Anda di halaman 1dari 17

1.

0: PENDAHULUAN

Konflik Palestine-Israel berlangsung sejak tahun 1948 hingga kini.Konflik antara Palestine dan
Israel merupakan satu pertikaian yang tidak berakhir hingga hari ini.Kemlut yang serius ini
dibincang dari kedai kopi hingga ke sidang parlimen. Banyak usaha telah dibuat untuk
membantu mencippta sebuah "jalan penyelesaian dua negara " yang melibatkan penciptaan
sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel.

Sebenarnya, konflik ini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan
wilayah yang sama. Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza
sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga
diterima oleh kebanyakan orang Israel.Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang
kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan
Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.

Pihak Israel beralasan mempertahankan diri dari serangan pejuang Palestine dan
tentera Hamas, iaitu pihak Palestine mengadakan perlawanan kerana berasa bahawa
wilayahnya semakin menyempit direbut rejim zionis dengan pendudukan bersenjata mahupun
mendirikan penempatan-penempatan Yahudi dengan cara merampas tanah rakyat Palestine.
Masyarakat dunia khususnya negara-negara Arab memihak kepada bangsa Palestine dan
berperang dengan Israel untuk membela hak-hak bangsa Palestina yang dijajah, akhirnya
berdiam diri. Terutama sejak berdirinya negara Palestina secara rasmi pada 15 November
1988, pegangan negara Arab semakin lemah terhadap perjuangan bangsa Palestine
menghadapi rejim zionis yang diperintah mutlak oleh Amerika Syarikat (AS).

Kerajaan Ehud Olmert (Israel) telah mengambil tindakan kekerasan ketenteraan


terhadap Palestine sejak 27 Disember 2008.Tindakan ketenteraan ini mendapat bantahan
dan tentangan yang cukup besar daripada masyarakat di seluruh dunia apabila serangan
yang dilakukan bertentangan dengan Undang-Undang Dunia.Berbagai-bagai desakan dan
kritikan telah ditunjukkan oleh masyarakat antarabangsa bagi memaksa Israel menghentikan
serangan terhadap Palestine.Malangnya, rancangan ini gagal, sebaliknya Israel mengiatkan
lagi tindakan kekerasan terhadap Palestine.

Konflik dan kekerasan ini bukanlah satu perkara yang baru bagi masyarakat
sedunia.Hal ini demikian kerana, isu-isu Israel-Palestine telah menjadi buah mulut kepada
masyarakat sedunia dan sering dipaparkan dalam surat khabar dan diperkatakan di berita
melalui media massa seperti televisyen dan radio.Mayapada ini, di Malaysia telah berlaku
bantahan terhadap restoran makanan segera iaitu McDonalds kerana restoran ini adalah hak
milik orang Israel.

1
Konflik ini amat membimbang semua umat Islam mahupun semua manusia di dalam
dunia ini.Konflik ini berterusan sampai kini dan menggusarkan banyak pihak terutama dalam
kalangan umat Islam.Konflik antara Israel-Palestine ini merupakan satu perjuangan yang
terbentuk akibat pertembungan kehendak, permintaan dan tuntutan daripada satu atau
pelbagai pihak.Konflik sesebuah negara terhasil apabila negara itu diserang atau diancam.

Konflik kekerasan sebegini patutlah dinokhtahkan agar peperangan dapat


dikurangkan. Konflik yang bersifat kekerasan ini hanya menyebabkan pembunuhan manusia.
Kita perlulah mencari sebab dan pucuk persoalan konflik ini berlaku kerana jika tiada angin,
masakan pokok bergoyang. Konflik antara Israel-Palestine mendatangkan pelbagai kesan
kepada marhaen Palestine dan jua masyarakat di seluruh dunia.Oleh itu, semua pihak
perlulah bersinergi bagai aur dengan tebing untuk membanteras konflik yang kian bernanah
di dunia ini dengan segera dan secepat mungkin.

Sejarah konflik Israel-Palestine

Konflik Israel-Palestine terbentuk apabila masyarakat Yahudi di seluruh dunia


berpindah ke Palestine semasa Perang Dunia Kedua berakhir untuk menubuhkan negara
Israel.Tindakan Israel pada tahun 1948 tekanan dan ancaman yang amat serius kepada
negara-negara Arab terutamanya Jordan dan Mesir.Kesannya, peperangan berlaku antara
Arab-Israel pada tahun 1948 untuk membebaskan Palestine dari jajahan Israel.Namun,
operasi membebaskan Palestine dari jajahan Israel telah gagal dan Israel berjaya menduduki
Palestine secara menetap.

Peperangan ini telah mencetus banyak peperangan seterusnya dan menjadi titik
permulaan bagi mempengaruhi dasar dan pendirian Israel terhadap negara Arab.
Pertempuran kepentingan negara memgakibatkan cetusnya Perang Enam Hari pada tahun
1967 apabila madani Arab seperti rakyat Mesir dan Jordan yang cuba membebaskan
Palestine dari pengaruh Israel.Walaubagaimanapun, Israel berjaya menawan Semenanjung
Gaza dan Tebing Barat iaitu Baitulmuqaddis,Bukit Golan milik Syria dan Semenanjung Sinai
milik Mesir.Tanah-tanah ini menjadi wilayahnya dengan membenarkan pembukaan
penempatan baharu orang Yahudi.Hal ini adalah untuk mengukuhkan kedudukan
Israel.Sehingga hari ini, sebahagian daerah itu telah ditadbir oleh pihak Palestine manakala
sebahagian lagi ditadbir oleh pihak Israel.

Kekejaman terhadap Palestine telah berterusan seperti pada tahun 1973, keganasan
Israel terhadap Palestine dalam musibah Sabra dan Shatila pada 16 September 1982, Perang
Israel-Lebanon pada Julai 2006.Serangan telah dilakukan oleh Israel terhadap Palestine pada
27 Disember 2008 hingga 2009. Pebinaan tembok oleh Israel bertujuan untuk menyekat

2
kemasukan pengganas Palestine.Hal ini sebenarnya merupakan penjara kepada marhaen
Palestine.

