Anda di halaman 1dari 38

Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari

2015

MODUL 1
Standard 1.1 Dunia reka bentuk
kandungan:
Standard 1.1.1 Mentakrifkan reka bentuk dan teknologi.
pembelajaran:
1.1.2 Mengenal pasti elemen reka bentuk
berdasarkan produk yang dipilih.

1.1.3 Menjelaskan prinsip reka bentuk.

1.1.4 Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk


dalam mereka bentuk objek asas.

1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka


bentuk

1.1.6 Meneroka kriteria reka bentuk yang baik

1.1.7 Membina objek asas

Masa: 240 minit

1
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

NOTA RUJUKAN

1.1.1 MENTAKRIFKAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Takrif Reka Bentuk

Reka bentuk merupakan satu bidang ilmu yang mengajar percambahan


idea dalam proses penyusunan bahan yang dirancang untuk
menghasilkan produk dan memberi impak positif kepada manusia.

Takrif teknologi

Teknologi adalah pengetahuan yang mengaplikasikan sains dan


matematik bagi memudahkan atau menyelesaikan masalah manusia
menggunakan pelbagai sumber dan pengetahuan teknikal yang terus
berkembang.

Reka bentuk dan teknologi

Reka bentuk dan teknologi adalah percambahan idea dalam proses


penyusunan bahan yang dirancang dengan mengaplikasikan sains dan
matematik bagi memudahkan kehidupan manusia.

2
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Bidang reka bentuk

3
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

MENGENAL PASTI ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG


DIPILIH

Apakah elemen reka bentuk?

Elemen reka bentuk ialah unsur-unsur yang digunakan untuk menzahirkan


idea awal sesebuah rekaan secara lakaran.

Tujuannya adalah untuk membolehkan idea yang hendak digambarkan


oleh pereka difahami.

Terdapat 6 elemen
reka bentuk iaitu:

1. Garisan (line)
2. Bentuk (Shape)
3. Tekstur (Texture)
4. Saiz (Size)
5. Warna (Colour)
6. Arah (Direction)

4
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

1. Garisan

Merupakan cantuman satu siri titik


Dihasilkan menggunakan sebarang alat tulis atau peralatan
(gadget)
Garisan merupakan unsur terpenting dalam aktiviti melakar,
melukis, menggambar dan menulis
Digunakan untuk menghasilkan jalinan struktur, pembentukan
objek dan bayangan
Contoh jenis-jenis garisan :

5
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

2. Bentuk

Sesuatu yang mengisi ruang


secara geometri, samada bentuk
alami, bersendirian atau
gabungan.

Memperlihatkan keseluruhan
pandangan sesuatu objek agar
Contoh bentuk 3D
lebih mudah difahami.

Boleh jadi dalam dua dimensi (2D) atau 3 dimensi (3D)

Bentuk 2D Bentuk 3D

Leper Menyerupai bentuk


sebenar

Mempunyai satu Mempunyai 3 permukaan


permukaan sahaja

Mempunyai lebar dan Mempunyai lebar, panjang


panjang dan tinggi

tidak menggambarkan Menggambarkan


kedalaman/ketinggian kedalaman atau
ketinggian

Menggambarkan keluasan Menggambarkan keluasan


dan isipadu

6
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

3. Tekstur

Keadaan fizikal sesuatu permukaan.


Ia boleh dilihat dan dirasa melalui sentuhan.
Contoh tekstur ialah kasar, licin, lembut, keras, berkilat dan
sebagainya.
Memberi identiti pada sesuatu objek.
Contoh-contoh gambar tekstur:

7
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

4. Saiz

Merujuk kepada ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu bentuk.


Saiz sesuatu lukisan objek dipengaruhi oleh jarak, biasan dan
kedudukan.

Contoh pelbagai saiz objek yang dipengaruhi oleh jarak dan


kedudukan

8
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

5. Warna

Merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek


yang dapat dikesan melalui deria penglihatan.
Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu warna asas, warna sekunder
dan warna tertier.
Terdapat 2 suhu warna iaitu:
i) Warna panas - Merupakan warna yang mempunyai kesan
cahaya yang tinggi

- Memberi kesan terang, garang seperti api


dan merangsang penglihatan

ii) Warna sejuk - Merupakan warna yang mempunyai kesan


cahaya yang rendah

- Memberi kesan redup, tenang dan damai


menyejukkan mata memandang

9
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

6. Arah

Arah menghasilkan mood dan suasana dalam suatu reka bentuk


Arah juga memberi ilusi pergerakan di dalam reka bentuk
Terdapat 3 jenis arah iaitu melintang, menegak dan menyerong
Arah melintang menghasilkan mood tenang dan stabil
Arah menegak pula memberi kesan keterujaan, keseimbangan
dan kepekaan
Arah menyerong mewakili pergerakan atau tindakan

10
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

1.1.2 MENJELASKAN PRINSIP REKA BENTUK


Prinsip reka bentuk adalah konsep yang digunakan untuk
menyusun maklumat.

Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan


tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka
bentuk.

Prinsip reka bentuk membantu menjadikan sesebuah lakaran


idea menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat.

Berikut adalah prinsip-prinsip reka bentuk:

1. Keseimbangan (balance)
2. Berdekatan (proximity)
3. Ruang (space)
4. Kesejajaran
5. Kontras
6. Pengulangan
7. Pergerakan

Keseimbangan

Berdekatan Pengulangan

Prinsip
Reka
Bentuk
Ruang Kontras

Pergerakan Kesejajaran

11
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

a. Keseimbangan (balance)

Keseimbangan dalam reka bentuk adalah sama dengan


keseimbangan dalam konsep fizik.

Keseimbangan menekankan kesamaan berat, tarikan dan


tumpuan pada satu objek berbentuk simetri.

BALANCE

Contoh produk menggunakan prinsip keseimbangan

12
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

b. Berdekatan (proximity)

Pertalian antara beberapa elemen reka bentuk bagi


menyediakan titik pertemuan contohnya pergerakan gear,
pergerakan sesondol dan pengikut.

13
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

c. Ruang (space)

Merujuk kepada seni yang mengambilkira sela antara


struktur pada objek.

Ruang ini berada di sekeliling struktur dalam bentuk positif


dan ruang negatif.

sela
sela

Tanpa sela

14
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

d. Kesejajaran (alignment)

Prinsip kesejajaran memastikan setiap elemen yang berada


dalam satu reka bentuk tidak diletakkan secara rawak atau
tanpa tujuan.
Ini membolehkan sesebuah reka bentuk itu lebih mudah
difahami.
Sesuatu struktur yang tersusun dalam urutan yang
berkesinambungan secara selari sehingga membentuk objek
baru.
Contoh:

15
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

e. Kontras

Kontras bermaksud perbezaan


Kontras boleh dicapai melalui banyak cara.
Antaranya ialah melalui :
o penggunaan ruang (dekat dan jauh, ruang kosong
dan ruang penuh)
o pemilihan warna (gelap dan terang, warna sejuk dan
warna panas)
o pemilihan teks (jenis font, saiz font, bold, italic)
o kedudukan elemen (atas dan bawah, terkumpul dan
terpisah)

16
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

f. Pengulangan

Pengulangan ialah menggunakan elemen yang sama dan


serupa secara berulang-ulang dalam sesebuah reka bentuk

Prinsip pengulangan menggambarkan penyatuan, konsisten


dan kesepaduan di dalam reka bentuk

17
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

1.1.3 Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka


bentuk objek asas

Prinsip reka bentuk adalah tunggak utama dalam penghasilan sebuah


reka bentuk.

Reka bentuk yang baik adalah reka bentuk yang dihasilkan dengan
menggunakan prinsip-prinsip reka bentuk iaitu:

1. keseimbangan (balance)
2. berdekatan (proximity)
3. ruang (space)
4. kesejajaran (alignment)
5. kontras (contras)
6. pengulangan (repetition)
7. pergerakan (movement).

Murid perlu mahir dengan kesemua prinsip reka bentuk tersebut untuk
membolehkan murid mengaplikasikannya ketika menghasilkan satu
reka bentuk.

Contohnya, murid hendak


menghasilkan satu reka bentuk jam
tangan, murid perlu mengambil
kira prinsip reka bentuk yang ada
pada produk tersebut.

18
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk

Elemen reka bentuk adalah perkara-perkara yang terlibat ketika


menghasilkan sesebuah reka bentuk. Ia dapat dilihat dan dikenal pasti
dengan mudah.

