Anda di halaman 1dari 12

Tokoh Pembelajaran Sosial

Dr. Albert Bandura (1925-2012)

Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada, pada 04


Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga
mendapat pendidikan di sana. Semasa di University of British Columbia, beliau
menaiki bas awal kerana terpaksa berebut dengan pelajar jurusan lain
memandangkan kelas pengenalan psikologii adalah satu -satunya kelas yang paling
awal diadakan di universiti tersebut.

Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Lowa dan di sini beliau banyak
dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologi pembelajaran yang
terkenal pada ketika itu.
Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam
jurusan psikologi4. Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologii pada
tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D). Bandura
menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologii klinik pada tahun
1952. Setahun setelah lulus, ia bekerja di Standford University. Beliau banyak
terpengaruh dengan pendekatan teori pembelajaran untuk meneliti tingkah laku
manusia dan tertarik pada nilai eksperimen. .

Beliau kemudiannya berkahwin Virginia Varns, seorang guru di kolej


kejururawatan dan seterusnya pindah di Iowa Kansas selepas menamatkan
pengajiannya. Selain itu, dalam tahun 1952, selepas mendapat gelaran PH.D, Albert
Bandura telah menamatkan praktikum di Wichita Guidance Centre dan seterusnya
dilantik sebagai tenaga pengajar di Universiti Stanford. Pada tahun 1964, Albert
Bandura telah dilantik sebagai profesor dan Seterusnya menerima anugerah
American Psychological Association untuk Distinguished Scientific Contribution,
pada tahun 1980 .
Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan belajar
tentang pengaruh keluarga dengan tingkah laku sosial dan proses identifikasi. Sejak
itu Bandura sudah mula meneliti tentang agresi pembelajaran sosial dan mengambil
Richard Walters, muridnya yang pertama mendapat gelaran doktor sebagai pekerja
di makmalnya. Bagi pendapat Bandura, walaupun prinsip bela jar cukup untuk
menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku, prinsip itu harus
memperhatikan dua fenomena penting yang diabaikan atau ditolak oleh paradigma
behaviorisme.

Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial


Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan
pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman dan evaluasi. Albert Bandura
sebagai ketua APA pada tahun 1974 dan pernah dianugerahi
penghargaan Distinguished Scientist Award pada tahun 1972.Dalam pada tahun
1977, Bandura menerima gelaran Bapa Teori Kognitif untuk sumbangan beliau
dalam penyelidikan psikologi khususnya, untuk teori pembelajaran sosial dalam
bukunya Social Learning Theory.

Semasa bertugas sebagai tenaga pengajar, Beliau sangat disayangi oleh pelajar-
pelajarnya kerana sikap beliau yang ambil berat dan sanggup memberi bantuan
maklumat yang mereka perlukan.

PENGENALAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard
dalam laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa
peniruan(imitation) merupakan hasil proses pembelajaran yang ditiru daripada
orang lain. Proses belajar tersebut oleh Miller dan Dollard dinamakan "Social
Learning" ataupun "Pembelajaran Sosial". Tingkahlaku peniruan (imitative
behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh imiginasi
ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak
menirunya.

Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959,
1963), telah melaksanakan eksperimen lain yang juga berkenaan dengan peniruan.
Hasil eksperimen mereka mendapati, peniruan boleh berlaku hanya melalui
pengamatan terhadap perilaku model (orang yang ditiru) meskipun tanpa sebarang
peneguhan. Proses belajar ini disebut "Observational Learning"atau pembelajaran
melalui pengamatan.Albert Bandura (1971), kemudian menyarankan agar teori
pembelajaran sosial diperbaiki memandangkan teori pembelajaran sosial yang
sebelumnya hanya mementingkan perilaku tanpa memberi pertimbangan terhadap
proses mental seseorang.

Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi


penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui
peneguhan (reinforcement) dan observational learning, cara memandang dan cara
berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu
bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan
peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang
lain (observational opportunity).
Menurut Bandura, proses mengamati dan meniru perlakuan dan sikap orang
lain sebagai model merupakan tindakan belajar Bandura, 1977. Eksperimen beliau
yang terkenal ialah eksperimen patung Bobo., kerana ia melibatkan patung yang
dikenali sebagai Bobo. Eksperimen ini menunjukkan bahawa kanak-kanak meniru
perlakuan agresif dari orang dewasa di sekitarnya,. Perkara yang lebih penting yang
didapati daripada eksperimen ini telah menunjukkan pertalian antara teori-teori
pembelajaran behaviourisme dan kognitif kerana ia merangkumi aspek-aspek
pemerhatian, ingatan dan motivasi

TEORI PEMODELAN BANDURA (1925)


Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6
tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak
keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau
merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan,
peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas
yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan
pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian
atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.

Di dalam eksperimen yang pertama, mereka menggunakan dua kumpulan berikut:


A (KUMPULAN KAJIAN) Kanak-kanak disuruh memerhati
sekumpulan orang dewasa yang
sedang menumbuk, menendang
sebuah patung besar yang dinamakan
Patung Bobo.

B (KUMPULAN KAWALAN) Kanak-kanak tersebut memerhati


sekumpulan orang dewasa bemesra
dengan patung Bobo tersebut.

JADUAL 1 :Eksperimen Pertama

Keduadua kumpulan kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke tempat permainan


yang serupa dengan situasi dengan eksperimen tersebut. Didapati kanak-kanak
kumpulan A bukan sahaja memukul, menumbuk, menendang dan menjerit pada
patung tersebut, bahkan juga menunjukkan tingkah laku yanglebih agresif daripada
tingkah laku orang dewasa yang telah diperhatikan melalui video tersebut.

Sedangkan kanak-kanak kumpulan B tidak menunjukan sebarang tingkah laku


agresif seperti yang terdapat dalam kumpulan A.

Kesimpulannya, didapati bahawa daripada eksperimen yang pertama ini


menunjukkan tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau
pemodelan.

Di dalam eksperimen yang kedua, Bandura dan Walters membahagikan kanak-


kanak dalam tiga kumpulan, iaitu dua kumpulan (A dan B) sebagai kumpulan kajian
dan satu kumpulan (C) sebagai kumpulan kawalan.
A (KUMPULAN KAJIAN) Kanak-kanak memerhati sekumpulan
orang dewasa menumbuk patung
besar, kemudian mendapat hadiah
B (KUMPULAN KAJIAN) Kanak-kanak memerhati sekumpulan
orang dewasa menumbuk patung
besar, kemudian mendapat denda.
C (KUMPULAN KAWALAN) Kanak-kanak disuruh memerhati
sekumpulan orang dewasa bermesra
dengan patung besar.

JADUAL 2 : Eksperimen 2

Selepas pemerhatian, ketiga-tiga kumpulan dibawa ke tempat permainan yang


serupa dengan situasi eksperimen tersebut. Didapati kanak-kanak Kumpulan A
menunjukkan tingkah laku agresif yang berlipat ganda berbanding dengan orang
dewasa yang diperhatikan oleh mereka. Sedangkan, kanak-kanak dari Kumpulan B
dan Kumpulan C tidak menujukan sebarang tingkah laku agresif mereka.

Kesimpulannya, didapati daripada eksperimen yang kedua ini jelas menunjukkan


tingkah laku peniruan atau pemodelan adalah hasil peneguhan.

Bedasarkan rumusan ini, Bandura mengemukakan Teori Pemerhatian untuk


menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teori
pemerhatian Bandura juga dikenali sebagai teori peniruan atau Teori Permodelan.

1. Perhatian Pembelajaran hanya berlaku jika ada tumpuan.


Faktor-faktor yang mempengaruhi
-Ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status, dan hubungan dengan
penerhati.
-Kegunaan dan faedahnya.
-Kemahiran pemerhati

2. Mengingat Pemerhati harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang


Diperhatikan dalam ingatan. Mengikut Bnadura, butir-butir tingkah laku boleh
dikekalkan dalam ingatan dengan menggunakan bahasa dan imiginasi.

