Anda di halaman 1dari 2

7 Tips Menjawab Sains PT3

1. Jawab soalan aras mudah dan sederhana terlebih dahulu.


Aras mudah dan sederhana adalah soalan nombor 1-10.

2. Sentiasa merujuk markah yang diperuntukkan sebagai panduan setiap kali


menjawab soalan.
Soalan 1 markah memadai dengan jawapan yang ringkas. Soalan 2 markah
memerlukan jawapan beserta alasan atau penerangan.

Contoh:
a) Apakah warna cat yang paling sesuai untuk mengecat dinding
rumah?(1m)

Jawapan: hitam (sudah memadai)

(b) Apakah warna cat yang paling sesuai untuk mengecat dinding
rumah?(1m)

Jawapan: Putih. Warna putih merupakan pemantul haba yang baik/


dapat mengurangkan penyerapan haba

3.Soalan padankan/tandakan ( ) perlu mengikut jumlah markah.


Elakkan memadankan/ menandakanlebih dari markah. Sekiranya 2 markah,
tandakan dua ( ) sahaja untuk mengelakkan kehilangan markah.

4. Kenalpasti kata kunci untuk menjawab soalan perbandingan.


Jawapan mesti mengandungi kata kunci. Gunakan perkataan lebih rendah,
tinggi, besar, kecil, cepat atau lambat. ELAKKAN guna perkataan lebih
sedikit, lebih kurang, lebih bertambah atau lebih berkurang.

Contoh: Bandingkan masa yang diambil oleh cecair A dengan cecair B untuk
mendidih?

Jawapan: Masa yang diambil oleh cecair A untuk mendidih lebih cepat
berbanding cecair B

5.Soalan KBAT (soalan 11-14) memerlukan pelajar memahami prinsip-


prinsip sains dengan baik. Pelajar PERLU mengaplikasikan prinsip atau
konsep sains untuk menjawab dengan baik. Terdapat juga soalan yang mudah
untuk dijawab yang hanya menggunakan logik. Contohnya soalan tentang
kesan-kesan atau langkah-langkah.
6.Elakkan terkeliru dengan beberapa istilah yang digunakan dalam soalan.

Contoh:

a) wajarkan- soalan ini meminta pelajar memberikan pendapat bukannya perlu


menjawab wajar atau tidak wajar.

b) Anda boleh menggunakan gambarajah untuk menerangkan. - Pelajar wajib


melukis gambarajah untuk mengelakkan kehilangan markah.

7. Fokuskan tajuk Tingkatan 2 dan 3. Kebanyakan prinsip dan konsep banyak


terdapat dalam

Anda mungkin juga menyukai