Prinsip reka bentuk adalah peraturan, panduan, falsafah yang memandu


penghasilan sesebuah projek.

Untuk menghasilkan sebuah reka bentuk yang baik, kita mestilah


mempertimbangkan setiap prinsip reka bentuk sebaik mungkin.

Kesimpulannya, prinsip adalah peraturan yang mesti diikut ketika


menghasilkan reka bentuk manakala elemen pula adalah perkara yang
menolong kita melengkapkan peraturan tersebut untuk mendapatkan
hasil terbaik.

https://www.italki.com/question/92561

http://www.bayt.com/en/specialties/q/38505/what-is-the-difference-between-the-principles-of-design-amp-
the-elements-of-design/

http://www.answers.com/Q/What_is_the_difference_between_design_elements_and_design_principles

19
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

1.1.6 Meneroka kriteria reka bentuk yang baik

Reka bentuk yang baik bukan hanya kelihatan cantik. Ia mestilah boleh
berfungsi, memenuhi tujuan ia direka dan membuatkan orang terpegun
melihatnya. Sesebuah reka bentuk boleh jadi hasil inovasi atau hanya
untuk menjalankan sesuatu kerja.

Reka bentuk yang baik mestilah memenuhi kriteria berikut:

1. Inovasi
Reka bentuk inovatif boleh jadi satu reka bentuk baru atau
pengubahsuaian kepada reka bentuk sedia ada. Sebuah reka
bentuk baru menambah nilai dan fungsi baru dalam pasaran
kepada penguna. Manakala reka bentuk yang diubahsuai
menambahbaik produk sedia ada.

2. Berfungsi
Reka bentuk yang berfungsi memenuhi kehendak mengapa ia
direka bentuk. Ia menyelesaikan masalah dan menjalankan
fungsi yang telah ditetapkan.

3. Berguna
Reka bentuk yang baik bukan hanya berfungsi dengan baik
tetapi memenuhi beberapa kriteria lain seperti estetik dan
memberi kesan psikologi kepada pengguna.

4. Estetik
Reka bentuk yang estetik mampu membuatkan orang kagum
padanya.

5. Intuitif
Sebuah reka bentuk yang baik menerangkan fungsinya dengan
mudah tanpa memerlukan manual.

20
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

6. Boleh dipasarkan
Sebuah reka bentuk yang baik bukan sahaja boleh dipasarkan,
tetapi ia mampu bersaing dengan reka bentuk yang lain dan
menonjol dalam pasaran yang kompetitif. Reka bentuk yang
baik adalah reka bentuk yang mendatangkan keuntungan.

7. Keaslian (Original)
Sebuah reka bentuk yang baik bersifat asli. Ia bersifat jujur dan
hanya menjalankan fungsi yang ditetapkan.

8. Tahan lama
Sebuah reka bentuk yang baik bersifat tahan lama dan bukanlah
sekadar trend semata-mata.

9. Mesra pengguna
Reka bentuk yang baik adalah mesra pengguna. Ia mudah
difahami serta mudah digunakan dan ini memberikan kepuasan
kepada pengguna.

10. Ringkas
Reka bentuk yang baik adalah reka bentuk yang ringkas. Ini
bermakna produk yang direka bentuk berfokus kepada aspek-
aspek penting sahaja, tanpa dibebani dengan perkara-perkara
lain yang kurang penting.

11. Fokus
Sebuah reka bentuk yang baik sangat efisien memenuhi
tujuannya secara efektif.

http://ui-patterns.com/blog/What-is-good-design

21
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

1.1.7 Membina objek asas

Idea boleh dizahirkan dalam bentuk lukisan atau model. Model boleh
diperolehi melalui prinsip dan elemen reka bentuk. Bentuk-bentuk asas
(geometri) ini jika digabungkan boleh membentuk objek baru. Gabungan
ini boleh dilakukan sama ada bentuk alami atau asas (geometri) yang
sama atau berlawanan.

Bentuk Asas (Geometri)

Bulat Segi tiga sama Segi empat sama Heksagon

Segi tiga tepat Segi empat tepat Donut Trapezoid

Bujur Diamond Semi bulatan

22
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Bentuk asas geometri adalah bentuk-bentuk yang ada di sekeliling kita


tanpa melibatkan perubahan atau pengubahsuaian.

