Anda di halaman 1dari 2

JAWATANKUASA PERTANDINGAN ORANG BESI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

2017

3 April 2017

Kepada :

Puan Rubiah Binti Ahmad,


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Temenggong Ibrahim.

Puan,

JEMPUTAN KE HARI PERTANDINGAN ORANG BESI IPGKTI 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Opsyen 4PISMP BC/PJ akan mengadakan


Pertandingan Orang Besi IPGKTI 2017 mengikut ketetapan berikut.

Tarikh : 6 April 2017 (Khamis)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Padang & Astaka IPGKTI

Untuk pengetahuan Puan, pertandingan ini merupakan Ujian Amali


PJMS3092 Pengurusan PJ dan Sukan.

3. Sehubungan itu, kami Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Orang


Besi IPGKTI 2017 dengan berbesar hati memaklumkan dan menjemput Puan
untuk merasmi serta menyaksikan Pertandingan Orang Besi pada jam 2.30
petang.

4. Semoga dengan kehadiran Puan akan lebih memeriahkan lagi


pertandingan ini. Kerjasama dan perhatian yang diberi kami dahulukan
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menjalankan Tugas

( GRACE HO LEE YIN)


Setiausaha
Pertandingan Orang Besi IPGKTI 2017

Anda mungkin juga menyukai