Anda di halaman 1dari 13

Amalan

Pemakanan
Sihat

Disediakan oleh :
Dhesini a/p Peraba Anand
10 TIPS
PEMAKANAN
SIHAT
-

1.Pengambilan karbohidrat
secara seimbang
- Sesetengah dari kita merasakan dan mempercayai
dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka
gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit.
- Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan
pengambilan nutrien tersebut secara total serta
menggantikannya dengan kaedah diet lain yang mungkin
menyebabkan berlakunya malnutrisi
2.Rancang apa yang hendak
dimakan
- Sekiranya berhasrat untuk mengambil makan malam
yang lebih berat seperti stik dan kentang, kurangkan atau
elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji
untuk waktu makan yang lain.
- Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan.
3.Makan tengahari semahu
anda
- Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan
makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai
diantara kita yang tidak bersedia untuk makan dalam jumlah yang
banyak seawal pagi.

- Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu


makan tengahari di mana sistem penghadaman kita telah
bersedia sepenuhnya. Di waktu itu juga badan amat memerlukan
makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian.

-Namun begitu makan semahunya bukan bermakna anda boleh


makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak tetapi perlulah
dirancang dan diimbang sebaik mungkin
4.Makan makanan berwarna
pelangi
- Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala
dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan
membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien
yang akan membantu melawan penyakit.
5.Berhenti sebelum kenyang
- Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya
makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan
dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi
sebaiknya.
- Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya
membolehkan sistem pencernaan berfungsi lebih optimum
dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta
mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan
perut
6.Tetapkan pola waktu makan
yang seragam
- Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan
kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang
banyak
7.Minum segelas air suam 20
minit sebelum makan
- Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil
serta membantu sistem penghadaman.
8.Kurangkan pengambilan gula
di dalam makanan
- Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan
jumlah kalori di dalam pemakanan seharian.
- Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa
panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan
menyebabkan obesiti
9.Menguyah makanan secara
perlahan-lahan
- Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu
menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem
pencernaan.
- Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak
dapat menguraikan makanan dengan baik.
10.Tidur secukupnya
- Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh
badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem
penghadaman.
SEKIAN TERIMA
KASIH

A5T2B (GEN 17)

Anda mungkin juga menyukai