Secara langsung perkara ini menyebabkan perpisahan petempatan dan tanah


rakyat.Kesannya, banyak rakyat Palestine kehilangan pekerjaan.Semakin hari angka
kematian dan jumlah terkorban rakyat Palestine meningkat.Berbagai-bagai strategi telah
digunakan untuk pembersihan etnik secara sistematik.Fenomena ini berlaku kerana marhaen
Palestine dikenakan sekatan ekonomi, perdagangan dan perbankan semenjak sekian lama
termasuk pemotongan sumber makanan dan juga perubatan.

2.0:Faktor-faktor konflik Israel-Palestine

2.1:Faktor Ekonomi

Terusan Suez iaitu sebuah terusan terkenal dan tersohor yang merupakan buatan manusia
yang terbesar dan terletak antara Mesir dan Semenanjung Sinai dan berfungsi antara
Pelabuhan Said di Laut Mediterraneandan Suez di Laut Merah.Sebelum pembukaan terusan
ini dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut
menggunakan kenderaan darat.Kesan kebimbangan Israel terhadap Revolusi Mesir pada
tahun 1952 dan perhubungan persahatan dengan Amerika Syarikat yang cuba dibentuk oleh
pemimpin Mesir yang baru iaitu Gamal Abdul Naseer.Pelancaran perang oleh Israel tidak
kesampaian.Hal ini disebabkan oleh Israel risau bahawa hubungan dengan Amerika Syarikat
akan terjejas.Ben Gurion, menggantikan pemerintahan Gamal Abdul Naseer telah menyerang
pusat Mesir di Gaza pada 17 Februari 1955 mengakibatkan 40 orang Mesir
terbunuh.Impaknya, Abdul Naseer tidak berpuas hati terhadap
tindakan.Walaubagaimanapun, pada dasarnya menerima perdamaian kerana berfikiran
betapa terdedahnya Mesir terhadap serangan Israel.Oleh itu, Abdul Naseer telah mengambil
usaha sendiri dengan memiknegarakan Terusan Suez.Israel pula telah melancarkan
serangan terhadap Mesir yang menyebabkan konflik antara dua negara ini semakin
sengit.Apabila terdapat pihak yang lain yang turut mengambil kesempatan dalam hal
tersebut.Hal ini demikian kerana Israel telah mempunyai kepentingan ekonomi terhadap
Terusan Suez.

3
2.2:Faktor Ideologi Zionisme

Zionisme merupakan gerakan nasionalisme Yahudi antarabangsa


yang menghasilkan negara bangsa Israel di kawasan Palestine.Orang-orang Yahudi menjadi
sebuah ras terpisah dari bangsa Eropah.Ini menyebabkan amat kritikal untuk mereka hidup
bersama-sama.Oleh itu, amat signifikan untuk mereka membangun negara mereka
sendiri.Sebenarnya negara Uganda merupakan negara orang Yahudi tetapi kemudiannya
memutuskan Palestine menjadi negara orang-orang Yahudi.Hal ini kerana, Palestine
dianggap sebagai tanah air bersejarah untuk orang Yahudi.Ideologi Zionisme hanya
menekankan bahawa merekan tidak hidup aman dan damai dengan bangsa-bangsa
lain.Situasi ini menyebabkan konflik Israel-Palestine berterusan sehingga kini dan menjadikan
keadaan di bumi Palestine tidak aman.

2.3:Perebutan Tanah

Perebutan tanah antara Israel dengan Palestine adalah kerana kepercayaan yang dipegang
oleh golongan Zionis yang terdiri daripada orang Israel yang percaya bahawa tanah Palestine
merupakan tanah suci bagi agama Yahudi dan mempunyai hak terhadap tanah
tersebut.Konflik perebutan tanah antara Israel dengan Islam.Hal ini terbentuk apabila
golongan Bani Israel pernah memerintah beberapa kawasan Palestine menjadikan punca
tersebut sebagai dorongan kepada mereka untuk mendapatkan kembali tanah
Palestine.Perebutan tanah ini menjadi punca konflik antara Israel dan Palestine sehingga
berlaku peperangan yang berterusan.

2.4:Faktor Agama

Punca perdana konflik ini berlaku ialah faktor keagamaan.Hal ini berlaku apabila pihak Israel
telah menubuhkan gerakan Zionisme sebuah gerakan keagamaan yang dijalankan oleh
maarhaen Yahudi.Hal ini mengakibatkan Israel untuk mendapatkan negara atau kawasan
sebagai pusat penyebaran agama mereka.Kawasan tersebut perlulah dipusatkan di tempat-
tempat turunnya kitab suci iaitu di Palestine.Konflik ini terbentuk apabila Israel disertai dalam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB mencari penyelesaian kepada masalah
pelarian yang terdiri daripada golongan Yahudi ini telah mencadangkan supaya 100 000
rakyat Palestine dimasukkan dan diterima menjadi rakyat Israel tetapi cadangan ini telah
ditolak mentah-mentah oleh golongan Yahudi . Hal ini demikian kerana golongan Yahudi
mahukan negara Israel dihuni oleh rakyat yang terdiri daripada golongan beragama Yahudi
sahaja dan tidak mahu menerima golongan lain terutamanya golongan Islam. Keadaan ini
telah mendorong berlakunya perebutan tanah di Palestine yang mencetuskan konflik antara
Israel dan Palestine.

4
2.5: Membela hak-hak bangsa Palestine

Masyarakat dunia terutamanyanya negara-negara Arab memihak kepada bangsa Palestine


dan berperang dengan Israel untuk membela hak-hak bangsa Palestine yang dijajah,
kemudiannya lebih banyak berdiam diri. Terutama semenjak negara Palestine mendapat
sebuah negara secara rasmi pada 15 November 1988, pegangan negara Arab terhadap
negara Palestine berkurangan semasa perjuangan bangsa Palestine menghadapi rejim zionis
yang diperintah mutlak oleh Amerika Syarikat (AS).Negara-negara Arab melihat Palestine
bukan sebagai bangsa yang lemah yang harus diperintah sepenuhnya sesama bangsa Arab,
tapi sebagai negara yang berdaulat dan mempunyai kekuatan sendiri. Hal-hal ini juga dapat
menjadi sebab pegangan negara Arab terhadap Palestine menjadi lemah.Contohnya,
kepentingan politik dan ekonomi sehingga rasa persaudaraan, keakraban dan keislaman di
antara bangsa-bangsa arab meluntur.

2.6: Palestin tidak menerima kewujudan Israel.

Pemimpin Palestin, dalam ucapan bahasa Arab dan Inggeris, mengisytiharkan Israel sebagai
negara jiran yang sah mereka yang mereka tidak lagi akan berusaha untuk dijajahi,
penyertaan mereka dalam rundingan adalah palsu, hipokrit, dan ditakdirkan untuk gagal. Ia
adalah mustahil untuk berunding dengan rakan mengenai sempadan jika pasangan ini tidak
menerima kewujudan anda untuk memulakan.
2.7: Menyekat kemajuan Palestine

Seterusnya ialah menyekat kemajuan adalah mentaliti mementingkan diri sendiri terhadap
kepimpinan Palestin. Pemimpin Palestin seolah-olah berminat dalam membuktikan "merit"
mereka dengan memusnahkan Israel dari dalam mendapatkan kehidupan yang lebih baik
untuk rakyat mereka. Pemimpin benar perlu bersedia untuk membuat konsesi untuk
memastikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat mereka.
Sehingga pemimpin Palestin sudah bersedia untuk membuat konsesi itu kepada Israel,
masalah itu tidak akan dapat diselesaikan.
2.8: Kepercayaan naif masyarakat antarabangsa

Selain itu, punca menyebabkan konflik ini ialah kepercayaan naif masyarakat antarabangsa
bahawa Palestin kurang radikal adalah "sederhana." Fatah tidak banyak berbeza dengan
Hamas dalam keengganan untuk menerima bahawa Israel adalah sebuah negara ditubuhkan
dengan hak yang sama wujud sebagai mana-mana negara lain di dunia. Fatah juga hampir
sama dengan Hamas berkaitan dengan promosi yang melampau anti-Semitik dan anti-Israel
propaganda hasutan. Memandangkan kepimpinan Fatah sebagai 'sederhana' kerana mereka
kurang radikal dari segi amalan Islam mereka adalah seperti mempertimbangkan kanser

5
peringkat III sebagai "benign" tumor kerana ia kurang ganas daripada kanser peringkat IV.
2.9:Kepimpinan Palestine

Sebab lain yang membuat perkara lebih teruk lagi ialah kepimpinan Palestin lebih suka untuk
hidup dan untuk membuat penduduk mereka hidup dalam khayalan dan bukan dalam
realiti.Baru-baru ini, satu laporan rasmi Palestin mendakwa tapak suci Yahudi utama iaitu
Western Wall Jerusalem ini tidak mempunyai kepentingan agama Yahudi. Ia adalah mustahil
untuk menyelesaikan konflik Arab-Israel jika pemimpin Palestin berkeras tinggal di khayalan
itu dan bukannya mengakui realiti arkeologi bahawa Barat Wall Jerusalem adalah Yahudi.
Masalah ini tidak diselesaikan dengan tinggal di pemalsuan dan pembohongan tetapi dengan
menghadapi dan mengakui realiti.

2.10: Peranan Peranchis

Sebenarnya, Peranchis merupakan salah satu negara yang mengakibatkan konflik ini
berlaku.Negara ini boleh dianggap sebagai negara yang memulakan konflik antara Israel-
Palestine ini dan respon terhadap masalah yang dicipta bersama dengan Britian ini adalah
senada dengan kuasa-kuasa Barat yang lain. Di dalam perjanjian Sykes-Picot Agreement
pada bulan Mei 1916, Peranchis bersetuju menyerahkan Palestin kepada kuasa tangan
British.Izharnya, hal ini sebenarnya membawa kepada konflik Israel dan Palestin.

2.11: Faktor Alkitab

Konflik antara Israel dan Palestin bermula sejak beribu-ribu tahun dan dikatakan berasal dari
kitab Keluaran dalam Alkitab yang memberitahu Tanah yang dijanjikan (Palestin) yang
dikatakan telah diberikan kepada orang-orang Ibrani (Israel) yang dibebaskan oleh Nabi Musa
dari Mesir. Orang-orang Yahudi percaya bahawa tanah yang telah dijanjikan kepada mereka
oleh Tuhan dan telah mengambil alih tanah itu tahun ke belakang. Ia adalah konflik agama
dan tanah hak antara Palestin dan Israel. Israel telah diberikan negara Israel oleh British
selepas Perang Dunia . Palestin, yang sudah tinggal di situ, tidak suka ini kerana kerajaan
baru memaksa mereka meninggalkan rumah mereka untuk membiarkan orang-orang Yahudi
bergerak, dan konflik muncul serta-merta . Orang-orang Yahudi percaya tanah Israel yang
dijanjikan kepada mereka oleh Tuhan. Malangnya, begitu juga rakyat Palestin, jadi ia adalah
sukar untuk mencapai persetujuan, untuk mengatakan sekurang-kurangnya.

KESAN-KESAN KONFLIK ISRAEL-PALESTINE KEPADA NEGARA-NEGARA TIMUR


TENGAH DAN DUNIA UMUMNYA.

3.0: KESAN KONFLIK ISRAEL-PALESTINE KE ATAS NEGARA TIMUR TENGAH


3.1: KESAN POLITIK

6
3.1.1: Perebutan Tanah

Kesan yang timbul akibat konflik Israel-Palestin ialah perebutan tanah.Terdapat banyak punca
yang menyebabkan perebutan tanah negara Palestin oleh orang Yahudi,Pertama ialah
keadaan geografi-politik negara Palestine yang tidak stabil antara orang Yahudi dan
Palestin.Kedua, ialah penaklukan orang Yahudi ke atas negara Palestin.Ketiga ialah
kekalahan pihak Palestin dalam penaklukan bumi Palestin dirampas oleh pihak Yahudi.Hal ini
telah menyebabkan penaklukan bumi Palestin oleh orang Yahudi menjadi mudah.Perkara ini
juga mengakibatkan penduduk Palestin kehilangan negara mereka sendiri.Mereka juga hidup
dalam keadaan yang tidak strategik.Sebanyak 70,000 rakyat palestin terpaksa berkongsi
wilayah di samping penduduk Yahudi telah menguasai wilayah yang luas.Orang Yahudi
bertindak agresif dan keras dalam penguasaan wilayah-wilayah Palestin dan negara-negara
di sekitar Palestin.

3.1.2: Berlaku peperangan

Kesan berikutnya ialah berlaku peperangan.Peristiwa yang mengakibatkan peperangan


antara orang Palestin dan orang Israel ialah pengundian pembahagian negara Palestin yang
berlangsung pada 29 November 1947.Misalnya, orang Yahudi menerima pengiktirafan
antarabangsa penubuhan sebuah negara Yahudi.Sebaliknya, orang Palestin menentang
cadangan tersebut.Tamsilnya, peperangan yang berlaku pada tahun 1967.Peperangan yang
berlaku pada tahun 1967 ialah Peperangan Enam Hari.Peperangan Enam Hari itu melibatkan
negara-negara jiran iaitu Syria, Lubnan dan Jordan.Negara-negara tersebut telah berganding
bahu dengan Palestin untuk menghalang Israel dari menjadi kuasa yang berleluasa di rantau
negara-negara Timur Tengah.

3.1.3: Sekatan Ke Atas Kebebasan Orang Palestin.

Kesan seterusnya ialah terdapat sekatan ke atas kebebasan orang Palestin.Pengisytiharan


kemerdekaan Israel pada tahun 1948 telah meletakkan penduduk Arab-Palestin berada
dibawah pemerintahan tentera.Masyarakat Palestin juga tertakluk kepada peraturan
pertahanan darurat yang pernah digunakan oleh British ke atas bumi Palestin pada tahun
1945.Hal ini tersiratnya bermaksud setiap pergerakan orang Arab mempunyai satu batasan
kerana mereka terpaksa membawa surat kebenaran untuk bergerak ke satu tempat.Mereka
juga tidak boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa surat itu.Pemimpin-pemimpin
Palestin juga akan ditahan dan dibuang negeri serta diletakkan di bawah kawalan pihak
Yahudi. Jikalau, perbuatan orang Palestin kelihatan agak meragukan pada tanggapan pihak
tentera Yahudi maka mereka akan menangkap dan memeriksa serta menahan orang Palestin
dengan sewenang-wenangnya.Hal ini dilakukan tanpa pendakwaan dan juga perbicaraan

7
oleh pihak tentera Yahudi. Keadaan ini memaparkan layanan Israel yang begitu kejamnya
terhadap penduduk Arab pada masa dulu.

3.1.4: Kebergantungan Negara-negara Arab kepada Negara-negara Barat.

Kesan konflik tersebut ialah negara-negara Timur Tengah banyak bergantung kepada negara-
negara barat untuk mendapatkan hasil makanan.Keadaan ekonomi di negara-negara Arab
yang miskin telah mengakibatkan kebanyakan pemimpin-pemimpin Arab terpaksa bergantung
kepada negara-negara Barat untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Kebanyakan
negara-negara Arab takut akan kuasa Israel kerana Israel merupakan kuasa utuh dan
mendapat sokongan daripada negara-negara Eropah.Izharnya, negara-negara Arab terpaksa
bergantung kepada negara Eropah.Hal ini demikian kerana apabila mereka menentang Israel,
mereka terpaksa berhadapan dengan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang
mempunyai kekuatan tentera yang sangat kuat berbanding dengan jumlah kekuatan tentera
yang dimiliki oleh Palestin.Misalnya, kebergantungan dapat dilihat dengan jelas melalui usaha
damai antara negara Arab dengan Israel masih menggunakan kuasa Barat sebagai orang
tengah.Tamsilnya, semasa berlakunya krisis Suez di Mesir, Amerika Syarikat melalui presiden
Eisenwer telah menyatakan sokongan bagi mencari penyelesaian diplomatik terhadap
perasaan tidak puas hati Inggeris, Perancis dengan menentang tindakan mereka merampas
terusan Suez yang dikuasai Mesir sebelum ini.

3.2: Kesan Ekonomi

3.2.1 Bergantung Kepada Sumber Pertanian.

Sebahagian besar penduduk Arab tinggal menetap di Israel terutamanya di kawasan


perkampungan.Ekonomi seharian penduduk bergantung kepada sumber pertanian semata-
mata sebagai makanan seharian.Penduduk tesebut bergantung kepada peraturan
pertahanan darurat yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris atas bumi Palestin pada tahun
1945.Contohnya, orang Arab telah membantah tindakan yang dikenakan ke atas mereka
semasa Kongres Antarabangsa Pertama Peguam dan Juri Yahudi. Salah seorang Arab Israel
telah mengetengahkan rayuan supaya mengenakan tekanan kepada kerajaan kerana masih
menggunakan peraturan-peraturan masa dahulu ke atas orang Palestin sedangkan negara
tersebut telah merdeka. Namun begitu, pihak kerajaan Israel enggan bersetuju menerima
rayuan yang dibuat oleh orang Arab.

Penduduk Palestin terdesak melakukan penggabungan ekonomi dengan orang


Yahudi. Hal ini kerana, penduduk Palestin terpaksa berubah bentuk dengan menjadi golongan
pekerja yang bergantung kepada ekonomi Israel.Penduduk yang tinggal di Tebing Barat tidak
mempunyai tanah kerana telah dirampas oleh kerajaan Israel.Oleh itu,mereka terpaksa

8
mencari pekerjaan di Israel untuk meningkatkan taraf hidup dan mencari kemewahan.Rakyat
Palestin bekerja dengan majikan-majikan di bawah orang Yahudi Israel kerana majikan di
Tebing Barat tidak mampu untuk membayar gaji yang tinggi seperti mana yang dibayar oleh
majikan di Israel.Negara Palestine telah menjalin hubungan ekonomi dengan Israel.Hal ini
tidak bermaksud bahawa penduduk Palestin telah menyetujui semua peraturan yang
dikenakan oleh orang Yahudi Israel ke atas negara mereka.

