Anda di halaman 1dari 8

Kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni.

Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu


pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas
suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan
menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi
modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam
mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di Negara
kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan
konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.

Berdasarkan artikel Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi yang ditulis oleh
Pengarah Perhubungan Korporat Universiti Sains Islam Malaysia, DR.
SAPORA SIPON dalam Utusan Malaysia Online bertarikh 23 Julai 2007
menyatakan dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga
semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil
guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan
menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik.

Menurut rencana dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk Guru Lebih Stres
yang ditulis oleh Noor Hamzah Abu Bakar pada 24 April 2012, kajian
menunjukkan bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya
yang paling mencetuskan tekanan selepas polis, pegawai penjara dan
jururawat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan


sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk
berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang
mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu
organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu,
secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang
menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan
sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang
guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam
melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah
secara amnya.

Berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan bekeupayaan


mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keamanan
dan kemakmuran. Jelaslah bahawa, falsafah Pendidikan Negara telah
menberikan matlamat yang jelas mengenai jenis rakyat yang Negara kita
ingin lahirkan. Oleh itu, guru perlu menyahut cabaran ini agar dapat
membentuk masyakat kita yang aman dan berdaya saing serta mencapai
kemajuan dalam Wawasan 2020. Profesion keguruan adalah sama sejak dulu,
kini dan pada masa hadapan iaitu mengajar, mendidik serta menjadikan
pelajar daripada keadaan yang tidak mengenal huruf, mengira dan membaca
kepada celik huruf, bijak dan berjaya dalam kehidupan. Oleh itu, guru turut
menghadapi cabaran sebagai seorang pemudah cara, seorang pembangun
negara dan seseorang yang memberikan arah kepada orang yang ingin
bertanya. Guru perlu sentiasa sedia dan peka dalam melahir dan
menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan agar
murid-murid dapat digerakkan untuk berfikir secara kreatif dan kritikal.
Pengajaran yang berkesan akan membantu murid-murid dalam mempelajari
sesuatu. Setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada
guru. pujangga Usman Awang

jelas mengatakan kepentingan guru untuk mengasuh dan mendidik pelajar


agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan berguna. Hal ini
kerana pengeluaran tenaga kerja Negara di semua sektor bermula daripada
sekolah di mana jasa dan khidmat guru diperlukan. Guru juga perlu bersikap
proaktif dan berfikiran terbuka serta mesra dengan sikap keterbukaan. Guru
perlu sentiasa prihatin dan menolong pelajar yang yang menghadapi masalah.
Justeru, guru pada masa kini menghadapi cabaran sebagai pemudah cara ,
pembangun Negara dan orang yang dirujuk apabila pelajar menghadapi
masalah. Cabaran profesion guru di sekolah rendah juga termasuk
penyampaian dalam pengajarannya dalam bilik darjah. Kini, guru dikehendaki
menggunakan cara penyampaian yang terbaru untuk membolehkan pelajar
dapat memahami sesuatu idea atau proses yang rumit dengan mudah. Guru
mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia
ada murid yang bersifat homogenius,iaitu menggunakan bahan bantuan
mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru
terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang
terhad. Alat bantu mengajar yang digunakan selalunya mahal. Dengan
kewangan yang terhad guru-guru tidak dapat membeli alat bantu mengajar
yang berkualiti. Oleh itu, guru terpaksa membuat atau mencipta alat

bantu mengajar dengan bahan yang lain. Ini telah menurunkan kualiti dalam
penyampaian pengajaran. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan
dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator
yang berkesan. Guru bukan sebagai pendidik yang menimpa ilmu
pengetahuan tetapi juga sebagai seorang mentor atau pembimbing yang
membimbing pelajar dalam pembelajaran sendiri dan mencari ilmu dengan
sendiri. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu
merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif
perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem penyampaian guru
dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi
berbentuk proaktif. Cabaran yang dihadapi oleh guru pada zaman kini juga
termasuk isu disiplin dan salah laku pelajar. Masalah disiplin di sekolah pada
hari ini semakin hari semakin merosot dalam kalangan murid. Disiplin
merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk
para pelajar selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-
undang sesebuah negara. Namun peraturan ini tidak mudah diterima oleh
sebahagian pelajar dan pelajar ini dikenali sebgai pelajar yang bermasalah
disiplin. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial,
bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya wujud di dalam kalangan pelajar.
Masalah disiplin pelajar sekolah bukanlah masalah baru dalam era yang
sereba moden ini. Namun, isu kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sering
diperkatakan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk
membendung masalah ini. Tanggungjawab untuk membanteras masalah
disiplin pelajar sekolah ini terletak di atas bahu guru-guru. Terbuktilah bahawa
guru menghadapi cabaran dalam menyelesaikan masalah disiplin dalam
kalangan pelajar. Di samping itu, guru juga menghadapi cabaran dalam
usaha untukmemperkembangkan potensi pelajar secara bersepadu bagi
mewujudkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Keempat-empat unsur ini diterapkan melalui proses pembelajaran dan
pengajaran semasa di sekolah.Guru adalah tenaga penggerak yang
berperanan membangunkan jasmani pelajarnya. Cabaran yang dihadapi oleh
guru adalah imu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang jasmani tidak
mencukupi. Guru yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan atau kemahiran
yang lengkap dalam bidang jasmani akan lebih sukar membantu pelajar
memperkembangkan potensi dalam sukan dan permainan. Guru juga tidak
dapat memberikan latihan yang profesional kepada mereka untuk
memantapkannya lagi. Oleh itu, guru haruslah memberi perhatian kepada
bidang jasmani juga bagi membantu pelajar mencungkil bakat mereka dalam
bidang sukan.Seorang guru yang ceria, penyayang dan riang akan
menghasilkan pelajar yang ceria, penyayang, riang dan sebaliknya. Guru
haruslah tidak membawa perasaan negatif dari tugas ke dalam kelas bagi
memastikan semua pelajarnya akan terus gembira dan berasa seronok
semasa waktu pengajarannya. Ini kerana emosi guru akan mempengaruhi
niat dan keinginan belajar pelajar. Guru juga menghadapi cabaran dalam
usaha membentuk unsur kerohanian dalam jiwa setiap pelajarnya. Antaranya
adalah menanamkan asas keagamaan yang kukuh dalam kalangan anak
didik, menanam minat beragama, kasih dan sensitif kepada agama dan
membasmi kejahilan beragama berasaskan Pendidikan Islam. Tugas guru
bukan sahaja mengajar, tetapi juga mendidik, membentuk sikap, nilai dan
akhlak manusia. Guru perlu bertindak sebagai pemberi galakan dan
bimbingan kepada pelajarnya untuk mencapai kemajuan. Guru juga harus
lebih banyak memberi pendedahan dan penekanan mengenai pelbagai aspek
pemikiran agar pelajar-pelajar ini dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.
Guru terpaksa mengorbankan masa, wang ringgit dan tenaga yang tidak
ternilai dalam mengembangkan bakat dan potensi pelajar.

Kesimpulannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring


dengan perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada
cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah
secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan
bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan
Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020.

4.1 Isu Kesantunan Guru

Makna perkataan kesantunan boleh dikatakan sebagai perlakuan atau


tingkah laku yang mampu menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama
lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni
dan mesra. Kesantunan melibatkan perlakuan verbal atau non-verbal. Zaba
(1950) menjelaskan beberapa perkara yang menjadi peraturan ketat dalam
masyarakat bagi mengawal perlakuan dan etiket. Antaranya ialah perlakuan
dalam percakapan. Nada, ton dan intonasi suara hendaklah bersesuaian
dengan keadaan semasa seseorang individu. Noriati (2004) berpendapat
bahawa kesantunan bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur akan
menzahirkan perlakuan yang menyenangkan semua pihak.

Menurut sumber blog Laman KL-Today bertarikh 27 September 2010, pada


masa kini telah berlaku beberapa kes yang berkaitan dengan isu kesantunan
guru. Di Muar, Johor pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu
Bakar telah diberikan amaran oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysian
kerana bertindak rasis dengan memaksa lebih 50 pelajar bukan Islam
daripada tingkatan satu hingga lima supaya meniru cara menadah tangan
serta membaca doa bersama-sama pelajar Islam semasa perhimpunan
bulanan sekolah itu.

Selain itu, pada bulan Ogos yang lepas seorang pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman di Kulai mengeluarkan kata-
kata bersifat perkauman terhadap pelajar Cina dan India. Kemudian pada
Julai lalu, seorang guru agama di Sekolah Menengah Perempuan Methodist
di Tengkera, Melaka didakwa memarahi pelajar sebuah kelas sekolah dengan
mengeluarkan kata-kata perkauman. Guru tersebut menyalahkan pelajar Cina
yang menyebabkan pelajar Melayu tidak menutup aurat. Kejadian ini berlaku
selepas beberapa pelajar perempuan Melayu berpakaian tidak menutup aurat
ketika memperagakan fesyen dalam satu program di sekolah itu. Malah, guru
tersebut turut menuduh pelajar Cina memakai seluar pendek kerana mahu
menjual tubuh mereka. Laporan telah dilakukan dan akhirnya guru tersebut
telah ditukar ke sekolah lain.

Berdasarkan daripada ketiga-tiga contoh nyata tindakan guru-guru berkenaan,


adalah lebih baik sekiranya mereka menilai semula nilai kesantunan guru
yang sewajarnya diamalkan. Ketika berkomunikasi, guru harus mengikut
norma-norma budaya dan bukan sekadar mengikut tatacara sendiri. Tatacara
berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam konteks
masyarakat majmuk. Sekiranya perkara ini dipandang remeh maka pelbagai
kesan yang tidak baik akan wujud. Antaranya, tindakan tatatertib dan disiplin
daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), kredibiliti perkhidmatan menurun, gangguan
system tangga gaji dan sebagainya.

Dari aspek kesantunan non-verbal, perlakuan dari segi gaya berpakaian, cara
duduk, cara berhubung dengan pihak lain, salam dan beramah-tamah adalah
dititikberatkan. Para guru perlu bijak menyesuaikan keadaan penampilan diri
selari dengan nilai dan cara hidup masyarakat Malaysia yang berkait rapat
dengan budaya dan kepercayaan beragama. Impak yang negatif akan dirasai
oleh seorang guru apabila berpakaian melawan cara yang sepatutnya.
Sebagai contoh guru berpakaian seperti seorang artis. Secara tidak langsung
persepsi murid-murid dan para rakan sejawat akan bertukar negatif dengan
memandang serong guru berkenaan dan maruah guru tersebut akan tercalar.

Guru juga perlu mengawal tingkah lakunya yakni bijak mengawal emosi.
Adalah tidak wajar bagi seorang guru untuk memarahi muridnya dihadapan
khalayak umum dengan menggunakan kata-kata yang kesat. Sekiranya
berlaku perkara sebegini, guru berkenaan telah melanggar hak asasi kanak-
kanak berdasarkan Konvensyen Kanak-Kanak Kebangsaan dan boleh
dikenakan tindakan undang-undang. Susulan daripada itu, murid tidak akan
berjaya dididik dengan tingkah laku guru yang tidak santun. Ini kerana guru
merupakan model utama bagi seorang murid.

4.2 Isu Berniaga di Sekolah

Bidang perniagaan merupakan satu bidang menjanjikan keuntungan yang


lumayan dan agak cepat maka, tidak hairanlah jika segelintir guru pada masa
kini terlibat aktif dalam perniagaan seperti Multi Level Marketing (MLM),
menjual kuih raya, mengambil tempahan pakaian, mengedar barangan
kecantikan dan kesihatan serta pelbagai lagi jenis perniagaan. Dari segi etika
profesion perguruan Malaysia, guru yang terlibat telah melanggar etika berikut
iaitu;

4. Tanggungjawabterhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.

4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
kami sebagai seorang guru.

Kebanyakan guru yang terlibat dalam perniagaan sebegini memberikan


alasan yang pelbagai. Antaranya ialah, kos sara hidup yang tinggi,
merasakan gaji yang diterima belum cukup lumayan dan menambah sumber
pendapatan sedia ada. Alasan sebegini seringkali didengari walhal kerajaan
pada masa kini prihatin mengenai kebajikan guru dengan memberikan elaun-
elaun serta intensif yang berkaitan sebagai pendorong kepada perkhidmatan
yang berkualiti.

Kesan daripada isu ini antaranya ialah, guru hadir ke sekolah demi memenuhi
syarat perkhidmatan dan mengajar demi mencukupkan masa yang
diperuntukkan sahaja. Jiwa dan raga guru berkenaan tidak lagi komited
terhadap tanggungjawab utama seorang guru kerana lebih mengutamakan
agenda lain yang lebih menguntungkan. Selain itu, ibu bapa akan mempunyai
tanggapan yang salah terhadap pihak pengurusan sekolah. Lebih banyak
prasangka buruk serta cemuhan akan dilemparkan kepada guru yang tidak
dedikasi dalam menjalankan tugas dan lebih mengutamakan keuntungan
sendiri.

Anda mungkin juga menyukai