Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN ASAM JAWA

09100 BALING KEDAH DARUL AMAN.


NO. TEL : 04-4721215
skasamjawa.kba0005@gmail .com
KEDAH AMAN MAKMUR, BERSAMA MEMACU TRANFORMASI

Ruj. Kami : SKAJ 40/006( )


Tarikh : 23 Mac 2015

Pegawai Teknologi Pendidikan,


Pusat Kegiatan Guru Baling,
09100 Baling,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

MEMOHON MEMINJAM PERALATAN PA SISTEM.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan Sekolah Kebangsaan Asam Jawa akan


mengadakan Mesyuarat Agung PIBG 2015 dan Bengkel Menjawab UPSR
kepada Waris tahun 2015 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 & 30 Mac 2015 (Ahad & Isnin)


Tempat : Dewan SK Asam Jawa

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin meminjam peralatan PA


Sistem bagi melaksanakan program tersebut memandangkan peralatan yang
ada di sekolah ini tidak dapat digunakan.

4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari


pihak tuan dan didahului ucapan penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Saya yang menurut perintah,

(SUHAIMI BIN ABD HAMID)


Penolong Kanan HEM
Sekolah Kebangsaan Asam Jawa
09100 Baling
Kedah Darulaman.

Anda mungkin juga menyukai