Anda di halaman 1dari 29

2 MajalahIMs CREW Team FlareBiz

Tazilan
Irwan Dahnil
Osman Affan
Zamri Nanyan
Ketua Editor: Adly aka Labanon Syed Ikhwan
Editor Bersama: Zhafran aka Kaizen SmartZul
Rekaan Grafik: Zhafran aka Kaizen Mdpai
Nizam aka mysticmind Alang
Susun Atur & Layout: Zhafran aka Kaizen Shuth
Pemasara Jenama: Team FlareBiz Kak G

Penerbit: FlareBiz Network (KT0236135-D)


Pengedaran dan Langganan: www.MajalahIM.com
Forum Perbincangan: www.wangcyber.com/forum
Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com

Dari Sidang Editor - 3

Perniagaan Internet & Rakyat Malaysia - 4


Isi Kandungan

Kuasa Minda Adalah Karut - 6

Membina Senarai Nama di Internet - 8

Pengenalan Kepada Google Adsense - 10

Perniagaan Internet & Rayat Malaysia II - 11

Penulisan Artikel Dalam Pemasaran Internet - 13

Nak Bisnes Apa di Internet - 16

Cara Membuat Order Form - 17

Perniagaan Yang Belum Diteroka - 21

Adat Menuntut Ilmu Online - 22


3 Sidang Editorial

DARI SIDANG

EDITORIAL
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami Team
FlareBiz menerbitkan emajalah(ezine) ini untuk membantu ramai lagi pengguna Internet lain
untuk mengenali apakah perniagaan Internet.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua sifu-sifu perniagaan Internet kerana sudi bek-
erjasama dengan kami untuk menerbitkan ezine ini. Kami tidak mampu untuk menerbitkan
ezine ini tanpa bantuan kalian semua. Apa-apapun kami berharap ezine ini mampu diterbitkan
setiap bulan tanpa menghadapi sebarang masalah.

Ezine ini sudah tentu bukan calang-calang ezine kerana para penulisnya terdiri daripada pakar
dalam pelbagai bidang. Sesungguhnya inilah panduan yang lengkap untuk memantapkan ilmu
pengetahuan anda tentang perniagaan Internet.

Ezine ini merupakan edisi #1 yang semestinya masih tidak lengkap dan begitu banyak kekurang
daripada segala segi. Namun Insyallah pada ezine-ezine akan datang kami akan memperbaiki
mutunya. Kami pihak Team FlareBiz juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda sudi
mendownload ezine ini dan membacanya. Insyallah kepada yang masih buntu dengan pernia-
gaan Internet di harap ezine ini dapat membantu anda.

Sekali lagi diharap kerjasama anda semua untuk membantu kami menyebarkan berita tentang
ezine ini kepada rakan-rakan anda yang memerlukan. Jika anda rasa ezine ini bagus mungkin
anda boleh cadangkan kepada rakan anda untuk mendownload ezine ini kerana ia adalah
PERCUMA.

Sebagai penutup kami berharap anda sebagai pembaca dapat memberi feedback kepada kami
dengan menghantar segala komen atau kritikan ke support@FlareBiz.com. Insyallah kami
akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak anda.

Sekian

Selamat Membaca

Team FlareBiz,
http://FlareBiz.com
&
4 Fokus 1
PERNIAGAAN
INTERNET RAKYAT
Oleh : Labanon FlareBiz
(labanon@flarebiz.com)
MALAYSIA
D
Anda bolehlah membaca ebook, membaca buku
ewasa ini, bidang perniagaan sudah men- mengenai perniagaan Internet, menghadiri sem-
dapat perhatian umum. Setelah kejayaan demi inar, membaca report dan sebagainya dalam
kejayaan yang ditempa oleh para usahawan, proses melengkapkan diri dengan ilmu ten-
masyarakat nampaknya sudah berminat un- tang Perniagaan Internet. Faktor promosi juga
tuk menceburi bidang perniagaan. Hal ini jelas memainkan peranan penting dalam menaikkan
membuktikan bahawa masyarakat kita memang atau menjatuhkan seseorang usahawan Internet
minat berniaga namun dek kerana berada dalam tersebut. Tanpa promosi yang berkesan sudah
keadaan zon selesa keinginan itu kebiasaanya tentu seseorang usahawan akan gagal. Kegaga-
hanya dibiarkan bersarang dalam fikiran tanpa lan bagi yang pertama kali mencubanya tentulah
sebarang tindakan. Zon selesa kerana berada sesuatu mimpi buruk dan membuatkan sese-
di Negara sendiri yang aman damai dan sering orang itu trauma untuk menceburi bidang per-
menerima subsidi menyebabkan orang Melayu niagaan lagi. Tidak kiralah sama ada perniagaan
terus ketinggalan berbanding bangsa dalam bi- di dunia sebenar atau perniagaan dalam talian.
dang perniagaan. Namun syukur kerana hari ini
nampaknya sudah ramai rakyat Malaysia sedar
tentang hakikat ini. Bagaimana pula penerimaan
Namun peratusan yang
Perniagaan Internet bagi rakyat Malaysia? ditunjukkan 94%
Perniagaan Internet masih merupakan perkara usahawan Internet gagal
baru bagi rakyat Malaysia namun pengguna In-
ternet terus meningkat dan meningkat setiap
pada tahun pertama...
masa. Hal ini merupakan petanda baik bagi para
usahawan Internet dan sewajarnya kita meman- Baiklah kini timbul pula persoalan adakah ramai
faatkan peluang yang terbentang luas di hada- rakyat Malaysia boleh menerima perniagaan In-
pan mata kita. Dengan modal permulaan yang ternet? Kini bagi saya masyarakat kita masih me-
rendah membuatkan ramai yang ingin mence- mandang sinis dengan perniagaan Internet dek
buri diri dalam bidang perniagaan Internet ini. kerana heboh satu ketika dulu dengan pelaburan
Namun peratusan yang ditunjukkan 94% usaha- haram melalui Internet. Ini menyebabkan seg-
wan Internet gagal pada tahun pertama bukanlah elintir masyarakat kita menyamakan perniagaan
suatu yang menyenangkan hati bagi yang baru Internet dengan pelaburan haram. Pengalaman
ingin berjinak-jinak dalam perniagaan dalam tal- penulis sendiri di mana menjalankan pernia-
ian ini. gaan Internet. Apabila ditanya oleh rakan-rakan
darimana dapat duit dan apabila penulis mem-
Sewajarnya angka peratusan tersebut janganlah beritahu mendapat wang daripada perniagaan
hanya di anggap sebagai angka semata-mata Internet. Mereka berpendapat duit tersebut
tetapi ambilah iktibar. Peratusan itu menunjukkan adalah duit haram dan sempat memperli Takde
ramai yang baru ingin berniaga melalui Internet kerja lain ke nak buat?. Jelaslah minda segelintir
membuat kesilapan. Sebaik-baiknya kita perlulah masyarakat kita pada ketika ini masih belum da-
persiapkan diri kita dahulu dengan segala ilmu pat menerima tentang perniagaan Internet. Pe-
tentang perniagaan Internet sebelum memu- nulis juga tidak ingat dimana mendapat fakta ini
lakan perniagaan. namun berdasarkan fakta ini masih ramai yang
5 Fokus 1
mempercayai untuk membeli secara online. Perniagaan Internet yang sebenar sekaligus mem-
Kajian yang dibuatkan masih ramai yang tidak beri sekali lagi kepercayaan kepada masyarakat
percaya untuk membeli melalui Internet kerana tentang perniagaan Internet. Penulis berharap
takut barang tidak sampai, takut ditipu dan se- masyarakat kita akan terus percaya dengan per-
bagainya. niagaan melalui talian ini dan jangan risau untuk
membuat pembelian online.
Namun saya cukup berterima kasih dengan Dr.
Irfan Khairi kerana membawa imej Jutawan Salam cemerlang.. jumpa lagi.
6 Motivasi

Kuasa Minda Adalah KARUT


Oleh: Mohd Zulfadli (www.SmartUsaha.com)

Di dalam usaha perniagaan Internet, biasanya akan timbul persoalan bagaimana-


kah untuk mendapatkan motivasi?. Soalan ini biasanya akan dipersoalkan apabila
mereka menghadapi masalah atau hilang semangat untuk meneruskan usaha per-
niagaan.

Sebenarnya, persoalan ini pasti akan kurang dipersoalkan jikalau mereka memu-
lakan usaha perniagaan Internet mereka dengan betul dan penuh dengan perancan-
gan.

Kebanyakan daripada kita hanya mencari motivasi semata-mata tatkala kita dirund-
ung masalah, mengalami kerugian di dalam perniagaan, diserang oleh individu
yang tidak dikenali atau hilang arah dan semangat. Apabila masalah itu telah pergi
dan selesai, maka kita kembali leka dan apabila didatangi lagi dengan masalah,
maka pencarian motivasi kembali dilakukan.
Bagi saya,
Namun, berapa ramaikah di antara kita yang sudah bersiap sedia dari awal agar
semua ini
motivasi terus kekal cemerlang dan tidak mudah kalah kepada ujian dan rintangan
yang mendatang? Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan motivasi di pering- akan menja-
kat awal ini dan agar ia terus kekal?
di KARUT,
Kuasa Minda?
Kita sering mendengar panduan motivasi seperti berfikiran positif, kuasa minda, G A G A L
berani gagal, jangan takut dengan masalah dan lain-lain lagi. Ya, semua ini betul,
tetapi adakah hanya itu sahaja teknik motivasi yang perlu dilakukan? Bagi saya,
semua ini akan menjadi KARUT, GAGAL dan TIDAK MENJADI jika aspek atau
dan TIDAK
unsur yang lain tidak diambil kira.
MENJADI
Faktor Luaran
Untuk terus bermotivasi di dalam perniagaan Internet, anda perlu mempunyai per- jika aspek
ancangan, pernyataan matlamat, tindakan yang betul dan pengurusan masa yang
baik. atau unsur
Aspek-aspek ini akan memastikan anda terus bermotivasi kerana dengan adanya
perancangan, anda akan melakukan usaha perniagaan dengan penuh gembira, ber-
yang lain tid-
semangat, teratur, seronok dan lancar. ak diambil
Bayangkan, jika anda tidak merancang dengan baik, sudah semestinya anda tidak
tahu untuk melakukan apa yang perlu bukan? Akibatnya, anda akan hilang arah
tujuan dan akhirnya anda tidak melakukan kerja yang sepatutnya. Kesannya, anda
tidak mendapat hasil yang sepatutnya, perniagaan jatuh merudum dan akhirnya
motivasi anda akan hilang begitu sahaja.

Jelas, motivasi bukan hanya berkaitan dengan minda atau berfikiran positif semata-
mata. Ia adalah karut jika anda tidak melakukan persediaan luaran yang lain seperti
mana yang dinyatakan di atas. Pendek katanya, motivasi diri bergantung kepada
dua sumber iaitu motivasi dalaman (internal motivation)
7 Motivasi
dan juga motivasi luaran (external motivation) seperti Mulakan Dengan Betul
perancangan perniagaan, penetapan matlamat dan pen- Kesimpulannya di sini ialah, pastikan anda memulakan
gurusan masa. perniagaan Internet dengan BETUL seperti melakukan
perancangan perniagaan, ada matlamat, pengurusan
Sebab itulah jika anda melihat mereka yang tahu berma- masa yang baik dan lain-lain aspek.
cam-macam perkara seperti motivasi kuasa minda atau
seumpama dengannya tidak berjaya di dalam perniagaan Dengan gabungan daya fikir yang positif, penggunaan
kerana mereka tidak mengutamakan unsur motivasi yang minda yang optimum dan kepercayaan diri yang tinggi,
lain tadi. anda akan pasti memiliki kuasa motivasi yang berterusan
yang mana ia akan menjadi bahan bakar dan momentum
kepada usaha perniagaan anda.

Ya, kuasa minda bukan lagi karut jika anda selarikannya


bersama dengan tindakan dan perancangan yang tersu-
sun rapi.

Minda adalah anugerah Ilahi, tetapi ia tidak lagi berguna


jika apa yang ada di dalamnya tidak sama dengan peran-
cangan, sikap dan tindakan anda.

Kuasa minda bukanlah kuasa ajaib, tetapi ia adalah satu


kelebihan yang ada pada manusia untuk menetapkankan
hala tuju diri sama ada untuk berjaya atau tidak. Apabila
ia bukan kuasa ajaib, maka sudah pasti ia memerlukan
daya gerak yang lain seperti yang dinyatakan di atas.

Bayangkan, jika apa yang ada di dalam minda digabung-


kan dengan sikap dan tindakan yang bagus, apakah

hasilnya? Sudah pasti kejayaan yang melimpah-ruah. Pastikan apa yang ada di dalam minda (fikiran) anda dimani-
festasikan dengan tindakan yang betul. Jika unsur dalaman (minda) dan unsur luaran saling bertentangan, maka itulah
puncanya anda susah untuk berjaya.

Topik Seterusnya
Pastikan anda mendapatkan majalah IM pada edisi akan datang untuk membaca artikel mengenai satu formula yang
akan menentukan sejauh dan selama mana anda akan bertahan di dalam usaha perniagaan Internet.

Salam motivasi!

Mengenai Penulis Artikel


Mohd Zulfadli atau dikenali sebagai SmartZul
adalah usahawan Internet sepenuh masa dan
juga merupakan seorang penulis blog yang
aktif dan prolifik. Anda boleh melawati blog
beliau untuk mendapatkan tip dan panduan
perniagaan Internet secara percuma di http://
blog.smartusaha.com.
8 Online MLM
Membina Oleh : Zamri Nanyan
(www.ZamriNanyan.com)

SENARAI NAMA
di Internet Untuk MLM Anda
Saya pasti anda akan diberikan tugasan untuk membuat sen-
arai nama prospek anda sekiranya anda menceburi sebarang
MLM. Saya tahu kerana pada permulaan saya berkecimpung
di dalam MLM konvensional, itulah yang diajar kepada saya.

