Anda di halaman 1dari 2

Ia dapat disimpulkan secara ringkas bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul-

Nya adalah paling penting yang mesti ada dalam minda setiap yang bernama
muslim lelaki atau perempuan iaitu dengan melakukan apa sahaja yang
diperintahkan dan meninggalkan apa sahaja yang ditegah dengan penuh rasa
pasrah, ikhlas dan bertanggungiawab.
Ia sepertimana yang pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w.
dalam sebuah hadis: "Semua umatku akan masuk syurga melainkan yang
enggan. Para sahabat bertanya siapa yang enggan wahai Rasulullah? Baginda
bersabda: "Sesiapa yang mentaatiku masuk syurga dan yang menentangku
masuk neraka." Hadis sahih riwayat Imam Bukhari (7280) sampai kepada Abu
Hurairah.
Bagi menggalakkan segenap kaum muslimin agar sentiasa dapat
melakukan amalan terbaik dan mengekalkannya khususnya selepas Ramadan,
maka ulama telah menggariskan beberapa amalan yang insya-Allah akan
menjauhkan mereka daripada disentuh api neraka.
1. Banyak menyebut LaIIaha Illallah dengan penuh yakin dan ikhlas kepada
Allah - ini kerana baginda menegaskan bahawa sesiapa yang
menyebutnya dengan ikhlas lahir dari hatinya yang yakin, maka Allah
haramkannya dari disentuh api neraka. Maksud hadis sahih riwayat Imam
Bukhari (128) dan Muslim (32).
2. Berakhlak mulia dan berlembut dalam tindakan - Rasulullah bersabda:
"mahukah aku beritahu kamu, bahawa mereka yang diharamkan daripada
disentuh api neraka ialah yang berakhlak mulia dan berlembut dalam
tindakan sesama makhluk.
3. Bermandi debu kerana berjuang pada jalan Allah maksudnya golongan
yang sanggup berada dalarn jihad menegakkan kebenaran agama Allah
hingga kedua kakinya bergelumang dengan debu ketika bertempur dengan
musuh di meedan peperangan. Sabda baginda: "sesiapa yang kedua
kakinya berdebu kerana berperang pada jalan Allah nescaya dia
diharamkan Allah memasuki neraka." Hadis sahih riwayat Imam Ahmad
(214550).
4. Solat - Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah
haramkan neraka ke atas (dahi-dahi) yang' ada kesan sujud (dalam solat)."
Hadis sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
5. Memelihara dan membiasakan empat rakaat. sebelum dan sesudah Zuhur
- ia berdasarkan hadis baginda yang bermaksud : "Sesiapa yang
memelihara empat rakaat sebelum dan selepas Zuhur, maka Allah
haramkan jasadnya untuk dihumban ke dalam neraka." Hadis sahih
riwayat Imam Tirmizi sampai kepada Ummu Habibah.
6. Tauhid dan zikrullah menjelang kematian - Sabda Nabi s.a.w. yang
bermaksud: "Sesiapa yang berkata - Lallaha lllallah, Wallahu Akbar,
maka allah berkata kepadanya benarlah hamba-Ku ini kerana Tiada Tuhan
melainkan Aku dan Akulah Yang Maha Besar." Sabda baginda lagi:
"Sesiapa yang berkata dengan perkataan itu, maka dia diberi rezki untuk
mati (dalam kebenaran), maka jasadnya tidak akan disentuh oleh api
neraka." Hadis sahih riwayat Imam Bukhari (713).
7. Tangisan kerana takut kepada Allah dan berjihad pada jalan-Nya - Sabda
baginda s.a.w.: "Dua biji mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka -
iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang celik
kerana berjaga-jaga ketika berjuang pada jalan Allah." Hadis sahih Imam
Tirmizi (1639) sampai kepada Ibnu Abbas.
8. Memelihara pandangan mata - Sabda baginda s.a.w.: "Tiga jenis mata
yang tidak akan disentuh api neraka - iaitu mata yang celik kerana
berjaga-jaga ketika berjuang pada jalan Allah, mata yang menangis kerana
takut kepada Allah dan mata yang terpelihara daripada melihat perkara
yang diharamkan Allah SWT." Hadis sahih riwayat at-Tabarani daripada
Bahaz Bin Hakim dari bapanya dari datuknya.
9. Sabar di atas kematian anak sabda baginda: "Sesiapa yang
menkebumikan tiga orang anaknya dan bersabar, maka Allah haramkan
jasadnya daripada disentuh oleh api neraka." Hadis sahih riwayat at-
Tabarani daripada Waelah.
Adakah dosa-dosa besar akan menghapuskan amalan-amalan baik yang
pernah dilakukan oleh seseorang itu di dunia?
Seperti yang sabit dalam al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah s.a.w.
bahawa maksiat dan dosa-dosa besar tidak akan menghapuskan amalan -amalan
dan kebaikan muslim semuanya melainkan dia terbabit dalam perkara kufur dan
syirik kepada Allah SWT.
Dalam kitab Majmu'al- Fatawa yang menyebut bahawa para sahabat dan
imam-imam Ahli Sunnah wal Jamaah berpendapat bahawa mereka yang pernah
melakukan dosa-dosa besar satu hari nanti akan tetap keluar juga daripada
neraka (disiksa terlebih dahulu mengikut kadar keiahatan mereka pada satu
tempoh yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaia), kemudian selepas itu
mereka akan disyafaatkan, satu dosa besar tidak akan menghapuskan seluruh
amalan dan kebaikan yang pernah dilakukan oleh mereka jika pernah mereka
bertaubat.

Anda mungkin juga menyukai