Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : lafaz niat solat fardhu dan solat berjemaah

Aktiviti :

1. Fasilitator memaparkan 6 mounting board yang mengandungi lafaz niat


solat fardhu dan solat berjemaah.
2. Fasilitator membaca lafaz niat solat fardhu dan solat berjemaah kemudian
diikuti oleh murid.
3. Murid membaca lafaz niat solat fardhu dan solat berjemaah secara kumpulan
dan individu.
4. Fasilitator menanggalkan kad potongan lafaz niat solat dari mounting board
dan diletakkan di dalam bekas yang berasingan mengikut waktu solat.
5. Murid diminta untuk menyusun semula potongan lafaz niat solat mengikut
arahan fasilitator pada mounting board yang disediakan.
6. Setelah selesaoi menyusun potongan lafaz niat, murid membaca semula
secara beramai-ramai.

Tajuk : bacaan rukuk, sujud dan iktidal

Aktiviti :

1. Fasilitator membaca bacaan rukuk, sujud dan iktidal kemudian diikuti oleh
murid.
2. Murid membaca bacaan rukuk, sujud dan iktidal secara kumpulan dan
individu.
3. Murid disediakan 1 kotak yang mengandungi gambar dan 3 kotak yang
mengandungi potongan bacaan rukuk, sujud dan iktidal.
4. Murid memilih gambar daripada kotak gambar dan memilih potongan bacaan
mengikut gambar yang dipilih.
5. Murid menggantung gambar yang dipilih pada tali yang disediakan dan
diminta untuk menyusun potongan bacaan bersebelahan dengan gambar.

Tajuk : bacaan doa qunut dan sujud sahwi

Aktiviti :

1. Murid akan bergerak ke 13 stesen mini yang disediakan.


2. Pada setiap stesen, murid diminta untuk membaca potongan bacaan doa
Qunut secara kumpulan dan individu.
3. Setelah membaca potongan bacaan, murid akan diberikan token berupa
kepingan puzzle.
4. Setelah murid selesai bergerak ke semua stesen dan membaca potongan
bacaan, murid akan memperoleh 13 keping puzzle.
5. Seterusnya, murid menyusun puzzle yang diperolehi di atas meja yang
disediakan.
6. Murid membaca bacaan yang terdapat pada puzzle secara berkumpulan dan
individu.

Tajuk : bacaan tahiyyat awal dan akhir

Aktiviti :

1. Fasilitator menayangkan video bacaan tahiyyat awal dan akhir.


2. Fasilitator menayangkan slide potongan bacaan tahiyyat awal dan akhir
serta audio bacaan tersebut.
3. Murid membaca potongan bacaan tahiyyat awal dan akhir mengikut bacaan
audio yang ditayangkan secara kumpulan dan individu.
4. Fasilitator akan menilai bacaan tahiyyat awal dan akhir setiap murid pada
boring penilaian yang disediakan.

Tajuk : makmum masbuq dan muwafiq

Aktiviti :

1. Fasilitator memaparkan kad imbasan maksud makmum masbuq dan


muwafiq.
2. Murid membaca maksud makmum masbuq dan muwafiq secara beramai-
ramai.
3. Murid diberikan kad watak setiap seorang yang terdiri daripada Imam, lelaki
dewasa, perempuan dewasa, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak
perempuan.
4. Kemudian, ketua kumpulan akan memilih kad situasi dan murid dikehendaki
melakonkan situasi tersebut secara berkumpulan.
Tajuk : syarat wajib dan syarat sah solat

Aktiviti :

1. Murid menyebut semula syarat wajib dan syarat sah solat.


2. Fasilitator memberi penerangan tentang aktiviti permainan boling.
3. Setiap murid akan membaling bola kepada botol yang terdapat kad imbasan.
4. Setelah membuat balingan, murid diminta untuk mengambil botol yang jatuh
dan membaca kad imbasan yang terdapat pada botol tersebut.
5. Kemudian, murid diminta untuk menampal kad imbasan tersebut pada papan
putih yang disediakan mengikut kategori.
6. Setelah semua selesai, setiap murid akan mendapat token jika semua kad
imbasan ditampal mengikut kategori yang betul.

Anda mungkin juga menyukai