Anda di halaman 1dari 8

5.

0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Bahagian ini akan menjelaskan mengenai model penyelidikan dan cara penyelidik

mengumpul dan menganalisis data dengan tiga instrumen yang relevan.

Dalam menjalankan penyelidikan ini, penyelidik telah memilih untuk

menggunakan Model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) dalam penyelidikan

ini. Model ini terdiri daripada lima langkah yang utama iaitu maengenalpasti aspek

amalan bagi penambahbaikan, merancang tindakan, melaksanakan tindakan,

mengumpul data dan membuat refleksi terhadap tindakan yang dijalankan seperti

dalam Rajah 4

Rajah 4 : Kitaran Proses Penyelidikan Penggunaan Kaedah 3 Warna Dalam


Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Mengawal Pemboleh Ubah Bagi
Murid Tahun Empat.
5.1 Tindakan Yang Dijalankan

Bahagian ini menjelaskan secara terperinci mengenai langkah-langkah

penyelidikan ini dilaksanakan.

5.1.1 Mengenal pasti masalah

Sebagai seorang guru Sains yang sudah biasa dengan pelbagai gaya dan

ragam murid. Penyelidik mendapati masalah murid untuk menjawab soalan yang

berkaitan dengan pemboleh ubah sering menjadi masalah utama murid. Ini

memberikan tekanan kepada guru kerana masalah mengenal pasti pemboleh ubah

akan menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan Sains Bahagian B yang

melibatkan mengenal pasti pemboleh ubah serta soalan yang berkaitan seperti

hubungan antara pemboleh ubah, pemerhatian, maklumat yang dikumpul, hipotesis

atau ramalan awal, inferens serta kesimpulan.

Pengalaman penyelidik menanda kertas Sains, penyelidik mendapati murid

tidak menjawab soalan yang dikemukan. Responden yang dikenal pasti juga

mempunyai masalah yang sama, mendapat markah yang rendah dalam ujian 1

kerana tidak menjawab soalan bahagian B. Responden yang menjawab pula

memberikan jawapan yang salah.

Penyelidik membuat analisis kandungan skor markah Ujian 1, Ujian 2 dan

Ujian 3. Penyelidik mendapati skor markah responden yang rendah kerana

meninggalkan ruang kosong pada ruang jawapan atau gagal mengenal pasti

jawapan serta jawapan yang dikemukan salah atau tidak menepati kehendak soalan.

Responden masih keliru dalam mengenal pasti pemboleh ubah atau salah mengenal
pasti pemboleh ubah. Contohnya jawapan yang sepatutnya pemboleh ubah

dimanipulasi di tulis pemboleh ubah bergerak balas atau pemboleh ubah

dimalarkan dan sebaliknya.

Pemboleh ubah

Contoh jawapan
responden

Rajah 5 : Contoh Kertas Jawapan Responden.

Bentuk soalan yang dijawab oleh responden dapa Ujian 1, Ujian 2 dan

Ujian 3 juga diselidik dan didapati majority soalan bahagian B bertanyakan

berkaitan pemboleh ubah berdasarkan arahan soalan yang diberi. Ini menunjukkan

bahawa responden mengalami masalah yang sama iaitu tidak dapat mengenal pasti

pemboleh ubah dalam soalan yang diberikan.

Pelaksanaan eksperimen atau teknik menjawab soalan untuk murid Tahun

Empat tidak dilakukan atas faktor kekangan masa serta tiada guru yang bersedia

untuk memberikan teknik menjawab serta kekurangan bahan dan peralatan di bilik

Sains. Bilik Sains adalah bilik yang diubahsuai daripada kelas. Kerusi meja yang

terdapat juga kurang sesuai dengan murid. Ini memberikan kekangan paga guru

untuk menjalankan eksperimen untuk topik yang berkaitan.


Oleh itu atas inisiatif penyelidik, penyelidik merancang satu kaedah yang

sesuai dijalankan di kelas atau di bilik Sains. Penyelidik menyediakan soalan yang

berkaitan dengan pemboleh ubah dan merancang menjalankan Kaedah 3 Warna

kepada semua responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

5.1.2 Perancangan Tindakan

Penyelidik telah menyediakan 4 set soalan untuk dijalankan semasa rawatan

Kaedah 3 Warna. Semua set soalan yang disediakan adalah berkaitan dengan

mengenal pasti pemboleh ubah dalam soalan Sains Bahagian B. Soalan yang

disediakan berkaitan dengan topik ynag telah dipelajari serta berkaitan dengan

mengenal pasti pemboleh ubah berdasarkan gambar rajah, jadual, graf serta

penyataan. Bagi memastikan kelancaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

penyelidikan juga menyediakan rancangan pengajaran harian yang berkaitan.

Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan 5 Fasa Needham.

Penyelidik juga telah menyediakan contoh jawapan pada set soalan untuk

memudahkan responden mendapatkan jawapan yang berkaitan.

Penyelidik juga telah menjalankan Ujian Rintis pada murid Tahun Enam

terhadap soalan Ujian Pra dan Ujian Pos sebelum ujian ini dijalankan pada

responden. Bagi menunjukkan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan, data

bagi Alpha Cronbach (Lampiran B dan Lampiran C) daripada hasil Ujian Pra dan

Ujian Pos (Lampiran D).

5.1.3 Tindakan
Penyelidik juga telah menyediakan 2 set soalan Ujian Pra dan Ujian Pos

bagi menilai peningkatan markah responden dalam menjawab soalan Bahagian B.

Setiap set soalan mengandungi 4 soalan struktur untuk menguji responden dalam

mengenal pasti dan mengelas pemboleh ubah mengikut kehendak soalan. Set

soalan ini dijawab dalam masa yang ditetapkan. Ujian Pra dijalankan sebelum

rawatan dan Ujian Pos dijalankan selepas rawatan.

Semasa rawatan dijalankan menyelidik menerangkan berkaitan Kaedah 3

Warna yang digunakan semasa rawatan. Penyelidik menjalankan pengajaran dan

pembelajaran mengikut topik dan selepas satu-satu topik selesai dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran penyelidik mengedarkan soalan dan responden

menjawab soalan berkaitan dengan menggunakan Kaedah 3 Warna. Perbincangan

dijalankan dan responden mengenal pasti pemboleh ubah dalam setiap soalan yang

disediakan. Penyelidik menyediakan 1 set soalan dan penyelidik menerangkan

secara verbal mengenai Kaedah 3 Warna seperti Lampiran A.

Responden akan menjawab soalan yang disediakan menggunakan Kaedah 3

Warna yang diperkenalkan oleh penyelidik. Dalam setiap set soalan responden akan

mengenal pasti pemboleh ubah contohnya:

1. Apakah yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasi)


2. Apakah yang diperhatikan (pemboleh ubah bergerak balas)
3. Apakah yang ditetapkan ( pemboleh ubah dimalarkan)

Setelah responden mengariskan pemboleh ubah yang dikenal pasti dengan warna

yang ditetapkan seperti dalam Lampiran A

Pengulangan responden menjawab soalan menggunakan kaedah ini dapat

membina kefahaman responden terhadap maksud atau istilah pemboleh ubah yang
dikenalpasti. Perbezaan warna yang digunakan memudahkan responden untuk

mengenal pasti pemboleh ubah seterusnya dapat menjawab soalan yang disediakan.

Responden akan menjawab soalan secara kumpulan dan secara individu,

kemudian perbincangan bersama penyelidik. Penyelidik dapat mengenal pasti

jawapan responden berdasarkan warna dan kesalahan yang dilakukan oleh

responden dapat dikenal pasti dengan mudah. Pembetulan dibuat serta merta.

Jawapan pada set setiap soalan yang disediakan dikumpulkan oleh penyelidik.

Jawapan responden akan disemak oleh penyelidik.

Selepas beberapa kali kaedah ini dijalankan, penyelidik telah memberi

responden Ujian Pos. Soalan dalam Ujian Pos sama dengan solan Ujian Pra. Masa

yang diperuntukan juga sama iaitu 40 minit. Ujian Pra dan Ujian Pos dilaksanakan

bagi membolehkan penyelidik membuat perbandingan keputusan antara kedua-dua

ujian tersebut dan mendapatkan maklumat yang lebih tepat serta terperinci bagi

memudahkan proses menganalisis data.

5.1.4 Pengumpulan Data

Bagi menyokong objektif pertama, minat murid dan persepsi terhadap

Kaedah 3 Warna juga ditinjau oleh penyelidik. Penyelidik telah mengedarkan dua

borang soal selidik (Lampiran F dan Lampiran G) sebagai instrumen penilaian.


Penggunaan soal selidik digunakan kerana ianya menghasilkan item-item yang

konsisten, sah serta boleh dipercayai. Kemudian hasil daripada analisis markah

Ujian Pra dan Ujian Pos serta borang soal selidik dan beberapa orang responden

dipilih untuk ditemu bual.

Bentuk temubual yang digunakan oleh penyelidik adalah semi struktur.

Tujuan menjalankan temubual untuk membuat triangulasi di antara maklumat yang

diperolehi daripada keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos serta maklum balas

daripada borang soal selidik.

5.1.5 Refleksi

Selepas mengumpulkan data yang dikehendaki, penyelidik membuat

analisis data berdasarkan dapatan penyelidik daripada responden melalui Ujian Pra

dan Ujian Pos, soal selidik dan transkripsi temubual. Data kajian yang diperoleh

dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan inferens.

Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis Ujian Pra dan Ujian Pos

serta soal selidik yang dijalankan terhadap responden. Statistik yang digunakan

adalah kekerapan, peratusan dan min. Nilai min yang digunakan adalah merumus

tindak balas responden terhadap kemyataan kenyataan yang diberikan dalam soal

selidik. Maklumat penting ditriangulasikan dan penyelidik juga merujuk kapada

kajian-kajian lepas untuk menyokong kajian penyelidik.

Setelah semua data dianalisis, penyelidik membuat rumusan dan kupasan

terhadap hasil dapatan penyelidikan. Penyelidik menekankan dan menghuraikan

elemen-elemen penting sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Segala kekangan


yang dihadapi oleh penyelidik hadapi sepanjang tempoh menjalankan kajian ini

juga dibincangkan dan cadangan penambahbaikan juga dinyatakan.

5.2 Cara Pengumpulan Data

Penyelidik telah mengumpul data melalui instrument Ujian Pra dan Ujian

Pos, soal selidik dan temubual.

5.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Pra bertujuan untuk menentukan pengetahuan sedia ada responden


sebelum rawatan dijalankan. Ujian Pos diberikan dalam tempoh yang ditentukan
selepas rawatan dilaksanakan. Ujian Pos bertujuan untuk menguji kesan rawatan
yang dijalankan terhadap responden. Peningkatan pencapaian responden dalam
Ujian Pos serta penguasaan dalam kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah

Anda mungkin juga menyukai