Anda akan disuruh menyenaraikan 100 nama rakan dan ahli


keluarga terdekat untuk dihubungi bagi mempromosikan per-
niagaan MLM ini.

Sekiranya Dan jika anda sudah kehausan prospek, barulah anda memu-
anda da- lakan cara lain untuk mencari prospek atau bakal pelang-
gan.
pat men-
Namun begitu, bagaimanakah anda membuat senarai nama
gumpul di Internet dan apakah alatan yang diperlukan?
sebanyak Pertama sekali anda perlu tahu bahawa mencari prospek
mung- adalah perkara yang paling penting di dalam perniagaan MLM
kin sen- ataupun perniagaan Internet - lebih-lebih lagi sekiranya per-
niagaan anda lebih kepada menjual produk affiliate/MLM atau
arai nama produk sendiri.

prospek, Sekiranya anda dapat mengumpul sebanyak mungkin senarai


kebarang- nama prospek, kebarangkalian untuk anda berjaya adalah
tinggi tetapi perlu juga diingatkan bahawa ada banyak pen-
kalian un- gusaha bisnes di Internet menggunakan cara yang tidak be-
tuk anda retika semasa mencari prospek.

berjaya Sebagai contoh, mengaut nama dan email orang yang entah
dari mana-mana dengan menggunakan sebuah perisian dan
adalah mengahantar email kepada mereka. Inilah yang dinamakan
tinggi spam dan silap haribulan, bisnes anda akan diberhentikan
oleh syarikat MLM anda kerana terlalu banyak komplen yang
menyatakan anda melakukan pemasaran email tidak bere-
tika.

Bagaimanapun, di sini saya ada jawapan kepada pemasaran


email yang terbukti efektif dan semestinya beretika.
9 Online MLM
Peralatan pertama dan juga merupakan senjata maut anda di dalam membuat se-
narai nama dan juga pemasaran MLM anda di Internet ialah AUTORESPONDER.

Tetapi bukan sekadar autoresponder biasa tetapi autoresponder yang membole-


hkan anda mengumpul nama dan email prospek, menghantar beberapa email ke-
pada prospek anda secara automatik dan juga membenarkan anda menghantar
email pada bila-bila masa kepada semua prospek anda sekali gus.

Dengan menggunakan autoresponder, semua pengendalian penghantaran email


dan promosi MLM anda akan menjadi lebih teratur dan ada kalanya promosi anda
berjalan secara autopilot tanpa memerlukan anda menghubungi prospek anda se-
cara manual. Jadi, tak mustahil sekiranya jika anda menggunakan autoresponder
yang baik, anda dapat mendaftar ahli baru ke dalam MLM anda walaupun anda
sedang tidur nyenyak di siang hari. :-)

Ada kalanya syarikat MLM anda menyediakan perkhidmatan autoresponder ke-


pada anda (sekiranya MLM anda menggunakan Internet) dan apa yang anda per-
lu lakukan ialah mempromosikan laman web yang membolehkan prospek anda
meninggalakan nama dan email mereka untuk dihubungi oleh syarikat MLM anda
bagi pihak anda.

Di sini sekiranya anda tidak berminat untuk membina sistem mengumpul senarai
nama anda sendiri, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh
syarikat MLM anda.

Apa yang perlu anda buat adalah cuma mempromosikan laman web yang ber-
fungsi untuk mengumpul nama dan email prospek anda dan lakukan promosi
tersebut secara besar-besaran.

Sekiranya anda seperti saya, anda mungkin ingin membina laman web untuk
memulakan senarai nama anda sendiri dan anda bolehlah melanggan perkhidma-
tan autoresponder di laman web berikut:

http://go.aweber.com

http://www.GetResponse.com/index/enter

Tanya kepada saya sekali lagi apakah senjata maut di dalam online MLM? dan
saya akan berikan jawapan autoresponder pada bila-bila masa.
10 Adsense
Tidak lama dahulu Google (suatu enjin carian terbesar dan tersohor di dunia) telah
memperkenalkan / mereleasedkan apa yang dikenali sebagai program revolusi iaitu
Program Adsense

Laman web utama adsense : https://www.google.com/adsense/


Lawati program mereka : http://adsense.sitesell.com/adsense1.html#ADSENSE-TOUR

Secara asasnya, ia hanya meletakkan iklan Google Adwords di website-website kamu.


Dengan itu, setiap klik ke atas iklan tersebut, kamu akan mendapat credit dari segi duit!
(yakni kongsian dari apa yang Google terima dari pengiklan).

Iklan AdSense sama seperti iklan Adwords sebagaimana yang kamu lihat di bahagian
sebelah kanan di laman Goole Search Results berbezanya ia di website kamu!

Google menggunakan segala kecanggihan, kekayaan empier serta teknologi and juga
algorithms mereka untuk menentukan isi kandungan setiap muka surat website kita. Ia
kemudian akan menghantar iklan yang bersesuaian dengan website serta pengunjung
website kamu. (Sebab itu, selalunya kita lihat iklan yang keluar di PAGE kamu adalah
relevant dengan isi kandungan page semasa.)

Seperti yang dikatakan oleh Google:

We go beyond simple keyword matching to understand the context and content of web
pages. Based on an algorithm that includes such factors as keyword analysis, word
frequency, font size, and the overall link structure of the web, we know what a page is
about, and can precisely match Google ads to each page.

Dalam erti kata lain, jika kamu mempunyai website mengenai roket sains, tiada iklan
yang akan keluar tentang pengembaran ke Australia!. Paham apa yang dimaksud-
kan? Maknanya, iklan AdSense hanya akan keluar iklan yang relevant sahaja.

What is Google AdSense?


http://www.google.com/services/adsense_tour/

Googles overview of the AdSense program is here...


https://www.google.com/adsense/overview

Is Google Right for Your Site?/Case Studies


https://www.google.com/adsense/success

PENGENALAN
KEPADA
PROGRAM
Google
Adsense
Oleh : Syed Ikhwan (blog.jemput.com)
11 Fokus 2

Perniagaan Internet &


Rakyat Malaysia
Kini perniagaan Internet tidak asing lagi Tamsilnya, jika sesorang itu merupakan pem-
dalam masyarakat kita. Ramai yang sudah borong kain apa salahnya dia membuka per-
mengenali apa itu perniagaan Internet dan niagaan Internet sebagai hasil pendapatan
sudah ramai juga yang menjalankan proses sampingan dahulu. Setelah perniagaan Inter-
jual beli melalui Internet. Ini merupakan satu net yang diusahakan maju barulah kita boleh
petanda yang cukup baik bagi usahawan In- menumpukan sepenuhnya kepada pernia-
ternet Malaysia! gaan Internet.

Perniagaan Internet ialah sebarang jualan Bercakap dengan lebih lanjut lagi tentang per-
yang dilakukan menggunakan Internet se- niagaan Internet. Adakah anda tahu bahawa
bagai pengantaraan di antara penjual dan produk untuk di niagakan terbahagi kepada
pembeli. Semua perniagaan adalah sama, dua?
sama ada perniagaan Internet atau pernia-
gaan di dunia nyata. Samalah seperti pernia-
gaan di dunia nyata iaitu perniagaan Internet
memerlukan premis jualan ataupun kedai un-
tuk di letakkan produk-produk yang hendak
di jual.

Namun di dalam Internet ia tidak di panggil


kedai tetapi ia dipanggil laman web. Ya di
laman web inilah kita meletakkan produk-
produk kita untuk di layari atau ditengok oleh
pengguna Internet seluruh dunia tidak kira di
mana mereka berada. Setiap masyarakat di
seluruh pelusuk dunia boleh melawat laman
web kita selagi mempunyai sambungan
Internet. Itulah kelebihan perniagaan Internet
kita akan mendapat lebih ramai pelanggan
dan sudah tentu akan mendapat lebih ban- Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa
yak untung. produk di dalam perniagaan Internet
terbahagi kepada dua. Pertama produk
Ketika masyarakat kita memberi kepercayaan fizikal. Produk ini ialah produk yang dapat
beginilah anda sepatutnya mengambil pel- dirasa,dilihat dan disentuh oleh deria utama.
uang untuk bergiat dalam perniagaan Inter- Contohnya seperti hardware, telefon , sapu
net. Walaupun perniagaan Internet masih tangan ,kaca mata dan banyak lagi.
baru dalam masyarakat kita namun sudah
ramai yang bijak mengambil peluang untuk Produk kedua ialah produk digital. Produk
membuka perniagaan Internet sendiri. digital ialah produk yang tidak dapat dilihat
12 Fokus 2
dan didengar tetapi dapat dirasa dan disentuh oleh pat mencapai pelanggan seluruh Malaysia, dan
deria-deria utama kita. Contohnya seperti rakaman serata dunia!
audio, buku elektronik , video lagu, gambar dan se-
bagainya yang dapat dimuat turun ataupun dihantar Sebagai penutup untuk artikel kali ini cuba anda
melalui e-mel pelanggan anda. Kedua-dua produk lihat statistik di bawah:
ini jelas menunjukkan produk digital lebih mengun-
tungkan kerana kos yang di keluarkan untuk mem- Jumlah pengguna Internet seluruh Malaysia: 10
buat produk digital hanya sekali dan selepas itu juta pengguna.
jika pelanggan mahu anda hanya perlu copy dan Jumlah pengguna Internet sedunia: 1 bilion peng-
hantarkan kepada pelanggan. guna!

Untuk memulakan perniagaan Internet adalah amat


murah berbanding dengan perniagaan di dunia ny- Dan jumlah tersebut akan terus meningkat dan
ata. Untuk menjalankan perniagaan di dunia nya- meningkat. Kesimpulanya ceburilah dalam bidang
ta, mungkin anda perlu membayar sewa bulanan perniagaan Internet kerana perniagaan melalui tal-
RM1,000. Sekiranya anda menjalankan perniagaan ian ini memberikan 1001 kebaikkan kepada kita.
Internet, sewa bulanan adalah cuma RM30* dan
anda da Sekian,
zhafran@flarebiz.com
13 Penulisan

Penulisan Artikel Dalam


Pemasaran Internet
Memang tidak dapat dinafikan kepentingan penulisan
dalam menjalankan perniagaan dan pemasaran inter-
net. Malah seluruh internet adalah mengenai penulisan,
kerana walaupun terdapat medium imej, video dan au-
dio pada internet, penulisan atau teks merupakan me-
dium utama pada internet.

Penulisan dalam internet merangkumi teks pada laman


web, blog, forum, laman jaringan sosial (social net-
working sites), direktori artikel dan iklan teks (text ads),
email, chat, teks pada link dan berbagai platform lain
yang menggunakan teks. Penulisan pada internet tidak
hanya terhad pada teks rumi, tapi terdiri dari berbagai
bahasa menggunakan bermacam jenis teks seperti tu-
lisan Cina, Russia dan Arab.
Apakah topik atau maklumat
Salah satu bentuk penulisan yang penting di internet yang ingin disampaikan
adalah penulisan artikel. Sesebuah artikel bertujuan
memberikan maklumat dan penerangan mengenai ses-
tentukan isi-isi penting dan data
uatu perkara seperti sebuah produk, perkhidmatan atau
yang ingin disampaikan kepada
menyebarkan pengetahuan tentang sesuatu isu sama
ada isu am atau peribadi. pembaca. Kenalpasti kata kunci
bagi isi-isi tersebut.
Penulisan artikel boleh dalam bentuk peribadi - seper-
ti menceritakan pengalaman seseorang, politik bagi
menyeru pembaca mengetahui dan menerima pandan- Siapakah pembaca artikel terse-
gan penulis, akademik lebih berbentuk fakta mengenai but
sesuatu bidang, cereka dan fantasi artikel yang men-
ceritakan sesuatu yang direka seperti sebuah cerpen
pendek, ulasan (review) artikel yang mengulas ses-
adakah pembaca dikalangan go-
uatu produk atau perkhidmatan ataupun campuran dua longan remaja atau peminat bo-
atau lebih bentuk artikel yang dinyatakan. lasepak ataupun pemilik kereta
Honda ? Siapakah target au-
Sebelum memulakan penulisan artikel bagi tujuan pe- dience anda untuk artikel terse-
masaran internet, seseorang penulis haruslah fikirkan: but?

Apakah tujuan artikel tersebut

Adakah ia bagi memperkenalkan sebuah perisian baru dan mengalakkan pembaca


membelinya? Atau adakah ia memberi informasi terperinci mengenai sesuatu hobi bagi
mengalakkan pembaca membacanya dan akhirnya klik pada iklan yang tertera di lama
web tersebut? Atau adakah ia hanya untuk informasi umum sahaja tanpa sebarang nilai
komersial?
14 Penulisan
Sebuah artikel yang baik harus ada:

1. Pengenalan
pengenalan kepada topik yang ingin disampaikan. Kata kunci pada topik boleh diperkenalkan
secara umum.

2. Isi-isi penting
bahagian ini boleh merangkumi beberapa perenggan, satu isi setiap perenggan atau dua isi
penting setiap perenggan. Sebaik-baiknya isikan kata kunci spesifik berkaitan topik dan isi
yang ingin disampaikan pada setiap perenggan.

3. Kesimpulan dan penutup


kesimpulan kepada isi-isi yang disampaikan dan kata-kata penutup.

Bagi penulisan artikel di internet, sebaik-baiknya artikel ditulis adalah diantara 400 600 patah
perkataan. Artikel yang terlalu pendek mungkin akan kelihatan tidak lengkap tetapi artikel yang
melebihi 1,000 patah perkataan pula mungkin terlalu panjang untuk menarik perhatian pem-
baca untuk membaca keseluruhan artikel tersebut (terutamanya pada sesebuah blog).

Ketika menulis sesebuah artikel untuk dipamerkan ke internet, fikirkanlah tentang gaya dan
susunan ayat dan format artikel tersebut pada sesebuah laman web. Sebagai contoh, sebuah
blog yang mempunyai ruangan posting yang sempit mungkin memerlukan anda mengubah
perenggan anda seperti meletakkan hanya satu atau dua ayat sahaja di dalam satu pereng-
gan.

Penulisan artikel pada forum yang mempunyai ruangan yang lebar pula mungkin memerlukan
anda mengubah susunan ayat dan ruang antara perkataan supaya kelihatan lebih menarik.
Fungsi previu (preview) pada blog atau forum adalah penting bagi melihat susunan ayat pada
artikel anda sebelum meletakkan ia di internet.

Penulisan artikel di internet juga bagi tujuan direktori artikel bagi menambahkan trafik dan
back-links seperti menulis untuk ezinearticles.com dan sebagainya. Sebelum menghantar ar-
tikel anda ke direktori artikel, pastikan anda membaca terma dan syarat yang dikenakan bagi
mengelakkan artikel anda ditolak.

Berbeza dari menulis artikel untuk majalah atau akhbar, penulisan artikel di internet membole-
hkan anda menggunakan berbagai warna font, meletakkan link, gambar dan video. Sungguh-
pun begitu, apa yang anda tambahkan pada artikel anda haruslah berkaitan dengan topik yang
ingin disampaikan dan disusun agar tidak menganggu kelancaran pembacaan dan tema blog
atau laman web anda. Anda harus menilaikan secara bijak tentang unsur-unsur yang ada pada
artikel anda. Jika artikel anda terlalu dipenuhi dengan link affiliate, mungkin pembaca akan
merasa bosan dan tidak mahu meneruskan pembacaan mereka.

Sebelum anda menghantar artikel anda untuk diletakkan di sesebuah laman web, blog, forum
atau direktori artikel, pastikan anda menggunakan spell-check dan memastikan ejaan dan
tatabahasa yang digunakan adalah betul. Jika anda menggunakan perkataan teknikal, pas-
tikan anda juga menyediakan maksud bagi terma-terma yang anda gunakan. Pastikan juga
segala maklumat yang disampaikan adalah tepat dan tidak lapuk (outdated).
15 Penulisan
Penulisan artikel adalah penting bagi tujuan pemasaran internet dan tidak harus dipandang
remeh. Jika anda melaksanakan semua perkara yang disebut diatas dan rajin belajar menulis
artikel, lama-kelamaan anda juga boleh menulis artikel yang baik.

Ditulis Oleh :
Kak G (www.InternetMelayu.com)
16 Idea Bisnes

Nak Bisnes Apa Di Internet?


Oleh : Tazilan Ibrahim(www.tazilan.com)

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pemilihan laman-laman web ini nanti bukan sa-
haja terhad kepada laman web tempatan, bahkan
Ini pertemuan kita yang pertama dalam Majalah juga akan menampilkan laman-laman web luar
IM ini dan saya amat berterima kasih serta berbe- negara yang telah mencipta kejayaan mereka
sar hati diberi peluang oleh Team Flarebiz untuk yang tersendiri. Pendedahan laman-laman web ini
berkongsi info, minda dan pendapat dengan anda diharapkan agar bukan sahaja memberi manfaat
semua. atau sebagai pencetus idea, tetapi boleh juga di-
jadikan case studies bagi merangka perniagaan
Di dalam majalah online bulanan ini, saya diberi internet anda nanti.
tugasan untuk mengendalikan ruangan Idea
Bisnes. Saya kira topik ini amat relevan kerana Saya mengharapkan agar artikel dan laman-la-
rata-rata masih ramai lagi yang keliru, tak pastiman web yang akan saya paparkan di dalam ruan-
dan samar-samar bagaimana untuk memiliki dan gan ini akan membuka mata kita semua bahawa
memulakan perniagaan internet mereka sendiri. skop perniagaan internet itu luas dan tidak terhad
Dilema yang sering timbul ialah tidak tahu apakahkepada model tertentu sahaja. Anda akan dapat
produk atau perkhidmatan yang ingin dijual! melihat bagaimana minat, pengetahuan dan ke-
mahiran anda boleh dieksploitasi untuk meraih
Tambahan pula fenomena perniagaan internet pendapatan yang lumayan di internet.
di Malaysia ini masih baru, maka kebanyakan
jenis perniagaan internet yang ada pada ketika Semoga perkongsian kita ini akan memberi in-
ini adalah berasaskan produk informasi atau pen- spirasi dan idea bisnes kepada semua. Oh ya, sila
jualan ebook. Lantaran itu, ramai yang menda- baca artikel saya di muka surat 23 sebagai sam-
pat salah tanggapan bahawa perniagaan internet bungan kepada artikel ini. Jumpa anda disana!
itu adalah menjual ebook semata-mata. Lebih
memudaratkan lagi, ramai yang memilih jalan mu-
dah dengan menyertai skim pelaburan di internet
yang tidak pasti kesahihannya!

Namun hakikatnya perniagaan di internet bu-


kanlah terhad kepada penjualan ebook, program
affiliate, penjualan software ataupun menyertai
program Google Adsense semata-mata. Sesung-
guhnya perniagaan di internet adalah universal
dan melepasi batas sempadan. Yang penting,
anda tahu bagaimana mengenalpasti pasaran
atau niche yang tepat.

Oleh yang demikian, di dalam ruangan Idea


Bisnes dalam edisi pertama ini dan juga dalam Sebarang maklum balas, penu-
edisi-edisi yang akan datang, saya berhasrat un- lis boleh dihubungi di
tuk berkongsi informasi tentang laman web dan tazilan.netbiz@gmail.com
jenis perniagaan di internet yang telah menempa
kejayaan.
17 Web Tutorial

Cara Membuat Order Form Oleh : mdpai(www.mdpai.com)

Pada isu Majalah IM kali ini, saya akan memberikan tutorial terperinci berkenaan asas membina Or-
der Form anda sendiri. Diingatkan bahawa tutorial ni adalah tutorial asas untuk mereka yang baru
berjinak-jinak dengan dunia programming.

Untuk Order Form kita boleh membahagikan code kita kepada dua bahagian utama, bahagian bo-
rang atau form di mana user/customer akan mengisi maklumat yang kemudiannya akan diemailkan
kepada kita, dan juga bahagian kedua, bahagian di mana kita akan memproses data yang diisi oleh
user/customer kita tadi dan seterusnya dimasukkan ke dalam email yang bakal dihantar.
Bahagian 1

<html>
<head>
<title>Untitled Document</title>
</head>
<body>
<form action=<?php echo $_SERVER[PHP_SELF]; ?> method=post
name=loginform>
<table border=0 cellpadding=0 cellspacing=0>
<tr>
<td><?php echo $msg; ?></td>
</tr>
<tr>
<td>Nama:</td>
<td><input type=text name=name id=name/></td>
</tr>
<tr>
<td>Email:</td>
<td><input type=text name=email id=email/></td>
</tr>
<tr>
<td>Tarikh:</td>
<td><input type=text disabled=disabled name=date id=date
value=<?php echo date(d/m/Y); ?>/></td>
</tr>
<tr>
<td>Cara Bayaran:</td>
<td><select name=bayaran size=1 id=bayaran>
<option value=maybank selected=selected>maybank</option>
<option value=paypal>paypal</option>
<option value=cek>melalui cek</option>
</select></td>
</tr>
<tr>
<td><input type=hidden name=submitted value=yes /></td>
<td><input type=submit value=Submit /></td>
</tr>
</table>
</form>
</body>
</html>
18 Web Tutorial

Bahagian 2

<?php
$msg = ;
$ok = true;

if ($_POST[submitted] == yes) {

//initialize vars
reset ($_POST);
while (list ($key, $val) = each ($_POST))
{
if ($val)
$$key = $val;
}

// name validation
if($name == ){
$msg .= Sila isi nama anda.<br/>;
$ok = false;
}

// email validation
if(!eregi(^([._a-z0-9-]+[._a-z0-9-]*)@(([a-z0-9-]+\.)*([a-z0-9-]+)(\.[a-
z]{2,3})?)$, $email)) {
$msg .= <b>Email anda tidak valid.</b><br/>;
$ok = false;
}

// sending email
if($ok == true){

$emailAdmin = info@mdpai.com;
$headers = From: Khidmat Pelanggan Mdpai.Com<info@mdpai.
com> . \r\n .
X-Mailer: PHP/ . phpversion();
$subject = Makluman tentang Mdpai.Com;

//ini merupakan msg anda


$message = Nama : .$name.\n;
$message .= Tarikh : .$date.\n;
$message .= Email : .$email.\n;

mail ($emailAdmin,$subject,$message,$headers);
$msg .= Terima Kasih. Email berjaya dihantar.<br/>;
}
}
?>
19 Web Tutorial
Oleh kerana ini adalah tutorial untuk mereka yang benar-benar baru dan ingin mencuba membina or-
der form sendiri, saya akan terangkan satu persatu kod-kod di atas. Diingatkan bahawa kod ini adalah
untuk tujuan pembelajaran dan jika anda mahu menggunakannya untuk laman web anda, ia adalah
di bawah tanggungjawab anda sendiri. Kod sebenar untuk Order Form ini lebih panjang, tetapi telah
saya pendekkan untuk tujuan pembelajaran (walaupun begitu, saya tidak katakan yang kod di dalam
tutorial ini tidak akan berjaya). Jika anda memerlukan pertolongan untuk mengimplementasikan kod
ini di dalam laman web anda, jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya.

Mari bermula dengan Bahagian 1.

<html>
<head>
<title>Untitled Document</title>
</head>
<body>

Semua page berformat HTML wajib mempunyai tag <html> dan <body>, dan semua tag-tag ini mes-
tilah ditamatkan dengan </html> atau </body>.

<form action=<?php echo $_SERVER[PHP_SELF]; ?> method=post


name=loginform>

Ini adalah tag <form> yang digunakan untuk mengumpul maklumat dari user. Untuk tujuan ini, kita
perlu menetapkan beberapa attribute yang perlu seperti action, method dan name. Semua data yang
diisi oleh user akan dihantar ke page yang ditetapkan oleh attribute action (cth di sini =<?php echo
$_SERVER[PHP_SELF]; ?> ; PHP_SELF membawa maksud page itu sendiri. Jadi data yang diisi
oleh user akan dihantar kembali dan akan diproses di dalam Bahagian 2.).

<table border=0 cellpadding=0 cellspacing=0>


Kita membina satu table yang digunakan untuk menyusun field-field yang bakal diisi oleh user. Un-
tuk mereka yang tidak mahir di dalam HTML, di dalam table, kita menggunakan tag <tr> untuk me-
nambah line dan tag <td> untuk menambah column.

<?php echo $msg; ?>


Untuk memaparkan mesej dari Bahagian 2. Contoh seperti Email tidak valid atau Email Berjaya
dihantar. Ini penting untuk member makluman kepada user apa yang sedang berlaku ketika itu.

<input type=text name=name id=name/>



20 Web Tutorial
Gunakan ini jika anda mahu user mengisi text field. (Lihat contoh)

<select name=bayaran size=1 id=bayaran>


<option value=maybank selected=selected>maybank</option>
<option value=paypal>paypal</option>
<option value=cek>melalui cek</option>
</select></

Gunakan ini jika anda mahu user memilih dari list yang anda tetapkan. (Lihat contoh)

Jika anda mahu menambah jumlah field yang ada, anda hanya perlu copy code yang sedia ada dan
paste di tempat yang anda mahu. Contoh ; katakan anda mahu menambah field Alamat ;

<tr>
<td>Alamat:</td>
<td><input type=text name=alamat id=alamat/></td>
</tr>


Senang bukan?

Baiklah, saya telahpun selesai menerangkan secara terperinci bahagian 1. Pada keluaran bulan depan,
saya akan teruskan dengan bahagian 2. Sehingga berjuma lagi.

Wan Mohd Fairuz Wan Ismail


mdpai
http://www.mdpai.com
wanmohdfairuz@mckk9903com
21 Keusahawanan

Perniagaan Yang Belum


Diteroka
Oleh : Irwan Dahnil (IrwanDahnil.com)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita mesti ucapkan tahniah kepada Team Flarebiz kerana menghasilkan Majalah IM berbentuk digital! Sesiapa
yang pernah terlibat dengan penerbitan mesti tau betapa pedihnya nak buat sebuah majalah. Saya dulu terli-
bat juga, tapi buat majalah sekolah je :)

Bila majalah baru ni, semua orang akan mula excited untuk mengetahui apa isinya. Nama majalah pun IM,
tentunya banyak perkara yang disentuh mengenai pemasaran internet. Baiklah pada keluaran ezine yang
pertama ini saya ingin dedahkan beberapa fakta yang menarik kepada semua pembaca.

1) 11.7 billion SMS dihantar antara Januari dan Mac 2007


2) Pengguna telefon bimbit mencecah 20.8 juta dengan purata SMS dihantar adalah 563 dalam tempoh
tersebut.
3) Berbelanja ke arah SMS hiburan menjadi sesuatu perkara yang membimbangkan

Tidak menghairankan kerana manusia suka berhibur. Jadi kalau ada anak-anak yang membelanjakan sejum-
lah wang yang besar untuk hiburan SMS, jangan salahkan anak-anak. Atau adakah sebenarnya orang yang
suka berhibur ini adalah orang dewasa?

Sebenarnya bisnes SMS ini terlalu tertumpu kepada perniagaan berbentuk hiburan sehinggakan seolah-olah
tidak nampak apakah model perniagaan yang lain. Cuba fikir sejenak :

1. Maybank2U menggunakan SMS sebagai nombor TAC keselamatan


2. Polis menggunakan SMS untuk Rakancop
3. JKR menggunakan SMS untuk Sistem Aduan
4. Memeriksa Saman Kenderaan
5. Sistem SMS Bersepadu Dr Tuah

Adakah aplikasi ini suatu hiburan? Tidak. Aplikasi ini memang aplikasi yang digunakan oleh orang dewasa.
Tetapi fakta yang menarik yang tidak diketahui oleh ramai orang adalah lebih 70% telefon bimbit dimiliki oleh
orang dewasa dan belia!

Jadi mengapa tidak tumpukan kepada perniagaan SMS yang mempunyai jumlah pengguna yang lebih besar
? Mungkin disebabkan skop pandangan kita yang terlalu kecil yang melihat industri hiburan semata-mata se-
hingga terlupa peluang yang lebih besar.
Kalau anda tengok kedai makan, rata-rata menawarkan makanan yang sama. Goreng-goreng yang sama.
Seolah-olah tiada resepi atau citarasa baru! Atau cuba lihat perniagaan cyber cafe yang rata-rata menawarkan
online gaming untuk tarik perhatian kanak-kanak untuk datang bermain.
Bahkan dalam seminar perniagaan SMS, saya terpaksa memancing minat dengan perniagaan SMS hiburan.
Tetapi sekiranya ada yang sedar, saya putarkan supaya lebih ramai menceburi perniagaan SMS untuk golon-
gan pasaran yang lebih besar. Terpaksa! Lupakan hiburan seketika
Mungkin ramai yang tiada pengalaman atau pengetahuan, menyebabkan industri perniagaan ini seolah-olah
hanya dalam ruang lingkup bisnes hiburan sahaja. Tetapi saya percaya, berikan sedikit masa. Senario ini akan
berubah. Biasanya kalau berhibur ini, ada masanya akan jemu dan bosan.
Maka manusia akan berubah angin pula ke hiburan yang lain.

Itulah manusia!
22 Tips

Adab Menuntut
Ilmu Online (Bahagian 1)
Oleh : Osman Affan (OsmanAffan.com)
Setinggi penghargaan diucapkan kepada Team FlareBiz kerana sudi menjemput saya untuk menjadi
salah seorang penulis di majalah elektronik ini. Baiklah hari ini saya terpanggil untuk sekali lagi menulis
mengenai adab menuntut ilmu secara online. Saya menulis satu artikel pada tahun 2006 mengenai
perkara ini dan beberapa maklum balas yang saya dapat ialah maklum balas yang membidas saya
semula. :)

Antara email dan maklum balas yang saya terima mengatakan, saya sebagai guru perlu sabar dan
berfikiran positif. Jangan buruk sangka. Orang-orang yang tidak mengikut etika atau adab itu tidak ber-
maksud melakukannya. Dan banyak lagi. Nampak macam saya pula yang buat salah.

Maklum balas ini semua tidak melihat mesej yang saya cuba sampaikan. Apabila saya menulis tentang
perkara ini, ia bukan bermaksud saya merungut. Saya tak suka merungut. Daripada saya merungut,
lebih baik saya tidak tulis posting atau saya delete sahaja mana-mana komen yang yang saya tidak
suka atau melampau batas. Mesej yang ingin saya sampaikan ialah

Kalau majoriti pelajar atau orang dewasa Kebanyakan pelajar atau orang dewasa sangat berso-
mahu belajar sesuatu dengan cara tidak pan jika mereka bertanya atau menuntut ilmu secara
beradab, mereka akan rugi kerana orang berdepan tetapi apabila secara online, mereka lupa seg-
tidak akan mahu berkongsi ilmu dengan alanya. Mereka sangka kerana wajah mereka tidak dapat
mereka. Maksud saya, kalau di laman dilihat, adab mereka tidak perlu dijaga. Mereka mungkin
web ini cara begitu digunakan, di laman lupa, ilmu tetap ilmu. Secara online atau offline, ia masih
web lain apatah lagi. Perumpamaannya, perlu dimiliki dengan cara yang baik agar kita mendapat
bayangkan ada seorang tiba-tiba masuk rahmat yang berkekalan.
rumah anda, tanpa diundang, tanpa mem-
beri salam dan tanpa mengetuk pintu. Ke- Ada yang menghantar email email atau sms seperti se-
mudian, dia berkata kepada anda, Eh, mua orang sedang bekerja di bawah mereka. Saya sang-
TOLONG AJAR SAYA MACAM MANA ka mungkin hanya saya sahaja yang ada masalah be-
NAK TULIS SURAT!. Agaknya, apa reaksi gini, rupa-rupanya hampir semua sahabat saya yang ada
anda? Kalau ada orang yang buat begini, berkongsi ilmu secara online menghadapi situasi yang
adakah anda akan tegur dia supaya dia sama. Contohnya banyak email yang hadir begini, Ke-
lebih beradab atau anda tegur tuan rumah napa saya nervous sangat sampai tak ingat semua apa
supaya berfikiran lebih positif. (Kata pada yang saya belajar? Hmmm bayangkan, itu sahaja yang
tuan rumah, sabar, dia tak ada niat nak tertulis dalam emailnya. Kadang-kadang, tajuk email pun
biadab, awak kena berfikiran positif.) tak ada. Banyak juga saya terima terima email yang tidak
ada hujung pangkal begini.

Sedar atau tidak, banyak ilmu yang dikongsikan online adalah secara percuma. Disebabkan ia percuma,
ada segelintir pelajar atau orang dewasa yang melayan tuan punya ilmu seperti pekerja mereka. Jadi,
ayat-ayat mereka juga berbunyi seperti seorang boss mengarah pekerjanya. Tolong emailkan saya ben-
da ni.Tolong jawab dan emailkan kepada saya. Saya nak segera!. Ini semua contoh benar yang saya
pernah terima. Ada satu yang saya terima setelah orang ini download ebook saya. Saya dah download
ebook ni. Tolong berikan dan emailkan kepada saya maklumat motivasi pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan 5.
Saya mahu sebarkan kepada pelajar. Hmm saya terfikir, bila masa pula saya bekerja dengan orang ni?
(jika ayat mengarah, perkataan tolong tidak akan dapat membantu melembutkan maksud ayat tersebut.)
- bersambung...
23 Review

Bisnes Pilihan Bulan Ini :


BuddyPetWagon.com
Your Malaysian Pet Online Store

Pada hari ini, semakin ramai rakyat Malaysia berasa selesa membuat pembelian secara online
hanya dari keselesaan rumah ataupun pejabat mereka. Membeli komputer, gajet elektronik,
buku, pakaian, aksesori dan sebagainya secara online kini semakin menjadi kebiasaan!

BuddyPetWagon.com merupakan laman web pembekal keperluan haiwan peliharaan (on-


line pet store) yang pertama di Malaysia yang menawarkan penghantaran percuma ke rumah
anda.

Dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman web ini, pemilik haiwan peliharaan kini
mempunyai pilihan menerima bekalan makanan dan keperluan haiwan kesayangan mereka
dihantar ke hadapan pintu rumah dengan hanya klik pada tetikus komputer mereka!

Tiada lagi masalah kesesakan jalanraya, kesukaran mendapatkan petak letak kereta dan tidak
perlu lagi berebut-rebut dengan pemilik haiwan peliharaan lain. Malah tak perlu lagi bersusah-
payah memikul bungkusan makanan haiwan peliharaan yang berkilo-kilo beratnya ke rumah!
24 Review
menjual makanan dan aksesori haiwan peliharaannya sendiri. Namun beliau mendapati per-
niagaan sebegini menghadapi persaingan yang amat sengit. Selain banyak perniagaan se-
umpama ini dibuka di bandar-bandar besar, modal permulaannya juga agak besar memand-
angkan beliau terpaksa menyewa premis kedai bagi perniagaan jenis ini.

Dengan perniagaan jenis ini yang semakin berkembang di seluruh negara, Julienne sedar
bahawa jika ingin berjaya, dia perlu menawarkan suatu kelainan atau keistimewaan berband-
ing para pesaingnya. Lantas Julienne membuat keputusan untuk menawarkan perkhidmatan
penghantaran (delivery services) kepada pelanggan yang kebanyakannya sentiasa sibuk!

Bermula sejak awal 2007, laman web Buddy Pet Wagon pada mulanya menawarkan hanya
3 jenama makanan haiwan peliharaan. Atas permintaan pelanggan, kini laman web ini mena-
warkan 9 jenama makanan haiwan berlainan dan 200 pelbagai produk sampingan yang terdiri
daripada makanan tambahan kesihatan, aksesori, majalah, pakaian dan alat permainan untuk
haiwan peliharaan.

Fakta Menarik mengenai BuddyPetWagon.com


Pendaftaran keahlian adalah percuma. Dengan setiap pembelian, ahli
akan mendapat mata bonus. Mata bonus ini tiada tarikh luput dan ian-
ya boleh dikumpul dan ditebus sebagai diskaun tunai dalam pembelian
seterusnya.

Sejak dilancarkan pada awal 2007, laman web ini telah memperolehi
ribuan ahli di seluruh negara dengan sebahagian besar daripadanya
merupakan pelanggan tetap yang membuat pembelian ulangan setiap
bulan!
25 Review

Pemilik laman web ini tidak pernah membuat promosi atau pengiklanan.
Hampir semua ahli dan pelanggan diperolehi dari promosi mulut ke mu-
lut di kalangan ahli sendiri i.e. email, blog dan forum yang berkaitan pen-
jagaan haiwan peliharaan.

Stok makanan dan aksesori haiwan peliharaan ini diperolehi dari pem-
bekal tempatan dan ada juga yang diimport. Kebanyakan urusan pem-
belian dan pengambilan stok ini juga dilakukan secara online!

Percayakah anda bahawa perniagaan BuddyPetWagon.com ini berop-


erasi sepenuhnya dari rumah pemiliknya di Petaling Jaya? Tiada kedai,
tiada stor. Ianya 100% beroperasi dari rumah dan dibantu oleh ahli kelu-
arganya!

Sejak ianya mula beroperasi tak sampai setahun lalu, business turnover
atau perolehan laman web ini telahpun mencecah 6 angka! Sungguh he-
bat sambutan pemilik haiwan peliharaan terhadap laman web ini!

Sekiranya anda berminat mendapatkan info lanjut mengenai laman web ini dan produk jualan-
nya, sila layari http://www.buddypetwagon.com

Ulasan
Laman web BuddyPetwagon.com ini dikategorikan sebagai kedai maya (online store) yang
menjual barangan berbentuk fizikal. Pelanggan boleh membuat pilihan produk yang mereka
perlukan dari katalog yang disediakan, membuat bayaran secara online dan produk tersebut
dihantar kepada pelanggan dengan pos atau perkhidmatan kurier. Laman web ini juga menye-
diakan kemudahan shopping cart bagi memudahkan proses pembelian.

Antara formula utama kejayaan laman web yang belum pun mencapai usia setahun ini adalah
disebabkan minat, pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki oleh pengasasnya sendiri, Juli-
enne Seet.

Berikut adalah analisis saya mengapa laman web BuddyPetWagon.com ini begitu berjaya dan
mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para pemilik haiwan peliharaan:

Dengan kelebihan dirinya sendiri sebagai seorang pencinta haiwan peli-


haraan, Julienne amat memahami dan pandai mengeksploitasi pasaran
yang mempunyai pertalian emosi di antara pemilik dan haiwan peli-
haraan mereka. Pasaran sasaran ini biasanya fanatik terhadap haiwan
peliharaan kesayangan mereka dan menganggapnya sebagai sebahagi-
an kehidupan dan keluarga mereka sendiri! Laman web ini menyediakan
segala keperluan mereka.
26 Review

Memahami kesibukan, permasalahan dan kesukaran pemilik haiwan pe-


liharaan untuk membeli bekalan yang sama setiap bulan. Dalam hal ini,
Julienne sekali lagi menawarkan penyelesaian kepada masalah pelang-
gan dengan perkhidmatan tempahan secara online dan penghantaran
percuma ke rumah pelanggan.

Memahami kehendak dan keperluan pelanggan yang sentiasa ingin


membelai dan memanjakan haiwan peliharaan mereka tetapi mengha-
dapi kekangan masa untuk mengunjungi kedai seumpamanya. Laman
web ini bertindak seperti pusat sehenti (one stop centre) dengan sen-
tiasa menyenaraikan produk, majalah dan aksesori terbaru lagi terkini
bagi kegunaan haiwan-haiwan peliharaan ini.

Khidmat ini unik dan belum ditawarkan oleh mana-mana pihak lain lagi.
Tiada persaingan secara langsung kerana kedai menjual makanan dan
keperluan haiwan peliharaan biasa tidak menawarkan khidmat peng-
hantaran ke rumah.
Pelanggan berpeluang mengumpul mata bonus dengan setiap pembel-
ian dan menebusnya sebagai diskaun tunai. Ini mampu dilakukan kerana
kos operasi yang minimum. Tak perlu sewa kedai, semuanya dijalankan
di rumah!

Khidmat ini unik dan belum ditawarkan oleh mana-mana pihak lain lagi.
Tiada persaingan secara langsung kerana kedai menjual makanan dan
keperluan haiwan peliharaan biasa tidak menawarkan khidmat peng-
hantaran ke rumah.

Atas fakta yang telah dinyatakan di atas, maka tidak hairanlah perniagaan BuddyPetWagon.
com begitu berjaya dalam waktu yang begitu singkat. Tahniah Julienne!

Mungkinkah anda sudah mendapat inspirasi dan idea dari artikel ini?

Sebarang maklum balas, penulis boleh dihubungi di tazilan.netbiz@gmail.com


27 Iklaneka

www.akademisms.com/ebook.htm www.ftpcaramudah.com

www.modelbisnesinternet.com www1.bisnesdigital.com
28 Iklaneka

www.internetmelayu.com

www.smartstudy.com.my

www.rahsiaonline.biz

www.mdpai.com
29 Iklaneka

www.tipadsense.com

www.galerikaftan.com

www.rapidfirestudio.com

Anda mungkin juga menyukai