Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM JELAJAH KPM TAHUN 2015

(Hari Bertemu Pelanggan)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
(28-30 MEI 2015 - KHAMIS, JUMAAT & SABTU,
SEREMBAN PRIMA, SEREMBAN)
Laporan

1.0. Pendahuluan
Program ini diharap dapat memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar
pendidikan khas di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, program ini dapat
membina keyakinan diri, jati diri pelajar dalam mencapai kejayaan lebih
cemerlang.

2.0. Objektif
i. Memberi pengiktirafan kepada murid pendidikan khas, sekolah dan guru
di peringkat kebangsaan.
ii. Menggalakkan penyertaan murid pendidikan khas dan guru dalam
kegiatan Unit Pendidikan Khas, seterusnya membangunkan projek khas
dan sahsiah sehingga ke peringkat tertinggi.
iii. Memupuk semangat bekerjasama, persaudaraan dan muhibah antara
murid, guru dan pentadbir, dan keluarga Kementerian Pendidikan.
iv. Menyemarakkan daya saing yang sihat dalam kalangan murid-murid
pendidikan khas.

3.0. Pelaksanaan.
i. Tarikh : 28-30 Mei 2015
ii Hari : Khamis - Sabtu
iii. Masa : 10.00 pg 9.00 mlm
iv. Tempat : Seremban Prima, Seremban, N.Sembilan.

4.0. Sasaran : Pegawai-Pegawai Kementerian, Pegawai Jabatan,


Pengetua, Guru Besar, PIBG pegawai-pegawai PPD, guru-guru dan
pelajar-pelajar Menengah dan Rendah.

5.0. Anjuran : Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan


Pendidikan Negeri Sembilan.

6.0. Ahli Jawatankuasa : Pentadbiran Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

1
7.0. Aturcara Program yang telah dijalankan :
28 MEI 2015
MASA PERKARA
10.00 pagi Pameran
1.00 tgh. Rehat
2.30 petang Forum Perkongsian Amalan Terbaik Pedagogi SISC
5.00 petang Persembahan
7.00 mlm Rehat
8.00 mlm Persembahan
9.00 mlm Bersurai
Pameran berlangsung sepanjang 10.00 pagi 9.00 malam
29 MEI 2015
MASA PERKARA
10.00 pagi Pameran Demontrasi hasil kerja murid
1.00 tgh. Rehat
2.30 petang Program Murid Pra Sekolah
5.00 petang Persembahan Pelajar Kolej Komuniti
7.00 mlm Rehat
8.00 mlm Persembahan Fashion Show
9.00 mlm Bersurai
Pameran berlangsung sepanjang 10.00 pagi 9.00 malam
30 MEI 2015
MASA PERKARA
10.00 pagi Pameran & Perkongsian Pelaksaan PIBK/PIBG
11.30 pg. Majlis Perasmian Penutup
YBHG Dato Sri Dr Khair B. Mohd Yusof,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.00 petang Rehat
5.00 petang Persembahan Murid
Bersurai
Pameran berlangsung sepanjang 10.00 pagi 5.00 ptg

8.0. Keputusan Program


Pemeran ini juga disertai bersama dengan 35 agensi yang lain. PPKI SMK.
Panchor mengadakan pemeran bersama dengan program jualan. Perolehan
sebelum ditolak modal sebanyak RM 900.00 untuk tabung keusahawanan
Pendidikan Khas SMK. Panchor.

2
9.0. Penilaian
Penglibatan SMK. Panchor bersama dengan 35 agensi swasta dan kerajaan dalam
Program Jelajah Kementerian Pendidikan Malaysia 2015 5 amat membanggakan.
Penghormatan dan kepercayaan yang diberikan oleh Unit Pendidikan Khas, Unit
Perhubungan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ini amat dihargai oleh
Program PPKI SMK. Panchor. Kejayaan Projek Khas dalam menjayakan
pameran peringkat Kebangsaan ini terlalu mahal dan manis harganya. Ramai
orang awam, pegawai-pegawai PPD, Jabatan dan Kementerian Pendidikan yang
menunjukkan komitmen dan minat yang positif semasa sesi pameran berlangsung.

11.0. Penambahbaikan
Penglibatan SMK. Panchor dalam mempamerkan produk atau projek khas perlu
diteruskan lagi pada masa datang. Pelajar yang terlibat juga amat komited dan
membanggakan pihak sekolah.

12.0. Penutup
Program pameran ini memupuk nilai rasa tanggungjawab antara murid, guru dan
komuniti setempat. Penerapan nilai dan rasa tanggungjawab ini dapat menaikkan
semangat pelajar untuk lebih cemerlang dalam sahsiah dan keyakinan diri pelajar.

13.0. Penghargaan
Kepada Pnit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat
Pendidikan Daerah Seremban, Pentadbir SMK. Panchor dan tidak ketinggalan
rakan guru serta pelajar PPKI SMK. Panchor yang tidak jemu-jemu membakar
semangat dan memberi kerjasama yang tinggi. Budi baik hanya Allah yang
membalasnya.
.
Disediakan oleh ; Disemak oleh;

.
(SAHIDAH BT. MOHAMED MAKHBUL) (MOHD. KAMIS B.ABD.WAHAB)
Penyelaras Projek Khas PPKI, Guru Penolong Kanan PPKI
SMK. Panchor SMK. Panchor.

Disahkan oleh ;

(HJ. MUHAMMAD AMIR B. Y.M. SHARIFF)


Pengetua Cemerlang,
SMK. Panchor.

3
Produk Projek Khas PPKI SMK. Panchor
Di Program Jelajah Kementerian Pendidikan Malaysia 2015
Seremban Prima, NSDK.

Pelajar PPKI SMK. Panchor


Bangga dengan hasil tangan sendiri semasa sesi Pameran 4
Di Majlis Sambutan Hari Guru 2015 di USIM, Bandar Baru Nilai.
Dato Pengarah JPNS dan Ketua Setiausaha KPM turut sama memberi
sokongan dalam Program Pameran Jelajah Kementerian Pendidikan
Malaysia 2015 NSDK

5
Di Majlis Perasmian Penutup YBHG Dato Sri Dr Khair B. Mohd Yusof,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Program Jelajah Kementerian Pendidikan Malaysia 2015
Ketua Pengarah di Sudut Pameran Projek Khas PPKI SMK. Panchor.

6
Timbalan Pengarah dan pegawai Jabatan bersama GPK , guru dan Pelajar
PPKI SMK. Panchor di Program Jelajah KPM 28- 30 Mei 2015.

7
Sudut Pendangan hadapan Booth yang diamanahkan oleh Unit
Pendidikan Khas SMK Panchor. Guru Penolong Kanan PPKI juga turut
serta dalam sesi pameran Pelajar PPKI SMK. Panchor di Seremban
Prima , Negeri Sembilan Darul Khusus.

Anda mungkin juga menyukai