Teknik-teknik pembinaan objek baru

Terdapat empat jenis teknik pembinaan objek baru iaitu :

1) Pembenaman ( intersect )
2) Pembuangan ( substract )
3) Penyatuan ( union )
4) Peleraian ( explode )

Pembenaman ( intersect )
Apabila sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek yang lain
terbentuklah satu objek baru.

23
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Pembuangan ( substract )

Objek asas boleh dibuang dengan pelbagai cara. Antaranya ialah


melalui potongan lurus secara serong (chamfer) pada bahagian
bucu objek asas, melalui pemotongan lengkung (fillet) pada
bahagian bucu dan melalui penebukkan (drilling) pada bahagian
permukaan.

Penyatuan ( union)
Objek-objek asas jika dicantumkan secara terus dengan objek asas
yang lain pada mana-mana bahagian boleh membentuk satu
objek baru.

24
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Peleraian ( explode )
Sebahagian daripada bentuk objek asas dileraikan akan
membentuk objek baru.

Rumusan

Objek-objek baru yang dihasilkan ini perlu mematuhi prinsip-prinsip reka


bentuk seperti keseimbangan, kesejajaran, kontras, arah, ruang,
berdekatan ( proximity )dan pengulangan. agar ia tidak menimbulkan
masalah semasa objek itu hendak digunakan seperti tidak kukuh,tidak
seimbang atau retak.

25
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID


1. Murid telah memahami konsep asas reka bentuk dan teknologi.

KEPERLUAN BAHAN

1. Contoh produk
2. Lembaran kerja
3. Kertas Mahjong
4. Pen Marker
5. Blue tack

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD
2. Komputer

AKTIVITI

Mentakrifkan reka bentuk dan teknologi. Mengenal pasti elemen reka bentuk
berdasarkan produk yang dipilih. Menjelaskan prinsip reka bentuk.
Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas.
Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk. Meneroka kriteria reka
bentuk yang baik. Membina objek asas.

Set Induksi Guru menunjukkan contoh hasil reka bentuk (produk-


(10 minit) kereta, madball, kerusi meja). Guru mengemukakan
beberapa soalan berkaitan contoh tersebut, menggunakan
paparan LCD.

a) Apakah yang anda dapat nyatakan produk?

b) Nyatakan reka bentuk produk ini?

26
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

c) Apakah fungsi produk tersebut?

Rujuk Aktiviti 1
Langkah 1 1. Guru menunjukkan pelbagai gambar reka bentuk
(15 minit) produk dari pelbagai bidang melalui paparan LCD
dan menampal gambar pada papan putih.
2. Guru meminta setiap murid menulis beberapa contoh
bidang reka bentuk yang mereka ketahui dari
paparan.
3. Murid diminta menulis di hadapan kelas.
4. Guru dan murid bersama-sama memilih contoh
bidang reka bentuk yang betul.
Rujuk Aktiviti 2 Lampiran 1
Langkah 2 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
(20 minit) 2. Guru meminta murid mencari elemen reka bentuk
berdasarkan satu objek yang dipilih dalam bilik darjah.
3. Murid diminta untuk memaparkan hasil dapatan di
hadapan kelas.
4. Guru membuat rumusan berdasarkan hasil yang
didapati mengenai elemen reka bentuk.
Rujuk Aktiviti 3
Langkah 3 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
(15 minit) 2. Setiap kumpulan diberikan keratan nota prinsip reka
bentuk.
3. Guru memaparkan peta bulatan dan setiap kumpulan
dikehendaki memadankan keratan nota pada peta
bulatan

4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan prinsip reka


bentuk.

27
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Rujuk Aktiviti 4

Langkah 4 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.


(35 minit) 2. Guru mengedarkan sehelai kertas dan minta murid
mengaplikasi prinsip reka bentuk terhadap kertas yang
diedarkan.
3. Murid menggunakan pengetahuan sedia ada untuk
mengaplikasi prinsip reka bentuk.
4. Guru meminta murid menjelaskan prinsip reka bentuk
berdasarkan hasilan yang didapati.
Rujuk Aktiviti 5

Langkah 5 1. Guru menguji pengetahuan sedia ada murid.


