Anda di halaman 1dari 2

Di Malaysia, pendidikan murid berkeperluan khas diletakkan di bawah Jabatan Pendidikan Khas,

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Menurut Jabatan


Pendidikan Khas, kategori kanak-kanak berkeperluan khas terbahagi kepada kanak-kanak
bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran, masalah pembelajaran (keupayaan rendah)
dan pintar cerdas (keupayaan tinggi). Di bawah kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran
pula merangkumi kanak-kanak yang mengalami disleksia, autism, ADHD (Attention Deficit
Hyperactive Disorder), perkembangan lewat dan terencat akal (ringan) (Maklumat Pendidikan
Khas, 2003).

1.2.1 Perkembangan Kanak- Kanak Bermasalah Pendengaran


Perkembangan kanak-kanak bermasalah pendengaran bergantung pada tahap kehilangan
pendengaran dan umur semasa mengalami masalah pekak. Kebiasaanya, kanak-kanak
yang mencapai umur antara 12 hingga 24 bulan mula bercakap dan membentuk
bahasanya sendiri. Namun bagi kanak-kanak bemasalah pendengaran, perkembangan
pertuturan dan bahasanya akan terganggu ataupun lambat. Kelambatan ini mempengaruhi
perkembangan mentalnya. Oleh itu kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai
tiga rangkap kecacatan iaitu disebabkan tidak dapat mendengar, mereka tidak dapat
bertutur dan tidak dapat pula berfikir seperti kanak-kanak normal (Chua 1992). Keadaan
ini akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka terencat. Secara keseluruhannya,
perkembangan kanak-kanak bermasalah pendengaran dapat dilihat dalam aspek berikut:

a. Perkembangan bahasa dan komunikasi


Manusia berkomunikasi melalui mimik muka, sentuhan, gerak tangan, gerakan badan,
mendengar dan bertutur. Kehilangan pendengaran menghalang secara serius
perkembangan berkomunikasi secara mendengar dan bertutur. Tanpa bantuan
daripada pakar pertuturan, kanak-kanak bermasalah pendengaran berkemungkinan
besar mengalami perkembangan yang terbantut dalam kedua-dua kemahiran ini.
b. Perkembangan sosial dan emosi
Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran banyak
bergantung pada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui
kebolehan perkembangan mereka sendiri bagi membolehkan mereka meluahkan
perasaan mereka,kehendak,keperluan dan memahami perasaan orang lain. Masalah
komunikasi mereka memberi kesan ke atas konsep kendiri, kebolehan bermain dan
berkongsi dengan rakan sebaya.
c. Perkembangan kognitif
Perkembangan kognitif merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus dunia
mereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan, dan mengingati maklumat,
klasifikasi benda-benda, mendefinisikan, menerangkan, menilai, membanding,
mengasing, mencipta, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Kelambatan
perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran turut melambatkan
perkembangan kognitif.
d. Perkembangan fizikal dan motor
Perkembangan motor kasar dan motor halus bagi kanak-kanak bermasalah
pendengaran adalah serupa dengan kanak-kanak normal.

1.2.2 Perkembangan Kanak- Kanak Bermasalah Penglihatan

Kanak-kanak tidak mengadu apabila mereka tidak dapat melihat dengan jelas. Ini
mungkin kerana mereka tidak sedar kerana hanya sebelah mata sahaja yang telibat
ataupun mereka menerima keadaan kabur sebagai sesuatu yang normal. Jika tidak
dirawat, masalah penglihatan membawa kepada masalah seperti perkembangan motor,
deria, psiko-sosial dan membawa kepada masalah pembelajaran yang mengakibatkan
pencapaian yang rendah di sekolah. Ia juga dapat menyebabkan kehilangan penglihatan
kekal akibat amblyopia ataupun lazy eyes. Masalah penglihatan dianggap sebagai
masalah utama yang mungkin memberi kesan pada perkembangan kognitif. Ini kerana
masalah ini mengehadkan pengalaman dan memahami pengalaman dalam deria
penglihatan, terutamanya bagi kanak-kanak yang tidak diberi sebarang rangsangan awal.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan dengan bimbingan dan pendidikan, tahap
pemikiran kanak-kanak bermasalah penglihatan adalah setanding dengan kanak-kanak
normal yang sebaya dengannya. Begitu juga dalam aspek perkembangan bahasa. Kanak-
kanak bermasalah penglihatan biasanya dikaitkan dengan kurangnya keyakinan diri dan
interaksi dengan golongan yang dapat melihat dan ini ada hubung kait dengan sikap
mereka yang boleh melihat terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan. Kesannya
adalah bersifat sementara dan dapat diubah apabila kanak-kanak ini menerima layanan
yang baik daripada orang lain. Layanan yang baik tidak bermaksud member layanan
istimewa sehingga kanak-kanak ini merasakan mereka berbeza daripada kanak-kanak
lain. Terutamanya kesamarataan dalam layanan itu.

Anda mungkin juga menyukai