Anda di halaman 1dari 40

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

59200 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
MATEMATIK AMBILAN NOVEMBER 2008
SEMESTER 8

TUGASAN
PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN UNTUK MEMARTABATKAN PROFESYEN
KEGURUAN KE ARAH MENGINOVASIKAN KUALITI PENDIDIKAN UNTUK
MENJAYAKAN WAWASAN PENDIDIKAN NEGARA

EDU 3109
GURU DAN CABARAN SEMASA

NAMA

: ANNAKKELI A/P SONAMUTHU

NOMBOR INDEX

: 2008212360052

TARIKH SERAHAN

: 29.06.2012

NAMA PENSYARAH : DR.RAJAGOPAL A/L PONNUSAMY


ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan
2. Definisi Etika
3.0 Tatasusila profesion perguruan
4.0 Etika Guru Muslim
5.0 Ciri-ciri guru yang berkesan
6.0 Program pendidikan guru
7.0 Isu-isu berbangkit
8.0 Cadangan
9.0 Penutup

1. Pengenalan
Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlah
semudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkitek
sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar memberi
pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk
merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru
kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan
dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.

Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itu
mereka perlu berjiwa besar. Bukan sembarangan orang layak menjadi guru. Hanya
mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti
untuk menjadi guru. Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadar
secara luarannya sahaja, sebaliknya sifat keguruan itu perlu mendarah daging.

Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial, politik
dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya
disalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang perlu
diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.

Falsafah Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelas mengenai

jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan
harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor
perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi
memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani
cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh
terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar
lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.
Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh, seseorang guru haruslah
mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang
menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilah
masyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru
telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapat
membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar
dewasa ini.
2.0 DEFINISI ETIKA
Etika berasal dari perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat, watak,
kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakala ethikos pula ialah
tatasusila, beradab atau kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001),
etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang
mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau
fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan
atau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu,

bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, Ismail


Ibrahim (1995) menyebut, etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik dan buruk
berkaitan perilaku seseorang. Etika juga merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji
tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang
betul. Oleh itu etika memperkatakan tentang apa yang betul dan salah, perbuatan yang
baik dan buruk, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, yang patut dan tidak
patut serta yang berkaitan dengan tanggungjawab. Tegasnya, etika adalah sains
perlakuan atau behavioral science yang mengkaji tentang perlakuan manuisa dalam
masyarakat, membuat tafsiran mengenai tingkahlaku mereka dan memberi panduan
cara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan kepada piawaian etika atau moral
manusia serta masyarakatnya.
Menurut Martin [1993], etika didefinisikan sebagai "the discipline which can act as the
performance index or reference for our control system". Oleh demikian, etika akan
memberikan batasan ataupun standard yang akan mengatur pergaulan manusia
didalam kelompok sosialnya. Dalam pengertiannya yang secara khusus dikaitkan
dengan seni pergaulan manusia, etika ini kemudian dirupakan dalam bentuk aturan
(code) tertulis yang secara sistematik dibuat berdasarkan prinsip-prinsip moral yang
ada, dan pada saat yang diperlukan akan berfungsi sebagai alat untuk mengadili segala
tindakan yang secara logika-rasional umum (common sense) dinilai menyimpang dari
kode etik Dengan demikian etika adalah refleksi dari apa yang disebut dengan "self
control", kerana segalanya dibuat dan diterapkan untuk kepentingan sosial (profesi) itu
sendiri.
Selain dari itu, kerana kelompok profesional merupakan kelompok yang berkemahiran

yang diperolehi melalui proses pendidikan dan latihan yang berkualiti dan mempunyai
standard tinggi yang dalam menerapkan semua kemahirannya yang tinggi itu hanya
dapat dinilai dari dalam oleh rakan sejawat, sesama sendiri. Kehadiran organisasi
profesion dengan perangkat "built-in mechanism" berupa kode etik profesi dalam hal ini
jelas akan diperlukan untuk menjaga martabat serta kehormatan profesi, dan disisi lain
melindungi masyarakat dari segala bentuk penyimpangan maupun penyalah-gunaan
keahlian (Wignjosoebroto, 1999).
Oleh kerana itu dapatlah disimpulkan bahwa sebuah profesi hanya dapat memperoleh
kepercayaan dari masyarakat, apabila dalam diri para elit profesional tersebut ada
kesadaran kuat untuk mengindahkan etika profesi bila mereka ingin memberikan jasa
kepada masyarakat yang memerlukannya. Tanpa etika profesi, apa yang semula
dikenal sebagai sebuah profesi yang terhormat akan jatuh menjadi sebuah pekerjaan
pencarian nafkah biasa yang sedikitpun tidak diwarnai dengan nilai-nilai idealisme dan
ujung-ujungnya akan berakhir dengan tidak-ada lagi respek maupun kepercayaan yang
diberikan kepada para golongan profesional ini.

2.1 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia


Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Pengerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan

Berdisiplin dan beradab


Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
2.2 NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
(KPM)
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ihklas
Penyayang

3.0 TATASUSILA PROFESION PERGURUAN


Tatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau kod-kod
tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagai
pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagikan kepada
empat bidang tanggungjawab termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara
dan juga rakan sejawat dan profesionnya sendiri.

3.1 Tanggungjawab terhadap pelajar


Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam
matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
3.2 Tanggungjawab terhadap ibu bapa
Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
Menganggap semua makumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh

menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

3.3 Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara


Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan
Rukun Negara.
Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawanan masyarakat.
Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

3.4 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan


Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau

berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.


Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.
Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu
dalam profesion perguruan.
Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan
pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,
termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan
pendidikan.

4.0 Etika Guru Muslim


Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh
berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh
diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh
khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan .
Antara yang boleh dirumuskan ialah:
4.1 Tanggungjawab Terhadap Allah Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti

berikut:
Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada
Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.
Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi
amalan harian.
Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.
Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan
berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.
Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan
menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya
dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.

4.2 Tanggungjawab Terhadap Diri


Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek
fizikal, emosional, mental mahupun moral.
Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan
dari segenap aspek.
Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak
mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.
Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti
profesion sebagai seorang guru.

4.3 Tanggungjawab Terhadap Ilmu


Guru muslim hendaklah :
Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.
Beriltizam dengan amanah ilmiah.
Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang
berkaitan.
Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi
spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.
Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan
umat manusia sejagat.

4.4 Tanggungjawab terhadap Profesion


Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan
sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan.
Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan
jujur.
Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para

pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan


masyarakat, persatuan atau persendirian.
Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira
bangsa, agama atau kepercayaan.
Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah
laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar
tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal
keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan
memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya
cipta dan rohani.
Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai
diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat awam atau negara.
Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap
pelajar.
Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti
sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap
para pelajarnya.
Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau
ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan caracara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

4.5 Tanggungjawab Terhadap Pelajar


Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari
hal-hal lain.
Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan

contoh yang baik kepada pelajar.


. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam matamata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

4.6 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat


Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau
ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau
ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan.
Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

4.7 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara


Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan
dengan Rukunegara.
Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan

membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan
dan kecendikiawanan masyarakat.
Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan harian dengan baik.
4.8 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada
sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang


boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan membantu
keberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini mungkin
kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud perkataan
tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak
matlamat yang digariskan.
5.0 CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN

Perbincangan mengenai ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly effective)
boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:
Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan.
Ciri mengajar yang memberikan hasil.
Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.
1. Ciri Peribadi: seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga seorang yang
'asyik' dalam pekerjaannya. Kedua , ianya bersikap positif dan 'real' yakni yakin dalam
apa pun yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan' biar pun pahit untuk
ditelan. Ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin'; di samping mengajar ia juga
membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan
siapa sahaja.
2. Ciri Mengajar: seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek 'dengannya'
("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mesti
buat. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan

persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memiliki
kepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Ciri Intelektual: seorang yang suka 'membaca buku', dan mempunyai 'mental life'
yang segar, berkembang dan bersifat self-actualization dengan minda yang sihat dan
terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh
(banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang
banyak.
Falsafah Pendidikan Negara (PPN) memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis
manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni
dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor
perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi
memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani
cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh
terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar
lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.
6.0 PROGRAM PENDIDIKAN GURU
Program pendidikan guru ialah satu program latihan praktik dan sistematik berasaskan
sekolah yang bersifat "developmental". Program ini membolehkan guru pelatih
membina, menguasai, dan mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru
permulaan yang berkesan.
Namun begitu, kualiti pengajaran dan pembelajaran sesebuah sekolah banyak
bergantung kepada kualiti gurunya. Kelayakan dan keprofesionalan guru menentukan
kualiti program. Mack (1975) mengatakan ciri-ciri personaliti guru dan setakat mana

latihan profesionali yang dimiliki adalah menyumbang kepada kebolehannya. Ciri-ciri


personaliti guru termasuklah: mempunyai kematangan, menghormati pelajar dan ibu
bapa, berkeyakinan, fleksibel, suka belajar, perawakan baik, fizikal yang sesuai,
beretika dan mempunyai latihan yang cukup. Guru-guru perlu mendapat latihan
professional untuk memahami bagaimana murid-murid berkembang dan belajar.

Guru yang berkualiti dilihat dari segi hubungan erat yang berjaya diwujudkan dengan
pelajar, kemampuannya mengembangkan program dan merancang aktiviti,
kejayaannya mewujudkan komunikasi yang baik dengan ibu bapa dan rakan sejawat
yang lain dan kemahirannya dalam pentadbiran dan perkembangan professional.Guru
yang baik ialah guru yang efektif. Guru yang efektif merupakan guru yang berkemahiran
serta dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Kemahiran yang ada pada guru
tidak lahir begitu sahaja. Ia perlu dipupuk dan dibajai melalui latihan yang sistematik
sebelum melibatkan diri di dalam profesion perguruan. Latihan adalah penting bagi
seseorang guru sekolah bagi mencapai kemahiran, kecekapan serta keberkesanan di
dalam perlaksanaan tugas. Sebagaimana apa yang dinyatakan oleh Yu- Wei Lin dan
Spodek (1992) iaitu latihan berfungsi meningkatkan kualiti pengajaran guru sekolah.

Walau bagaimanapun selain latihan yang diikuti minat yang mendalam terhadap kerjaya
juga membantu keberkesanan pengajaran seseorang guru prasekolah. Motivasi juga
merupakan faktor penting yang boleh meningkatkan kualiti guru-guru prasekolah kerana
ia akan menaikkan semangat untuk berusaha dan mencapai matlamat yang hendak

dicapai.
Penglibatan sekolah dalam melaksanakan program ini dapat mewujudkan jalinan
hubungan kerjasama antara Universiti dan sekolah, memupuk rasa tanggungjawab
bersama, rasa kesepunyaan (ownership) dan mengukuhkan konsep "partnership" bagi
membantu perkembangan profesionalisme.
Dalam melaksanakan program pendidikan guru ini, bimbingan dan latihan lebih
diutamakan daripada penilaian. Jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta
kepakaran antara Universiti dan sekolah, yang menjadi teras pelaksanaan praktikum
dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan ikhtisas
guru pelatih.
Komponen utama yang perlu ada dalam program pendidikan guru ialah:
(a)pengajaran dan pengalaman di bilik darjah,(b)pengajaran dan pengalaman luar bilik
darjah, dan(c)pembentukan ciri sahsiah yang sesuai dengan profesion keguruan.
6.1 Objektif Program Pendidikan Guru
Program pendidikan guru memberi peluang kepada guru pelatih mengenal secara lebih
dekat peranan dan fungsi guru dan pengelolaan serta pengurusan sebenar bilik darjah.
Secara khusus, program ini memberi peluang kepada guru pelatih belajar:
tentang tugas dan tanggungjawab asas keguruan.
mengenal pasti dan memahami murid-murid yang mempunyai perbezaan individu dan
merancang persediaan pengajaran bagi memenuhi keperluan individu tersebut.
mengamal dan mencuba kaedah pengajaran mata pelajaran serta menilai kerja murid
seperti yang telah dipelajari di dalam kursus.
menilai kelebihan dan kelemahan kesan-kesan pengajaran dan pembelajaran.

prosedur dan teknik pengelolaan kurikulum dan kokurikulum


mempraktikkan etika keguruan.
sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah.
mengamalkan, mengubah suai dan mencuba teori-teori dan metodologi pengajaran
berasaskan keseluruhan ilmu keguruan dan disiplin pengkhususan.
menganalisis perbezaan-perbezaan pelajar dan menghubungkan isu-isu disiplin dan
gerak laku serta berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.
membina daya usaha, kreativiti, kepekaan dan keyakinan diri serta sikap yang lebih
positif dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.
mengalami proses sosialisasi di dalam masyarakat sekolah supaya dapat berfungsi
secara positif dalam bidang perguruan.
melibatkan diri secara aktif dalam pengelolaan kokurikulum sekolah dan mencuba
pendekatan-pendekatan yang sesuai dan inovatif.

