Anda di halaman 1dari 10

2__________________________________________________________________Buletin Komuniti

Hari pendaftaran pelajar baru Sesi Pertama 2006 (Julai 2006) telah diadakan pada 17 Julai yang lalu.
Seramai 356 orang pelajar baru telah mendaftar pada hari tersebut. Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi
dan berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari. Kehadiran ibu bapa dan waris kepada pelajar turut memeriahkan
lagi suasana hari pendaftaran tersebut. Pendaftaran kali ini berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang
timbul.
Hari pendaftaran ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah, Bahagian Pengurusan
Kolej Komuniti, iaitu Pn.Ir.Ashah Bt Ab.Rahman. Beliau turut sama meninjau perjalanan pendaftaran pelajar
pada pagi tersebut. Tahniah saya ucapkan kepada semua kakitangan KKBD yang telah melaksanakan dan
menjayakan hari pendaftaran ini dengan sempurna dan lancar. Kata beliau.
Pada hari pendaftaran itu juga turut diadakan pameran berkenaan KKBD di bilik Unit Kursus Pendek.
Satu taklimat untuk ibu bapa dan waris telah disampaikan oleh Pengarah KKBD, Tn.Hj.Zulkifli Ariffin di Dewan
KKBD. Taklimat yang disampaikan adalah berkisar tentang objektif penubuhan, halatuju dan misi Kolej
Komuniti serta peranan ibu bapa terhadap anak-anak yang belajar di KKBD ini. Taklimat ini diadakan adalah
untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan kepada ibu bapa dan waris pelajar tentang kewujudan Kolej
Komuniti ini. Pn.Ir.Ashah juga turut memberikan ucapan pada majlis taklimat ini.

Enrolmen Pelajar Baru Sesi Pertama 2006 (Julai 2006)

JAWATANKUASA
PENERBITAN

PENASIHAT
TN.HJ.ZULKIFLI BIN ARIFFIN
PENGARAH KKBD NOTA EDITOR____________________________________
PENGERUSI
TN.HJ.ROSLI BIN MOHD. ARIEF
Assalammualaikum & Salam Sejahtera buat semua
EDITOR pembaca BULETIN KOMUNITI.
EN.FAZLAN AMINI BIN ZULKIFLY Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada
semua pelajar baru yang telah mendapat tempat untuk
AHLI-AHLI
PN.FARAWAHIDA BT ABDULLAH
belajar di KKBD. Semoga anda semua dapat belajar
CIK AMILEE ONG SHIAU LING dengan tekun dan selesa di KKBD.
Kepada semua staff KKBD adalah diharapkan semoga
mat
matlamat untuk mencapai sistem pengurusan kualiti mengikut MS ISO
JURUGAMBAR
EN.FAZLAN AMINI BIN ZULKIFLY 9001:2000 akan tercapai. Semua staff mempunyai peranan dan
EN.FAZRUL MUHAMMAD MUSTAKEEM tanggungjawab masing-masing untuk menjayakannya. Semoga pada saat ini
kita sedang dan akan meneruskan pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti
Komen & Cadangan :
buletinkomuniti@yahoo.com untuk kemajuan KKBD.
_________________________________________FAZ

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN


Buletin Komuniti_________________________________________________________________3

Gambar oleh : Fazlan Amini

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN


4__________________________________________________________________Buletin Komuniti

Pada 17 Julai lalu, Pengarah Bahagian Pengurusan Kolej


Komuniti, Pn.Ir.Ashah Ab.Rahman telah melakukan lawatan ke
KKBD sempena hari pendaftaran pelajar baru Sesi Pertama
2006. Beliau yang ditemani suaminya telah menghabiskan
masa selama kira-kira 3 jam di KKBD. Lawatan beliau adalah
bertujuan untuk meninjau perjalanan pendaftaran pelajar baru
dan juga melihat perkembangan fizikal di KKBD. Selain itu
beliau juga turut meninjau persiapan KKBD dalam
melaksanakan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2000.
Dalam tinjuan beliau berkenaan MS ISO 9001:2000, beliau
amat berpuashati terhadap pelaksanaan dan komitmen yang
ditunjukkan oleh semua kakitangan KKBD. Disamping itu,
beliau juga turut memberikan ucapan dalam taklimat ibu bapa
semasa pendaftaran pelajar pada hari tersebut. Pihak KKBD
mengucapkan jutaan terima kepada Pn.Ir.Ashah kerana sudi
melawat KKBD dan memberikan warga staff KKBD satu
semangat untuk memajukan dan menjayakan misi dan visi
Kolej Komuniti.

