Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGARAH

KEJOHANAN JEMPUTAN RAGBI 10s RAJA MELEWAR EDISI KE- 8


2016

1.0 PENGENALAN
Kejohanan Ragbi 10s Raja Melewar merupakan kejohanan yang diadakan pada setiap
tahun oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Institut Pendidikan
Guru Kampus Raja Melewar. Kejohanan yang akan diadakan pada tahun ini merupakan
kejohanan kali ke-8 penganjurnya.
Penganjuran kejohanan ini adalah untuk memberi peluang kepada siswa guru-siswa
guru Kursus Major Pendidikan Jasmani di IPG Kampus Raja Melewar supaya
memperolehi pengalaman dan kemahiran dalam bidang pengurusan sukan.

2.0 RASIONAL
Adalah menjadi hasrat pihak penganjur bagi menjayakan kejohanan ini sebagai
kelangsungan daripada kejohanan yang lepas. Melalui kejohanan ini dapatlah
memperkenalkan mempromosikan sukan ragbi dan bola jaring dalam kalangan siswa
guru IPGM. Dengan adanya kejohanan ini juga dapat memajukan kedua-dua permainan
tersebut di peringkat penyertaan yang lebih tinggi. Selain itu, kejohanan ini dilaksanakan
bagi melahirkan siswa guru yang sihat dan aktif dari segi jasmani, rohani, intelek dan
sosial sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan mereka.

3.0 MATLAMAT
Kejohanan ini bertujuan memastikan kecemerlangan siswa guru di Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) bersinambung dalam konteks kecemerlangan dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

4.0 OBJEKTIF
Pada akhir kejohanan ini, siswa guru dapat :
i) Menjadi siswa guru yang menguasai ilmu pengetahuan tentang pengelolaan
kejohanan.
ii) Melahirkan bakal guru yang seimbang serta harmonis dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial.
iii) Menjadi hubungan yang sihat dalam kalangan siswa guru IPGM.
iv) Meningkatkan kesedaran kepada siswa guru tentang faedah bersukan untuk
mengekalkan kesihatan tubuh badan.
v) Membudayakan sukan dalam kalangan guru di IPGM.

5.0 BUTIRAN PENGANJURAN.


Kejohanan Ragbi dan Bola Jaring di anjurkan oleh unit Major Pendidikan Jasmani
(SJKT) Ambilan Jan 2014.

6.0 PENYERTAAN
Kejohanan Ragbi
Kategori Ipg : 8 Pasukan

Kategori Sekolah : 12 Pasukan

7.0 BUTIRAN KEJOHANAN


7.1 Tarikh : 23-24 Julai 2016 ( Sabtu dan Ahad)
7.2 Masa : 7.00 pagi hingga 5.00 petang
7.3 Tempat : Astaka IPG Kampus Raja Melewar

Anda mungkin juga menyukai