Anda di halaman 1dari 3

AURAT WANITA FROM AL-QURAN DAN HADIS

1. Bulu kening

-Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening
atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

-Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. (An-Nur: 31)

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

-Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka
itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada

-Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.
(An-Nur : 31)

5. Gigi

-Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
(Riwayat At-Thabrani)

-Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan
Allah(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan

-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja. (Riwayat Muslim dan
Bukhari).
7. Tangan

-Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata

-Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pandangannya. (An Nur : 31).

-Sabda Nabi SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya
boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan. (Riwayat Ahmad, Abu
Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)

-Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang
yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.( Al
Ahzab: 32).

-Sabda Rasulullah saw, Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan

-Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan


pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (An Nur : 31).

-Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu
yang ia kehendakinya. (Riwayat Al Bazzar).

-Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan
dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian

-Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian
kehinaan di hari akhirat nanti. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

-Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang
yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan
masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita
yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian
tertentu.

-Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya
mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (Al Ahzab : 59).

12. Rambut

-Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga
mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya
daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Anda mungkin juga menyukai