Anda di halaman 1dari 18

1

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
LAPORAN SIMULASI PENGAJARAN MIKRO

Pada hari Rabu yang lepas, kami telah memilih pembentang yang kelima bagi
menjalankan pemerhatian ke atas pengajaran mikro bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
pemulihan. Masa yang ditetapkan adalah selama 15 minit dan tajuk pengajarannya ialah
perkataan KV+KV. Melalui pemerhatian tersebut, kami dapat melihat beberapa kekuatan,
kelemahan dan cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk pengajaran mikro
tersebut.

Kekuatan pertama yang dikenal pasti ialah aktiviti pengajaran yang dilaksanakan
oleh pembentang sangat menarik. Pembentang melibatkan semua penglibatan murid
pemulihannya dengan meminta mereka untuk mencari kad suku kata yang disembunyikan
oleh pembentang di dalam bilik darjah. Aktiviti sebegini dapat merangsang naluri ingin tahu
murid dan kemudian menimbulkan minat mereka untuk belajar. Bukan itu sahaja,
pembentang juga memberikan arahan yang jelas dan mudah difahami oleh murid
pemulihan. Arahan yang jelas dan ringkas akan dapat memudahkan murid untuk
memahami kehendak pembentang serta bagaimana aktiviti tersebut harus dijalankan.
Kesannya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pembentang telah
berjalan dengan lancar. Seterusnya, kekuatan yang boleh dilihat adalah dari segi bahan
bantu mengajar (BBM) yang disediakan oleh pembentang. BBM tersebut amat menarik
kerana pembentang menggunakan dua warna yang berbeza bagi setiap ceraian suku kata.
Di samping itu, pembentang juga menggunakan gambar yang besar dan berwarna-warni di
mana perkara ini telah merangsang pembelajaran murid.

Kelemahan yang dikenal pasti ketika pembentang melakukan pengajaran mikro ialah
penggunaan bahasa dialek. Ada ketikanya pembentang menggunakan bahasa dialek
Sabah untuk berkomunikasi dengan muridnya. Pembentang seharusnya menggunakan
Bahasa Melayu baku supaya dapat melatih murid untuk menggunakan Bahasa Melayu
dengan betul. Kelemahan yang kedua pula ialah ketidaktepatan masa pembentang ketika
melakukan pengajaran mikro tersebut. Berdasarkan rancangan pengajaran harian (RPH)
yang telah dibuat, pembentang telah melebihi masa ditetapkan dalam RPH iaitu 15 minit
kerana mengambil masa yang lama dalam membuat persiapan BBM. Hal ini kerana,
ketepatan masa adalah sangat penting bagi memastikan proses PdP berjalan dengan baik
dan lancar. Selain itu, kelemahan lain yang boleh dilihat adalah dari segi kemahiran
penyoalan pembentang tersebut. Sebaran soalan tidak dilakukan kepada semua murid
kerana pembentang memanggil nama murid terlebih dahulu sebelum menanyakan soalan.
Perkara ini boleh menyebabkan murid lain tidak berfikir sama untuk menjawab soalan
pembentang.

17
Akhir sekali, cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah pembentang
boleh mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi
memenuhi amalan PdP abad ke-21. Dengan menggunakan TMK, pembentang dapat
memberi sedikit kelainan ketika menjalankan proses pengajaran kerana penggunaan media
seperti animasi bergerak, video atau audio. Selain itu, penambahbaikan yang boleh
dilakukan oleh pembentang adalah dari segi BBM. Kertas yang digunakan oleh
pembentang tidak tahan lasak dan mudah renyuk apabila dilekatkan pada papan putih.
Perkara ini dapat diatasi dengan melapiskan kertas menggunakan helaian lamina
(laminating sheet). Seterusnya, pembentang tersebut ada kalanya terlepas pandang
kepada beberapa murid yang agak pasif dan hanya melayan murid yang aktif sahaja. Oleh
kerana itu, pembentang tersebut perlu membaiki perkara ini dengan memanggil murid yang
pasif untuk menjawab soalan dan ketika menjalankan aktiviti supaya mereka tidak rasa
diabaikan atau dipinggirkan oleh pembentang.

Kesimpulannya, pengajaran mikro yang dilaksanakan oleh pembentang tersebut


telah menarik minat murid dan memudahkan kefahaman mereka sebelum beralih ke
langkah pengajaran yang seterusnya. Hal ini kerana, interaksi yang wujud antara
pembentang dan murid telah menyebabkan pengajaran ini lebih bermakna dan
memberangsangkan. Namun begitu, pembentang tersebut perlu melakukan beberapa
penambahbaikan pada masa akan datang supaya kekuatan yang sedia ada dapat
dipertingkatkan lagi manakala kelemahannya pula dapat diperbaiki.

18

Anda mungkin juga menyukai