Pendaftaran pelajar baru untuk mengikuti pengajian di KKBD Cawangan Bandar Bahru telah diadakan pada 19
Julai 2006 lalu bertempat di KKBD Bandar Bahru. Seramai 30 orang pelajar telah mendaftarkan diri pada hari
tersebut. Pelajar-pelajar ini akan mengikuti kursus Sijil Automotif selama 2 tahun di KKBD Bandar Bahru. Hari
pendaftaran ini telah disempurnakan oleh YB Dato Azimi Bin Daim yang telah sudi merasmikan hari
pendaftaran pelajar baru tersebut. Dato Azimi adalah ADUN Bandar Bahru merangkap Exco Jawatankuasa
Pelajaran, Multimedia dan ICT Negeri Kedah. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan supaya penduduk
di sekitar Bandar Bahru mengambil peluang untuk meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dengan
mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh KKBD Cawangan Bandar Bahru.Beliau turut menasihati pelajar-
pelajar supaya belajar dengan tekun dan berusaha untuk memperbaiki diri dengan menambah ilmu
pengetahuan. Beliau berharap dengan penubuhan KKBD Cawangan Bandar Bahru ini memberi satu dimensi
baru dan perubahan kepada Daerah Bandar Bahru yang sebelum ini dianggap sebagai Pekan Hantu. Turut
hadir pada majlis itu ialah, Pengarah BPKK Pn.Ir.Ashah Ab.Rahman, Ketua Polis Daerah Bandar Bahru, ADUN
Titi Serong, Pegawai Daerah, Ahli Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung, Pegawai Pelajaran Daerah dan
Pengetua-pengetua Sekolah sekitar Bandar Bahru. KKBD Cawangan Bandar Bahru ini beroperasi di bangunan
Majlis Daerah Bandar Bahru yang ditinggalkan sejak 1996. Hasil kerjasama semua pihak, KKBD Cawangan
Bandar Bahru ini dapat beroperasi dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan.

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN


Buletin Komuniti_________________________________________________________________5

Gambar oleh : Fazlan Amini

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN


6__________________________________________________________________Buletin Komuniti

KURSUS ENGLISH FOR AUDIT PEMANTAUAN


PEMANTAUAN
COMMUNICATION UNTUK STAFF KKBD
MS ISO 9001
9001:2000
Satu kursus English For Communication telah
dianjurkan oleh Unit Perkembangan Staff KKBD pada Pada 13 Julai 2006 lalu, pasukan Audit
10 Julai 2006 yang lalu. Kursus ini telah diadakan di Pemantauan dari BPKK telah melakukan
Makmal Bahasa KKBD dan telah dihadiri oleh 15 orang lawatan untuk meninjau perkembangan
staff akademik dan 5 orang staff pentadbiran KKBD. Cik pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO
Amilee Ong Shiau Ling adalah penceramah untuk 9001:2000 di KKBD. Pasukan audit ini diketuai
kursus tersebut. Tujuan kursus ini dianjurkan adalah oleh Tn.Hj.Abdul Rahman Khalid (Pengarah KK
untuk memberikan pendedahan dan memperbaiki Kepala Batas). Pasukan audit ini turut diangotai
penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian oleh beberapa orang lagi Pengarah Kolej
dan juga semasa bekerja. Seorang peserta yang juga Komuniti dan seorang pegawai dari BPKK.
pensyarah SKS, En.Sofirudman berkata bahawa kursus Pasukan ini telah berkesempatan menjalankan
ini amat baik dan dapat memperbaiki penggunaan sesi audit ke atas beberapa orang pemegang
Bahasa Inggerisnya dalam komunikasi. Saya dokumen seperti Unit Kaunseling, Unit
berpendapat bahawa kursus ini adalah baik untuk saya Pengambilan Pelajar, Unit Latihan Industri, Unit
dalam memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris saya Peperiksaan dan Fail Rekod Pensyarah (FRP).
untuk komunikasi dan memberikan saya keyakinan Secara keseluruhannya, pasukan audit ini
untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Diharapkan mendapati bahawa KKBD telah melaksanakan
semoga kursus seumpama ini dapat diteruskan untuk sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2000 ini
memperbaiki dan memahami dengan lebih lanjut dengan jayanya. Pasukan ini juga
tentang penggunaan Bahasa Inggeris dalam mencadangkan bahawa KKBD akan diletakkan
komunikasi harian. sebagai pilihan untuk pihak SIRIM mengaudit
bagi mendapatkan sijil MS ISO 9001:2000.

