Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan

masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau

sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan

kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting

kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh

memilih untuk tidak mempunyai pemimpin.

Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada

prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik

harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin

serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah

untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998).

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang

yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua

Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan

sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah

Wati Halim & Iran Herman, (1997).

Selain itu, pemimpin juga membawa maksud seorang daripadanya cuba membimbing

dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Apabila seseorang itu

berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di

dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu

kuasa yang ada pada seseorang itu.

Seperti mana yang umum ketahui sejak dari awal kajian dibuat tentang sains

pengurusan, terdapat beberapa pendekatan yang digariskan dalam membuat penilaian ke atas
ciri-ciri pemimpin. Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan

keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis

inilah maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan

yang lain".

Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya Asas Pentadbiran Pendidikan, beliau

menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh

seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam

organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa

individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi

kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal

menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan

tersendirinya. (Dr Robiah Sidin (1988).

2.0 CIRI-CIRI PERSONALITI YANG DIKAITKAN DENGAN SEORANG PEMIMPIN

Terdapat beberapa personaliti yang sering dikaitka dengan seorang pemimpin. Personaliti

berikut ialah;

Keyakinan kendiri

Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan pertimbangan, keupayaan

dan kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan

berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang berkeyakinan lebih

berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri.

Bertanggungjawab
Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh hati-hati

dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan

seseorang pemimpin.

Penyesuaian

Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik, dan

kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih

berkesan mberbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan

tertekan

Suka bergaul/ramah

Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan kerana orang yang

suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-

orang dalam organisasinya.

Dapat diterima

Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan sopan. Orang seperti ini

mudah bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang yang sukar diterima, biasanya

tidak sabar, muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan orang lain.

Berorientasi Pencapaian

Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan tugas dengan jayanya kerana

individu ini akan hanya berasa puas jika ia beroleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung

bekerja keras, bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendah orientasi

pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia ada, dan pasif

serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran ekstrinsik.

3.0 CIRI-CIRI YANG BAIK MENGIKUT PADANGAN TOKOH TERKEMUKA


Mengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa seorang

pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam

organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan

berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga menurut Al Mawardi

perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu mempunyai ilmu agama yang

tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi secara tidak langsung dapat

mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan perkara yang mungkar dan seorang

pemimpin juga perlu mempunyai anggota badan yang sempurna supaya boleh menguruskan

pekerjaannya dengan sempurna. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).

Manakala menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang pemimpin perlulah seorang yang

hidupnya dengan cara sederna tidak terlalu membazir dengan harta yang dimiliki olehnya.

Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang tanpa merungut dengan

pekerjaan yang dilakukanna. Dia juga harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak

melanggar undang-undang dan peraturan. Seorang pemimpin juga menurut Imam Al-Ghazali

perlulah mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab besar jawatannya. Seorang

pemimpin juga perlulah seorang yang suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar

arahan para ilmuan tersebut. Hal ini keran supaya seorang pemimpin tersebut tidak

melanggar undang-undang yang telah digariskan dalam Islam ataupun tidak terpesong

daripada landasan agama Islam yang telah ditetapkan oleh syarak. (Ahmad Ibrahim Abu Sin,

(1991).

Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli menyatakan bahawa

seorang pemimpin perlulah mempunyai sifat kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri.

Tanpa sifat kesungguhan dan keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah

organisasi tidak akan berjalan dengan baik. Begitu juga dengan kecerdasan yang terlalu tinggi
atau kecerdasan yang terlalu rendah akan mengurangkan keberkesanan memimpin. (Mustafa

Hj. Daud, (1996).

Selain itu, menurut pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph M. Stogdill, seorang

pemimpin perlulah bersifat kecerdasan dan kemampuan juga bijak, matang, mempunyai harta

sebagai modal supaya seorang pemimpin tersebut dapat menguruskan organisasinya dengan

baik. Seorang pemimpin juga perlu adanya sifat sosial iaitu dimana mempunyai daya

kerjasama, kemampuan berkomunikasi dan berkebolehan untuk bermasyarakat. (Mustafa Hj.

Daud, (1996).

Selain itu, seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian iaitu dimana

berkebolehan, agresif dan berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas sebagai seorang

pemimpin. (Mustafa Hj. Daud, (1996).

4.0 PERANAN PEMIMPIN

Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Pemimpin

dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat membantu

organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. Oleh itu jelas

seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara serentak. Peranan-peranan berikut

adalah seperti;

4.1 Sumber rujukan: pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea kepada ahli-ahli

apabila diperlukan. Oleh itu pemimpin harus luas pembacaannya, sentiasa mengikuti

perkembangan, mempunyai hubungan yang luas, banyak pengalaman dan rajin belajar

4.2 Model: sebagai model atau contoh, pemimpin memperlihatkan sifat-sifat, tingkah laku dan

kebolehan yang boleh diteladani.


4.3 Pendorong: pemimpin juga harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan rakan-

rakan sepimpinannya untuk membangun diri, meningkatkan komitmen dan terus gigih

memberikan khidmat serta subangan untuk kebaikan bersama.

