Anda di halaman 1dari 3

TARIKH : 23 April 2014

MASA : 02.30 petang 04.30 petang

HARI : Rabu

TEMPAT : Balai Kerapatan (Slot 4)

PESERTA : 400 orang siswa pendidik

PENCERAMAH : Siswa Siswi Pendidik

Tajuk : Ceramah Pembentangan Program Masyarakat Penyayang.

Satu ceramah moral telah diadakan di balai kerapatan pada jam 2.30 petang singga
4.30 petang pada 23 April 2014. Ini merupakan ceramah moral yang dilangsungkan pada kali
keempat sepanjang semester ini. Pn. Rajam telah menjadi penceramah dalam slot moral kali
ini dari Unit Pengajian Tamil.

Tajuk yang difokuskan pada kali ini ialah Pembentangan Program Masyarakat
Penyayang Tujuan slot moral ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap nilai moral yang
patut ada pada seorang semua siswa pendidik IPRM bukan Islam dan juga menggalakkan
pelajar meyumbang diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Ia juga menggalakan semua guru
pelatih dapat menyesuaikan diri mereka semasa berhadapan dengan pelbagai masalah.
Seramai 3 Unit telah membentangkan hasil mereka iaitu dari unit PISMP Pendidikan jasmani
Sem 2, Unit Pemulihan PISMP sem 1 dan juga unit Bahasa Tamil 2 PISMP sem 5.

Siswa pendidik juga menyatakan bahawa mereka telah menjalankan program ini dalam
IPG dan juga di luar IPG. Selain itu, mereka juga megatakan bahaa mereka telah mendapat
banyak idea bagaimana menjaga alam dengan bersih kerana antara salah satu unit telah
menjalankan program gotong-royong di sekitar Kuil Batu Gaves Di Kuala Lumpur selepas
Thaipusam. Bagi siswa pendidik unit PJ pula melaksanakan program mengubahsuaikan papan
kenyataan di Unit Pengajian Tamil. Selama 2 hari mereka mengambil masa untuk menyiapkan
papan kenyataan tersebut. Apabila membentangan oleh unit pj ramai dalam kalangan
menyatakan bahawa mereka minat dengan hasil yang dihasilkannya.
Bagi unit semester 6 pula melaksanakan program taladduthee vanam, iaitu telah
dikendalikan oleh dua orang pengacara radio MInnal FM. Tujuan unit ini Melaksanakan program
ini adalah untuk memberi peluang kepada siswa pendidik bagi meluahkan kepandaian mereka
@ bakat mereka dalam pelbagai aspek. Kami sangat seronok sepanjag program ini.

Akhir sekali, saya berharap penekanan terhadap sesuatu masalah harus dikendalikan
dengan cara yang baik bagi menyatupadukan perpaduan antara satu sama lain. Selain itu
sebagai warga pendidik jita haruslah peka terhadap isu-isu yang semasa dalam negara kita.

p/s: gambar-gambar boleh dirujuk pada lampiran di belakang

disediakan oleh, 14 Mac 2014

______________

(KATHIRESAN A/L MOORTHY)

EXCO KEROHANIAN DAN MORAL @ DISIPLIN,

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR


LAPORAN KEHADIRAN

Dalam ceramah sesi moral ini, kehadiran semua rguru pelatih dari keseluruhan adalah
mmuaskan berbandinbg dengan sebelumnya. Jumlah keseluruhan guru pelatih non-mislim
adalah seramai 400 orang. Dengan ini, jumlah guru pelatih yang hadir adalah tidak kurang
daripada 254 orang. Dua unit telah membuat pengecualian uliah kerana mereka telah
melibatkan diri dalam membuat props untuk drama bahasa inggeris seramai 50 orang guru
pelatih.

Terdapat beberapa unit tidak dapat mek\libatkan diri dalam slot moral kerana terlibat
dengan program tertentu. Unit-unit yang terlibat adlah seperti berikut:

Bahasa tamil 1 dan 2 terlibat dengan program expo kraftangan di Kuala Lumpur
seramai 53 orang guru pelatih.
Pendidikan jasmani dan pendidikan muzik sem 1 pergi ke BIG di Pusat sains
Marin di Port Diokson seramai 40 orang.
PJ/SK dan PJ/SJKT telah pergi ke kolam renang untuk kelas renang seperti
mana yang sedia ada dalam jadual seramai 30 oram\ng guru pelatih.
Unit matematik ada kelas bersama pensyarah seperti mana ada dalam jadual
seramai 19 orang guru pelatih.

Seramai 142 orang guru peatih tidak menghadiri ke slot moral kerana ada sebab yang
munasabah da nada juga unit yang telah melibatkan diri dalam program BIG peringkat kampus.
Dengan ini buki kehadiran telah disertakan dalam lampiran. Sekian sahaja terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai