Anda di halaman 1dari 13

OUMH1103

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Kemahiran Pengurusan Masa 3


2.1 Tetapkan Matlamat Utama 3
2.2 Jadual Masa 4
2.3 Menilai Keutamaan 4
2.4 Disiplin Diri 4

3.0 Kemahiran Kerja Berpasukan 5


3.1 Kerjasama dalam perbincangan dan tugasan 5
3.2 Belajar Secara Berkumpulan 5

4.0 Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) 6


4.1 Perkakasan ICT 7
4.2 Internet 7
4.3 Portal Institusi 7

5.0 Kemahiran Membuat Rujukan 8


5.1 Menguasai Sesuatu Mata Pelajaran 9
5.2 Membantu Membuat Tugasan 9
5.3 Persediaan Perperiksaan 9

6.0 Cadangan 10

7.0 Kesimpulan 11

Rujukan/Referensi 12

0
OUMH1103

1.0 Pengenalan

Dalam kehidupan seseorang manusia, kita sebagai manusia telah belajar dari dalam
kandungan ibu lagi seperti kemahiran mendengai iaitu bayi boleh mengenali suara ibunya
dalam kandungan lagi. Setelah bayi itu lahir ia akan belajar mengenali raut wajah ibu
bapanya pula dan bau ibunya. Ini terbukti kita sebagai manusia telah terbiasa dengan
kehidupan yang penuh dengan pembelajaran dari dalam kandungan ibu sehinggalah lahir ke
dunia dan seterusnya meningkat dewasa. Selalunya ibu bapa telah menghantar anak-anak
mereka ke sekolah pada awal umur 2 tahun untuk mempelajari sesuatu yang baru disekolah
dan seterusnya ke Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan tahap tertinggi di
Universiti. Untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan banyak faktor yang mempengaruhi
pelajar untuk cemerlang dalam pendidikan sebagai contohnya dari segi permakanannya,
persikitarannya dan yang paling penting adalah kemahiran belajarnya. Menurut Affan, O.
(2007) menyatakan bahawa kemahiran belajar ini perlu diumpamakan sejenis kenderaan dan
semakin cekap kita menguasai kemahiran belajar ini, maka bertambah pantaslah kenderaan
itu bagai menuju ke menara gading. Oleh yang demikian kemahiran belajar amat penting
kepada semua pelajar untuk menghadapi cabaran semasa belajar dan kemahiran ini amat
perlu di kuasai dengan betul khususnya kepada golongan pelajar yang tidak dapat belajar
secara formal iaitu pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ) yang menyertai program pembelajaran
jarak jauh.

Sejauh manakah kita faham dengan kaedah pembelajaran jarak jauh? Menurut Hassan,
F. Et. Al. (2006) istilah kepada pendidikan jarak jauh (PJJ) sebenarnya adalah dalam bentuk
pelbagai. Walaupun tiada difinisi yang amat tepat, namun kesemua difinisi mestilah
mempunyai elemen-elemen asas seperti berikut iaitu;

a) Pengasingan oleh jarak melalui fizikal antara pelajar dengan pengajar, seterusnya kesemua
sistem komunikasi antara dua hala sama ada sinkroni atau asinkroni amat diperlukan untuk
menghubungkan dan memudahkan proses pmbelajaran dan pengajaran.

b) Pengunaan kepelbagaian bahan media berteknologi sama ada bahan media cetak seperti
buku, media audio seperti melalui radio, media video dan media komputer digunakan untuk
menyampaikan bahan pembelajaran.
1
OUMH1103

c) Kemudahan seperti masa, tempat dan cara belajar oleh pelajar PJJ yang pelbagai dari
segala aspek mengikut kemampuan pelajar. Manakala golongan-golongan mengikuti program
PJJ ini kebanyakan terdiri daripada golongan yang telah berkerjaya untuk mengejar impian
mereka dimana sebelum ini terdapat kekangan lain untuk meneruskan pembelajaran ke tahap
lebih tinggi. Tugasan belajar sambil berkerja bukan nya mudah kerana terdapat kekangan
seperti kesuntukan masa, tiada buku rujukan, masalah kewangan dan sebagainya. Untuk
berjaya dalam pendidikan, kita seharusnya dilengkapi dengan kemahiran belajar, jika tiada
kemahiran belajar ini, agak sukar untuk mengharungi persekitaran jarak jauh.

Di dalam senarai kemahiran belajar yang paling penting petama sekali adalah
kemahiran mengurus masa belajar dan menguruskan tugasan hakiki sebagai seorang perkerja
dan tanggungjawap kepada keluarga, kedua adalah kemahiran kerja sepasukan iaitu sejauh
manakah pelajar PJJ boleh menggunakan kemahiran ini umtuk perbincangan di dalam kelas
dan belajar secara berkumpulan, yang ketiga adalah kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) selari dengan teknologi sekarang, pelajar PJJ perlu menguasai kemahiran
ini untuk belajar secara kendiri melalui kaedah ICT. Yang terakhir adalah kemahiran
membuat rujukan untuk memperluaskan pengetahuan dalam sesuatu mata pelajaran tersebut.

2.0 Kemahiran Pengurusan Masa.

Pengurusan masa yang betul adalah kunlci kejayaan dalam kolej. Anda perlu
menguruskan masa dengan berkesan jika anda ingin berjaya. (Nadinloyi, K. B. et al., 2013).
Begitu jugalah kepada pelajar yang belajar dalam persekitaran jarak jauh yang perlu
menguruskan masa dengan betul kerana kebanyakan pelajar PJJ telah mempunyai kerjaya
dan memiliki keluarga. Jadi disini lah kemahiran dalam pengurusan masa perlu dilaksanakan
dengan kaedah yang tepat dan berkesan. Merujuk kepada perkara dibawah ini bagaimana cara
kemahiran pengurusan masa dapat membantu pelajar PJJ dalam pembelajaran dalam
pendidikan jarak jauh:

2.1 Tetapkan Matlamat Utama


Dalam pengurusan masa yang paling utama adalah matlamat, jika tiada matlamat yang ingin
dicapai makan kita tiada hala tujuan untuk dicapai. Sebagai pelajar PJJ, kita semestinya
mempunyai matlamat yang perlu di tetapkan sebagai contoh ingin menamatkan pendidikan
2
OUMH1103

selama 4 tahun dengan cemerlang. Jadi jika matlamat telah di tetap kan maka perlulah dengan
di susuli dengan tindakan pula seperti membuat jadual masa.

2.2 Jadual Masa


Dalam kehidupan seharian kita, dipenuhi dengan tugasan-tugasan tetap sebagai seorang
pekerja kepada sesebuah organisasi dan kemungkinan ada yang telah mempunyai keluarga.
Oleh itu sebagai pelajar PJJ mempunyai masa yang terhad kerana masa perlu dibahagikan
kepada tugasan kerja, tanggungjawap kepada keluarga dan belajar secara pendidikan jarak
jauh. Jadi penyelesaian untuk membahagi kan masa dengan betul perlulah membuat jadual
masa untuk harian, mingguan dan bulanan. Dalam menyediakan jadual masa sendiri, perlulah
mencari keutamaan dalam kehidupan seharian.

2.3 Menilai Keutamaan


Sebelum membuat jadual masa, perlu mencari keutamaan dalam yang paling utama,
bermaksud cari perkara yang paling utama untuk dilakukan dulu sebagai contoh: jika berkerja
dari pukul 8pagi sehingga 5petang, perlulah selesai tugas sebagai seorang pekerja dan jika
ada keluarga perlu luangkan masa untuk bersama keluarga dan sebagai seorang pelajar PJJ
perlu tentukan apa yang paling utama pula dalam belajar seperti perlu siapkan tugasan belajar
dahulu dan kemudian perlu mengulangkaji pelajaran pula. Di sini perlu mencari apa yang
paling penting utama untuk dilakukan. Dalam mencari keutamaan ini, perlulah berdisiplin
selepas jadual masa dan keutamaan telah ada.

2.4 Disiplin Diri


Setelah membuat jadual masa untuk membahagikan semua masa kepada perkara yang paling
penting untuk mencapai matlamat yang telah di tetapkan, di sinilah bermulanya cabaran
untuk mengikuti jadual masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Sebagai seorang pelajar
PJJ yang mengikuti pembelajaran jarak jauh perlu mengurus masa dengan betul agar dapat
membantu dalam kehidupan seharian sebagai pelajar PJJ.

Menurut Nadinloyi, K. B. Et al. (2013) telah mengesahkan bahawa kajian


menunjukkan bahawa kemahiran masa boleh dilatih. Memandang kan hubungan antara masa
pengurusan dan pencapaian akademik, terutamanya di kalangan pelajar yang pengurus masa
yang lemah. Oleh yang demikian kemahiran dalam pengurusan masa amat penting dalam
3
OUMH1103

menentukan kejayaan seseorang itu. Tetapi secara individu belajar amat sukar juga dalam
persekitaran belajar jarak jauh kerana memerlukan sokongan dari individu-individu lain
untuk berjaya seperti belajar dalam kumpulan lebih nermanfaat untuk diri sendiri dan orang
lain.

3.0 Kemahiran Kerja Berpasukan

Ahli pasukan mestilahcukup fleksible untuk menyesuaikan diri dengan persikitaran


berkerja sama di maana matlamat dicapai melalui kerjasama dan saling bergantung sosial
daripada individu, matlamat kompetitif. (Luca & Tarricone, 2002) Secara am jika kita belajar
secara sendiri kita lebih tertumpu kepada pendapat dan pemikiran kita sahaja. Tetapi jika
belajar secara berkumpulan maka idea dan pemikiran boleh dikongsi dan dikembangkan lagi.
Jadi di sini kemahiran kerja berpasukan itu mesti ada dalam persikitaran pendidikan jarak
jauh, ini dapat membantu pelajar PJJ dalam perbincangan kelas ataupun belajar secara
berkumpulan.

3.1 Kerjasama Dalam Perbincangan Dan Tugasan


Dalam kemahiran kerja sepasukan ini perlu ada sifat kerjasama dalam diri pelajar PJJ. Ini
penting dalam penglibatan pelajar PJJ di dalam kelas khusus jika ada perbincangan atau perlu
menyelesaikan tugasan belajar, pelajar PJJ perlu memberi kerjasama dan kemahiran kerja
berpasukan ini amat penting bagi tugasan yang memerlukan penglibatan antara kumpulan.
Jika tiada maka sukarlah seorang pelajar PJJ untuk belajar dan mendapat markah yang
sepatutnya kerana kelas untuk pendidikan jarak jauh hanya paling minimum iaitu mungkin 4-
6 kelas sahaja. Jadi jika perlu ada penglibatan dalam kelas perlu memberi kerjasama agar
tidak ketinggalan.

3.2 Belajar Secara Berkumpulan


Menurut Kor, K. M. (2002), belajar berkumpulan secara amnya lebih berdaya maju dari
berseorangan dalam semua perkerjaan dan aktiviti. Ini akan meningkatkan kecenderungan
kepada kadar kelajuan berkerja apabila dalam kumpulan terutamanya bagi kerja yang mudah.
Kenapa perlu belajar secara berkumpulan untuk pelajar PJJ? Ini kerana sebagai seorang
pelajar PJJ mempunyai kekangan masa untuk berjumpa pelajar lain dalam kelas yang sangat
terhad iaitu dapat berjumpa jika ada kelas sahaja. Jadi kemahiran kerja berpasukan perlu ada
4
OUMH1103

disini agar dapat mencari kumpulan pelajar untuk belajar secara berkumpulan. Jika tiada
kemahiran ini maka sukar untuk penglibatan belajar berkumpulan yang banyak kebaikan dan
kelebihan untuk pelajar PJJ. Selain menyertai belajar di forum, pelajar PJJ juga perlu ada
kumpulan belajar untuk belajar secara berkumpulan. Menurut Hamzah, R., Othman, w., &
Sin, W. T. C. Kajian menunjukkan pelajar yang berkeputusan tinggi menunjukkan bahawa
mereka lebih seronok ketika berbincang dalam kumpulan dan berkongsi idea ketika berkerja.

Menurut Luca & Terricone (2002) telah mengesahkan bahawa jika mempunyai
kemahiran kerja berpasukan di dalam kumpulan belajar lebih berjaya dalam pembelajaran.
Kajian mereka ke atas dua kumpulan belajar iaitu satu kumpulan belajar yang berjaya dan
satu lagi adalah kumpulan belajar yang kurang berjaya. Faktor kejayaan dalam kumpulan
belajar berjaya adalah memberi komitmen yang penuh pada kumpulan, saling bergantung
antara satu sama yang lain dalam kumpulan, kemahiran interpersonal seperti hormat
menghormati, mengamalkan komunikasi terbuka dan maklum balas yang positif dan
menghargai satu sama yang lain. Oleh yang demikian kemahiran kerja berpasukan penting
dalam pembelajaran persekitaran pendidikan jarak jauh banyak membantu pelajar PJJ untuk
berjuang dalam pembelajaran di samping memerlukan kemahiran lain seperti kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang perlu dalam dunia yang semakin cerba
canggih ini.

4.0 Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan jarak jauh
(PJJ) semakin berkembang. Pendidikan berteraskan secara talian dan juga web telah mula di
aplikasikan sebagai pelbagai cara ,erentasi tahap dalam pendidikan hari ini. (Hassan, F. et. al.,
2006). Mengapa kemahiran ICT amat penting kepada golongan pelajar PJJ? Ini kerana

secara keseluruhan pembelajaran ini berteras kan ICT seperti menggunakan komputer, e-mail
untuk perhubungan tutor dan pelajar lain serta berforum. Jadi kemahiran ini begitu penting
dalam persikitaran pembelajaran jarak jauh.

5
OUMH1103

4.1 Perkakasan ICT


Dalam semua kemahiran, kemahiran ICT ini lah asas dan tunggak utama dalam konsep
pembelajaran jarak jauh ini. Komputer merupakan alat bantuan yang teramat penting.
(Hassan, F. et. al., 2006). Pertama sekali sebagai pelajar PJJ perlu menguasai bagaimana
menggunakan perkakasan ICT seperti komputer dan sebagainya. Perkakasan ini sebagai
modul perantaraan antara konsep pembelajaran jarak jauh sebagai contoh pelajar PJJ perlu
ada sebuah komputer di rumah untuk aktviti pembelajaran jarak jauh. Selain tahu
menggunakan komputer, perlu juga tahu menggunakan alat kendiri secara pembelajaran jarak
jauh sebagai contoh seperti CD-ROM, aplikasi microsoft untuk menyediakan tugasan dan
aktiviti pembelajaran. Jadi ini amat membantu dalam mengharungi pembelajaran secara
pendidikan jarak jauh. Jika kemahiran ini dikuasai dengan cemerlang maka pelajar PJJ boleh
belajar secara kendiri seperti mencari bahan untuk pembelajaran secara kendiri di internet.

4.2 Internet
Selain itu, informasi dan maklumat berguna juga boleh didapati di jaringan internet. Kini
kemudahan internet ini boleh didapati di mana-mana sahaja. Penggunaan internet ini semakin
mudah, fleksible dan cepat. (Hassan, F. et. al., 2006). Dalam pembelajaran PJJ perlu
menguasai cara untuk menggunakan internet kerana untuk mendapatkan maklumat untuk
sumber belajar adalah sangat penting. Kemahiran ini amat membantu pelajar PJJ dan satu
bonus kepada sesiapa yang menguasainya. Sebagai contoh pelajar perlua menyelesaikan
tugasan dan mencari maklumat contohnya perlukan artikel atau buku sebagai bahan tugasan,
jadi pelajar PJJ kurang masa untuk pergi perpustakaan mencari bahan-bahan tersebut. Jadi
pelajar PJJ boleh mencari maklumat di jaringan internet dan selalunya pusat institusi telah
menyediakan perpustakaan secara atas talian. Jadi pelajar PJJ senang mendapatkan maklumat
dan bahan belajar. Selain mendapatkan maklumat di internet, pelajar PJJ perlu berkomunikasi
dengan tutor dan pelajar lain di forum yang terdapat di portal.

4.3 Portal Institusi


Dalam tempoh pendidikan jarak jauh, nadi kepada seorang PJJ adalah menggunakan portal
yang disediakan oleh pihak institusi. Di dalam portal pendidikan jarak jauh terdapat
kemudahan untuk pelajar PJJ, jadi di sini kemahiran ICT amat penting semasa ingin
menggunakan portal pendidikan jarak jauh ini kerana terdapat kemudahan seperti forum
untuk pelajar dan e-tutor berbincang., terdapat modul pembelajaran, melihat markah-markah
6
OUMH1103

tugasan atau markah ujian, pembayaran dan sebagainya. Sebagai contoh pelajar ingin
berbincang dengan e-tutor, pelajar PJJ boleh melayari forum untuk bertukar pendapat dengan
pelajar lain. Kemahiran ICT ini memudahkan pelajar PJJ untuk belajar secara lancar dengan
menguasai kemahiran ICT dan ia sangat fleksible iaitu pelajar PJJ boleh menguruskan
pembelajaran mereka sendiri.

Dalam kajian Hassan, F. et. al. (2006) menyatakan bahawa ICT dan pendidikan jarak
jauh amat sinonim dan pendidikan jarak jauh dan ICT memang tidak dapat dipisahkan dan
telah mengesahkan bahawa ICT memang releven untuk pendidikan jarak jauh. Seramai 80%
pelajar cemerlang mengesahkan dan mengaku menggunakan ICT sebagai bantuan dalam
proses pembelajaran iaitu untuk membuat tugasan (50%) dan berhubung dengan rakan-rakan
dan pensyarah 45%. Ini membuktikan bahawa kemahiran ICT amat membantu dalam
mengharungi pembelajaran secara persekitaran pendidikan jarak jauh serta dilengkapi dengan
kemahiran membuat rujukan untuk melengkapkan pembelajaran.

5.0 Kemahiran Membuat Rujukan

Dalam kemahiran membuat rujukan adalah merujuk kepada membaca atau mencari
bahan-bahan rujukan tambahan kepada pembelajaran pada sesuatu objek. Pelajar PJJ amat
perlu membiasakan diri untuk mencari maklumat dan bahan-bahan di perpustakaan, tetapi di
era ini dan persekitaran pembelajaran jarak jauh amat menghadkan masa untuk pelajar PJJ
untuk berada di perpustakaan jadi pelajar PJJ seharusnya bijak untuk melatih kemahiran
membuat rujukan juga walaupun tidak berada di perpustakaan, pelajar PJJ boleh membuat
pilihan untuk menggunakan perpustakaan atas talian yang di sediakan oleh setiap institusi
sebagai contoh di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menyediakan perpustakaan atas talian
ini bermakna pelajar PJJ di institusi tersebut boleh mencari rujukan pada bila-bila masa
sahaja dan di mana sahaja. Menurut Jaafar, H. et. al. (2007) dengan mempunyai kemahiran

membuat rujukan ini, pelajar akan lebih menguasai dan memahami lebih mendalam tentang
sesuatu mata pelajaran tersebut. Bagaimana kemahiran belajar boleh membantu pelajar PJJ
dalam mengharungi persekitaran jarak jauh?

7
OUMH1103

5.1 Menguasai Sesuatu Mata Pelajaran


Dalam sesuatu pembelajaran mata pelajaran, pelajar PJJ akan diberikan modul untuk bahan
kendiri belajar tetapi dengan menguasai kemahiran membuat rujukan maka pelajar PJJ lebih
memahami konsep mata pelajaran tersebut ini akan memperluaskan pengetahuan terhadap
mata pelajaran tersebut dan juga akan menambahkan nilai kepada pembelajaran pelajar PJJ.
Kemahiran ini sebagai tambahan penting kepada pelajar PJJ selain menghadiri kelas,
berbincang diantara pelajar dan pengajar. Kebaikannya juga adalah dapat mengisi dan
melengkapkan fakta tentang sesuatu pembelajaran, dapat memperbetulkan fakta-fakta atau
konsep yang tersalah catit dan meningkatkan lagi motivasi pelajar PJJ untuk belajar. Jadi
pelajar PJJ tidak hanya tertumpu kepada modul pembelajaran sahaja tetapi dengan sedikit
usaha akan memberi pelajar PJJ bonus tambahan untuk berjaya dengan kemahiran membuat
rujukan ini. Selain menguasai mata pelajaran pelajar juga akan di beri tugasan untuk setiap
mata pelajaran.

