Anda di halaman 1dari 2

Peningkatan kecekapan serta keberkesanan hasil pembelajaran dapat

diperoleh melalui penggunaan Microsoft Powerpoint. Ini disebabkan oleh


kerana guru dapat membuat bersedia lebih awal dari segi apa-apa persiapan
bagi membantu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara
lebih proaktifnya, media berkenaan membolehkan guru memperoleh
maklumat-maklumat tersebut dengan pengajaran dengan lebih baik
seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara optimum dan efektif.
Penggunaan Microsoft Powerpoint sebagai alat bantu mengajar maka proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan
contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan
mereka hanya perlu mengaplikasikan media tersebut ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaan ini proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, ringkas dan
padat. Ini lantaran kepada pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan
persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Bukan itu sahaja, malah
ia mampu menjimatkan tenaga dalam pengajaran dan pembelajaran serta
mengoptimumkan penggunaan masa. Justeru itu pelajar tidak akan mudah
merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan
melalui Micrososft Powerpoint.

Di samping itu, kesan penggunaan Microsoft Powerpoint dapat menjadikan


proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya Microsoft Powerpoint
guru dapat mempelbagaikan pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja
bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan
pelbagai kemudahan yang terdapat dalam media Microsoft Point. Guru dapat
menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam
mengenai sesuatu subjek melalui penggunaan alat media Microsoft
Powerpoint. Misalannya, penggunaan Microsoft Powerpoint sebagai alat
untuk memaparkan serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini
mengenai dunia pendidikan khususnya bidang pendidikan yang telah
tersebar dengan meluas pada masa kini. Kemahiran menggunakan Microsoft
Powerpoint membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu
menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti
pembelajaran. Kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan
kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam media dengan
lebih teratur, menarik dan maklumat yang disampaikan lebih jelas.

Anda mungkin juga menyukai