Anda di halaman 1dari 2

SMK SEKSYEN 24

JALAN TIMUN 24/1 TEL : 03-55414172


40300 SHAH ALAM FAKS: 03-55429290
SELENGOR DARUL EHSAN KOD SEKOLAH: BEA 8619

KERTAS KERJA
HARI TERBUKA SMK SEKSYEN 24 TAHUN 2013

LATAR BELAKANG:

Program Hari Terbuka SMK Seksyen 24 merupakan program tahunan yang dirancang sejak awal
tahun lagi. Ianya merupakan salah satu cara bagi menjalinkan kerjasama antara ibu bapa / penjaga
dengan pihak sekolah dalam menjayakan Program Kecemerlangan Akademik anak-anak yang terlibat.
Pada hari tersebut ibu bapa / penjaga akan diberikan Kad Laporan Prestasi yang meliputi keputusan
Ujian Mac dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013.

Para ibu bapa / penjaga murid-murid berpeluang bertemu bual dengan semua guru yang mengajar
anak-anak dan berbincang tentang permasalahan anak-anak mereka di sekolah. Setelah selesai
urusan pengambilan Kad Laporan Prestasi dan Sesi Perbincangan, para ibu bapa boleh membawa
pulang anak mereka bersama-sama.

MATLAMAT:

1. Untuk mengadakan perbincangan antara guru dan ibu bapa / penjaga tentang pencapaian
dan perkembangan murid-murid di sekolah.
2. Membuka peluang kepada para ibu bapa / penjaga berjumpa dengan guru-guru kelas untuk
mengetahui prestasi akademik semasa anak-anak mereka.
3. Memupuk semangat ukhwah dan kerjasama antara guru dan ibu bapa / penjaga demi
kecemerlangan dan kegemilangan potensi akademik dan juga sahsiah anak-anak.
4. Merealisasikan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan iaitu melahirkan masyarakat
Malaysia yang harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

OBJEKTIF:

1. Supaya ibu bapa mengambil tahu perkembangan akademik dan tingkah laku anak-anak
mereka. Guru-guru akan berbincang dengan ibu bapa cara-cara dan langkah-langkah untuk
mengatasi dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
2. Memberi kesempatan kepada guru-guru bertemu dan berbincang dengan ibu bapa / penjaga
murid mengenai prestasi pelajaran murid berdasarkan peperiksaan / ujian yang telah
dijalankan.

BUTIRAN PROGRAM:

TARIKH : 9 JULAI 2013


HARI : SELASA
MASA : 7.45 PAGI 1.30 TENGAH HARI (sesi pagi dan sesi petang dibuat serentak)
SASARAN PENYERTAAN:

Semua ibu bapa / penjaga bagi semua pelajar sekolah SMK Seksyen 24, Shah Alam daripada kelas
Pendidikan Khas, Tingkatan Peralihan Sehingga Tingkatan Lima.

TEMPAT PERJUMPAAN:

BIL KELAS TEMPAT PERJUMPAAN


1 Pendidikan Khas Bilik-bilik Pendidikan Khas
2 Peralihan Kelas Peralihan
3 Tingkatan Satu Kelas masing-masing
4 Tingkatan Dua Kelas masing-masing
5 Tingkatan Tiga Kantin
6 Tingkatan Empat Dewan Sekolah
7 Tingkatan Lima Dewan Sekolah

AHLI JAWATAN KUASA DAN JADUAL TUGASAN:

(Sila Rujuk Lampiran)

ANGGARAN PERBELANJAAN:

BIL PERBELANJAAN ANGGARAN HARGA (RM)


1 Cetakan dan Fotostat Penunjuk Arah 30.00
2 Makanan & Minuman Petugas
3.00 X 130 orang = 390.00
(Guru & Pembantu Pelajar)
3 Dokumentasi:
Glossy Paper 30.00
Binding 20.00
JUMLAH 470.00

PENUTUP:

Adalah diharapkan dengan adanya program ini dapat memupuk minat ibu bapa untuk bersama-
sama membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi semasa anak-anak mereka dalam
setiap ujian bulanan dan peperiksaan. Semoga kerjasama pelbagai pihak terutamanya ibu
bapa / penjaga selain daripada usaha murid itu sendiri dapat melahirkan generasi yang berwawasan
dan berpotensi untuk memajukan diri dan negara di masa hadapan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(WAN NOR AZURA WAN YUSOF) (WAHINAH AB WAHID) (RUSLINA SALLEH)


Setiausaha Kurikulum 2013 Penolong Kanan Pengetua
SMK Seksyen 24, Shah Alam SMK Seksyen 24, Shah Alam

Anda mungkin juga menyukai