Anda di halaman 1dari 3

Kenapa Saya Masih Belum Berjaya...!!?

Kenapa Saya Masih Belum Berjaya...!!?


Setelah beberapa tahun berusaha dalam MLM tetapi masih belum berjaya,
apakah punca sebenarnya...?

Saya juga tidak tahu apakah punca sebenarnya kenapa ANDA masih tidak
berjaya dan masih ditakuk lama walaupun sudah lebih 5 tahun berkecimpung
dalam MLM.

Saya ada "23 checklist" bagi membantu untuk memudahkan anda membuat
analisa. Secara kasarnya saya akan membahagikan kepada 2 faktor utama
iaitu ANDA dan SYARIKAT. Dua faktor utama ini sangat penting untuk diambil
kira.

1) Faktor Syarikat :
Faktor syarikat pula terbahagi kepada beberapa faktur utama seperti
PENGURUSAN YANG CEKAP, PRODUK YANG SESUAI dan PELAN
PEMBAHAGIAN BONUS YANG ADIL.

Jika syarikat sentiasa mempunyai masalah produk, stok tidak mencukupi,


produk tiada repeat sale, selalu membuat perubahan pelan pemasaran,
lambat membayar bonus dan sebagainya, ini merupakan masalah dari pihak
syarikat. Bukannya masalah dari anda. Jika anda menyertai syarikat begini.
Amat sukar untuk anda berjaya, bahkan anda munkin tidak menikmati
kejayaan. Anda mesti cepat-cepat berhenti dari syarikat ini dan mencari
syarikat lain yang lebih stabil.

Ada beberapa syarikat juga tidak mempunyai banyak pilihan produk, mungkin
ada satu atau dua jenis sahaja. Ini juga akan terdedah kepada risiko produk "
under cutting price". Untuk lebih afdal carilah syarikat yang mempunyai produk
yang pelbagai.

Ada juga syarikat hanya mempunyai produk maya sahaja tanpa mempunyai
produk fizikal, ini juga bakal menghadapi masalah untuk maintainance bulanan.

KetidakBERJAYAan ini bukan disebabkan kelemahan anda tetapi tetapi


kesilapan awal anda semasa memilih syarikat MLM. (lihat panduan pilih
syarikat MLM). Jika anda menghadapi masalah begini, jangan risau dan
jangan berputus asa, teruskan dengan mencari syarikat yang lebih stabil.

2) Faktor diri sendiri.


Faktor diri sendiri adalah yang sangat penting kerana faktor ini dikuasai oleh
diri kita sendiri. Anda yang menentukan untuk mempastikan ianya berada
dilandasan yang betul atau sebaliknya.

Untuk berjaya, adakah diri anda sudah bersedia untuk berjaya..? Seperti juga
berkahwin, tidak kira umur berapa sesuai untuk kahwin, tetapi adakah anda
sudah siap sedia untuk berkahwin..? Ada yang sudah berumur 45 tahun tapi
belum berkahwin, kerapa belum bersedia. Ada juga yang berumur 18 atau 20
tahun tapi sudah mendirikan rumahtangga kerana mereka bersedia lebih awal.

Begitu juga dengan kejayaan, persediaan untuk menerima kejayaan sangat


penting untuk memudahkan kejayaan dengan senang datang menjadi milik
anda. Persiapan ini boleh diringkaskan dengan singkatan ASK iaitu:

A = Atitude atau sikap.


Bijak pandai ada mengatakan 80% kejayaan seseorang adalah terletak
kepada sikapnya. Sikap yang harus anda miliki:

1. Sikap yang positif serta bersangka baik pada diri anda yang anda BOLEH
berjaya.
2. Positif terhadap industri perniagaan MLM.
3. Positif terhadap upline serta downline anda bahawa mereka adalah rakan
kongsi anda BUKAN orang atas atau orang bawah.
4. Positif terhadap jiran atau sideline anda.
5. Positif terhadap pengurusan syarikat anda.
6. Positif terhadap produk serta pelan pemasaran syarikat anda.
7. Potitif terhadap perubahan imej anda. Untuk mempercepatkan kejayaan
anda, anda seharusnya mempamirkan diri anda seperti orang yang sudah
berjaya. Cara berkomunikasi, cara berpakaian dan sebagainya.
Bagaimanakah caranya untuk berpenampilan atau berimej seperti orang
berjaya ? Sangat mudah.. Hanya MENIRU saja cara upline anda yang sudah
berjaya. TIRU perkara yang positif. Walaupun anda belum berjaya, tetapi
BERLAGAK sepert orang yang sudah berjaya.

S = Skill atau kebolehan anda


Setiap orang mempunyai kebolehan masing-masing, tapi ramai orang-orang
biasa tidak menggunakan dan hanya menyimpan kebolehannya. Skill ini boleh
diperolihi secara praktikal melalui pengalaman sendiri di dalam MLM. Skill
yang diperlukan adalah seperti berikut:

8. skill untuk penajaan


9. Skill untuk presentasi produk
10. Skill untuk "table talk closing"
11. Dan pelbagai lagi

K = Knowledge atau ilmu pengetahuan


llmu merupakan perkara yang sangat penting dalam apa jua bidang, tidak
ketinggalan juga dibidang jualan langsung. Anda tidak perlu untuk tahu semua
perkara untuk berjaya, cukuplah sekadar mengetahui perkara-perkara penting
yang bersangkut pautan untuk kejayaan anda sahaja. Contoh ilmu yang wajib
anda pelajari ialah;

12. Ilmu tentang produk anda, kandungan produk, kegunaan serta cara
makan/cara menggunakannya.
13. Ilmu tentang pelan pemasaran syarikat anda.
14. Ilmu tentang latarbelakang syarikat anda.
15. Ilmu tentang kepemimpinan atau leadership.
16. Ilmu tentang industri MLM dalam dan perkembangan luar di luar negara.
17. Ilmu tentang plan-plan pemasaran terkini yang digunakan oleh syarikat lain
atau pesaing syarikat anda.
18. Dan pelbagai lagi

Bagaimana untuk memperolihi ilmu-sebegini..? Tidak lain tidak bukan adalah


melalui proses pembelajaran. Saluran-saluran pembelajaran adalah begitu
banyak sekali di dalam syarikat MLM seperti berikut;

19. Selalu menghadiri pertemuan (meeting) mingguan yang dianjur oleh


syarikat.
20. Selalu menghadiri pertemuan kumpulan yang dianjurkan oleh senior atau
upline anda, kekerapannya mungkin sekali sebulan.
21. Menghadiri semua kursus-kursus yang dianjurkan oleh syarikat anda. Juga
boleh menghadiri kursus-kursus atau seminar-seminar diluar yang berkaitan
dengan industri perniagaan anda.
22. Menghadiri semua kursus-kursus produk dan sebagainya.

Bila sudah mempunyai ilmu asas ini, maka anda selalulah mempraktikkannya
seperti ilmu penajaan, ilmu presentasi produk dan sebagainya untuk
menajamkan skill presentasi, penajaan atau penjualan produk anda.

Cuba anda menganalisa diri anda, sudahkah anda memenuhi semua checklist
diatas? Jika anda sudah memenuhi semuanya tapi masih lagi belum berjaya,
BAGUS....!! Ada satu lagi perkara yang anda perlu lakukan iaitu;

23. Berterusan melakukannya dari 1 hingga 23 sehingga anda berjaya dan


terus melakukannya tanpa ada sedikitpun rasa putus asa sambil
BERTAWAKKAL kepada Allah.

Anda mungkin juga menyukai