Anda di halaman 1dari 14

Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

MODUL 8
Standard kandungan:
4.1Lakaran Piktorial

Standard
pembelajaran:
4.1.1 Peranan lakaran dalam reka bentuk

Masa:
2 jam

NOTA RUJUKAN

Definisi Lakaran

Lukisan yang ringkas pada peringkat awal dengan ciri-ciri penting tanpa maklumat
yang lengkap. Reka bentuk yang kelihatan kasar tanpa ciri-ciri perincian.

Alatan lukisan yg sesuai yang digunakan ialah pensel, kertas lukisan dan pensel.
Pensel sesuai yang digunakan ialah pensel 2B dan 4B.

Pensel 4B
b
Pensel 2B
b

90
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Peranan lakaran dalam proses mereka bentuk

Lakaran mempunyai peranan dalam proses mereka bentuk. Peranan lakaran adalah
berbeza berdasarkan produk akhir yang akan direka, saiz dan skop projek, kemahiran
pereka, pengalaman, aliran kerja dan jangkaan pelanggan.

1. Mempercepatkan Pembangunan Konsep

Lakaran adalah kaedah terbaik untuk mengeksplorasi konsep

2. Asas Komposisi Untuk Ilustrasi

Lakaran adalah kaedah terpantas/cepat untuk menghasilkan komposisi

asas/perancangan ilustrasi awal bagi menghasilkan lakaran ringkas.

3. Medium Komunikasi Pelanggan

Pereka dan pelanggan dapat menjimatkan masa melalui penggunaan

medium lakaran.

4. Eksplorasi Visual

Lakaran boleh digunakan sebagai catatan aktiviti dan eksplorasi pereka.

5. Penyelesaian Perincian Visual

Proses menghasilkan rekabentuk atau ilustrasi pada tahap seterusnya memerlukan

perincian. Kemungkinan keseluruhan konsep dan hala tuju sesuatu rekaan adalah

baik, namun kadangkala proses merekabentuk akan beralih kepada lakaran

digital.

91
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Jenis Lakaran

1. Lakaran komunikasi peribadi atau contengan

Ianya dipenuhi dengan lakaran yang berserabut, tidak kemas dan hanya akan

kekal di dalam buku lakaran atau cebisan kertas semata-mata. Namun ia akan

menjadi aset paling penting dalam penyediaan konsep produk.

92
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

2. Lakaran bersandarkan pemikiran

Kebiasaannya lebih kemas dan bersih berbanding contengan. Pereka

berkemungkinan akan menunjukkan lakaran ini dengan lain-lain pereka untuk

mendapatkan pandangan. Lakaran yang ringkas juga mungkin merupakan

sebahagian dari kategori ini.

93
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

3. Lakaran Teknikal

Pereka merapatkan jurang di antara seni dan kejuruteraan. Adalah penting bagi

pereka untuk bekerja bersama dengan jurutera agar lebih memahami pemikiran

mereka. Ia bermakna penghasilan lakaran lukisan ceraian, keratan rentas dan

pelbagai seksyen lain yang boleh membantu pereka menggambarkan rekaan

produk yang sedang dihasilkan.

94
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

4. Lakaran Persembahan

Lakaran ini adalah lebih kemas dan teliti. Ini untuk menarik minat pelanggan

atau penonton ketika pereka melakukan penjelasan konsep melalui visual. Pereka

juga perlu menjadi lebih kreatif bagi memastikan pelanggan yang tidak

mempunyai kemahiran berfikir secara visual untuk memahami apa yang cuba

disampaikan.

95
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

5. Kaedah Lakaran Moden

Seiring dengan perkembangan masa kini, terdapat pelbagai teknik baru lakaran

yang ditawarkan sebagai alternatif kepada teknik melakar secara tradisional,

menggunakan pensil dan kertas. Di antara yang ditawarkan di pasaran

termasuklah SketchBook Pro dan Corel Painter Sketch Pad.

96
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Murid telah memahami elemen dalam reka bentuk

KEPERLUAN BAHAN

1. Kertas A4/ Kertas Lukisan


2. Pensel 2B/4B
3. Blue tack

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD
2. Komputer

AKTIVITI

Gerakerja individu melakar pelbagai stail dan situasi sesuatu garisan di hasilkan.

Set Induksi
1. Guru menunjukkan video garisan, vvh]
https://www.youtube.com/watch?v=OezMavBqWXc

2. Guru menarik tumpuan murid kepada perincian garisan dan


ilustrasi pada setiap lakaran yang dilihat.
3. Perbincangan diantara guru dan murid mengenai visual yang
telah disaksikan

Langkah 1 1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari


ini.
2. Murid diberi penerangan oleh guru tentang peranan lakaran
dalam reka bentuk.
3. Murid berinteraksi dengan guru berkaitan isi pembelajaran yang
dipelajari

97
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

1. Tunjukcara oleh guru untuk melakar garisan yang pelbagai


Langkah 2
iaitu mendatar, menegak, bulatan , bayang (shading).

Langkah 3
1. Guru meminta murid bersedia dengan pensel 2B/ 4B dan kertas
lukisan.( Tanpa pembaris dan pemadam)

2. Gerak kerja individu :


Murid melakar garisan-garisan lurus mendatar ,
a) menegak, secara rapat-rapat dan jarak
b)Murid melakar corak bulatan
c)Murid melakar bayang
3. Guru memantau dan membantu murid-murid di dalam proses
setiap lakaran.

Langkah 4 1. Murid membentangkan/mempamerkan hasil lakaran.


2. Guru membuat rumusan aktiviti yang telah dilakukan.

Penutup Guru membuat rumusan topik pelajaran yang telah dipelajari.

98
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

AKTIVITI 1

Menyatakan pengetahuan sedia ada

Langkah 1: Murid ditunjukkan video lakaran

Langkah 2: a) Apakah yang bentuk garisan yang dihasilkan

b) Bagaimanakah garisan tersebut mempengaruhi penegasan


sesuatu objek

Murid dipilih secara rawak untuk menjawab soalan

Langkah 3: Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

AKTIVITI 2

Membuat garisan

Langkah 1: guru untuk melakar garisan yang pelbagai iaitu mendatar, menegak,
bulatan , bayang (shading).

Langkah 2: Guru meminta murid bersedia dengan pensel dan kertas lukisan. ( pelajar
tidak digalakkan menggunakan pembaris dan pemadam)
Langkah 3: Murid melakar garisan-garisan lurus mendatar ,
a) menegak, secara rapat-rapat dan jarak
b)Murid melakar corak bulatan
c)Murid melakar bayang

Langkah 4: murid diminta untuk menebalkan, menyilang dan merapatkan kedudukan


jarak antara garisan

99
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Contoh 1: Melakar bulatan, garis lengkung dan garisan lurus

100
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Contoh 2 : Melakar bulatan, garis lengkung dan garisan lurus dengan menebalkan
garisan, menyilangkan dan merapatkan kedudukan jarak antara garisan

101
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Contoh 3: Membuat bayang pada lakaran

102
Bahagian Pembangunan Kurikulum April 2016

Rujukan
1. https://www.youtube.com/watch?v=OezMavBqWXc

2. Sumber imej : google

3. Powerpoint : Majlis Reka bentuk Malaysia

103

Anda mungkin juga menyukai