3. Reproduksi Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah la


yang ditirunya. Kecekapan mengulangi tingkah laku orang lain. Bergantung kepada
keupayaan fizikal dan kemahiran tiruan motor pemerhati, serta kemahiran mengingat
dengan tepat.

4. Peneguhan/Motivasi -Individu biasanya meniru dan melakukan


semula tingkah laku yang diperhatikan sekiranya ia
mendatangkan kepuasan, peneguhan positif atau ganjaran.
-Pemerhati mungkin tidak akan melakukan semula tingkah laku sekiranya didenda
atau ditegur.
-Jenis-jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan mengikut tingkah laku yang
ditiru ialah:

Peneguhan secara langsung, misalnya pujian.


Peneguhan secara tidak langsung (vicarious reinforcement)., misalnya melihat orang
lain menerima hadiah.
Peneguhan diri (self-reinforcement), iaitu motivasi instristik yang merangkumi proses:

Pemerhatian menetapkan piawai tingkah laku menilai


diri

memperoleh kepuasan diri peneguhan diri.

( Peneguhan diri memerlukan kepunyaan konsep kendiri yang positif, serta


keupayaan manipulasi diri, iaitu self-regulation dalam bahasa Inggeris).

PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran
melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan
peneguhan atau motivasi.

PEMERHATIAN

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita
memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi.
Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak
atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan
sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian
ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan
pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian
kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan
isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang
jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran
dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul.
Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi
tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.

REPRODUKSI

Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila
seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri
atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar.
Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan
bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah
laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar
dan mahir.

PENEGUHAN/MOTIVASI

Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui
pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga
ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh
memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita
mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang
model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian,
mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting
untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah
laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang
pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh
rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.

Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang
ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan
menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik
menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan
kata- kata seperti syabas. Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima
peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan.
Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan
keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program
tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang
akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara-
cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali
untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu
ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam
keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain.
Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising semasa kelas
pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam
kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu
akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh,
Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti
sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan
bermula.

Jenis-Jenis Peniruan/ Permodelan


Eksperimen yang dilakukan oleh Bandura adalah pembentukan sesebuah tingkah
laku boleh berlaku melalui beberapa cara, iaitu:
1. Peniruan Langsung
Kanak-kanak melihat model sendiri atau secara tidak langsung iaitu dengan
menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. contohnya,
kanak-kanak meniru ibu bapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan
dan sebagainya.
2. Peniruan Tak Langsung
Peniruan adalah melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak
langsung (vicarious
Learning) Contoh: meniru watak yang dibaca dalam buku, memerhati
seorang guru
mengajar rakannya.

3. Peniruan Gabungan
Peniruan jenis ini adalah dengan cara menggabung tingkah laku yang
berlainan iaitu
peniruan langsung dan tidak langsung atau kedua-duanya sekali.
Contoh: pelajar meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna
daripada buku
yang dibacanya, kemudian menghasilkannya dalam buku lukisan
tersendiri.

3. Peniruan Sekat Lakuan


Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi
tidak sesuai dalam situasi B.Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi
tertentu sahaja.
contoh: Seorang meniru fesyen pakaian pelakon dalam televisyen, tetapi
disedarinya bahawa tidak memakainya di sekolah.
Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak
melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh murid-murid disebabkan
adanya peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh menyebabkan hukuman jika
amalan itu berlaku.

4. Peniruan tak sekat lakuan


Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi.
Contoh: Murid-murid juga meniru melalui tak sekat lakuan. Ini bermakna murid-
murid akan terus meniru amalan di dalam sesuatu situasi. Contohnya, kalau dia
telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai di dalam kelas
tetapi kali ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid
berkenaan akan bermula menjeritkan jawapan. inilah merupakan peniruan melalui
tak sekatlakuan.

5. Peniruan Melalui Elistasi


Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja
yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana
melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang itu. Contohnya, apabila
melihat seseorang murid membaca buku cerita di dalam kelas, Hassan pun
mengeluarkan buku cerita lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timbul
selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid yang membaca,
kemungkinan keinginan Hassan untuk membaca tidak timbul. Pendek kata, satu-
satu gerak balas seseorang individu hanya timbul setelah memerhati gerak balas
orang lain.

Jenis-jenis Model dalam Peniruan/Permodelan

1. MODEL YANG LEBIH TUA


Peniruan ini berlaku kerana kuasa kebebasan, kekayaan, kehormatan dan
sebagainya yang dinilkmati oleh model tersebut.

2. MODEL YANG BERSTATUS TINGGI


Faktor kuasa dan kekayaan daripada model yang berstatus tinggi mendorongkan
individu dalam kelas sosial rendah meniru.
3. MODEL YANG MEMPUNYAI KECERDASAN TINGGI
Orang yang kurang pintar dan kurang pandai biasanya menyanjung dan memuja
orang yang pintar dan pandai. Oleh itu, secara tidak langsung mereka meniru
tingkah laku model tersebut.
4. MODEL YANG TERKENAL DALAM BIDANG SESUATU KEPAKARAN
Kepakaran model dalam bidang tertentu seperti pakar pendidikan, artis,
sasterawan, ahli psikologi, doktor, profesor dan sebagainya. Mereka kurang mahir di
dalam bidang tersebut berkecenderungan meniru tingkah laku model

Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura,


pemerhati akan meniru setiap tingkahlaku 'model' sekiranya tingkahlaku model
tersebut mempunyai ciri-ciri seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun
populariti yang diminati oleh pemerhati.

Sudah tentu, sebagai seorang guru, kita sewajarnya turut mempunyai sedikit
sebanyak mengenai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Ia secara tidak langsung amat
berkait rapat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara implikasi yang berkait rapat dengan Teori Pembelajaran Sosial terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang pertama ialah sebagai seorang guru, amat
penting bagi kita memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan
mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.

Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh
menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak
murid berkenaan kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak bermoral, melanggar norma-
norma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi dan manipulasi dan
sebagainya.

Kedua, kita sebagai guru perlu memastikan dan berusaha menyediakan


persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Perkara seperti
memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi kepada murid-
murid secara berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik
dalam kalangan murid-murid pada masa kini.
Selain itu, persembahan pengajaran seseorang guru seharusnya tersusun dan dapat
menarik minat dan perhatian murid-murid serta seharusnya dapat dijadikan model
untuk diikuti oleh mereka.

Tambahan lagi, guru mestilah sentiasa bersedia dengan kemahiran komunikasi agar
setiap kali sesi demonstrasi pembelajaran di dalam kelas jelas,dapat difahami dan
dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan tepat. Contohnya, jika guru mengajar
cara-cara untuk menghasilkan lukisan, guru mestilah menerangkan dahulu langkah-
langkahnya agar ia dapat diikuti oleh murid secara mudah.
Di samping itu, guru juga boleh membawa bahan bantu mengajar atau contoh-
contoh yang berkenaan dengan apa yang dipelajari di dalam kelas agar murid dapat
melihat secara terus dan seterusnya lebih memahami dengan apa yang diajar oleh
gurunya.
Guru juga boleh menjemput seorang murid agar menjadi contoh kepada murid lain
berdasarkan kerjanya yang bagus atau pun untuk membuat demonstrasi mengenai
hasil kerja yang dihasilkannya yang terbaik itu.
Guru juga perlu menyemai nilai-nilai murni dan sentiasa menggunakan psikologi
serta simulasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya dilihat dapat
membentuk murid ke arah yang lebih proaktif dan produktif. Contohnya, guru boleh
membuat aktiviti seperti kuiz, teka-teki, bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan
yang mencabar minda kepada murid agar kemahiran kognitif mereka dapat
berkembang secara berterusan. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat berimaginasi
dan seterusnya dapat memikirkan idea-idea baharu dan bernas sesuai dengan
tahap mereka.

APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA DI DALAM BILIK


DARJAH.
Guru sebagai Role Model dan Model Simbolik.

Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif
supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru
hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya.

Modifikasi Tingkah Laku.

Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak
meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah
laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah
menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.

Peniruan Tidak Langsung.

Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar
daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang
harus dipilih dan yang harus ditolak.

Contoh dan hasil kerja yang baik.Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam
kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang
baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan
meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.

Permainan dan simulasi.

Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi
main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main
peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.

Rakan Sebaya sebagai Model.

Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk
menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.Menunjukkan contoh yang baik bagi
sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri
pelajar.
Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying.
Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.
KELEBIHAN TEORI
Teori Bandura lebih lengkap dibandingkan teori belajar sebelumnya karena ia
menekankan bahawa lingkungan dan perilaku seseorang dihubungkan melalui
sistem kognitif orang tersebut. Bandura memandang tingkah laku manusia bukan
semata-mata refleks atas stimulus (S-R bond), melainkan juga akibat reaksi yang
timbul akibat interaksi antara lingkungan dengan skema kognitif manusia itu sendiri.
Pendekatan teori belajar sosial lebih ditekankan pada
perlunya conditioning(pembiasaan merespon) dan imitation (peniruan). Selain itu
pendekatan belajar sosial menekankan pentingnya penelitian empiris dalam
mempelajari perkembangan kanak-kanak. Penelitian ini berfokus pada proses yang
menjelaskan perkembangan kanak-kanak, faktor sosial dan kognitif.

KELEMAHAN/KRITIKAN TEORI ALBERT BANDURA


Teori pembelajaran sosial Albert Bandura sangat sesuai jika diklsaifikasikan dalam
teori behavioristik. Ini kerana, teknik pemodelan albert bandura adalah mengenai
peniruan tingkah laku dan adakalanya cara peniruan tersebut memerlukan
pengulangan dalam mendalami sesuatu yang ditiru.
Selain itu juga, jika manusia belajar atau membentuk tingkahlakunya dengan hanya
melalui peniruan (modeling), sudah pasti terdapat sesetengah individu yang
menggunakan teknik peniruan ini juga akan meniru tingkah laku yang negatif
termasuklah perlakuan yang tidak diterima dalam masyarakat.
KESIMPULAN
Teori ini dikembangkan oleh Albert Bandura seorang pensyarah psikologi pendidikan
dari Stanford Universiti, USA. Teori pembelajaran ini dikembangkan untuk
menjelaskan bagaimana seseorang mengalami pembelajaran dalam persekitaran
yang sebenarnya. Bandura (1977) menghipotesiskan bahawa tingkah laku,
lingkungan dan kejadian-kejadian internal pada pembelajaran yang mempengaruhi
persepsi dan aksi adalah merupakan hubungan yang saling berpengaruh
(interlocking).
Harapan dan nilai mempengaruhi tingkah laku. Tingkah laku sering dievaluasi,
bebas dari timbal balik lingkungan sehingga mengubah kesan-kesan personal.
Tingkah laku mengaktifkan kontingensi lingkungan. Karakteristik fizik seperti ukuran,
dan atribut sosial menumbuhkan reaksi lingkungan yang berbeza.
Pengakuan sosial yang berbeza mempengaruhi konsepsi diri individu. Kontingensi
yang aktif dapat mengubah arah aktiviti. Tingkah laku dihadirkan oleh model. Model
diperhatikan oleh pelajar (ada penguatan oleh model). Tingkah laku (kemampuan
dikod dan disimpan oleh pembelajaran). Pemrosesan kod-kod simbolik Skema
hubungan segitiga antara lingkungan, faktor-faktor personal dan tingkah
laku,(Bandura, 1976).

RUJUKAN
1. Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi, Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh
PHD),Kumpulan Budiman SDN. BHD.
2. PSikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Ketua Sidang
Pengarang Mok Soon Sang,Penerbitan Mutimedia Sdn. Bhd.
3. Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan, Eee Ah Meng, Penerbit Fajar Bkti
Sdn. Bhd.
4. http://www.iyares.com/books/s/?q=teori+pembelajaran+sosial+albert+bandura
5. http://www.scribd.com/doc/7747475/Albert-Bandura
6. http://mabjip.blogspot.com/2009/10/teori-pembelajaran-sosial-bandura.html
7. http://alfaned.blogspot.com/2008/09/bab-2-teori-sosial-bandura.html

Anda mungkin juga menyukai