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN


Buletin Komuniti_________________________________________________________________7

PROGRAM DERMA DARAH KKBD


Satu program menderma darah telah dianjurkan oleh JPP KKBD dengan kerjasama Jabatan Patologi,
Hospital Alor Setar pada 27 Julai 2006 yang lalu. Program ini adalah bertujuan untuk mengumpul darah bagi
mengisi keperluan darah di Hospital Alor Setar. Seramai lebih kurang 30 orang terdiri daripada pelajar dan
staff KKBD telah bermurah hati dengan menderma darah mereka bagi tujuan tersebut. Selain daripada
program menderma darah, ceramah berkaitan kesihatan turut diadakan. Program ini telah dianjurkan selama
3 semeter berturu-turut oleh JPP KKBD. Pihak Jabatan Patologi HAS, mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak KKBD yang telah membantu menjayakan program ini.

Gambar oleh : Fazrul Muhd Mustakeem

LAWATAN BELAJAR PELAJAR


SMK TAJAR, ALOR SETAR KE KKBD
Satu lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Tajar, Alor Setar ke KKBD telah
diadakan pada 26 Julai yang lalu. Seramai 65 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring telah mengikuti
lawatan ini. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-
kursus yang tawarkan di Kolej Komuniti. Dalam lawatan ini, pelajar telah diberikan taklimat berkaitan Kolej
Komuniti yang sampaikan oleh Pegawai Kaunseling, En. Abu Bakar Hashim. Disamping itu juga, pelajar
telah dibawa melawat ke bengkel-bengkel elektrik, studio-studio lukisan, makmal komputer, makmal CADD
dan bengkel automotif.

Gambar oleh : Fazlan Amini

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN


8__________________________________________________________________Buletin Komuniti

MINGGU SUAI KENAL PELAJAR BARU SESI PERTAMA 2006

Minggu Suai Kenal pelajar baru sesi pertama 2006 telah diadakan pada 18 hingga 20 Julai yang lalu. Minggu
Suai Kenal atau lebih dikenali sebagai MSK adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada
pelajar-pelajar baru dengan suasana tempat belajar di KKBD. Selain itu, MSK juga bertujuan untuk
menjalinkan hubungan silaturrahim di antara pelajar dengan pelajar yang lain. MSK ini dikendalikan oleh Unit
Pengambilan Pelajar yang diketuai oleh En. Afzanizam Bin Alias. Antara pengisian di dalamMSK ini ialah
taklimat Peraturan & Disiplin Pelajar, taklimat Unit Peperiksaan, taklimat Keselamatan oleh PDRM, taklimat
Keselamatan Bangunan & Kecemasan, taklimat Perpustakaan, taklimat Unit Kaunseling, taklimat daripada
Unit Kualiti dan bacaan ikrar pelajar. Majlis penutup untuk MSK telah disempurnakan oleh Pengarah KKBD,
Tn.Hj.Zulkifli Ariffin pada 20 Julai 2006. Apa yang paling menarik sepanjang MSK ialah, sesi bersalaman
diantara semua pelajar baru dengan Pengarah KKBD selepas majlis penutup. Dengan sesi ini semua pelajar
dapat bertemu dan bersua muka dengan Pengarah KKBD.