5.2 Membantu Membuat Tugasan


Untuk setiap mata pelajaran akan ada tugasan yang akan diberi. Jadi dalam kemahiran
membuat rujukan amat membantu pelajar PJJ untuk menjaya kan tugasan tersebut. Dalam
persekitaran pembelajaran jarak jauh akan mempunyai kekangan apabila menyiapkan tugajan
jadi dengan kemahiran membuat rujukan pelajar PJJ boleh menyelesaikan tugasan tersebut.
Dalam menyiapkan sesebuah tugasan amat memerlukan bahan-bahan rujukan untuk memberi
idea dan rujukan dan kemahiran ini juga akan menjamin dapat meningkatkan hasil hasil
laporan, tugasan dan sebagainya. Contoh untuk rujukan seperti ensiklopedia, jurnal, majalah,
dan internet. Ini juga menunjukkan pelajar PJJ tersebut berpengetahuan luas dalam mata
pelajaran tersebut.

5.3 Persediaan Peperiksaan


Kemahiran membuat rujukan juga bermanfaat dalam membuat persediaan kepada
peperiksaan, sesetengah soalan untuk peperiksaan memerlukan pengetahuan untuk menjawap
persoalan tersebut. Oleh yang demekian kemahiran membuat rujukan ini amat diperlukan
untuk membantu pelajar PJJ untuk menduduki peperiksaan dengan lebih yakin. Dalam
pembelajaran pendidikan jarak jauh akan di beri bahan belajar kendiri untuk belajar tetapi
dengan kemahiran membuat rujukan akan melengkapkan pembelajaran pelajar PJJ walaupun
belajar secara PJJ tetapi masih menguasai suatu mata pelajaran tersebut dan akan memberi
8
OUMH1103

kecemerlangan dalam peperiksaan dan tugasan iaitu markah kepada pelajar PJJ bergantung
kepada kemahiran membuat rujukan pelajar PJJ tersebut.

Dalam hasil kajian Jaafar, H. et. al. (2007) menunjukkan kemahiran membuat rujukan
adalah tertinggi dari kemahiran yang lain pada pelajar Ijazah Sarjana Muda Fakulti
Pendidikan, UTM. Menurut Jaafar, H. et. al. (2007) menyatakan bahawa sebagai seorang
pelajar, mereka tidak perlu bergantung kepada nota-nota atau modul pembelajaran sahaja,
mereka perlu membuat rujukan untuk mengukuhkan lagi penguasaan terhadap sesuatu mata
pelajaran tersebut. Oleh yang demikian ini membuktikan kemahiran membuat rujukan
penting dalam mengharungi persikitaran pembelajaran jarak jauh untuk lebih berjaya dalam
pendidikan seseorang pelajar jarak jauh tersebut.

6.0 Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang terbaik dalam kemahiran belajar untuk menghadapi
suasana pembelajaran pendidikan jarak jauh.

a) Melaksanakan perancangan pengajian yang memerlukan jadual, iaitu sentiasa meninjau


dan mengekalkan jadual dan mengikutinya dalam masa yang sama melaksanakan perancang
masa disusun mengikut keutamaan dan simpan senarai semak tugas selesai dan cemerlang,
sebagai contoh dalam era teknologi maklumat tinggi pada masa sekarang terdapat banyak
pilihan untuk membuat jadual belajar secara efektif seperti menggunakan smart phone
sekarang mempunyai aplikasi android untuk jadual belajar di dalam telefon mudah alih
pelajar, jadi pelajar boleh membuat peringatan untuk masa belajar yang di tetapkan jadi masa
akan lebih teratur.

b) Jika dulu ingin belajar berkumpulan perlu berjumpa di suatu tempat untuk berbincang,
tetapi dengan dunia canggih sekarang semuanya boleh dibuat di telefon mudah alih pelajar
jarak jauh dan dengan masa yang terhad. Sebagai contoh pelajar boleh menggunakan aplikasi
whatsapp/wechat/facebook group etc untuk membuat kumpulan belajar jadi di mana sahaja
berada boleh hubungi kumpulan belajar untuk sesebuah perbincangan. Di sinilah kemahiran
kerja berpasukan perlu di terapkan untuk belajar secara berkumpulan.

9
OUMH1103

c) Tidak semua pelajar PJJ mahir dalam menggunakan ICT iaitu komputer, internet dan protal
institusi. Oleh itu pelajar PJJ boleh mengikuti krusus ICT untuk menguasai lebih dalam
penggunaan ICT. Kebanyakan krusus ini selalunya di tawarkan dan boleh juga belajar sendiri
di jaringan internet atau membeli buku untuk belajar sendiri.

d) Yang terakhir ialah tidak semua pelajar dapat menguasai kemahiran membuat rujukan yang
amat penting dalam pembelajaran, maka cadangan adalah pihak institusi perlu memberi
kesedaran kepada pelajar PJJ dengan memberi taklimat betapa pentingnya kemahiran belajar
antaranya adalah kemahiran membuat rujukan akan menentukan kejayaan seseorang pelajar
PJJ tersebut.

7.0 Kesimpulannya

Pada zaman teknologi moden yang semakin mencabar ini, manusia perlu
melengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk meningkatkan mutu
kehidupan. Dalam erti kata lain tiada jalan pintas untuk berjaya dalam pelajaran lebih-lebih
lagi dalam dalam pembelajaran pendidikan jarak jauh yang amat mencabar melainkan dapat
menguasai kemahiran belajar yang dapat membantu pelajar dalam pembelajaran mereka.
Walaupun terdapat halangan masa, tanggungjawap kepada kerja dan keluarga tetapi dengan
sedikit strategi terhadap kemahiran belajar, masalah yang biasa dihadapi pleh pelajar PJJ
dapat di selesaikan. Belajar tanpa kemahiran belajar yang betul ibarat pergi berjuang di
medan perang tanpa strategi dan senjata. Semua kekangan yang ada dapat di atasi di dalam
persekitaran pembelajaran jarak jauh jika pelajar PJJ pandai menggunakan kemahiran belajar
tersebut.

[3093 patah perkataan]

10
OUMH1103

RUJUKAN / REFERENSI

Affan, O. (2007). Menjadi Remaja Smart Study: Kemahiran Belajar. Ampang: PTS
Litera Utama.

Aziz, M., & Ahmad, N. (2008). Kemahiran Belajar Dan Hubungannya Dengan
Pencapaian Akademik: Kajian Di Daerah Kerian, Perak. (Malay). Jurnal Pendidik Dan
Pendidikan, 23, 29-47. In Ebscho ( OUM Digital Collection).

Hamzah, R., Othman, W., & Sin, W. T. C. (Tiada Tahun). Pola Gaya Pembelajaran
Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Yang Mengikuti
Program Pendidikan Jarak Jauh (Pjj) Di Pusat Pembelajaran Space Di Universiti
Teknologi Malaysia. 1-225. [Online]. Available:http://eprints.utm.my/2341/ [2014,
February 24].

Hassan, F. et al. (2006). Cabaran Pendidikan Secara Jarak Jauh; kesedaran Dan
Pendedahan dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 1-51.
[Online].Available:http://eprints.usm.my/5590/1/Cabaran_Pendidikan_Secara_jarak_Jauh
_kesedaran_Dan_Pendedahan_Dalam_Era_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi_(IC
T).pdf [2014, February 24].

Jaafar, H. et. al. (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar
Pelajar Universiti Di Fakulti Pendidikan, Utm Johor. Jabatan Asas Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.1-90. [Online]. Available:http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf
[2014, February 24].

Luca, J., & Tarricone, P. (2002). Successful teamwork: A case study. 640 646.

11
OUMH1103

Nor, K. M. (2002). Belajar Teknik Belajar Di Sekolah Dan Di Universiti. Pahang: PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Nadinloyi, K. B. et. al. (2013). The Study Efficacy Of Time Management Training On
Increase Academic Time Management Of Students. Procedia - Social and Behavioral
Sciences.
134/138. [Online].Available:http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S18770428
13015905 [2014, February 24].

Noor, M. Y. (1990). Psikologi belajar dan teknik belajar yang berkesan. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

12

Anda mungkin juga menyukai