4.4 Pembimbing: selaku pembimbing pemimpin turut mendidik, menyokong dan membolehkan

ahli berperanan dengan aktif. Belajar memahami potensi dan bakat, minat dan

kecenderungan, serta kekuatan dan kelemahan ahli dan membantu mereka untuk menjadi ahli

yang aktif dan menyumbang

4.5 Jurucakap/jurubicara: peranan ini menyerupai peranan pegawai perhubungan awam. Iaitu

berperanan sebagai jurucakap atau wakil organisasi dalam perhubungan dengan pihak-pihak

luar.

4.6 Orang tengah: jika berlaku perbezaan pendapat, konflik antara ahli-ahli pemimpin berperanan

sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. Bersikap adil dan tidak condong(bias)

kepada mana-mana pihak.

Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu keadaan tertentu

pemimpin juga turut berperanan sebagai pakar (berdasarkan kemahiran dan pengelaman yang

dimilikinya) guru, penyelaras, mentor, kaunselor, ideologi, penilai dan sebagainya.

5.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN YANG HARUS DIMILIKI PEMIMPIN

Setiap pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dan beberapa kemahiran asas, lebih-lebih

lagi yang berkaitan dengan tugasnya dalam sesebuah organisasi. Pengetahuan dan kemahiran

yang dimaksudkan ialah pelbagai dan antaranya ialah;

1) Bekerja Dengan Orang. Boleh berhubung dan bekerja dengan orang, berbincang, mendengar

pandangan, merangsang ahli-ahli, menggalakkan ahli mengambil inisiatif dan menyerlahkan

bakat dan potensi mereka.


2) Kebolehan Menganalisis. Kemampuan memahami dan menghuraikan sesuatu isu/persoalan

dari pelbagai sudut serta merumusnya. Dapat berfikir dengan menggunakan berbagai-bagai

teknik(kreatif/kritikal/lateral)

3) Pengorganisasian/Penyusunan/Penggemblengan Tenaga. Memahami bagaimana organisasi

beroperasi, cara-cara yang sesuai dan berkesan untuk menggerakkan tenaga-tenaga di dalam

pertubuhan serta mendapatkan sokongan masyarakat.

4) Komunikasi. Dapat menyampaikan sesuatu denganbaik, berhujah dengan meyakinkan dan

merangsang ahli.

5) Penggunaan Sumber. Tahu tentang kewujudan pelbagai sumber di dalam dan di sekitar

organisas (individu, kumpulan,budaya,agama), sedar tentang pelbagai institusi dan

pertubuhan di sekeliling dan dapat bekerjasama dengan mereka.

6) Mesyuarat. Menguruskan mesyuarat dengan berkesan.

7) Penulisan. Boleh menulis ucapan, kenyataan media, menyediakan cadangan dan laporan.

8) Kewangan. Tahu bagaimana mendapatkan wang yang diperlukan pertubuhan, merangka

belanjawan dan menguruskan dana.

9) Kajian/Penyelidikan. Tahu bagaimana melakukan penyelidikan asas, faham kegunaan

maklumat dan bagaimana mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

10) Isu. Dapat mengenal pasti isu-isu penting dan dapat menilai potensi sesuatu isu bagi

kepentingan organisasi.

11) Latihan. Tahu akan keperluanlatihan-latihan untuk organisasi dan dapat mengendalikan

latihan.

12) Penggunaan Teknologi. Tahu menggunakan teknologi yang sesuai dan terkini bagi

memudahkan kerja.

13) Alat-alat Komunikasi. Pandai menggunakan alat-alat komunikasi yang asas untuk pelbagai

tugasan seperti internet, persidangan media, pembinaan kontrak dan lln.


Walaupun kemahiran-kemahiran yang dinyatakan agak banyak, ini tidak bererti seseorang

pemimpin itu harus menguasainya. Namun mereka harus berusaha menguasainya untuk

kepentingan bersama terutamanya diri sendiri. Dalam pada itu pemimpin juga seharusnya

berkemahiran mengangihkan sesuatu tugas, peranan dan bidang kerja tertentu kepada ahli-

ahlinya.

6.0 PENUTUP

Kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir,

merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus

mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus

menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan

kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat

masa depan.

Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin

yang baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran

yang berterusan, sikap cintakan ilmu, penguasaan pelbagai kemahiran, disiplin diri yang

tinggi, kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya. Natijahnya seorang

pemimpin organisasi yang baik bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang

tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan

berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.

7.0 RUJUKAN

Aminudin Moh. Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alias Mohamed. (1984). Kepimpinan, demokrasi dan tradisi. Kuala Lumpur: AMW

Comunications Management.
Azizan Bahari. (2009). Menjadi pemimpin. Petaling Jaya: Qarya Sdn. Bhd.

Dr Robiah Sidin (1988). Asas Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa & Putaka.

Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997). Hubungan Nilai Kerja, Prestasi Kerja dan Kualiti

Kehidupan Bekerja di Kalangan Pekerja Sektor Awam & Swasta. Jurnal Psikologi Manusia.

Bil 11:97-114

Mustafa Hj. Daud. (1996). Pemimpin Mengikut Pandangan Tokoh Barat, (Terjemahan),

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Mohamad. (1998). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan

Distributian and Publication.

Anda mungkin juga menyukai