Sebagai seorang pekerja yang selalu menginginkan untuk menjadi yang terbaik, rahsia yang perlu
ada dalam diri masing-masing ialah dengan meningkatkan motivasi diri untuk menjadi yang
cemerlang. Kunci kecemerlangan dalam pekerjaan ialah dengan melakukan kerja secara efektif dan
terancang supaya hasil yang deprolehi adalah berkualiti dan memuaskan stake holder. Peraturan
dan sistem pengurusan yang ditetapkan perlu didalami prinsipnya dan dipatuhi pelaksanaanya. Yang
paling utama, kerja yang dihasilkan berada pada tahap yang didinginkan oleh majikan.
HENDAKLAH SENTIASA MERANCANG JANGAN AMALKAN TANGGUH KERJA
DAN SENTIASA TELITI DALAM
TINDAKAN YANG DIAMBIL FOKUS-ADA MATLAMAT YANG JELAS

MENGAMALKAN TUGAS DENGAN REHAT-AMBIL MASA UNTUK


TERATUR DAN SISTEMATIK. SELALU MEREHATKAN MINDA DAN FIZIKAL
UTAMAKAN TUGAS-TUGAS YANG AGAR DAPAT MENJANA IDEA-IDEA
PERLU DISEGERAKAN BARU

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN


Buletin Komuniti__________________________________________________________________9

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA STAFF YANG AKAN


MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA OGOS :

NOORITA BT LATEH (PENSYARAH SAU)


DENGAN
MOHD DZULKAHIRY BIN ZAINORDIN
SABTU, 19 OGOS 2006
ALOR SETAR

AHMAD NAZLI BIN DAWAN @ AWANG (PENSYARAH SAU)


DENGAN
ZALINA BT OTHMAN
AHAD, 20 OGOS 2006
SUNGAI PETANI

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT


-Daripada Staff KKBD

SELAMAT BERTUGAS DI KKBD


RENUNGAN Staff baru yang melapor diri di KKBD pada bulan
Julai 2006 :
MENGAPA MENGHARAP TEMAN
SECANTIK RATU BALQIS CIK NOR ASMIZA BT ZAINUDI
Jika diri tidak sehebat Sulaiman a.s PENSYARAH SPS

MENGAPA DIDAMBA KEKASIH


SESETIA SITI HAJAR
Jika diri tidak seteguh Ibrahim a.s

MENGAPA DIIMPIKAN SEBUAH PN.RAHANITA BT abdul rahman


Pensyarah spa
CINTA SETULUS ZULAIKHA
Jika diri tidak sebaik Yussof a.s En.saiffiudin bin hassan @ kassim
PENSYARAH Ste
MENGAPA MENGIDAM ISTERI
SEMULIA SITI KHATIJAH
Jika diri tidak patuh pada Muhammad s.a.w

En.azizan bin abu seman


PENSYARAH Ste
KURSUS PENDEK YANG DIJALANKAN PADA BULAN JULAI 2006

1. UKIRAN BUAH & SAYURAN - 22 JULAI 2006

2. MASAKAN NASI KANDAR - 23 JULAI 2006

3. PENGURUSAN JENAZAH - 23 JULAI 2006

4. ANYAMAN BAKUL & KRAFTANGAN - 23 JULAI 2006

5. PENGHASILAN KEK - 29 JULAI 2006


* UNTUK KURSUS PENDEK PADA BULAN OGOS, SILA HUBUNGI UNIT KURSUS PENDEK

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN


10________________________________________________________________Buletin Komuniti

Kek Batik Ayu


BAHAN-BAHAN
Bahan A; Bahan B;
5 biji telur 3 sudu besar mentega
2 cawan milo 250 gram biskut marie
1 cawan susu pekat biasa
manis
1 sudu teh nescafe
cawan air

CARA-CARA
1. Gaulkan semua bahan A dalam satu mangkuk
2. Panaskan mentega di dalam kuali sehingga
cair.
3. Masukkan semua bahan A tadi di dalam kuali
yang ada mentega
4. Kacau sehingga agak pekat.
5. Bila dah pekat tutup api dan patah-patah kan
biskut marie ke dalam kuali. (seelok-eloknya
dipatahkan 2)
6. Kacau biskut bersama bahan dalam kuali
7. sesudah sebati, masukkan bahan ke dalam
bekas @ loyang dan ditekan-tekan.
8. Masukkan ke dalam peti ais supaya membeku.

HIDANGAN
Hidangan untuk 10 orang

TAMBAHAN
sedap dimakan semasa masih sejuk

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN

Anda mungkin juga menyukai