(15 minit) 2. Murid diminta duduk dalam kumpulan kecil. Guru
mengedar kertas majong kepada setiap kumpulan,
3. Guru meminta murid membuat peta buih berganda
bagi menunjukkan perbezaan antara elemen reka
bentuk dan prinsip reka bentuk.
4. Murid diminta membuat pembentangan di hadapan
kelas.
Rujuk Aktiviti 6 Lampiran 2
Langkah 6 1. Guru menunjukkan beberapa gambar objek asas reka
(60 minit) bentuk melalui paparan LCD.
2. Guru berbincang dengan murid bagaimana suatu
objek perlu mengambil kira prinsip dan elemen reka
bentuk.
3. Setiap murid dikehendaki memilih satu bentuk
geometri berdasarkan bahan yang dibawa.
4. Murid dikehendaki menyediakan tiga objek asas yang
28
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

sama dalam bentuk 3D, berdasarkan bentuk geometri


yang sama.
5. Murid melaksanakan proses mengukur, memotong
dan mencantum kepingan objek.
6. Murid melakar reka bentuk geometri yang dihasilkan.
Rujuk Aktiviti 7
Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran
(10 minit) yang telah dipelajari.

AKTIVITI 1

Menyatakan definisi reka bentuk dan teknologi

Arahan: Murid diberi masa selama 10 minit

Langkah 1: Murid ditunjukkan dengan 3 jenis produk

Langkah 2: Setiap murid berpeluang menjawab soalan yang diberi oleh


guru.

Langkah 3: Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

Langkah 4: Guru kemudian meminta murid dalam kumpulan


mengenalpasti identiti reka bentuk berdasarkan produk yang
ada di sekeliling mereka.

Langkah 5: Murid memberi rumusan takrif reka bentuk dan teknologi


berdasarkan hasil perbincangan dengan bimbingan guru.

AKTIVITI 2

Mengenal pasti bidang reka bentuk


Arahan: Murid diberi masa selama 15 minit .

29
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Langkah 1: Guru memaparkan pelbagai gambar reka bentuk melalui


LCD, dan menampal di hadapan kelas, guru meminta murid
menyatakan bidang reka bentuk dari paparan.

Langkah 2: Setiap murid menulis satu contoh bidang reka bentuk yang
mereka tahu dari paparan.

Langkah 3: Murid dikehendaki menulis di ruangan yang disediakan oleh


guru di hadapan kelas.

Langkah 4: Guru bersama murid bersama membincangkan contoh


bidang yang tepat.

AKTIVITI 3

Mengenal pasti elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih.

Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.


Murid diberi masa selama 20 minit .

Langkah 1: Murid diminta memerhati produk yang ada di dalam kelas

Langkah 2: Murid diminta mencatat segala bentuk pemerhatian


terhadap reka bentuk produk tersebut di dalam keratan
kertas yang diedarkan. (dalam kumpulan)

Langkah 3: Murid juga diminta menyatakan elemen reka bentuk


berdasarkan hasil didapati.

Langkah 4: Guru membuat berdasarkan hasil yang didapati mengenai


elemen reka bentuk

AKTIVITI 4

Menjelaskan prinsip reka bentuk

30
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Kerja Berkumpulan
Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Murid diberi masa selama 15 minit .

Langkah 1: Setiap kumpulan diberikan keratan nota prinsip reka bentuk.

Langkah 2: Guru memaparkan peta bulatan dan setiap kumpulan


dikehendaki memadankan keratan nota pada peta bulatan

Langkah 3: Murid juga diminta menjelaskan prinsip berdasarkan produk


yang ditunjukkan oleh guru.

AKTIVITI 5

Mengaplikasikan prinsip reka bentuk

Kerja Berkumpulan
Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Murid diberi masa selama 20 minit .

Langkah 1: Guru mengedarkan sehelai kertas majong pada setiap


kumpulan, dan minta murid berbincang untuk
mengaplikasikan prinsip reka bentuk pada kertas yang
diedarkan.

Langkah 2: Murid menggunakan pengetahuan sedia ada untuk


mengaplikasikan prinsip reka bentuk dalam hasilan mereka.
Murid dikehendaki menjelaskan prinsip reka bentuk
Langkah 3: berdasarkan hasilan didapati.

31
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

AKTIVITI 6

Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk.

Kerja Berkumpulan

Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.


Murid diberi masa selama 20 minit .

Langkah 1: Guru mengedarkan sehelai kertas majong pada setiap


kumpulan.

Langkah 2: Guru minta murid menyediakan peta buih berganda bagi


menunjukkan perbezaan antara prinsip dan elemen reka
bentuk.
Langkah 3: Murid dikehendaki membuat pembentangan dari hasilan
yang didapati..

AKTIVITI 7

Meneroka kriteria reka bentuk yang baik. Membina objek asas.

Kerja Berkumpulan

32
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.


Murid diberi masa selama 60 minit .

Langkah 1: Guru menunjukkan beberapagambar projek asas reka


bentuk melalui paparan LCD.

Langkah 2 Guru berbincang dengan murid bagaimana suatu objek


perlu mengambil kira prinsip dan elemen reka bentuk

Langkah 3 Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu bentuk geometri


berdasarkan bahan yang di bawa

Langkah 4 Murid dikehendaki menyediakan tiga objek asas yang sama


dalam bentuk 3D berdasarkan bentuk geometri yang sama.

Langkah 5 Murid melaksanakan proses mengukur, memotong dan


mencantum objek.

Langkah 6 Guru membuat rumusan dari hasilan yang didapati

PENILAIAN 1

33
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Berdasarkan gambar di bawah nayatakan apa yang anda faham


tentang reka bentuk dan teknologi?

a. Reka bentuk:

b. Teknologi:

PENILAIAN 2

Berdasarkan gambar di bawah nyatakan prinsip dan elemen reka bentuk


yang dapat anda kaitkan.

34
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

a. ____________________________________________________________

b. ____________________________________________________________

c. _____________________________________________________________

PENILAIAN 3

Menjelaskan kepentingan reka bentuk

Kerja Berkumpulan

Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

35
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

1. Setiap kumpulan diberikan satu produk maujud yang berbeza.

2. Setiap kumpulan diminta mengenalpasti prinsip reka bentuk,


teknologi yang digunakan dan bidang yang reka bentuk yang
menghasilkan produk tersebut.

3. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk buku skrap atau risalah.

4. Kumpulan diberi tempoh satu minggu untuk penyerahan pelaporan

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tingkatan:

Modul: Pengenalan kepada reka bentuk dan teknologi

Standard
1.1 Asas reka bentuk dan teknologi
Kandungan:

36
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

1.1.1 Menyatakan definisi reka bentuk.


1.1.2 Menyatakan definisi teknologi
Standard 1.1.3 Menyenaraikan bidang reka bentuk
Pembelajaran:
1.1.4 Menerangkan peranan perekabentuk
1.1.5 Menyatakan prinsip reka bentuk

Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan


Ya Tidak
1 Murid boleh menjelaskan konsep
reka bentuk dan teknologi
2 Murid boleh menerangkan bidang
reka bentuk
3 Murid boleh peranan perekabentuk
dan prinsip reka bentuk
4 Murid dapat membuat laporan
berdasarkan produk maujud yang
diberikan
5 Murid dapat menyenaraikan
sumber maklumat produk
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH

37
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari
2015

Rujukan:

1. Modul reka bentuk (perekabentuk). MRM


2. What is Technology?, Powtoon :http/www.youtube watch
3. Space and engineering
http://www.businessdictionary.com/definition/technology.html
4. Apa dia teknologi.
http://hasnitalihasan.weebly.com/uploads/1/6/4/5/16459508/nota_teknolo
gi_pendidikan.pdf
5. http://kuncen.cmi.web.id/pengetahuan-umum/85-apa-itu-teknologi-
6. http://sharinahcheamdan.blogspot.com/2013/03/prinsip-reka-
bentuk.html
7. http://cikguawa.blogspot.com/2012/12/prinsip-seni-reka.html
8. http://library.perdana.org.my/PREVIEW/A4/1004909_PRE.pdf
9. http://szakiahidris.blogspot.com/2013/05/prinsip-reka-bentuk.html
10. http://sukatanproduksimultimedia.blogspot.com/2013/05/prinsip-reka-
bentuk-setiap-orang.html

38

Anda mungkin juga menyukai