Anda di halaman 1dari 2

6.

0 JUSTIFIKASI AKTIVTI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Rancangan pengajaran ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh
guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian ini
dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan
efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar
guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting
untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi
terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Rancangan Pengajaran Harian
yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Selain itu, butiran yang
perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh,
mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai,
aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.

Berdasarkan rancangan pengajaran yang telah dibina, aktiviti-aktiviti yang


dirancang dapat membantu murid dalam menguasai penolakan dua nombor yang
melibatkan pengumpulan semula. Pada langkah set induksi, murid didedahkan
dengan soalan penolakan. Dalam set induksi kemahiran penyoalan digunakan
untuk merangsang murid supaya berfikir tajuk atau topik apakah yang akan diajar
oleh guru. Seterusnya, pada langkah pertama, murid diterangkan konsep tolak
menggunakan bentuk lazim. Kaedah ini membantu murid-murid menyelesaikan
soalan tolak menggunakan bentuk biasa atau tradisional. Guru memberikan
pelbagai soalan yang mempunyai aras yang berbeza-beza juga membantu
perkembangan ilmu murid dalam menolak nombor yang melibatkan pengumpulan
semula.

Seterusnya, pada langkah kedua, guru menggunakan bahan bantu belajar


iaitu Magic Beads untuk menyelesaikan soalan tolak dengan pengumpulan
semula. Dengan menggunakan bahan bantu belajar ini, murid-murid akan lebih
tertarik dan fokus pembelajaran akan meningkat kerana mereka ingin mencuba
menggunakan bahan tersebut di samping mengelakkan murid berasa jemu
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Bahan Magic Beads juga merangsang
deria-deria murid seperti penglihatan, motor halus, pendengaran dan sentuhan.

PENGAJARAN NOMBOR DAN OPERASI (MTES3073) | 14


Hal ini akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan
bermakna.

Pada langkah ketiga pula, guru mengedarkan lembaran kerja sebagai


untuk mengukuhkan konsep tolak dengan mengumpula semula murid. Tujuan
lembaran kerja diberikan untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang
sedia ada pada seseorang murid. Ia juga bertujuan untuk memperkembangkan
kreativiti seorang murid dalam menyelesaikan masalah operasi tolak yang
melibatkan pengumpulan semula. Melalui lemabaran kerja, guru boleh melihat
dan menilai perbezaan murid mana yang dapat menguasai pengajaran dan
pembelajaran operasi tolak melibatkan pengumpulan semula dengan baik.
Langkah kelima pula menggalakkan murid mengaplikasikan topik pembelajaran
dalam kehidupan seharian mereka dengan melakonkan watak penjual dan
pembeli. Kemudian menyelesaikan masalah operasi tolak dengan pengumpulan
semula. Pada langkah ini, aktiviti bermain permainan jual beli dapat merangsang
kemahiran kecerdasan pelbagai iaitu murid boleh menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam kehidupan sebenar yang melibatkan operasi tolak.

Akhir sekali, penutup kognitif diaplikasikan dalam langkah terakhir.


Penutup kognitif menggalakkan murid supaya mengingat kembali apa yang telah
dipelajari dan mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah
diperoleh.

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, operasi tolak melibatkan pengumpulan semula mudah


diaplikasikan di dalam bilik darjah. Penggunaan kaedah 'Magic Beads' dapat
membantu murid-murid yang kurang menguasai operasi menolak sebarang dua
nombor melibatkan pengumpulan semula dengan baik. Justeru, dengan
menggunakan kaedah ini, murid dapat menolak nombor dengan mudah tanpa
kekeliruan dan kesalahan lazim. Guru perlu menarik perhatian, menggalakkan
rasa minat dan semagat murid untuk mempelajari topik operasi tolak melibatkan
pengumpulan semula walaupun kebanyakan murid-murid menganggap topik ini
sukar. Oleh itu, sebagai bakal guru harus melengkapkan persediaan dengan ilmu
pengetahuan yang luas mencakupi pelbagai bidang dan perlu berani melakukan
perubahan ke arah kreativiti serta inovasi khasnya dalam subjek Matematik.

PENGAJARAN NOMBOR DAN OPERASI (MTES3073) | 15

Anda mungkin juga menyukai