Anda di halaman 1dari 20

TAJUK TUGASAN

Terangkan maksud Model ASSURE oleh Heinich, R., Molenda, M., Russell,

J.D., Smaldino, S.E.,1982 dan kepentingannya dalam mereka bentuk media

pengajaran. Dengan berdasarkan model ini nyatakan enam langkah

bagaimana anda menghasilkan satu pakej pengajaran untuk satu sub-topik

mata pelajaran major atau elektif anda dengan memilih, mengubahsuai atau

membina sekurang-kurangnya DUA (2) media daripada kategori berikut:

Kategori A Wajib

Persembahan multimedia yang menggabungkan elemen teks, grafik,

audio, animasi dan/atau video dengan menggunakan perisian yang

sesuai.

Kategori B Pilih SATU media daripada SAMA ADA

a) Media 2D atau 3D, Fotografi ATAU

b) Persembahan Lutsinar

Jabatan Teknologi Pendidikan

Institut Perguruan Ipoh

ii
PENGHARGAAN

Tugas menyediakan kerja kursus pendek ini telah melibatkan jasa baik

beberapa orang. Terutama sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih

kepada Encik Lee Siong Theam (pensyarah Jabatan Teknologo Pendidikan,

Institut Perguruan Ipoh) atas jasa baik beliau dalam penjelasan yang terang

tentang topik Teknologi Pendidikan, menolong menunjukkan kesalahan dan

ilmu.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan saya (pelajar-pelajar PGSR-BC Ambilan November 2008) yang sudi

membantu dan berkongsi maklumat semasa perbincangan kumpulan.

Akhir sekali ucapan terima kasih saya berikan kepada suami dan keluarga

saya kerana memberi galakan dan sokongan dengan sepenuhnya kepada

saya ketika saya menyediakan tugas kerja saya.

Tee Wan Lea

Iii
KANDUNGAN

1 Pengakuan i

2 Tajuk Tugasan ii

3 Penghargaan iii

4 Kandungan

l Pendahuluan 1

l Huraian Model ASSURE 2-4

l Kepentingan Model ASSURE dalam reka bentuk media 5-6

pengajaran

l Enam Peringkat berpandukan Model ASSURE

i- Analisis Pelajar 7

ii- Nyatakan Objektif 8

iii- Memilih Kaedah, Media dan Bahan 8-10

iv- Gunakan Media dan Bahan 11

v- Libatkan Pelajar 12

vi- Menilai dan Semak 13

l Rumusan / Kesimpulan 14

l Rujukan 15

5 Refleksi a

6 Lampiran b

7 Cakera padat c
PENDAHULUAN

Model ASSURE telah digubalkan oleh Robert Heinich dan Michael

Molenda dari Universiti Indiana dan James D. Russell dari Universiti

Perdue pada tahun 1982. Ia menerangkan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan tidak lagi bergantung terhadap penyampaian buku teks

sahaja, akan tetapi perlu melibatkan pelbagai media dalam perancangan

pengajaran dan pengendaliannya.

Saya telah meneliti enam langkah yang terkandung dalam Model

ASSURE dan saya telah mencuba sedaya upaya untuk menyiapkan

kerja kursus ini dengan sistematik mengikut arahan tugasan yang diberi

oleh pensyarah. Saya juga menunjukkan segala hasil kerja kuat saya di

lampiran dan CD.

Semoga pensyarah saya akan merasa puas hati terhadap hasil

tugasan ini dan memaafkan saya sekiranya terdapat kekurangan. Saya

juga yakin setelah belajar konsep Model ASSURE, pengajaran dan

pembelajaran saya akan menjadi lebih berkesan pada masa akan datang.

Tee Wan Lea

1
HURAIAN MODEL ASSURE

Model ASSURE yang digubal oleh Robert Heinich, Michael

Molenda dan James pada tahun 1982 dan diubahsuai pada tahun

2002. Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan, merancang

dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan pelbagai media. Ia

juga berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik

darjah. Guru dapat menyediakan media yang sesuai dan berkesan

dalam pengajaran dan pembelajaran jika berpandu kepada Model

ASSURE.