3.2.2 Kehilangan Harta Benda.

Selain itu, sekatan peribadi telah dikenakan ke atas penduduk Arab Israel.Kehidupan
mereka semakin teruk dan sengsara setelah penduduk Palestin telah mengalami kehilangan
tanah dan rumah.Contohnya, mereka telah kehilangan tanah dan rumah berpunca daripada
perampasan harta melalui Undang-Undang Harta Ketidakhadiran Tahun 1950 dan Undang-
Undang Pengambilan Tanah. Melalui Undang-Undang Ketidakhadiran Tahun 1950, orang
Yahudi telah merampas tanah penduduk Arab yang ketika itu tidak berada di Palestin kerana
kebanyakan penduduk Arab telah melarikan diri sewaktu Perang Palestin pertama pada tahun
1948. Mereka telah menggunakan alasan ketidakhadiran di tanah tersebut untuk mengambil
tanah-tanah penduduk Arab ketika itu. Keadaan orang Arab bertambah teruk apabila pada
tahun 1958 kerajaan Israel telah memperkenalkan peraturan baru yang memerlukan
peladang-peladang Arab membuktikan bahawa mereka telah bercucuk tanam di atas tanah
mereka antara tahun 1928 hingga 1943. Implikasinya, tanah yang dimiliki oleh orang Arab
telah mengalami kemelesetan pada tahun 1970-an. Dengan itu, senang sangat kerajaan
Israel untuk merampaskan tanah yang banyak dari penduduk Arab untuk meluaskan harta
dan ekonomi mereka.Di samping itu,orang Arab telah kehilangan punca ekonomi mereka iaitu
pertanian.

Keadaan tidak aman dibangkitkan oleh penduduk Yahudi yang datang dari seluruh
dunia terutamanya dari negara-negara di Eropah telah mengakibatkan keadaan menjadi
bertambah serius dan huru-hara.Hal ini demikian kerana, ketika itu, negara-negara di rantau
Timur Tengah terlibat giat dalam Perang Dunia Kedua. Keadaan yang tenteram berpunca
daripada terhentinya Perang Dunia Kedua telah dirosakkan dengan kehadiran penduduk
Yahudi yang ingin membina sebuah negara bangsa di Tanah Arab. Keadaan yang kacau-
bilau berlaku dalam negara-negara di rantau Timur Tengah sehingga menimbulkan pemimpin-
pemimpin Arab bergantung kepada negara-negara Barat untuk mengurangkan kemelut yang
berlaku di negara masing-masing.

Pihak Barat terutamanya pihak Amerika Syarikat yang lama menunggu peluang untuk
campur tangan dalam kemelut dalaman negara-negara rantau Timur Tengah telah
memberikan perlindungan kepada negara-negara tersebut.Perlindungan yang diberikan

9
adalah kerana pemimpin-pemimpin tempatan iaitu pemimpin-pemimpin Timur Tengah patutah
memberi sumber ekonomi kepada pihak Barat terutamanya sumber minyak. Hal ini kerana,
negara-negara di rantau Timur Tengah sangat kaya dengan sumber minyak.Hal ini dapat
menguntungkan pihak Barat jika mereka dapat menguasai sumber-sumber di sekitar Timur
Tengah terutamanya sumber minyak.Oleh itu, perlindungan yang diminta oleh pemimpin-
pemimpin Arab telah mengakibatkan sumber ekonomi utama negara-negara di rantau Asia
Barat iaitu sumber minyak telah ditakluki oleh pihak Barat seperti Amerika Syarikat.

3.2.3: Harta Orang Arab Dirampas.

Impak seterusnya ialah harta orang Arab dikuasai dan dirampas oleh pihak
Israel.Pihak kerajaan Israel telah mengambil harta orang Arab melalui Tabung Kebangsaan
Yahudi yang ditubuhkan oleh orang Yahudi setelah mereka mendirikan sebuah negara di
sana.Misalnya, Tabung Kebangsaan Yahudi ini telah mengambil alih 3 juta tanah dunun dan
harta milik orang Arab melalui undang-undang yang membolehkan orang Yahudi Israel
mengambil alih harta tersebut.Orang Yahudi Israel dengan mudahnya dapatkan tanah
tersebut kerana ketiadaan pemilik asal tanah tersebut.Lebih-lebih lagi, perniagaan, ladang
sitrus, padang ragut, dan juga rumah-rumah orang Arab telah dijadikan harta milik orang
Yahudi Israel. Tindakan yang begitu melampau dan tidak berperikemanusiaan menyebabkan
tanah orang Arab yang berada dalam negara Israel diisytiharkan kosong disebabkan
pemiliknya buat sementara waktu melarikan diri ke bahagian lain negara tersebut.Segelintir
penduduk melarikan diri dari kawasan tempat tinggal mereka kerana berlakunya peperangan
antara penduduk Arab dengan orang Yahudi Israel.Ini menyebabkan penduduk tersebut untuk
takut terhadap nyawa mereka terancam.Oleh itu, mereka terpaksa melarikan diri ke bahagian
yang lebih selamat. Perampasan harta seperti tanah dan tempat ketinggalan penduduk
Palestin menyebabkan keadaan ekonomi orang Arab tergugat dan mereka telah kehilangan
punca pendapatan mereka sehingga kehidupan mereka semakin merosot dan daif. Tekanan
hidup di tempat sendiri telah mencetuskan mereka untuk keluar dari negara asal mereka dan
berhijrah ke negara lain untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka yang miskin menjadi
sederhana.

3.3: Kesan Sosial

3.3.1 Usaha Damai Sukar Dicapai.

Kesan selanjutnya ialah usaha damai antara negara Israel-Palestin sukar digapai.Selepas
Perang Arab-Israel, gencatan senjata telah ditandatangani pada 11 Jun
1967.Walaubagaimanapun, pada 17 Jun 1967, satu mesyuarat tentang perang Israel-
Palestine telah diadakan di Majlis Keselamatan PBB berikutan bantahan Syria bahawa Israel

10
telah melanggar peraturan iaitu gencatan senjata yang telah dipersetujui. Seterusnya, draf
plan damai yang ditaja oleh British yang telah dipersetujui oleh PBB pada 22 November 1967
(Resolusi 242) mengandungi syarat-syarat yang tidak jelas.Ini menyebabkan pelbagai pihak
tidak berpuas hati dan menyukarkan lagi untuk menamatkan proses damai. Kegagalan proses
damai tersebut berpunca daripada tindakan British dan Amerika Syarikat yang mementingkan
kepentingan peribadi daripada kepentingan dunia.Usaha proses damai yang dilakukan
selepas itu menemui penghujungnya.Contoh perjanjian ialah Perjanjian Damai Oslo, Camp
David dan sebagainya.

3.3.3:Keamanan negara tergugat

Kesan perdana yang timbul akibat konflik Israel-Palestin ialah keamanan negara Israel dan
juga negara Palestin tergugat.Hal ini disebabkan oleh konflik Israel-Palestin yang tidak
kesudahan dan berlaku sehingga saat ini.Rakyat biasa telah menjadi mangsa bagi konflik
tersebut.Marhaen di Palestin dan juga Israel tidak hidup dalam keadaan tenteram dan
harmoni.Keadaan rakyat Palestin telah menjadi lebih serius kerana saban hari mereka
menghadapi banyak jenis cabaran dalam kehidupan mereka.Rakyat Palestin menghadapi
kesan serangan tentera Zionis seperti letupan bom.Contohya, bedilan meriam tentera Israel
telah ditembak secara rambang terhadap rumah-rumah penduduk awam di Jabaliyah dan
menara Syeikh Zayed di utara Gaza.Negara-negara tersebut telah mengalami keadaan tidak
aman.Ini menyebabkan negara-negara di Timur Tengah tidak aman.

3.3.4: Kekejaman Yang Tidak Berperikemanusiaan.

Kesan berikutnya ialah kekejaman yang tidak berperikemanusian ke atas Palestin.Rakyat


Palestin turut mengalami kezaliman dan kekejaman selain daripada penindasan dan penafian
terhadap hak. Regim Zionis yang berusaha untuk menakluki keseluruhan bumi Palestin
sentiasa melakukan keganasan dan kezaliman di rantau Timur Tengah terutamanya terhadap
orang-orang Palestin untuk menghalau rakyat Palestin terus dari muka bumi ini.Situasi yang
paling penting ialah peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Kem Sabra-Shatila.Dari
perspektif yang berbeza, pelarian penduduk Palestin ditangkap dan ditahan oleh Regim Zionis
juga telah mengalami penyeksaan dan sengsara yang berterusan. Selain pelarian Palestin,
negara-negara Timur Tengah turut berada dalam keadaan ketakutan berpunca serangan
tentera Israel yang terus memburu dan menghapuskan pelarian-pelarian Palestin tidak kira di
mana sahaja mereka berada.

Pembunuhan beramai-ramai di Kem Sabra dan Shatila berlaku pada 16 September 1982.
Peristiwa tersebut merupakan rentetan kronologi daripada keganasan pihak Israel terhadap
penduduk Arab Israel.Pihak Israel telah melakukan kerja itu dengan kerjasama kumpulan

11
radikal Kristian Meronite dan kumpulan militan Kristian al-Hadad.Mereka melakukan
pembunuhan untuk menghapuskan pengganas yang bersembunyi di kem-kem pelarian
tersebut.Penduduk Palestin ditembak sewenang-wenangnya untuk memastikan bahagian
khemah lain tidak sedar dengan apa yang berlaku.Sesetengah pelarian Palestin telah dibunuh
dengan menggunakan pisau, kapak dan beliung sementara leher mereka dikelar.
3.3.5: Kesan Wabak Penyakit
Dalam konflik yang berlaku telah memberi kesan penyakit Kaki dan mulut (PMK).Endemik
yang berlaku di Timur Tengah memberi gambaran bahawa ketidakstabilan politik dan sumber
yang terhad telah menyebabkan peredaran virus PMK yang tidak terkawal ke seluruh
kawasan.Wabak penyakit ini dilaporkan di Israel dan Palestin dari 4 Februari, 2006 hingga
tarikh 15 Disember 2007. Jalur Gaza, di mana tidak ada wabak yang dilaporkan, atau tempat
yang terdekat tampaknya merupakan asal dari sekumpulan wabak terletak di HaDarom (April
2007), sebuah kluster wabak berpusat di Tebing Barat (Februari 2006) boleh dikaitkan dengan
penyebaran dari Israel Utara, sebuah kluster di Hazafon (Januari 2007)tampaknya berasal
dari dekat sempadan Jordan dan sekelompok yang terletak di Utara Hazafon ini cenderung
berkaitan dengan daerah di sebelah Lubnan dan sempadan Syria.Hubungan antara kluster di
Tebing Barat dan sampel Israel sebelum dan antara kluster di Hazafon dan Jordan juga
disokong dengan analisis dari sampel yang dikumpulkan dari wabak tersebut. Keputusan ini
menunjukkan bahawa wabak PMK dilaporkan di Israel dan Palestin pada tahun 2006 dan
2007 kemungkinan besar akibat dari wabak yang berbeza berkaitan dengan peredaran dan
penyebaran virus PMK dari berbagai wilayah di Timur Tengah.

3.3.6:Peluang Pendidikan

Kesan yang paling utama ialah peluang pendidikan anak-anak Palestin terjejas.Hal ini
pastinya berpunca daripada perang atau konflik antara Palestin dan Israel.Murid-murid
Palestin tidak mendapat peluang pendidikan yang sempurna dan menyeluruh.Murid-murid ini
tidak mempunyai satu sekolah yang canggih macam murid-murid yang belajar di negara
kita.Nelson Mandela pernah berkata bahawa pendidikan merupakan satu senjata yang
mempunyai kuasa yang utuh untuk mengubah dunia.Penduduk Palestin telah bersusah-
payah dalam mencari pekerjaan berdasarkan tahap pendidikan.Oleh itu, penduduk Palestin
terpaksa mencari pekerjaan untuk memenuhi keperluan hidupan.

4.0: Langkah untuk membendung konflik Israel-Palestin

Langkah untuk mencegah masalah ini adalah dengan mengadakan gencatan senjata selama-
lamanya.Berdasarkan pernyataan yang diberikan oleh Professsor.Yusril ialah keseimbangan
senjata antara Israel dan Hamas iaitu negara Palestin akan menjadi pencegah perang antara
Israel-Palestin.Misalnya, negara India dan Pakistan menggunakan cara gencatan senjata

12
untuk menyelesaikan masalah yang kian bernanah antara negara tersebut.Mereka tidak
pernah berperang secara terbuka dengan menggunakan meriam atau senjata.Hal ini
demikian kerana kedua-dua negara tersebut menggunakan cara perimbangan senjata yang
sepadan.Perimbangan senjata juga berlaku kepada negara-negara seperti Korea, iaitu Korea
Utara dan Korea Selatan.Nabi Muhammad s.a.w. telah menggunakan cara gencatan senjata
selama 10 tahun untuk membendung masalah dalam perjanjian Hudaibiyah.Malangnya,
perjanjian tersebut tidak terhasil disebabkan oleh orang-orang Quraisy telah melanggar
peraturan iaitu Bani Bakar berperang terhadap Bani Khuzaah.Jelasnya, perkara-perkara ini
menunjukkan bahawa gencatan senjata dapat mengaman perang antara negara Israel dan
Palestin.Cara seterusnya ialah negara Israel patut patuhi resolusi PBB iaitu Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu.Resolusi yang bermaharajalela untuk mengaman perang antara
negara Israel-Palestin dikeluarkan oleh PBB DAN Majlis Keselamatan terhadap Israel.Namun,
negara Israel tidak menyetujui dan mengikut resolusi-reslusi yang dipertengahkan oleh
PBB.Padahal, umat Islam akan terus berjuang untuk mengembalikan keamanan
negara.Contohnya, Hamas, Hizbullah dan lain-lain kumpulan telah berjuang untuk nasib umat
Islam di Malaysia.Akhir sekali, cara-cara untuk mengatasi kemelut ini ialah umat Islam tidak
perlu bergantung kepada Amerika dan Bersekutu. Ini jelas menunjukkan bahawa kuasa besar
barat tidak mahu sesebuah Negara itu kembali kepada corak pemerintahan Islam, kerana
mereka bimbang akan menghancurkan barat itu sendiri.

5.0: REFLEKSI

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana berkatnya
saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna pada masa yang ditetapkan.Pada
Semester Pertama ini, saya ditugaskan untuk membuat satu tugasan untuk subjek
Perkembangan Sejarah.Sebagai permulaan, saya berbincang dengan rakan sekelas saya
untuk mendapat pendapat mereka terhadap tugasan ini.Rakan sekelas saya juga
memberikan komitmen dan membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Saya menghadapi pelbagai masalah dan dugaan semasa membuat tugasan


ini.Pertamanya ialah saya mempunyai masalah dalam mencari maklumat tentang tugasan
ini.Hal ini demikian kerana saya tidak mempunyai kemudahan internet untuk mengakses
laman sesawang bagi mendapat maklumat tentang kerja kursus ini.Saya sanggup
mengunjungi perpustakaan Zaba untuk memperoleh kemudahan internet.Saya juga
meminjam broadband dari rakan-rakan saya untuk mencari maklumat.Kesannya, saya
mempelajari tentang cara-cara untuk menghadapi dan mengurus masalah dengan baik.

13
Saya juga asyik mengunjungi perpustakaan Zaba dan Perpustakaan Awam Kulim
untuk meminjam buku sebagai rujukan tambahan dan bagi mendapat maklumat tentang
tugasan.Saya juga menghadapi kekangan dalam mendapatkan buku berkaitan dengan
tugasan ini.Walaubagaimanapun, saya sudi mencari buku yang berkaitan dengan kerja
kursus ini dengan penuh dedikasi.Akhirnya, saya dapat cari buku-buku yang berkaitan dengan
tugasan ini.Saya juga meminjam buku-buku dari senior untuk rujukan membuat tugasan
ini.Saya mempelajari untuk meningkatkan pembacaan buku untuk mendapatkan maklumat.

Seterusnya, masalah yang saya hadapi semasa membuat tugasan ini ialah cara
pembuatan tugasan ini.Pada mulanya, saya berasa amat sukar untuk menyiapakan tugasan
ini.Hal ini kerana saya tidak memahami cara pembuatan dan tajuk kerja kursus ini.Oleh itu,
saya rajin bertanya kepada iaitu Encik Abdul Salis bin Abdul Halim pensyarah subjek Isu dan
Cabaran dan Isu Semasa Dunia mengenai tugasan yang diberikan.Saya tidak melepaskan
peluang untuk bertanya tentang persoalan yang muncul berkaitan tugasan ini.Beliau juga
amat memberikan komitmen dan membantu saya dalam menerangkan topik ini dengan
jelas.Setelah saya memahami tajuk yang diberikan, saya berasa lebih senang untuk membuat
tugasan yang diberikan.

Berikutnya, saya menghadapi masalah dalam menguruskan masa untuk menghantar


tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.Hal ini kerana saya mempunyai banyak tugasan
yang diberikan oleh pensyarah subjek lain yang patut hantar pada hari yang sama.Pada
mulanya saya tidak tahu untuk mengagihkan masa dengan teratur.Di bawah pengawasan
En.Salis, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Saya dapat menguruskan
masa dengan teratur dan baik dengan bimbingan beliau.

Di samping itu, saya mempelajari cara-cara untuk mengatasi dan menguruskan


masalah dengan bijak.Dengan tugasan ini secara tidak langsung saya mendapat tahu petua-
petua untuk menyelesaikan masalah dengan efektif. Masalah ini akan wujud dalam diri setiap
individu yang lahir di dunia ini.Jadi,kita haruslah menganggap kemelut kehidupan sebagai
satu benda yang kecil dalam kehidupan kita.Kita seyogialah mencari jalan penyelesaian
masalah itu daripada mengingat dan bercakap tentang masalah tersebut.

