Anda di halaman 1dari 7

4.

PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENANGANI ISU KHURAFAT


Guru pendidikan Islam merupakan guru agama yang telah terlatih dengan ilmu-
ilmu berkaitan keagamaan yang mencakupi aspek akidah, ibadat, sirah, akhlak, al-Quran da
n lain-lain. Jadi, menjadi tanggungjawab besar kepada guru agama untuk berperanan
membenterasamalan khurafat di kalangan masyarakat khususnya daripada terus berleluasa.
Beberapa pendekatan boleh digunakan oleh guru agama sebagai da`ie dalam membenteras
kepercayaankhurafat ini dari terus menjadi amalan. Antara pendekatan tersebut ialah:
i-

Memperkenalkan sunnah, melaksanakannya dan memperkembangkannya


dalamkehidupan masyarakat.
Ianya dapat dilakukan dengan guru memberi pendidikan dan pengajaran secaraformal atau
tidak formal kepada masyarakat supaya mereka dapat mengenal sunnah danmengamalkan
serta menghayatinya dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya, gurumengadakan
kelas-kelas atau kuliah-kuliah yang berkaitan amalan dan akidah seperti tajuk
bahaya amalan khurafat. Melalui
kelas atau kuliah yang diadakan guru dapat memperjelaskandengan terperinci kepada
masyarakat akan perkara-perkara khurafat yang boleh menyebabkanakidah dan iman
seseorang rosak seterusnya guru memberikan contoh atau alternatif yangsepatutnya
digunakan dalam masyarakat apabila berkaitan dengan sesuatu amalan yang salah
itu.Sebagai contoh, jika masyarakat percaya bahawa bomoh atau dukun mampu
menyembuhkan penyakit, guru perlu menerangkan dan meyakinkan masyarakat,
sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa menyembuhkan segala penyakit. Seharusnya,
masyarakat banyakkan berdoa disamping berikhtiar dengan cara yang hanya
dibenarkan oleh syarak seperti berubat
secara moden dengan berjumpa doktor ataupun bertemu dengan pengamal perubatan islam
. Dan jika kesembuhan berlaku, ia adalah dengan izin Allah, bukan kerana doktor atau penga
mal perubatan Islam.Melalui pengisian ilmu ini, ianya dapat menyedarkan masyarakat
tentang perkara yang benar dan batil dalam Islam.

ii-
Berusaha untuk menghalang setiap pendapat tentang akidah atau kepercayaanyang
meragukan yang ditimbulkan oleh masyarakat.
Guru sebagai da`ie perlu berusaha menghalang orang awam daripada
mengeluarkan pendapat tentang persoalan yang berkaitan agama. Guru juga perlu berhati-
hati menyatakansesuatu pendapat atau mengeluarkan sesuatu hukum walaupun terhadap
perkara yang dianggapkecil atau remeh. Ini kerana setiap apa yang dikeluarkan ditakuti akan
menimbulkan rasa taksubkepada yang tidak benar seterusnya boleh memecahbelahkan
masyarakat. Dalam hal ini
guru perlu mempertahankan kesucian agama islam daripada dicampur adukkan dengan ama
lankhurafat dengan memberikan dalil-dalil yang sahih daripada al-Quran dan Hadis.
Sebagaicontoh, untuk menghalang pemahaman masyarakat yang percaya bahawa terdapat
kesialan padahari Rabu dan bulan Safar. Guru boleh mendatangkan dalil dari al-Quran yang
menjelaskan bahawa tiada bulan atau hari yang terdapat kesialan sebaliknya sesuatu mudha
rat atau manfaatitu adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah sebagaimana firmanNya,
surah at-Taubah,ayat 51:Ini diperjelaskan lagi dengan hadis Rasul s.a.w yang bermaksud:
iii-
Mendidik masyarakat dengan menunjukkan contoh teladan yang baik
Dalam persoalan khurafat, masalah akhlak merupakan perkara asas bagi
membinamasyarakat. Akhlak yang mulia dan terpuji adalah tunjang kekuatan sesebuah
masyarakat.Contohnya, Rasulullah s.a.w diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia. Tidak
dinafikan,sesetengah amalan masyarakat merupakan adat kebiasaan yang telah berakar
umbi umpamadarah daging.Justeru itu, guru da`ie perlu menunjukkan teladan dan akhlak
yang baik dalammasyarakat. Guru perlu berani memperbetulkan akhlak masyarakat yang
terpesong dari landasanIslam dengan pendidikan kerohanian dan pendekatan secara
berhikmah. Guru perlumendampingi masyarakat dan melibatkan diri dalam aktiviti mereka.
Seterusnya, jika terdapataktiviti yang agak meragukan tanpa ada nas syarak, guru perlu
memperbetulkannya denganmenunjukkan amalan sebenar yang dibenarkan dalam
agama.Contohnya, dalam adat meninggaldunia selepas kematian. Terdapat dalam
masyarakat yang mengamalkan meletakkan gunting diatas mayat yang baru meninggal
dunia, kemudian mengadakan kenduri 7 hari selapas kematian,14 hari, 40 hari dan 100 hari
dengan niat dan tujuan yang bertentangan dengan syarak. Guruda`ie perlu memperbetulkan
dan menunjukkan contoh yang betul iaitu dengan menjelaskan bahawa memperbayakkan
sedekah bacaan ayat al-Quran untuk si mati adalah lebih utama.
iv-

Amar ma`ruf , nahi mungkar


Amar ma`ruf nahi mungkar bermaksud menyeru kepada kebaikan
dan meninggalkankemungkaran. Dalam persoalan ini, guru da`ie perlu berusaha untuk
mengajak masyarakatmelakukan perkara kebaikan dan mencegah mereka daripada
melakukan kejahatan (perkarakhurafat) dengan berbagai cara yang difikirkan wajar dan
bersesuaian. Antara cara yangdianjurkan apabila guru berhadapan dengan mereka yang
mengamalkan perkara khurafat ialahmenegahnya dengan tindakan , menasihati dan
menghindari ( membencinya di dalam hati, iaituselemah-lemah iman). Contohnya, jika guru
melihat masyarakatnya mengamalkan pemujaannombor ekor, guru tersebut perlu
menegahnya melalui tindakan. Namun, jika tindakannya

dikhuatiri boleh membahayakan nyawanya, guru boleh menasihati mereka. Dan jika
caratersebut juga mengancam keselamatan dan nyawanya, cukuplah jika guru tersebut
menghindaridan membenci perbuatan tersebut. Selain dari itu, tindakan praktikal yang boleh
dilakukan olehguru ialah dengan melaporkannya pada pihak berwajib agar tindakan segera
dapat diambil keatas pelaku yang melakukan perkara khurafat. Contohnya melaporkan
kepada penguatkuasaagama seperti Jabatan Agama Islam, Polis dan sebagainya. Melalui
cara ini, guru telah bertindakmembantu membendung masalah dari terus berleluasa. Jika
pelaku tadi dikenakan hukuman atautindakan kaunseling, guru sebagai dai`e juga boleh
menawarkan diri untuk memberikan khidmatkaunseling jika bersesuaian dengan kepakaran.
v-

Pentarbiyahan melalui konsep melentur buluh biar dari rebungnya.

Kanak-kanak merupakan generasi pelapis kepada anggota masyarakat.Pentarbiayahan awal


tentang persoalan akidah dan ibadat dari usia muda sangat penting dalammemastikan
mereka benar-benar memahami cara hidup Islam sebenar. Sebagai guru di sekolahrendah
atau menengah, guru perlu mendidik mereka dengan kefahaman yang jelas tentang perkara-
perkara yang dibenarkan dan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam. Guru perlumembe
rikan contoh-contoh yang jelas dan yang berlaku hampir dengan mereka. Contohnya, pelajar
diajar dan diperjelaskan tentang konsep beriman dengan Qada` dan Qadar. Pelajar
dapatmemahami dengan baik bahawa setiap sesuatu sama ada baik atau buruk merupakan
ketetapandari Allah dan tiada istilah sial atau malang. Keadaan ini akan membantu mereka
memahami,menghayati, meyakini dan mengamalkan hanya apa yang disarankan dalam
agama Islam. Jikaasas ini diterap dari awal, masalah kekeliruan atau percampuran amalan
antara yang benar dansalah dapat diatasi. Asas yang kukuh ini perlu diteruskan keperingkat
seterusnya seperti diInstitut Pengajian Tinggi agar lebih mapan dan mantap. Insya Allah,
pentarbiyahan berterusan inimampu menjadi benteng yang ampuh bagi anggota masyarakat
dari terjerumus ke kancahkhurafat.
PERANAN GURU SEBAGAI DA'IE
Kehidupan masyarakat pada masa ini di sesebuah tempat banyak dipengaruhi dan

mempengaruhi gaya kehidupan, adat, pegangan dan kepercayaan. Namun kadang kala,
oleh keranakurangnya ilmu agama dan keyakinan yang betul menybabkan terdapatnya
sebilangan ahli dalammasyarakat yang terlibat dengan amalan khurafat secara tidak
disedari.Oleh itu sebagai guru Pendidikan Islam yang tinggal di sesebuah kampung atau
tamanperumahan haruslah memainkan peranan dan bertindak sebagai da'ie bagi membantu
menanganimasalah yang timbul terutamanya yang berkaitan dengan amalan khurafat. Jadi
bagi tujuan ini beberapasiri tindakan dikemukakan sebagai cadangan dan mudah-mudahan
ia dapat membantu menanganipermasalahan ini.
3.1.0 Program pemantapan akidah
Sebagai individu, saya ingin mencadangkan beberapa aktiviti dan program bagi
tujuanpemantapan akidah. Antaranya ialah :
a)

M
embuat kajian
dan mengenalpasti amalan khurafat atau yang menjurus ke arahnya
serta perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan adat resam
untuk membolehkan
langkah-langkah dan pendekatan-pendekatan terbaik
diambil
bagi membanteras amalan adat resamyang bertentangan dengan syariat Islam. b)

Mengadakan
majlis ilmu,
seminar dan perbincangan secara bersiri bagi men
yebar
kanmaklumat dan
memberi
pengetahuan berkaitan dengan ajaran dan syariat Islam agarkegiatan atau amalan yang
telah dijalankan
dapat dinilai
dan memikirkan cara serta langkahterbaik bagi menangani
kekurangan dalam
amalan-amalan tersebut pada masa
akan datang
.c)

Menggalakkan masyarakat untuk suka membaca dan kaedah yang betul bagi mendapatkanmaklumat
yang tepat terutamanya yang berkaitan dengan akidah.
d)

Memberi pendedahan kepada ibu bapa dan menekankan kepentingan mempelajari


sertamenuntut ilmu supaya mereka dapat memantau kegiatan anak-anak mereka. Ini
secaratidak langsung menjadikan mereka orang yang berpengetahuan dan menjadi
tempattauladan bagi anak-anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai