Anda di halaman 1dari 3

Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk

memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang

seharusnya memberikan kita tenaga yang mencukupi yang mengandungi

karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang

mencukupi. Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat

menjauhi kita daripada penyakit.Ucapan ini sedikit sebanyak membantu saya

menyemak cara dan pengambilan makanan saya agar makan dengan lebih

bertanggungjawab.

Berikut adalah 10 amalan pemakanan tersebut:

1. Jangan tidak makan karbohidrat

Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat

menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini

mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut

secara total serta menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin

menyebabkan berlakunya malnutrisi.

2. Rancang apa yang hendak dimakan

Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam yang lebih berat seperti stik

dan kentang, kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji

untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang

pengambilan kategori makanan.


3. Makan tengahari semahu anda

Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan

banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita yang tidak bersedia

untuk makan dalam jumlah yang banyak seawal pagi. Kebenarannya ialah waktu

makan paling penting ialah waktu makan tengahari di mana sistem penghadaman

kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat memerlukan makanan

untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu makan semahunya bukan

bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah

dirancang dan diimbang sebaik mungkin

4. Makan makanan berwarna pelangi

Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran

dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien

yang akan membantu melawan penyakit.

5. Berhenti sebelum kenyang

Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi

keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi

sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan

sistem pencernaan berfungsi lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut

kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.

6. Tetapkan pola waktu makan yang seragam

Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan

dalam kuantiti yang yang banyak


7. Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan

Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem

penghadaman.

8. Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan

Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam

pemakanan seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa

panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

9. Menguyah makanan secara perlahan-lahan

Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan

dan seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan dengan cepat akan

menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.

10. Tidur secukupnya

Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh badan dapat


berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.

Anda mungkin juga menyukai