Anda di halaman 1dari 1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, mayarakat dan
negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS


Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

VISI PENDIDIKAN KHAS


Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas
ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

MISI PENDIDIKAN KHAS


Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas
untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan
memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai