Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan hujah yang dikemukan oleh Yang berusaha En. Vidyananda K.

V
Soon , yang merupakan panel 1 wakil dari agama Buddha. Beliau telah
mengulaskan bagaimana agama berperanan dalam mengekalkan kelestarian
alam ini dari sudut perspektif agama Buddha. Menurut beliau, kebanyakkan
masyarakat di dalam dunia ini tidak meletakkan diri di tempat orang lain.
Sebagai contohnya di kepulauan Maldives. Maldives merupakan salah
tempat perlancongan yang menarik menjadi tumpuan di mata dunia. Namun
begitu, keindahan itu tidak akan kekal lama disebabkan kerakusan manusia
mencari keuntungan berlebihan. Revolusi dalam industri telah menyebabkan
suhu meningkat saban hari, tahun demi tahun berlalu namun manusia masih
belum sedar akan impak yang bakal menanti. Ais dikutub utara semakin
mencair menyebabkan paras air laut semakin meningkat sehingga
dijangkakan kepulauan Maldives akan lenyap dari peta dunia dalam tempoh
kurang daripada 30 tahun dari sekarang. Selain itu, perubahan iklim bukan
sahaja meningkatkan suhu dunia, tetapi juga memberi impak negatif kepada
penyebaran denggi hal ini kerana suhu yang panas meningkatkan jangka
hayat nyamuk untuk hidup lebih lama. Apakah punca sebenar perkara ini
berlaku? Punca sebenarnya adalah pembangunan yang berlebihan.
Kebanyakkan manusia apabila membeli sesuatu mengikut nafsu bukanya
keperluan. Daripada sikap tersebut menyebabkan permintaan semakin tinggi
di dalam industri untuk mengeluarkan lebih banyak produk. Implikasinya,
lebih banyak pelepasan gas karbon dioksida dilepaskan di ruang udara yang
menyebabkan peningkatan suhu dunia.

Jadi bagaimanakah agama memainkan peranan yang penting melalui


perspektif agama Buddha?

Menurut en Vidyananda K.V Soon, berdasarkan perspektif agama Buddha,


kita harus bersikap bersederhana dalam kehidupan. Setiap individu perlu
mengambil inisiatif mengubah gaya hidup bersederhana. Sebagai contohnya,
kita seharusnya hanya membeli barang yang diperlukan sahaja atau
mengunakkan semula barang lama yang masih boleh digunakan. Selain itu,
masyarakat secara umumnya perlu mengubahkan sistem ekonomi dan juga
pentadbiran. kita tidak seharusnya memperalatkan sifat ketamakkan
manusia untuk mencari keuntungan sahaja sehingga menjejaskan ekosistem
kerana kelestarian alam itu tidak ternilai harganya berbanding wang ringgit
yang diperolehi. Oleh itu, guru-guru agama baik, Kristian, islam, hindu atau
Buddha boleh memberi pendedahan ini semasa sesi perkuliahan atau
ceramah di tempat beribadat mengikut agama masing-masing.

Akhir sekali, kita perlu mengamalkan sikap 4M, iaitu Menolak,


Mengurangkan, Menggunakan semula, dan Mengkitarkan semula. kita
seharusnya menolak sikap yang hanya terus ingin membeli kerana tertarik
dengan iklan yang menarik, dari sini merupakan permulaan di mana kita
belajar untuk mengawal diri kita dan agamalah yang menjadi panduan
kepada pendirian kita supaya kita tidak tersasar daripada landasan. Kita juga
perlu mengurangkan barangan yang tidak perlu serta menggunakan semula
barangan masih dalam keaadan baik serta mengkitarkan semula bahan
buangan kerana penghasilan barang baru daripada bahan mentah
menggunakan lebih banyak tenaga berbanding menghasilkan barang baru
daripada barang terbuang impaknya, lebih banyak gas-gas yang dilepaskan
seperti karbon dioksida, karbon monosikda dan metana yang merupakan
faktor utama pemanasan global. Tuntasnya, ketamakkan manusia tiada
batasnya, jadi melalui pendidikan agama boleh memberi kesedaran kepada
manusia kebahagiaan itu bukan terletak kepada berapa banyakkah harta
yang kita miliki, kerana manusia tidak akan pernah puas dengan apa yang
dimiliki. Oleh itu, kita seharusnya hidup dalam keadaan bersederhana agak
kita dapat mengsyukuri dalam semua perkara.

Anda mungkin juga menyukai