Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A

Pilih jawapan yang sesuai.

1. Rajiv menghormati agama dan kepercayaan masyarakat setempat


dengan
A. mengenali agamanya sendiri sahaja
B. bersangka buruk terhadap sesuatu agama atau kepercayaan
C. membaca dan memahami pelbagai bahan berkaitan dengan
sesuatu agama atau kepercayaan
D. berpantun

2. Apabila Sarvin menghormati agama dan kepercayaan masyarakat


setempat, dia akan
A. dihormati
B. dikeji
C. diasingkan
D. didenda

3. Lai Fong Leng dijadikan teladan dalam masyarakat setempat kerana


dia sentiasa __________ agama dan kepercayaan mereka.
A. menerima
B. menghormati
C. mengkritik
D. mengejek

4. Mereka percaya akan kewujudan tuhan, iaitu Nyenang. Nyenang


tidak dapat dilihat dan disentuh. Nyenang dianggap kuasa teragung
yang bersifat pengasih dan penyayang.

Kenyataan di atas merujuk kepada masyarakat ____________

A. Iban
B. Kadazan
C. Semai
D. Cina

1
5. Sekiranya berlaku malapetaka, masyarakat Jahai akan meminta
bantuan
A. Halaq (bomoh)
B. tukang karut
C. ahli sihir
D. pari-pari

6. Jason merupakan anak yatim. Dia juga mengalami sakit kanser perut.
Hal ini menyebabkan dia memerlukan wang yang banyak untuk
membiayai pembedahan. Apakah cara yang boleh diberikan untuk
membantu Jason?
A. memberi sokongan moral sahaja
B. Sebagai rakan, kita boleh mewar-warkan kisah Jason di Media
Massa seperti iklan di televisyen, radio atau Facebook untuk
memohon sumbangan wang daripada orang ramai.
C. Hanya diamkan diri
D. memaksa rakan lain memberi wang

7. Apakah yang akan berlaku jika orang yang mengalami kesusahan atau
musibah, tidak dibantu?

A. mereka akan menjadi gila


B. mereka kekal berada dalam kesusahan dan musibah, ini
menyebabkan mereka bertambah sedih dan tertekan.
C. mereka sakit jiwa
D. mereka ketawa

8. Apakah perasaan kamu jika dapat membantu rakan kamu yang dalam
kesusahan?

A. gembira dan bangga


B. sedih
C. kecewa
D. sakit hati

2
9.
Mangsa ribut

Berdasarkan gambar di atas menunjukkan rumah penduduk musnah


akibat ribut, yang manakah bukan cara menjayakan Projek Tabung
Bantuan Mangsa Ribut ?

A. menyediakan tabung Mangsa Ribut di kedai runcit


B. membuat aktiviti gotong royong
C. membuat kutipan derma di sekolah,kilang dan syarikat swasta
D. membuat kutipan derma dari rumah ke rumah dengan surat
keizinan membuat kutipan derma daripada pihak berwajib

10. Antara berikut kebaikan memberi bantuan kepada masyarakat


setempat, kecuali
A. mendapat pahala daripada tuhan
B. meringankan beban orang yang susah
C. menjadi contoh kepada individu lain agar membuat kebaikan
dengan memberi bantuan kepada orang lain
D. ingin mendapat anugerah dan pujian

11. Mengapakah harta benda sekolah harus dijaga dengan baik ?


A. Murid murid tidak akan dapat belajar dengan baik tanpanya.
B. Murid murid tidak akan memperoleh kejayaan tanpanya.
C. Menjaga imej sekolah
D. Mengelakkan daripada kerosakan dan menambahkan
perbelanjaan untuk memperbaikinya.

12. Kegiatan merosakan kemudahan awam dikenali sebagai


A. gansterisme
B. vandalism
C. animism
D. politisme

3
13. Pada pendapat kamu, apakah cara yang paling sesuai untuk
memupuk rakyat mencintai kebersihan ?
A. Mengadakan aktiviti gotong royong
B. meletakkan kamera litar tertutup untuk memantau pergerakan
C. Mengadakan kempen menjaga alam sekitar dan memberi
kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga
kebersihan
D. Mengalakkan murid murid mengutip sampah

14. Bagaimanakah cara seorang anak menghargai ibu bapanya ?


A. menceritakan kebaikan ibu bapa kepada rakan rakan
B. menyanyikan lagu untuk menggembirakan hati ibu bapa
C. mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan
D. berkelah bersama-sama keluarga

15. Apakah kesan yang akan terjadi sekiranya ahli keluarga tidak
memainkan peranan masing masing ?
A. Rumah tangga menjadi porak peranda
B. Hidup dalam keadaan bahagia
C. Hidup dalam kesederhanaan
D. Hidup dalam keadaan berduka

16. Ibu bapa merupakan orang yang amat penting bagi kita. Di bawah
ialah cara kita menghormati ibu bapa, kecuali
A. memberitahu mereka apabila kita keluar dari rumah
B. memaklumkan kepada mereka aktiviti kita
C. memaksa mereka mematuhi kehendak kita
D. membantu mereka meringankan beban

17. Kamu dilantik menjadi ketua kelas. Apakah tugas kamu sebagai
ketua kelas ?
A. memarahi rakan sekelas
B. menjaga kelas dan membantu guru
C. mengawal pergerakan rakan sekelas.
D. memerhati aktiviti guru

4
18. Apakah yang akan kamu lakukan jika ternampak seorang budak
sedang mengganggu jemaah lain beribadat ?
A. tidak mempedulikannya
B. menegur budak tersebut
C. menggelengkan kepala
D. turut mengganggu jemaah lain

19. Tempat beribadah ialah tempat untuk


A. mengulang kaji pelajaran
B. beribadah (sembahyang dan berdoa)
C. mendengar ceramah
D. berbual bual

20. Ah Seng diajak oleh Veer menghisap rokok. Apakah yang sepatutnya
Ah Seng memberitahu kepada rakannya ?
A. Boleh, apa salahnya
B. Kamu pergilah ajak orang lain
C. Berapa banyak yang kamu beli ?
D. Saya tidak mahu. Rokok membahayakan kesihatan.

[20 markah]

5
BAHAGIAN B
Tandakan ( ) pada perkara yang patut dilakukan dan ( x ) pada perkara
yang tidak patut dilakukan.

1. Nurin membeli dua batang aiskrim dan memberikan aiskrim tersebut


kepada dua orang adiknya. ( )

2. Dinesh melihat abangnya menyapu daun kering di halaman rumahnya. Dia


tidak menolong abangnya sedangkan dia tidak berbuat apa apa. ( )

3. Shah malas membaca buku pelajaran walaupun telah beberapa kali


disuruh ibunya. Dia hanya menonton televisyen sahaja. ( )

4. Lai Meng mengucapkan terima kasih kepada abangnya kerana


membelikannya sebuah kotak pensel baharu. ( )

5. Pak Cik Muthu sudah tua tetapi dia tetap bekerja. Anak sulungnya pula
hanya duduk di rumah dan tidak melakukan apa apa pekerjaan. ( )

6. Pravin berasa cemburu melihat adiknya berumur 4 tahun mendapat


mainan baru yang dibelikan oleh bapanya. ( )

7. Azian menghormati ibu dan bapanya. Dia jarang menyusahkan mereka.


( )

8. Ibu dan bapa Imani sentiasa memberi galakan dalam aktiviti aktiviti
berfaedah yang disertai olehnya. ( )

9. Muna melawan kata kata ibunya, semasa ditegur oleh ibunya. ( )

10. Joe dan Kiran sahabat baik. Pada suatu hari Joe tanpa sengaja
memecahkan pasu bunga di atas meja guru dalam bilik darjah, Kiran
ternampak kejadian tersebut tetapi merahsikannya kerana tidak mahu Joe
didenda oleh guru.( )

[10 markah]

6
BAHAGIAN C

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

sejahtera, sokongan, kebajikan, meringankan, menghulurkan,


keharmonian, gembira, dihormati

1. Masyarakat yang _____________ lahir daripada anggota masyarakat


yang saling memahami dan saling membantu.

2. Tunjukkanlah keprihatinan kita dengan _____________ derma kepada


golongan yang kurang bernasib baik.

3. Bersikap baik hati sesama masyarakat amat penting untuk menjaga


______________ dalam masyarakat.

4. Berbuat baiklah kepada masyarakat dengan membantu


______________ penderitaan mereka.

5. Kita tidak akan berasa _______________ jika terdapat masyarakat


yang hidup dalam kesusahan.

6. Kita menghulurkan bantuan untuk menjaga ______________


masyarakat setempat.

7. Apabila kita membantu masyarakat, kita akan disayangi dan


______________ oleh mereka.

8. Berikanlah bantuan dan _______________ moral kepada masyarakat


secara ikhlas.

[8 markah]

7
BAHAGIAN D

Lengkapkan rajah di bawah dengan jawapan anda sendiri.

Cara melaksanakan tanggungjawab dalam masyarakat setempat

Ketua Kumpulan Ahli kumpulan

Memantau ahli kumpulan Melaksanakan tugasan


membuat tuagasan dengan baik

Kebaikan Kebaikan

Perasaan saya apabila Perasaan saya apabila


melaksanakan tanggungjawab melaksanakan tanggungjawab

[12 markah]

Anda mungkin juga menyukai