Anda di halaman 1dari 1

Peribahasa

Bulatkan Jawapan

1. Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.


(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.

(A) Ukur baju di badan sendiri.


(B) Bagai telur di hujung tanduk.
(C) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.

2. Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.


(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.

(A) Buah mulut.


(B) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(C) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

3.Lengkapkan peribahasa yang berikut.


(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

(A) -bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian


(B) -banyak orang, banyak ragam
(C) -lain dahulu, lain sekarang
(D) -barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain

4. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah dan
berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan dapat menikmati hidup yang
agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan
untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di
kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.

(A) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan


(B) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(C) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Anda mungkin juga menyukai