Anda di halaman 1dari 4

Rantai Mutiara Cincin Permata

Barangan berharga dari Johor


Salam sejahtera pembuka kata
Dari hati penuh luhur

Kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian.

Bersyukur saya kepada Yang Maha Kuasa kerana limpahan nikmat


keamanan di watan tercinta ini , kita dapat berkumpul untuk
mendengar cerita-cerita yang dapat dijadikan teladan dan
sempadan.

Kini tibalah giliran saya untuk menyampaikan sebuah cerita yang


bertajuk :

Disebabkan Labah-labah

Di dalam sebuah kampung yang bernama Kampung Tok Rawa tinggal


seorang budak lelaki bersama-sama ibunya yang sudah tua. Budak lelaki
itu bernama Fadhil.

Ayah Fadhil sudah lama meninggal dunia. Ibu Fadhil, Mak Senah
merupakan seorang ibu tunggal yang rajin. Dia menyara dirinya dan
Fadhil dengan membuat kuih-muih. Dia menjual kuih-muihnya di
kedai-kedai kopi.

Fadhil seorang budak yang malas. Dia selalu ditegur oleh ibunya
kerana sifat malasnya itu. Suruh belajar, dia malas. Suruh membantu
membuat kuih pun dia malas. Fadhil hanya rajin apabila disuruh makan
dan ketika bermain sahaja.

Sikap Fadhil itu amat merunsingkan hati Mak Senah.


Fadhil akan menduduki peperiksaan UPSR. Mak Senah amat
berharap agar Fadhil akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
tersebut. Dia sedar, seseorang itu tidak akan berjaya tanpa ilmu. Oleh
sebab itulah dia berusaha menyekolahkan Fadhil, walaupun kehidupan
mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Bagi diri Fadhil, dia tidak mengerti erti kejayaan. Dia pergi ke sekolah
pun kerana takut dimarahi oleh ibunya. Di sekolah, Fadhil tidak
menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran.

Sudah puas guru-guru menasihati Fadhil agar berubah sikap tetapi


bak kata pepatah, 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'. Lantaran
sikap malasnya itu, Fadhil sering mendapat mendapat tempat tercorot
dalam ujian-ujian yang ditempuhinya.

Selain itu, Fadhil juga sering ponteng sekolah. Biasanya, dia akan
ponteng seorang diri kerana tidak mahu perbuatannya itu diketahui oleh
orang lain. Semasa ponteng, Fadhil akan melakukan aktiviti-aktiviti lain
seperti mencuri buah-buahan di dusun orang kampung, mandi sungai,
melastik burung, dan bermacam-macam lagi.

Pendek kata, segala aktiviti yang dilakukannya adalah yang tidak


berfaedah dan membuang masa sahaja.

Pada suatu hari, Fadhil telah ponteng sekolah. Dia bangun awal
seperti biasa dan seolah-olah telah bersedia untuk ke sekolah.

Namun, di pertengahan jalan menuju ke sekolah, Fadhil telah


melencong ke suatu arah yang lain, iaitu ke dalam semak berhampiran
sebatang sungai. Tempat tersebut merupakan tempat yang biasa
ditujuinya apabila ponteng sekolah.

"Seronok juga ponteng sekolah. Tidak perlu aku ke sekolah dan


membebankan otakku untuk belajar," ujar Fadhil di dalam
hatinya. Fadhil tersenyum. Kini dia berasa seolah-olah seperti burung.
Bebas, sebebas-bebasnya.

Tiba-tiba pandangannya tertumpu kepada seekor labah-labah yang


sedang membuat sarangnya. Dia memerhatikan labah-labah itu dengan
khusyuk. Labah-labah itu kecil tetapi amat tangkas dan pantas membuat
sarangnya. Sarang yang pada mulanya kecil telah menjadi semakin besar.

Semasa Fadhil sedang asyik melihat labah-labah itu, tiba-tiba angin


bertiup kencang. Sarang labah-labah itu telah rosak dan terkoyak.
Walaupun begitu, labah-labah itu segera membaiki semula sarangnya.
Kejadian itu berlaku berulang kali.

Akhirnya sarang labah-labah itu siap. Fadhil yang sedang


memerhatikan kejadian itu tiba-tiba merasakan suatu perasaan timbul
dalam dirinya. Dia membandingkan dirinya dengan labah-labah itu.

"Labah-labah itu, walaupun kecil tetapi amat rajin. Sedangkan aku


yang dikurniakan akal fikiran ini tidak menggunakannya untuk kebaikan
diriku," hati kecil Fadhil berkata.

Fadhil mulai insaf dan berazam untuk mengubah dirinya.

Ya. Kawan-kawan,

Keesokannya, Fadhil pergi ke sekolah dengan semangat yang


berkobar-kobar untuk berjaya. Dia menumpukan perhatian semasa guru
sedang mengajar. Dia juga menyiapkan kerja-kerja rumah yang diberikan
oleh gurunya.

Perubahan sikap Fadhil itu amat menggembirakan semua guru dan


rakannya. Begitu juga dengan Mak Senah. Dia berasa amat gembira dan
bersyukur kerana Fadhil tidak malas lagi. Malah, Fadhil sering
membantunya di rumah.

Beberapa bulan kemudian, peperiksaan UPSR tiba. Fadhil melangkah


ke dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan. Dia menjawab semua
soalan dengan berhati-hati.
Tidak lama selepas itu, keputusan peperiksaan UPSR diumumkan.
Fadhil telah diserbu oleh guru-guru dan rakan-rakannya untuk
mengucapkan tahniah apabila dia diumumkan mendapat 6A dan menjadi
salah seorang murid yang cemerlang di sekolahnya.

Fadhil tidak menyangka bahawa seekor labah-labah yang kecil telah


berjaya mengubah dirinya hingga mencapai kejayaan yang selama ini
tiada pernah diimpikannya.

Kawan-kawan

Sesuatu kejayaan tidak akan datang secara menggolek. Orang yang


malas berusaha sudah tentulah tidak akan memperoleh apa-apa kejayaan.
Sebaliknya, orang yang cekal dan terus gigih berusaha, akhirnya pasti
akan dapat mencapai kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai