Anda di halaman 1dari 4

KATA KUNCI NILAI PENDIDIKAN MORAL

**BIDANG PERKEMBANGAN DIRI**

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Keyakinan wujudnya Tuhan


Mematuhi segala suruhan Nya

AMANAH

Sikap bertanggungjawab
Menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

HARGA DIRI

Keupayaan memulia diri


Keupayaan menjaga maruah diri

BERTANGGUNGJAWAB

Kewajipan memikul tugas


Kewajipan melaksanakan tugas

HEMAH TINGGI

Beradab sopan
Berbudi pekerti mulia

TOLERANSI

Bertolak ansur
Sabar/mengawal diri

BERDIKARI

Kebolehan/kesanggupan melakukan sesuatu


Tanpa bergantung kepada orang lain

KERAJINAN

Usaha berterusan
Semangat ketekunan/kecekalan/kegigihan/dedikasi/berdaya maju

KASIH SAYANG

Kepekaan yang mendalam


Perasaan cinta yang berkekalan

KEADILAN
Saksama
Tidak berat sebelah

RASIONAL

Dapat berfikir berdasarkan` alasan/bukti nyata


Bertindak wajar

KESEDERHANAAN

Tidak keterlaluan
Tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

**BIDANG KEKELUARGAAN**

KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA

Perasaan cinta yang mendalam


Perasaan saying yang berkekalan

HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA

Memuliakan setiap anggota keluarga


Memberi layanan secara bersopan

MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN

Menerima/menghormati/mengamalkan kebiasaan atau adat


Diwarisi sejak turun-temurun

TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA

Kewajipan terhadap keluarga


Melahirkan keluarga bahagia/meningkatkan imej keluarga/menjaga
maruah keluarga

**BIDANG ALAM SEKITAR**

MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR

Memelihara alam sekeliling/sekitar


Memulihara alam sekeliling/sekitar

KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

Hubungan yang harmonis


Kualiti kehidupan manusia dana lam sekeliling terpelihara

KEMAMPANAN ALAM SEKITAR


Pengekalan keseimbangan alam sekeliling
Tanggungjawab bersama

PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR

Prihatin
Berusaha menyelesaikannya

**BIDANG PATRIOTISMA**

CINTA AKAN NEGARA

Perasaan sayang/bangga kepada negara


Meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri

TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA

Kepatuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara

SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA

Kerelaan melakukan/menyerahkan sesuatu


Tanda kebaktian kepada negara

BIDANG HAK ASASI MANUSIA

MELINDUNGI HAK KANK-KANAK

Membela hak kanak-kanak


Memberi naungan/memelihara hak kanak-kanak

MENGHORMATI HAK WANITA

Melindungi wanita
Mengiktiraf wanita

MELINDUNGI HAK PEKERJA

Menghormati/menhargai
Mengiktiraf/jasa/sumbangan pekerja

MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG BERUPAYA

Memberi layanan yang bersopan


Mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

MELINDUNGI HAK PENGGUNA

Membela hak individu


Memelihara hak individu

**BIDANG DEMOKRASI**

MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Menerima peraturan dan undang-undang


Mematuhi peraturan dan undang-undang

KEBEBASAN BERSUARA

Kebebasan berucap mengikut batasan


Kebebasan mengeluarkan buah fikiran mengikut batasan

KEBEBASAN BERAGAMA

Kebebasan menganuti agama


Kebebasan mengamalkan agama

PENGLIBATAN DIRI DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti


Mematuhi peraturan dan undang-undang

SIKAP KETERBUKAAN

Bersedia memberi pandangan/pembaharuan/kritikan


Bersedia menerima pandangan/pembaharuan/kritikan

**BIDANG KEAMANAN DAN KEHARMONIAN**

HIDUP BERSAMA SECARA AMAN

Hidup berbaik-baik
Mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup

SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA

Usaha yang baik/membina


Dilakukan secara bersama

SALING MENGHORMATI ANTARA NEGARA

Menghargai dan memuliakan hubungan


Kesejahteraan sejagat

Anda mungkin juga menyukai