Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI (2.7.

2017)

Perjalanan hari pertama dimulakan dengan menjejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan


Tanjung Puteri tepat pada jam 7.00 pagi. Selepas sahaja sampai ke kawasan sekolah, kami
disambut dengan baik oleh guru bertugas minggu tersebut. Beliau membawa kami ke pejabat
sekolah untuk berjumpa dengan Guru Besar. Sementara menunggu di pejabat sekolah, Guru
Penolong Kanan (HEM), meminta kami untuk menghadiri majlis perhimpunan mingguan
sekolah. Maka, kami juga meletakkan barang kami di pejabat dan terus pergi ke tapak
perhimpunan. Kami juga diberi peluang untuk berucap di perhimpunan pagi tersebut untuk
memperkenalkan diri kami kepada guru-guru dan murid-murid.

Selepas tamat perhimpunan, kami dipanggil ke pejabat untuk berjumpa dengan GPK
Kurikulum. Lataran itu, kami menerangkan tujuan kami berdua datang ke SK Tanjung Puteri.
GPK Kurikulum juga menerangkan peraturan, pengurusan, pentadbiran dan budaya sekolah
kepada kami. Perkara lain juga turut dibincangkan oleh kami berkaitan dengan murid-murid,
jadual waktu, pengurusan bilik darjah serta peranan dan tanggungjawap seorang guru. Di
samping itu, guru-guru di sini mengajar dengan penuh semangat dan gigih. Hal ini
memberikan kesedaran kepada saya bahawa sebagai guru kita patut menyampaikan kepada
murid dengan penuh dedikasi tanpa mengira jenama sekolah.

Kami ditempatkan di Bilik Guru. Pada hari pertama ini, kami memulakan tugasan
dengan membuat persedian fail praktikum dan Buku Persedian Mengajar. Kami juga meminta
dokumen-dokumen dan informasi yang diperlukan daripada GPK Kurikulum sekolah dan
guru-guru berkenaan.

Sepanjang kami berada di sekolah semua guru dan murid memberi respon dan
kerjasama yang amat baik. Semua guru juga berkomunikasi dengan kami dengan baik dan
bersopan. Pada hari ini, sekolah diakhiri pada pukul 1.30 petang, manakala untuk guru-guru
SK Tanjung Puteri diwajibkan pulang pada jam 2.00 petang. Sejajar dengan itu, kami pulang
ke kampus pada 2.00 petang.
REFLEKSI (3.7.2017)

Hari kedua pula, kami sampai ke premis sekolah pada pukul 7.00 pagi. Selepas
menandatangani kedatangan kami terus pergi ke bilik guru. Di situ, kami besambung dengan
kerja yang diarahkan kepada kami iaitu menyediakan portfolio dan Buku Persediaan
Mengajar. Pada pukul 8.30 pagi kami dipanggil ke bilik Guru Penolong Kanan (HEM) untuk
berbincangan mengenai jadual waktu kepada guru pelatih. Walau bagaimanapun ada
kemusykilan dalam jadual waktu saya iaitu saya diperintah untuk mengajar Tahun 1. Maka,
Guru Penolong Kanan (HEM) mengatakan bahawa beliau akan membuat sedikit perubahan
dalam Jadual Waktu di mana saya akan ditempatkan di Tahun 2. Oleh itu, kemungkinan besar
saya akan mendapat jadual yang lengkap dalam mingggu ini.

Selepas itu, saya berjumpa dengan guru pembimbing saya iaitu En.Mohd Najib
merupakan guru sains Tahun 3. Beliau merupakan seorang yang mesra dan sedia membantu
saya apabila diperlukan. Saya juga mendapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan (Tahun
3), Dokumen Standard Kandungan Kurikulum Sains Tahun 3 (DSSKP) serta senarai nama
murid Tahun 3. Beliau juga berkongsi prestasi murid Tahun 3 dalam subjek Sains serta teknik
yang selalu digunakan untuk mengajar di dalam kelas. Melalui ini, saya dapat menimba ilmu
yang lebih mendalam dalam bidang pengajaran.

Pada pukul 12.30 tengah hari saya diminta untuk menggantikan kelas 5 Arif disebabkan guru
TMK tidak hadir. Maka, saya telah pun merancang aktiviti Pick Your Colour. Dalam aktiviti
ini murid perlu memilih batang ais krim yang berwarna; setiap warna mempunyau tugasan
berlainan. Oleh itu, mereka perlu menyiapkan tugasan yang diperoleh dalam masa yang
diberikan. Saya berasa aktiviti ini memberikan impak yang positif dalam kalangan murid
terutamanya untuk membuat persembahan di depan kelas dengan berani. Akhirnya, pada
pukul 2.00 petang kami pulang ke kampus.

Anda mungkin juga menyukai