna asid amino tersebut tidak diperlukan dalam gizi
kita.
5.) 9 jenis asid amino yang lain tidak dapat dibina oleh badan kita dan
mesti diperolehi daripada gizi.

Fungsi protein:

1.) Protein menggantikan protein yang hilang selama proses metabolisme


yang normal dan proses penguasaan yang normal
2.) Protein menghasikan jaringan baru
3.) Protein diperlukan dalam pembuatan protein-protein yang baru dengan
fungsi khusus dalam tubuh iaitu enzim,hormon dan haemoglobin.

LIPID
Terdiri daripada unsur karbonmhidrogen dan oksigen.lipid tidak terlarut
dalam air.Lipid wujud dalam pelbagai bentuk seperti
lemak,minyak,lilin,fosfolipid dan steroid.

Fungsi Lipid:
1.) Membekalkan tenaga.
2.) Membina membran plasma dan neuron
3.) Mensintesiskan sesetengah hormon
4.) Lemak yang disimpan di bawah kulit berfungsi sebagai penebat haba
untuk mengawal suhu badan.
5.) Lemak di sekeliling organ dapat melindungi organ daripada kecederaan
fizikal.
6.) Lemak berfungsi sebagai pelarut vitamin A,D,E dan K.
7.) Lemak terbahagi kepada lemak tepu dan lemak tak tepu.
8.) Lemak tak tepu ialah lemak yang terdiri daripada asid lemak yang
mempunyai ikatan ganda dua dan mampu menerima hidrogen lagi.lemak
tak tepu wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik.
9.) Lemak tepu ialah lemak yang terdiri daripada asid lemak yang tidak
mempunyai ikatan ganda dua.
10.) Lemak tepu wujud dalam bentuk pepejal pada suhu bilik.Contohnya
lemak haiwan.
GARAM MINERAL
Badan manusia mengandungi 7% garam mineral yang diperolehi daripada
haiwan dan tumbuhan yang dimakan.Diperlukan untuk menjalankan
tugas-tugas penting dalam badan iaitu:

1.) Untuk pembentukan tulang dan gigi yang baik.Unsur-unsur yang


diperlukan ialah kalsium,fosforus dan magnesium.
2.) Untuk pembentukan sel darah,unsur yang diperlukan iaitu zat
besi,fosforus,sulfur dan magnesium
3.) Untuk menstabilkan garam larut di dalam cecair badan,unsur
sodium(garam) dan klorin diperlukan oleh badan.
4.) Zat besi dan fosforus diperlukan untuk pembebasan tenaga dan masa
pembakaran makanan.
5.) Iodin diperlukan supaya kalenjar tiroid boleh berfungsi dengan betul.

VITAMIN
Vitamin adalah bahan organik bukan kimia yang diperlukan oleh tubuh
dalam kuantiti yang kecil untuk menyelenggara fungsi metabolisma yang
normal.Diet seimbang yang merangkumi keempat-empat kumpulan
makanan(bijirin,daging,hasil tenusu,buah-buahan dan sayur-sayuran)
adalah mencukupi untuk membekalkan sumber vitamin dan mineral untuk
keperluan tubuh.

Vitamin terbahagi kepada dua iaitu vitamin larut lemak dan yang larut
dalam air.Vitamin larut lemak merupakan vitami yang boleh disimpan
dalam tubuh dan tidak perlu diambil setiap hari.

Vitamin A

Kepentingan

Ia juga dikenali sebagai Retinol. Ia penting untuk :


Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna,
Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam)
untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Kulit yang sihat
Lapisan selaput mukosa didalam tubuh.

Kekurangan

Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :


Penurunan daya tahan kepada jangkitan;
Kulit kasar, kering dan berjerawat
Masalah penghadaman
Batu karang (ginjal)
Rabun malam
Penyakit mata, termasuk xerophthalamia, dimana ia boleh menyebabkan buta.

