Anda di halaman 1dari 1

PENGGUNAAN PIRAMID BERWARNA 3M

MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGINGAT CONTOH-CONTOH JENIS NAJIS

Oleh

Aliya Hanim Binti Hairal Nuar

lieyanims3@gmail.com

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan kaedah penerangan


menggunakan Piramid Bewarna 3M dalam membantu murid mengingat serta memahami
contoh-contoh jenis najis dengan baik. Murid-murid di sekolah rendah terutamanya, perlulah
diberi pemahaman dengan menggunakan kaedah yang berkesan supaya tajuk jenis najis
Mukhaffafah, Mutawasittah dan Mughallazah dapat difahami dan diingati dengan mudah oleh
mereka. Seramai 5 orang peserta kajian dalam kajian penyelidikan ini didapati tidak mampu
mengingati contoh-contoh jenis najis dengan baik ketika melaksanakan aktiviti menjawab
lembaran kerja yang diberikan. Kaedah penerangan berbantukan slaid pada awalnya dilihat
mempunyai sedikit kelemahan dan perlu ditambah baik dengan menggunakan bahan bantu
yang lebih menarik. Hal ini bertujuan, supaya dapat melatih daya ingatan serta memberi
kefahaman murid-murid tentang tajuk ini. Elemen warna dan gambar dilihat berupaya
meransang daya ingatan lima orang peserta kajian ini dengan baik. Jenis-jenis najis ini telah
dikategorikan mengikut warna dan disertakan dengan gambar untuk membezakan ketiga-tiga
jenis najis tersebut. Bersesuaianlah dengan tajuk kajian penyelidikan ini iaitu berkisarkan
Penggunaan Piramid Berwarna 3M Membantu Murid Tahun 4 Mengingat 3 Jenis Najis.
Diharapkan dengan penggunaan Piramid Bewarna 3M ini mampu memberikan kesan positif
kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran berfikir.

Anda mungkin juga menyukai