Saya juga mempelajari cara-cara pengurusan emosi dengan bijak.Misalnya,semasa


menjalankan kerja kursus ini, saya menghadapi banyak masalah khususnya, masalah
emosi.Melalui kerja kursus ini, saya dapat menguruskan emosi yang timbulnya.Emosi ini
dapat menurunkan semangat saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.Oleh itu, kita perlulah
mencari jalan penyelesaian untuk menguruskan emosi.

14
Tambahan pula, saya jua dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam diri
saya.Tamsilnya, apabila saya membincang tentang kerja kursus ini dengan rakan sekelas
saya, saya dapat meningkatkan lagi kemahiran tersebut.Kemahiran ini amat signifikan bagi
seseorang guru untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada murid-murid.Oleh itu, saya
dapat tingkatkan lagi kemahiran ini semasa menjalankan keja kursus ini.

Selanjutnya, saya juga mempelajari tentang punca-punca yang menyebabkan konflik


tersebut dengan lebih lanjut.Sebelum membuat tugasan ini, saya mempunyai sedikit
pengetahuan tentang konflik Israel-Palestin.Saya tahu tentang konflik ini melalui media massa
seperti akhbar, berita dan juga internet.Selepas membuat kajian tentang konflik antara Israel
dan Palestin, saya telah dapat mendalami tentang konflik ini.Terdapat banyak punca yang
menyebabkan munculnya konflik tersebut.

Saya mempelajari tentang implikasi konflik Israel-Palestin berlaku.Terdapat banyak


kesan yang ditimpa melalui konflik Israel-Palestin.Kesan perdana yang timbul ialah peluang
pendidikan anak terjejas.Pendidikan merupakan satu wadah yang sangat signifikan dalam
memajukan sesebuah negara.Malangnya, murid-murid Palestin tidak mendapat pendidikan
yang sempurna dan menyeluruh.Jelaslah bahawa hujah-hujah ini, dapat menggambarkan
keadaan rakyat Palestin yang hidup dalam penuh penderitaan.Dengan ini, saya mempelajari
betapa pentingnya pendidikan kepada kita.Oleh itu, saya menyedari untuk mengubah saya
dengan melanjutkan lagi pelajaran walaupun usia meningkat.

Berikutnya, saya memahami tentang isu-isu global yang berlaku.Isu-isu global ini perlu
diketahui oleh kita.Hal ini kerana isu-isu semasa merupakan satu ilmu pengetahuan.
Marcapada ini, ilmu pengetahuan memainkan peranan yang sangat signifikan dalam
kehidupan kita.Marcapada ini, tanpa pengetahuan seseorang akan dikenali sebagai katak di
bawah tempurung.Ilmu pengetahuan dapt memajukan diri kita.Kita pastilah akan dapat
banyak maklumat melalui ilmu pengetahuan.Sebagai seorang bakal guru, saya harus memiliki
dan mempunyai ilmu pengetahuan.Hal ini demikian kerana guru perlulah tahu banyak
maklumat tentang dunia jika berbanding dengan murid-murid.Oleh itu, saya mendapat banyak
maklumat tentang isu-isu global terutamanya konflik Israel-Palestin melalui pengkajian dalam
internet bagi membuat kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya juga mempelajari tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
negara Palestin dan juga negara-negara Timur Tengah.Cabaran perdana yang negara-
negara tersebut menghadapi ialah cabaran ekonomi dan memperjuangkan nasib dan hak
mereka.Ekonomi merupakan nadi utama bagi sesebuah negara yang maju.Negara-negara
Timur Tengah telah menghadapi cabaran ekonomi yang berpunca daripada konflik antara

15
Israel-Palestin.Oleh itu, melalui peristiwa ini saya mempelajari cara-cara untuk menguruskan
cabaran kehidupan yang dihadapi.Cabaran hidup pasti akan dilalui oleh semua manusia,
tetapi kaedah menguruskan cabaran tersebut sangat berbeza.

RUMUSAN

Konflik Israel-Palestin merupakan konflik yang tidak mempunyai kesudahan sehingga


saat ini.Konflik ini merupakan satu halangan bagi negara-negara tersebut bermaju.Konflik ini
kian bernanah dalam dunia kita.Konflik ini sebenarnya menimbulkan perasaan sedih dan
bimbang dalam kalangan rakyat di pelosok dunia ini.

Penduduk Palestin ini sering hidup dalam penderitaan dan kesedihan.Konflik ini belum
berakhir sehingga kini, dan menyebabkan banyak masalah dan juga kesan negatif kepada
masyarakat di serantaunya.Penduduk Palestin terpaksa menjadi pelarian di tanah air
sendiri.Sebenarnya, penduduk Palestin lebih tertekan dengan tindakan kejam dilakukan oleh
Israel.

Oleh sebab itu, saya bercadang bahawa semua pihak patutlah bangkit menentang
keganasan untuk membendung masalah ini sebelum mencapai peringkat kronik.Masyarakat
di pelosok dunia perlulah sedar bahawa kekerasan hanya mengundang penderitaan dan
bukannya keamanan.

Akhir sekali, usaha yang dijalankan perlulah berkesan dan efektif serta diteruskan dan
bukanlah hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.Oleh itu, semua pihak perlulah
berintegrasi dan bermuafakat bagai aur dengan tebing untuk menangani kemelut ini.

16
RUJUKAN

INTERNET

1. http://www.szlihin.com/2012/11/kronologi-sejarah-konflik-palestin.html
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Konflik_Israel-Palestin
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Konflik_Israel-Palestin
4. http://www.mysumber.com/konflik-israel-gaza-palestin-kemenangan-hamas.html

BUKU
1. KELING, M. F. (2012). HUBUNGAN ANTARABANGSA DAN ISU TERPILIH. Sintok: Universiti
Utara Malaysia Press.

17

Anda mungkin juga menyukai