Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN SAJAK KEMERDEKAAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN

KEMERDEKAAN PERINGKAT IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Sambutan bulan kemerdekaan ini telah dikelolakan oleh Exco Kesenian dan
kebudayaan. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan bertema Malaysiaku,
Tanah tumpahnya darahku. Oleh yang demikian, exco-exco lain dilantik sebagai AJK
pertandingan bagi membantu Exco kesenian dan kebudayaan.

Exco perhubungan luar dan domestik telah dilantik sebagia AJK sajak. Kami
diminta untuk menyediakan borang penyertaan dan juga syarat serta peraturan
pertandingan. Kami memutuskan untuk menjalankan pertandingan mencipta sajak
sahaja. Kesemua peserta perlu menghantar karya mereka kepada kami sebelum
diserahkan kepada panel penilai untuk membuat keputusan.

Sambutan terhadap pertandingan ini agak kurang berbanding pertandingan


lain. Namun begitu, pertandingan ini berjaya dijalankan dengan jayanya.

Yang menjalankan tugas,

EXCO PERHUBUNGAN DOMESTIC DAN ANTARABANGSA,


JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR,
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR.
Laporan Lawatan Penanda Arasan JPP Ke Zon Utara

Lawatan penanda arasan ini telah berlangsung pada 3 hingga 6 oktober


dengan melibatkan 3 buah IPG zon utara iaitu IPG kampus Pulau Pinang, IPG
kampus Tuanku Bainun dan IPG kampus Sultan Abdul Halim. Lawatan ini disertai
oleh 24 orang JPP, 3 orang ketua blok, 2 orang wakil SPR IPG dan seorang wakil
RIM dengan diiringi oleh 4 orang pensyarah penasihat.

Rombongan kami telah disambut baik oleh ketiga-tiga IPG tersebut dan telah
diberi layanan yang sangat istimewa. Kami telah bertukar-tukar pendapat dan buah
fikiran sesama kami bagi melonjakkan mutu perkhidmatan JPP di kampus ini. Kami
telah menimba banyak pengetahuan baru yang boleh digunapakai di masa akan
datang. Lawatan ini juga telah merapatkan hubungan diantara JPP IPG Raja
Melewar dgn JPP kampus-kampus yang terlibat. Hubungan silaturrahim antara
peserta juga bertambah erat.

Diharapkan pada masa akan datang, program seumpama ini dapat dianjurkan
lagi bagi menambahkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai