Anda di halaman 1dari 5

TEKS HARI PELANCARAN MINGGU VLE BUZZ 2017

NUR DALILA BINTI YUSOF

PEMBAC SKRIP ATURAN


A MAJLIS
Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.... Salam sejahtera dan


salam 1 Malaysia...

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Dihormati,
Pn Zaiton bin Maadon,
Penolong Kanan Petang SMK Sultan Ibrahim

Puan Marina binti Ismail, Pembantu PK Petang Unit


Kurikulum

Guru-guru penjana modal insan gemilang,

dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul
sekali lagi di dewan ini bagi meneruskan program
tahunan kita iaitu Minggu VLE Buzz. Untuk
pengetahuan semua bermula hari ini ( 23 April
hingga 4 Mei 2017) akan diadakan Minggu VLE
Buzz dengan tema I am froggified, are you?

DALILA 2017 Page 1


TEKS HARI PELANCARAN MINGGU VLE BUZZ 2017
NUR DALILA BINTI YUSOF

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah


satu sistem pembelajaran berasaskan web yang
menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan
mengintergrasikan konsep pendidikan konvensional
kepada kaedah maya. Dalam dunia yang penuh
dengan teknologi ini, pengajaran dan
pemudahcaraan tidak lagi terhad kepada pegajaran
dan pemudahcaraan di dalam kelas semata-mata
sebaliknya membawa pelajar ke persekitaran
pembelajaran yang lebih praktikal dan
menyeronokkan.

APAKAH FROG VLE?

VLE=VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT

Di bawah projek 1 Bestarinet, setiap guru dan


murid diberi ID dan password bagi mengakses
Laman Frog VLE

Untuk pengetahuan semua guru dan para pelajar,


Program ini dianjurkan bertujuan untuk

1. Mewujudkan suasana pembelajaran abad ke


21 ( PAK21 ) serta

2. Menggalakkan penglibatan aktif guru dan


murid dalam laman Frog VLE sekolah sekaligus

3. Meningkatkan peratus penggunaan frog VLE


sehingga mencapai sekurang-kurangnya 18%
murid log in seminggu bagi mencapai KPI yang
telah ditetapkan oleh JPN

AKTIVITI YANG DIANJURKAN SEPANJANG VLE BUZZ

DALILA 2017 Page 2


TEKS HARI PELANCARAN MINGGU VLE BUZZ 2017
NUR DALILA BINTI YUSOF

WEEK ialah

1. Agihan ID dan password murid ke setiap


kelas
2. Pertandingan Poster Digital
3. Pertandingan Mencipta Slogan Kreatif Frog
VLE
4. Kuiz VLE (bagi murid Pendidikan Khas)
5. Anugerah Kelas Paling Aktif Frog VLE
6. Anugerah Guru Paling Aktif Frog VLE

Hadirin yang budiman,

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan


segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Yang Dihormati,
_________________________________,
_____________________________ SMK Sultan UCAPAN
Ibrahim untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. PENTADBIR
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

------ Ucapan pentadbir ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan


terima kasih atas ucapan alu-aluan itu tadi.

DALILA 2017 Page 3


TEKS HARI PELANCARAN MINGGU VLE BUZZ 2017
NUR DALILA BINTI YUSOF

Hadirin yang dimuliakan,


Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu Majlis
Pelancaran Minggu VLE BUZZ.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala


hormatnya menjemput Yang Dihormati,
_________________________, diiringi oleh Puan
Zaiton bin Madon untuk menyempurnakan majlis HADIAH
pelancaran Minggu VLE Buzz.

*** majlis pelancaran***

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Dihormati, _________________________,
atas upacara pelancaran itu tadi.

Hadirin sekalian,
Dengan ini selesailah sudah

Majlis Pelancaran Minggu VLE Buzz SMK Sultan


Ibrahim Tahun 2017.
.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada hadirin sekalian yang telah
menyeri dan menjayakan majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada para ahli


jawatankuasa serta mereka yang terlibat secara
langsung mahu pun tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada


hadirin sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar
bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari,
DALILA 2017 Page 4
TEKS HARI PELANCARAN MINGGU VLE BUZZ 2017
NUR DALILA BINTI YUSOF

bulan tak akan purnama tanpa matahari. Segala


yang baik datang dari Alah SWT dan segala yang
kurang atau kelemahan adalah dari kami insan
biasa. Sebelum mengundur diri, marilah kita sama-
sama meyaksikan video pelancaran Minggu VLE
Buzz ini. Sambutlah salam manis untuk semua
hadirin dan disudahi dengan lafaz suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.

DALILA 2017 Page 5

Anda mungkin juga menyukai