Anda di halaman 1dari 4

Sempena cuti hari pekerja, persatuan pencinta Unggas Kuching telah

menganjurkan trip memikat terkukur peringkat kuching samarahan 2016. Trip


ini merupakan trip yang pertama dianjurkan untuk tahun 2016.

Pertandingan diadakan untuk menguji kehebatan pemikat burung untuk memikat


tekukur menggunakan denak dan racik.

Seramai 50 pemikat burung seluruh Sarawak dan semenanjung Malaysia beradu


nasib dalam pertandingan yang diadakan di sekitar kawasan Kuching dan
samarahan. Semua peserta berkumpul di taman Merbau, Jalan Serian-
Samarahan.

Masanya selama tujuh jam bermula pada pukul 8 pagi sehingga jam 3 petang.
Sebanyak 58 ekor tekukur berjaya dipikat sepanjang tempoh itu. 3 orang
pemikat bertuah telah dapat menangkap 4 ekor terkukur setiap seorang telah
muncul sebagai johan, naib johan dan tempat ketiga.

Pertandingan itu adalah sebahagian usaha Persatuan Pencinta Unggas


Kuching untuk mengembang dan memelihara seni warisan itu sebagai suatu
hobi.

Penyelaras pertandingan, Abdul Rahman bin Basir berkata, aktiviti seperti


itu akan dijadikan sebagai acara tahunan termasuk berusaha menghimpunkan
pemikat burung seluruh negari Sarawak. Ini kerana pemikat dari Miri dan Melaka
turut serta dalam trip ini.

Menurutnya, ia juga membolehkan peserta yang berkongsikan kegemaran sama,


bertukar pendapat dalam kepelbagaian teknik memikat tekukur termasuk
mendidik burung yang dijadikan denak.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Junaidi Muslimin,


selaku penasihat persatuan.

Hadiah pertama berupa telefon bimbit dan barangan elektrik dimenangi oleh
Mohd Hafizzfaisal Bin Suolo, 27, dari Kampung Terasi Sadong Jaya dan tempat
kedua dimenangi oleh Sepiee bin Mohd Hassan, 44,juga dari kampong Terasi,
Sadong Jaya dan tempat ketiga dimenangi oleh Zulkifli Abu Bakar, 43, dari
Melaka.

Abdul Rahman berkata, semua pemenang telah berjaya menangkap sebanyak 4


ekor burung terkukur sepanjang pertandingan. Pemenang ditentukan
berdasarkan masa terawal mendapat tangkapan. Tekukur yang diperoleh akan
dilepaskan semula.

Anda mungkin juga menyukai