Sumber Vitamin A

Sumber Vitamin A yang baik adalah :


-Hati, telur
-Marjerin
- Susu penuh krim dan susu rendah lemak
o-Beta Carotene dari makanan (terdapat dengan banyaknya di dalam labu, lobak,
aprikot, mangga, betik dan buah dan sayur yang berwarna kuning/oren dan
merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi
bit) yang akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita.

Keracunan

Vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya supplemen
berlebihan diambil secara berlebihan Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku
rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut.

Vitamin C

Kepentingan

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik. Ianya penting untuk pembentukan
dan pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel
badan. Ia sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan
penyembuhan luka. Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa
jenis asid amino dan hormon. Ia juga memiliki kesan antioksida, dengan membantu
badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang
digelar sebagai radikal bebas.

Kekurangan

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:


-Skurvi
-Kurang daya tahanan
-Pendarahan gusi.

Sumber

Sumber Vitamin C yang baik adalah :


-Jambu batu
-Betik
-Belimbing
-Mangga
-Buah Sitrus (Limau)
-Sayuran berdaun hijau

Keracunan

-Cirit birit ,Ganguan gastro usus,pembentukan batu karang (ginjal) dan


penambahan asid urik.

Vitamin B12
Kepentingan

Vitamin B12 atau Cobalamin, dalam kombinasi dengan Folacin (Vitamin


B12 juga dikenali sebagai Asid Folik) .Ia digunakan dalam pembentukan
sel darah merah Ia juga membantu dan mengekalkan pelindung selaput
saraf.

Kekurangan
Simtom kekurangan Vitamin B12 ialah:
-Pernicious Anemia
-Lumpuh otot dan urat saraf.

Sumber

-Daging
-Ikan
-Ayam/itik
-Prodek tenusu
-Telur
-Hati

Zat Besi
Kepentingan

Zat besi adalah garam galian yang diperlukan dengan sedikit tetapi
sangat penting untuk kebaikan kesihatan dan kehidupan. Kebanyakan
daripada zat besi dalam tubuh manusia terdapat di sel darah merah-
hemoglobin dan kepentingannya adalah:
-Memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah
-Pembentukan myoglobin dalam otot
-Pembawa oksigen
-Terlibat dalam penggunaan tenaga .
Kekurangan
Secara amnya kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
-Anemia
-Simptom 'Attention Deficit Hyperactivity Disorder' dikalangan kanak-
kanak
-Dikalangan orang dewasa kerap kali menyebabkan keletihan

Sumber

-Hati
-Beef(daging merah)
-Ayam/itik
-Ikan
-Cengkerang
-Telur
-Kekacang
-Kacang kering
-Buah prun kering
-Jus buah prun
-Bijiran - yang ditambah dengan zat besi
-Gandum penuh
-Roti yang diperkaya dengan galian dan bayam

Keracunan

-Boleh merosakkan hati dan pancreas,


-Kemungkinan peningkatan risiko untuk barah dan penyakit jantung.

Asik Folik
Kepentingan

Juga di kenali sebagai Folate. Diperlukan untuk menghasilkan sel batu


terutama sel darah merah.

Kekurangan

-Kelesuan
-Keletihan
-Kurang daya tumpuan
-Cepat marah
-Pening
-Jantung berdebar
-Sesak nafas
-"Neural tube Defect" (kekurangan semasa mengandung) Sumber
-Kekacang
-Sayur daun bewarna hijau

Kalsium
Kepentingan

Terlibat dalam proses penambahan garam galian dalam pembentukan


tulang
dan gigi janin
-Kontraksi dan relaksasi otot,
-Fungsi-fungsi saraf,
-Pengawalan selular dalaman,
-Cofactor enzim selular luaran,
-Pembekuan darah dan tekanan darah

Kekurangan

-Osteoporosis,
-Pertumbuhan kanak-kanak yang terbantut.
-Osteomalasia
-Rikets

Sumber

-Susu dan produk tenusu,


-Ikan (Bertulang),
-Tofu,
-Kekacang,
-Brokoli
-Bayam
-Cekur manis
-Makanan yang diiperkaya dengan kalsium

Keracunan

-Batu karang (ginjal).

Zink
Kepentingan

-Pengangkutan untuk Vitamin A,


-Deria rasa,
-Penyembuhan luka,
-Produksi sperma,
-Perkembangan bayi,
-Memainkan peranan dalam kebanyakan enzim, hormon (insulin), bahan
generik dan protein.

Kekurangan
-Kurang selera makan, o Tumbesaran kanak-kanak terbantut,
-Kelembapan perbentukan organ seks,
-Penurunan fungsi imuniti,
-Lambat penyembuhan luka.
Sumber
-Hati
-Daging
-Ayam/itik
-Makanan laut
-Kekacang (OffalsNuts)
-Bijiran
-Kekacang
-Bijiran penuh
Keracunan
-Demam,
-Muntah,
-Cirit birit,
-Gastrik
-Pening

Iodin
Kepentingan

-Membantu dalam pengawalan metabolisma dan pembentukan janin.


Kekurangan

Pembesaran kelenjar tairoid (goiter)

Sumber

-Makanan laut
-Garam beriodin

Keracunan

-Sensasi panas dalam mulut, tekak dan perut


-Sakit perut
-Demam
-Loya
-Muntah
-Cirit Birit
-Hypotyroidism
-Goiter

METABOLISMA
Berasal dari perkataan Greek iaitu metaboie= Berubah. Perubahan kimia
yang berlaku dalam tubuh badan untuk memenuhi pelbagai fungsi
pentingnya.Metabolisma menukar bahan dalam makanan menjadi tenaga
yang kita gunakan untuk berfikir atau untuk pertumbuhan badan.

Faktor mempengaruhi metabolisma:


1.) Iklim
2.) Jenis pekerjaan
3.) Saiz tubuh
4.) Jenis pakaian
5.) Umur
6.) Jantina

Terdapat dua bentuk metabolisma iaitu:


1.) Katabolisma- menghasilkan tenaga seperti pemecahan makanan dalam
respirasi sel
2.) Anabolisma- menggunakan tenaga untuk membentuk komponen sel
seperti protein dan asid nukleik

Laluan metabolisma:
1.) Metabolisma karbohidrat- Hasil pencernaan dan penyerapan makanan
berasaskan gula dan kanji yang terkandung di dalam darah iaitu sebagai
glukosa.Adalah satu proses untuk mendapatkan bekalan tenaga melalui
pencernaan makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi,serat dan
bijirin.

2.) Metabolisma nukleik asid-Memainkan peranan untuk membawa


maklumat molekul dalam sel,dan mensintesis protein serta menentukan
ciri-ciri kepada semua makhluk.Elemen mengandungi maklumat yang
diturunkan kepada sel-sel anak(GEN).Gen adalah terdiri dari dna atau
rna(asid nukleik).

3.) Metabolisma protein- Sebagai hasil pencernaan bahan makanan


berasaskan protein yang diproses oleh enzim asid amino.Hanya 9 jenis
asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan.Selebihnya akan disimpan
dipecahkan ke dalam hati bagi mengeluarkan nitrogen,dan yang tinggal
hanyalah karbon,oksigen dan hidrogen bagi menjalankan proses
penghasilan haba dan tenaga.Kekurangan protein akan menyebabkan
semua karbohidrat dan lemak habis digunakan.Badan menjadi kurus
akibat pengurusan otot.
Enzim pencernaan protein...
1.)Pepsin(dgn HCL)-protein= pepton
2.)Rennin- menghasilkan kasein dari kasinogen
3.)Pepsin(dgn HCL)-kasein= pepton

4.) Metabolisma lipid


Lemak dalam diet kita adalah lipid,suatu bahan organik.Lipid dietary yang
penting dalam diet kita adalah:
1.) Trigliserida
2.) Kolestrol dan
3.) Fosfolipid
4.) Lemak boleh didapati dalam daging,hasil tenusu dan kacang
Jenis-jenis kolesterol adalah lipid yang hanya didapati dari makanan
berasaskan haiwan dan tidak didapati dari tumbuh-tumbuhan.Kolesterol
penting untuk membentuk hormon seperti testosteron dan
estrogen.Fosfolipid boleh didapati dari kuning telur,hati,kekacang dan
lecithin.
]