Model ASSURE mengandungi enam langkah. Perkataan ASSURE

adalah kata singkat untuk enam langkah tersebut di atas dalam bahasa

Inggeris, iaitu:

1 Analisis Pelajar (A-Analyze Learners)

Langkah pertama ini menerangkan media yang disediakan harus

disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah dan

bahan pembelajaran itu sendiri. Tiga perkara mustahak yang perlu

diambil kira ialah ciri umum, kompetensi khusus peringkat masuk dan

stail pembelajaran.

2
2Nyatakan Objektif (S-State Objective)

Langkah seterusnya ialah menentukan objektif. Objektif-objektif yang

khusus dan menepati kehendak dinyatakan dengan ringkas dan jelas

supaya tahap minimum tentang pembelajaran tercapai tanpa

menyekat pembelajaran pelajar. Fokus ditumpukan kepada murid..

Ianya harus ditulis dengan menggunakan format ABCD iaitu Pelajar

(A-Audiens), Tingkahlaku (B-Behavior), Keadaan Pembelajaran (C-

Condition) dan Darjah Pencapaian (D-Degree).

3Memiilih Kaedah, Media dan Bahan (S-Select Methods, Media &

Materials)

Terdapat tiga langkah utama di peringkat ini iaitu menentukan kaedah

penyampaian yang bersesuaian untuk menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran; memilih media yang bersesuai

dengan kaedah pembelajaran; dan memilih, mengubahsuai atau

mereka bahan media yang ditentukan.

4. Gunakan Media dan Bahan (U-Utilize Media & Materaials)

Setelah memilih media dan bahan, perekabentuk harus memastikan

penggunaan bahan dengan cara yang betul untuk membantu

kumpulan sasaran mencapai objektif pembelajaan. Terdapat llima

langkah menggunakan media dengan baik iaitu:

i) pribiu bahan,

ii) sediakan bahan,

3
iii) sediakan persekitaran,

iv) sediakan murid dan

v) sediakan pengalaman pembelajaran.

5. Libatkan Pelajar (R-Require Learner Participation)

Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran berlaku, pelajar

perlu dilibatkan dengan aktif semasa proses pengajaran dan

pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz,

projek, aktiviti dan sebagainya. Guru seharusnya berperanan sebagai

fasilitator dan kegiatan pengukuhan, seperti pengukuhan serta-merta,

hendaklan diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul.

6. Nilai dan Semak (E-Evalute and Revise)

Penilaian adalah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu

perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang

diambil terhadap perkara yang dinilai. Keputusan ini diambil sepanjang

proses pengajaran dan ia melibatkan aspek

i) menilai pencapaian pelajar,

ii) pembelajaran yang dihasilkan,

iii) menilai media dan kaedah,

iv) kualiti media,

v) penggunaan guru, dan

vi) penggunaan murid.

4
KEPENTINGAN MODEL ASSURE

DALAM REKA BENTUK PENGAJARAN

Pengajaran zaman teknologi kini tidak terhad kepada buku dan papan

tulis sahaja; sebaliknya memerlukan perancangan dan pengendalian yang

memerlukan penggunaan media. Model ASSURE merupakan model reka

bentuk jenis ini yang terbaik dan berkesan.

Model ASSURE memainkan peranan penting dalam pengajaran

zaman teknologi. Ia bukan sahaja menumpukan kepada perancangan

bagi satu masa pengajaran sahaja, bahkan menyediakan suasana yang

harmoni dalam proses pembelajaran sepanjang masa. Disiplin pelajar

dapat dipertingkatkan apabila guru mengajar berdasarkan analisis latar

belakang mereka.

Model ASSURE merupakan pengajaran yang dirancang dengan teliti

dan lengkap membantu guru dalam penyediaan pengajaran mereka

secara sistematik dari segi menganalisi pelajar, menentukan objektif,

memilih kaedah, media dan bahan serta penggunaannya sehingga

penglibatan pelajar dan penilaian. Ia dapat membantu mewujudkan

keyakinan, kepercayaan guru dalam pengajarannya. Guru juga dapat

memproseskan pakej pengajaran yang sepadan dengan kurikulum, dan

maklumat tepat dan terkin jika berpandukan Model ASSURE.

5
Selain daripada itu, Model ASSURE juga menghasilkan perasaan

hormat pelajar terhadap guru mereka yang dapat menyediakan iklim

pembelajaran yang positif kepada mereka seterusnya membantu

pembinaan disiplin yang baik. Ini kerana guru dapat melaksanakan

pengajarannya dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa

dan tidak bertindak kelam-kabut.

Model ASSURE juga dapat mempertingkatkan penggunaan media

dalam kalangan guru untuk meningkatkan pembelajaran murid dan

membantu memudahkan pengajaran berpandukan multi media teknologi

(contohnya: pembelajaran melalui talian bebas on line self learning).

Model ASSURE juga membantu guru membuat refleksi tentang

kelemahan dan kekuatan diri demi mengetahui sejauh mana pencapaian

objektif di akhir proses pengajaran dan pembelajarannya.

Kesimpulannya, Model ASSURE dapat mempertingkatkan

penggunaan media dalam pengajaran guru supaya proses pengajaran

dan pembelajaran lebih berkesan dan bermutu.

6
MEDIA PENGAJARAN

BERPANDUKAN ENAM PERINGKAT MODEL ASSURE

Media : multimedia, 2D dan 3D

Topic :Sains dalam bahasa Inggeris Animals and their sounds

Year :year one (1M)

Number of students : 42

Saya telah menghasilkan satu pakej pengajaran berpandukan enam

peringkat Model ASSURE seperti berikut.

1. Analisis Pelajar

*Ciri-ciri Umum Murid

Terdapat 42 orang murid di kelas 1M. Di antaranya 20 orang murid

perempuan dan 22 orang murid lelaki. Kebanyakan murid saya dari

keluarga yang sederhana dan kaya. Kesemua murid tersebut adalah

berbangsa Cina yang berasal dari bandar. Kebanyakan daripada mereka

jarang berpeluang berapat dengan binatang yang sebenarnya.

*Kompetensi Khusus Peringkat Masuk

Walau bagaimanapun, kebanyakan murid saya sudah mengenal

binatang-binatang melalui buku-buku dan televisyen serta mempelajari

semasa berada di tadika. Mereka juga pernah mendengar suara sebenar

sebahagian binatang yang diperlihara di rumahnya. Contohnya, kucing

dan anjing..

7
*Stail Pembelajaran

Murid zaman kini aktif, tidak suka bergantung sahaja kepada

buku teks. Mereka lebih berminat pada pembelajaran melalui pengalaman

langsung. Mereka juga akan berasa seronok bila kaedah permainan

dijalankan. Di samping itu, mereka lebih gemar melukis, bermain teka-teki,

menonton tayangan dan menyanyi jika dibandingkan dengan membaca

sahaja.

2. Nyatakan Objektif

Pada akhir pelajaran. ini, murid-murid dapat:

i) mengenal sekurang-kurangnya 5 daripada 8 nama

binatang.

ii) menyebut dan mengeja sekurang-kurangnya 5 daripada

8 nama binatang.

iii) mengetahui sekurang-kurangnya 5 daripada 8 cara

binatang berbunyi..

iv) menulis sekurang-kurangnya 5 daripada 8 cara binatang

bersuara .

3Memiilih Kaedah, Media dan Bahan

*Memilih Kaedah

Saya menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk topk ini, Saya

menggunakan kaedah main gabungan secara kumpulan kecil (Choong

Lean Keow, PhD.m.s.12) untuk memulakan pengajaran saya di peringkat

8
set induksi. Selepas itu, saya meneruskan pengajaran dengan

pembelajaran kognitif yang menguji peringatan murid. Pengajaran secara

kelas diadakan untuk mengenal nama-nama binatang. Saya akan

mendedahlkan kandungan baru dalam bentuk bercerita (Animal Farm

content dalam cakera padat). Pembelajaran murid akan lebih berkesan

bila mereka diminta berbunyi dengan kaedah demostrasi dan latih tubi

berpandukan persembahan elektronik (power point) yang menarik.

Nyanyian beramai-beramai bersama cakera padat di peringkat berikutnya

pasti menyeronokkan. Di akhir pengajaran, saya akan mengagihkan

kertas lembaran kerja untuk disiapkan oleh murid.

*Memilih Media

Saya memilih pelbagai media untuk menjayakan proses pengajaran

dan pembelajaran tajuk binatang dengan audio, alat video dan

persembahan elektronik. Saya mencari bahan yang terdapat di pusat

sumber sekolah. Apabila didapati kandungan cakera padat kurang sesuai

dengan kaedah pengajaran saya, maka saya berputus untuk membina

persembahan elektronik saya sendiri. Saya akan menggunakan lagu Old

McDonald had a farm sahaja dari cakera tersebt.

9
Mereka Bentuk Media

Multimedia

Saya memilih persembahan elektronik (power point) untuk

menunjukkan gambar-gambar binatang. Saya download gambar dan

bunyi binatang-binatang satu demi satu dengan menggunakan laman web

google lalu menampal dan membina persembahan elektronik yang

menarik. Saya mereka 12 slaid yang bergambar bersama nama binatang

dan supaya murid dapat membaca dan mengejanya. 12 slaid lagi yang

ada gambar binatang, nama binatang, suara binatang dan cara ia

berbunyi boleh digunakan oleh murid untuk belajar secara kendiri.

2D dan 3D

Untuk mengadakan media yang sesuai, saya mencari gambar binatang

yang menarik lalu memotong dengan pisau kecil supaya menjadi

kepingan kecil seperti puzzle binatang. Saya membina kad imbasan

nama binatang dan bunyi binatang dengan menulis perkataannya di atas

kad manila. Saya telah mengumpulkan patung binatang anak saya yang

terdapat di rumah untuk menjimatkan kos pembelanjaan, Lirik lagu dapat

membantu mengajar nyanyian beramai-ramai. Manakala patung-patung

binatang dipilih oleh murid mengikut kesukaannya untuk mewakilkan

kumpulannya.

10
4. Gunakan Media dan Bahan

*Pribiu Bahan

Saya pribiu persembahan elektronik, cekera padat dan audio.

*Sediakan Bahan

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan

menyediakan satu set rancangan pengajaran yang bersistematik.

*Sediakan Persekitaran

Saya akan menempah bilik alat pandang dengar yang berhawa dingin

terlebih dahulu supaya murid dapat belajar dengan selesanya. Saya akan

memastikan semua alat media (komputer, LCD projektor, OHP projector,

pembesar suara dan skrin) dipasang dengan betul dan dapat berfungsi

dengan baik supaya pengajaran lancar dijalankan. Susunan gaya auditorium

iaitu penyusunan tradisional diadakan supaya murid dapat melihat

persembahan elektronik dengan mudah dan jelas. Di samping itu, guru dapat

mengawal disiplin mereka. Mereka hanya dibenarkan duduk secara kumpulan

kecil semasa kaedah main gabungan mencantumkan puzzle di peringkat set

induksi untuk membolehkan mereka berkolaborasi.

*Sediakan Murid

Saya akan meransangkan murid tentang tajuk dan isi kandungan yang

akan disampaikan melalui permainan cantuman puzzle. Selepas itu, mereka

harus balik ke tempat duduk masing-masing sebelum saya habiskan kiraan

11
count down (10, 9,8 3, 2, 1, 0) seperti biasa yang dilatih oleh saya. Mereka

juga hendaklah peka kepada isyarat saya contohnya senyap bila saya tutup

rapat mulut sambil memandang mereka dan duduk diam apabila saya

menunjuk menurunkan tangan dari atas ke bawah.

*Sediakan Pengalaman Pembelajaran

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya menggabungkan

pengalaman yang sedia ada pada murid seperti mereka telah mengenali

binatang dalam rumah dan di taman. Saya akan mengajar lebih binatang

kepada mereka selepas mereka mencantumkan puzzle dengan

menggunakan persembahan elektronik. Selepas itu, saya meminta mereka

menulis seberapa banyak binatang yang dapat mereka ingat pada tayangan

sebelumnya. Persembahan melawat Animal Farm dapat memberi gambaran

yang jelas kepada murid tentang tajuk yang akan dipelajari. Saya akan

mengajar cara binatang berbunyi secara latih tubi menyebut dan mengeja

perkataan tersebut. Murid juga dapat belajar secara kendiri dengan menekan

perkataan sound dan answer untuk mendengar cara binatang berbunyi.

Sebelum mengakhiri pengajaran, saya mengukuhkan pembelajaran murid

dengan mengadakan latihan lembaran kerja.

5. Libatkan Pelajar

Semua murid digalakkan mencantumkan puzzle bersama demi memupuk

sikap kolaborasi. Murid perlu mempelajari secara aktif dalam semua peringkat

pengajaran. Mereka harus menulis jawapan di atas kertas kosong yang

12
disediakan tanpa meniru jawapan kawan, Mereka perlu memberi nama

binatang bila disoal oleh saya, bersuara seperti binatang bila ditunjuk dan

menyanyi sambil berlagak seperti binatang bersama sama. Pada akhir

pelajaran, mereka juga dikehendaki menyiapkan lembaran kerja dan hantar

kepada saya.

6. Menilai dan Semak

Saya akan membuat penilaian sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Pembelajaran yang dihasilkan adalah baik jika

penglibatan murid aktif. Kualiti media memuaskan jika ia menarik perhatian

murid semasa pembelajaran. Media juga berkesan jika digunakan dengan

sepenuhnya oleh saya dan murid untuk menjayakan proses pengajaran dan

pembelajaran. Yang mustahak, murid yang dapat menjawab soalan lembaran

kerja dengan betul akan menunjukkan keberkesanan pengajaran tersebut dan

mencapai matlamat pembelajaran. Pengkayaan akan diadakan jika ia berjaya;

manakala pemulihan akan dijalankan jika ia gagal.

Untuk mempertingkatkan teknik pengajaran, saya akan meminta rakan

saya membuat pecerapan terhadap pengajaran saya. Satu borang semakan

dan cadangan akan diberi untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan saya.

Akhir sekali, saya akan meneliti segala maklumat yang dikumpulkan dan

membuat catatan pada pengajaran seterusnya.

13
RUMUSAN/KESIMPULAN

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bergantung

kepada perancangan yang teliti dan penggunaan media. Model ASSURE

yang digubal olehHeinich dan rakan-rakannya (1982) telah memberi panduan

perancangan dan pengendalian pengajaran yang memerlukan penggunaan

media ini amat baik dan sesuai diamali oleh para guru. Enam peringkat yang

dinyatakan dengan jelas iaitu i)analisis pelajar, ii) nayatakan objektif, iii)

memiilih kaedah, media dan bahan, iv) gunakan media dan bahan, v) libatkan

pelajar, dan vi) nilai dan semak bukan sahaja dapat membantu guru

melicinkan proses perancangannya, bahkan mendorongnya mencapai

matlamat yang ditetapkan oleh kurikulum.

14
RUJUKAN

Heinich R., Molenda M., and Russell J., 4th edition. (1993). Instructional

Media and the New Technologies of Instruction. New York: Macmillan.

Navajothi Murugayah dan Roszitah Binti Mohd. Shariff. (2003). Science Year

1. Kuala Lumpur : Allwrite Sdn. Bhd.

Prof. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali dan rakan-rakan. (2008). Prinsip Teknologi

Pengajaran. Kuala Lumpur : OUM.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1986). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

www.itchybool.tripod.com/hrd/id

www.kumpulanbudiman.com

15
Refleksi

Semasa membuat kerja kursus ini, saya telah mengkaji dengan teliti

tentang enam langkah Model ASSURE dari segi pengertiannya dan

kepentingannya dalam mereka bentuk media pengajaran.

Saya mendapati perancangan, pemilihan, penghasilan dan penilaian

media pengajaranModel ASSURE memang berkesan membantu

mengendalikan pengajaran yang cemerlang dalam penggunaan media. Saya

telah mempertingkatkan ilmu dalam merancang pengajaran berpandukan

Model ASSURE. Saya juga memupuk persahabatan di antara saya dan rakan

serta pensyarah pembimbing.

Model ASSURE yang menfokuskan penggunaan media dapat

meransangkan minat murid terhadap pembelajaran. Keadaan fizikal bilik

darjah dan persediaan murid juga diambil kira demi memupuk suasana

pembelajaran yang mesra.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini lebih menyedarkan saya tentang

peranan guru dalam mereka pengajaran berpandukan objektif yang

ditentukan oleh Kementerian Pelajaran. Saya sekarang semakin mahir dalam

penggunaan multimedia, seperti persembahan elektronik yang

menggabungkan grafik, audio, animasi dengan menggunakan perisian yang

sesuai.

a
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai