Anda di halaman 1dari 1

Persiapan menghadapi peperiksaan UPSR

107,Blok 5
Jalan 17/1,Sekyen 17
40000, Shah Alam.

5 Jun 2014

Menemui sahabatku,Praven yang kini berada di sabah dengan selamatnya.

Saudara,

Apa khabar, saudara ? Saya berharap saudara berada dalam keadaan sihat.Saya disini sihat
sejahtera.

Tujuan saya menulis surat ini adalah menceritakan tentang persediaan awal untuk menghadapi
peperiksaan UPSR tersebut.

Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di rumah.Saya
menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah masa untuk mengulangkaji setiap mata
pelajaran.Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.

Selain itu,saya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang
dan setiap hujung minggu.Saya juga bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan dengan rakan-
rakan dari sekolah lain.

Di samping itu,saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah untuk meminjam buku-buku
rujukan.Di situ juga saya boleh bincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar.

Saya juga sering mengikuti seminar dan kem motivasi yang diadakan oleh pihak sekolah.Kami
banyak mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar yang betul.

Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR
nanti.Sampai disini sahaja saya coretkan.Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudara.

Yang Benar

___________

(Avinaash)

Anda mungkin juga menyukai