Bioenergetik
>Makanan
>Kadar Metabolik
>Thermoregulasi

Makanan dan tenaga


1) Setiap pergerakan fizikal memerlukan tenaga. Tenaga boleh diperolehi melalui
makanan. Penghasilan tenaga yang berterusan berlaku dalam badan kita untuk
menampung kehidupan.
2) Tenaga didefinasikan sebagai kapasiti dalam badan kita untuk menampung
kehidupan.
3) Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi ianya bertukar bentuk.
4) Tenaga boleh terdapat dalam enam bentuk iaitu kimia, mekanikal, haba, cahaya,
elektrik dan nuclear.
5) Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan makanan digunakan untuk
menghasilkan kompaun kimia yang dikenali sebagai adenosina trifosfat(ATP) yang
disimpan dalam sel-sel otot.

Apabila salah satu ikatan fosfat pada ATP terurai, 7 hingga 12 kilokalori tenaga
dihasilkan. Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan ATP merupakan sumber
tenaga sementara yang boleh digunakan oleh sel-sel otot untuk melakukan kerja.

Makanan

-Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila
ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu
bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga akan
meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.
-Pastikan anda mengambil m\sarapan. Kajian menunjukkan individu yang
mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur
mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.

Apabila makan secara sihat.

-Makan sekurang-kurangnya cawan sayur pada setiap waktu makan.


-Makan sekurang-kurangnya satu jenis buah pada setiap waktu malam.
-Pelbagaikan jenis buah dan sayur.
-Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur.
Contoh: rojak buah/sayur, pecal
-Jadikan buah sebagai snek.
-Makanlah ulam dan salad bersama hidangan anda.

>Makan bijirin penuh, kekacang dan biji-bijian.

-Makan sarapan berasaskan bijiran penuh seperti oat, jagung dan capati.
-Pilih roti, roti pita, bijirin sarapan pagi dan biskut yang berasaskan bijirin penuh.
-Menggantikan atau campurkan nasi putih dengan nasi beras perang.
-Makan makanan seperti tauhu, temped an kacang panggang beberapa kali
seminggu.
-Makan kekacang atau biji-bijian beberapa kali seminggu
Contoh: Biji selasih dalam minuman atau kuih yang ditabur bijian.

>Had dan kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.

-kurangkan kekerapan pengambilan makanan bergoreng


-pilihlah makanan yang rendah lemak
-ambil kuih yang berminyak dalam kuantiti sedikit
-buang kulit dan lemak dari ayam atau daging sebelum dimasak dan dimakan.
-pilihlah makanan yang rendah kekurangan lemak tepu dan kolestrol.
-pilih makanan dan minuman yang kurang gula.

>hadkan pengambilan makanan manis dan bergula

-kurangkan minuman yang manis dan berkarbonat


-gunakan panel maklumat pemakanan untuk membuat perbandingan jumlah gula
didalam sesuatu produk
-berhati-hati dengan pemanis tiruan

>3 Kelas makanan utama yang memberikan tenaga


-Ketiga-tiganya mempunyai nilai kalori(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual
berikut.

Kelas Makanan Nilai Kalori Sumber


(kilokalori)
Karbohidrat 4 Nasi
Lemak 9 Minyak masak
Protein 4 Ikan dan daging

-Masalah kesihatan yang sering berlaku jika mengambil kalori yang tinggi atau
terlampau rendah.

Masalah Punca Gejala Cara mencegah Cara merawat


kesihatan
Malnutrisi Kekurangan Sangat lurus Makan Memberi zat
dan tidak makanan tambahan
bertenaga seimbang dan
mencukupi
Anorexia Tabiat tidak Terlalu kurus Pendidikan Kaunseling
mahu makan
kerana ingin
menguruskan
badan
Kegendutan Pengambilan Kelihatan Mengawal Bersenam atau
kalori terlalu gemuk, pengambilan mengambil
berlebihan pengumpulan makanan ubat dari
lemak di bawah doctor.
kulit
Penyakit Makan Serangan Mengurangkan Pembedahan
jantung dan makanan penyakit makanan dan
Tekanan Darah berlemak jantung dan berlemak pengambilan
Tinggi berlebihan cepat letih ubat
apabila
melakukan
aktiviti fizikal.

>Kadar Metabolik
-lebih kepada penggunaan kimia daripada secara fizikal
-dalam keadaan sejuk hipotalamus akan mengawal otot rangka untuk mengecut dan
mengedur secara aktif dan menyebabkan seseorang menggigil dan meningkatkan
suhu badan.
-dalam masa yang sama kalenjar adrenal merembeskan hormone adrenalina dan
noradrenalina manakala kalenjar tiroid akan merembeskan hormone tiroksina,
semua hormone ini bertujuan untuk meningkatkan suhu badan dengan cara
meningkatkan metabolism badan.
-dalam keadaan panas, aktiviti otot rangka akan berkurangan, begitu juga dengan
perembesan hormone-hormon tertentu oleh kalenjar adrenal dan kalenjar tiroid akan
berkurangan.

>Keperluan tenaga dalam badan

-dalam kehidupan harian, tenaga kimia dalam makanan ditukar semasa respirasi
kepada tenaga kinetic dan tenaga haba. Tenaga kinetic digunakan untuk membuat
kerja manakala tenaga haba memanaskan badan.
-Jumlah tenaga kimia yang dihasilkan oleh makanan diukur dalam unit kilojoule (kj).
1 kj = 1000joule(J)
-jumlah tenaga yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada beberapa factor
seperti jantina, umur, saiz badan dan aktiviti fizikal yang dijalankan.
-Apabila saiz badan bertambah keperluan tenaga juga bertambah. Luas permukaan
yang lebih menyebabkan lebih banyak tenaga haba hilang. Jadi lebih banyak tenaga
diperlukan untuk menggantikan tenaga yang hilang.
-Individu yang aktif boleh memakan makanan(karbohidrat dan lemak) yang banyak
kerana apa yang dimakan akan dipecahkan secara pengoksidaan untuk
membebaskan tenaga
-Perempuan memerlukan kurang tenaga jika dibandingkan dengan lelaki kerana
purata berat badan perempuan kurang.

-Kanak-kanak sedang membesar memerlukan lebih banyak tenaga jika


dibandingkan denga orang dewasa kerana kadar pertumbuhan mereka lebih pesat
dan kadar metabolism mereka lebih tinggi kerana mereka lebih aktif dan cergas.

>Thermoregulasi

-Thermo haba
-Regulation pengawalan haba
-Kemampuan organisma untuk mengekalkan suhu badan dalam keadaan tertentu
walaupun keadaan suhu persekitaran berbeza
-jika badan tidak mampu untuk mengekalkan suhu badan pada aras normal dan
meningkat melebihi aras normal, keadaan hyperthermia akan berlaku. Sebaliknya,
apabila suhu badan menurun melebihi aras normal dikenali sebagai hypothermia.
-suhu badan dikawal oleh hipotalamus, satu struktur di otak yang merupakan
sebahagian dari system saraf pusat

-->hipotalamus anterior berfungsi mengatur pembuangan panas.


-->hipotalamus posterior berfungsi mengatur upaya penyimpanan panas.
-Contohnya, sekiranya kulit kita menjadi panas kerana cuaca panas atau demam,
tubuh badan akan membuat penyesuaian untuk mengurangkan haba.
-->Pertama, lebih darah akan mengalir berdekatan dengan kulit supaya haba dapat
dibebaskan dengan lebih mudah melalui kulit.
-->Kedua, perpeluhan akan bermula dan penyejatan peluh akan mengurangkan
haba badan.

Anda mungkin juga menyukai