6.2 Guru Sebagai Penyelidik


Penyelidikan dalam konteks globalisasi ini menekankan kepada pembentukan satu
budaya kolaboratif, kerjasama, perkongsian dan penyayang dalam masyarakat. Di
samping itu, penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan menimbulkan
sense of ownership di kalangan semua pihak guruyang terlibat dalam penyelidikan
tersebut. Setiap pihak yang terlibat akan lebih terbuka dalam memberikan kerjasama
dan maklumat yang diperlukan. Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru
memerlukan trdisi penyelidikan yang sesuai dengan teori dan amalan mereka yang
dapat menyumbang terhadap peningkatan kepada kemahiran menyelesaikan masalah.

Satu tradisi penyelidikan yang berkembang dalam kemasyarakatan perlu di cuba dan di
bangunkan. Organisasi, firma dan kilang-kilang, tempat kerja, rumahtangga dan
sekolah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori sosial dan
kemasyarakatan. Perwakilan seperti NGO, key personal, wakil dari organisasi, suri
rumah, ketua tempat kediaman, adalah sebenarnya dikelilingi oleh sumber-sumber dan
bahan yang kaya yang boleh dijadikan bahan penyelidikan.
Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendaklah merealisasikan aspirasi
negara mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.
Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas utama masyarakat. Pendidikan
menjalankan penyelidikan perlu diberi kapada gurusupaya aspirasi negara untuk
membina insan yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbena secara intrinsik.

Donald Schon (1983) yang menyarankan perubahan amalan gurudari berbentuk


technical rationality kepada reflective rationality yang menekankan amalan refleksi
sebagai asas perkembangan profesional.Schon mengemukakan konsep reflection-inaction dan knowing-in-action sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk
perkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional. Konsep reflection-inaction dan knowing-in-action membawa maksud refleksi yang dilakukan semasa
seseorang itu melakukan sesuatu untuk mempastikan apa yang dilakukan itu berkesan
ataupun mungkin persepsi yang baru diperolehi bagi membaiki amalan. Keadaan ini
banyak berlaku semasa guru mengajar misalnya guru sentiasa (sama ada secara sedar
atau tidak) membuat refleksi ke atas pengajaran yang sedang mereka jalankan. Proses

ini sebenarnya memerlukan seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis


maklumat bagi membuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalannya secara
berterusan.

Elliott (1993) menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk
mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seorang
pengkaji Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang merangkuami
konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal refleksi. Proses ini melibatkan
penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan. Bagi Elliott, perubahan pendidikan perlu
berlandaskan inkuiri yang sistematik.

Dari pandangan-pandangan di atas, jelaslah bahawa penglibatan guru sebagai


penyelidik ini perlu diperkembangkan. Penglibatan pakar-pakar penyelidik dalam
membimbing guru untuk melakukan penyelidikan secara berterusan boleh membentuk
budaya menyelidik dan reflektif. Budaya ini memungkinkan suara dan pandangan wakil
guru didengar dan diambil perhatian oleh pihak pembuat dasar dan pihak-pihak yang
berkepentingan dalam pendidikan. Ini sekurang-kurangnya dapat menigkatkan
keyakinan dan self-esteem guru

Budaya menyelidik juga didapati telah dapat menigkatkan keberkesanan guru yang
seterusnya dapat menyumbangkan kepada kualiti pendidikan. Dalam konteks
pendemokrasian penyelidikan konsep guru sebagai penyelidik ini akan mula

berakarumbi di kalangan guru di negara ini. Penglibatan guru dalam penyelidikan


terutama penyelidikan tindakan perlu dijadikan amalan harian.

Pembudayaan penyelidikan yang menyeluruh adalah perlu supaya penyelidikan dapat


dijadikan sebagai amalan yang boleh membantu dalam membuat keputusan serta
tindakan yang lebih baik. Penyelidikan bukanlah cara yang boleh menyelesaikan
sesuatu masalah, tetapi penyelidikan dapat membantu dalam melihat masalah secara
lebih terancang dan sistematik supaya penyelesaian kepada masalah itu dapat dibuat
dengan lebih berkesnn. Untuk membolehkan penyelidikan memberi sumbangan yang
berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan gurudi setiap peringkat, metodologi,
proses dan dapatan penyelidikan perlu dapat difahami dan digunakan sebaik-baiknya
oleh pelbagai pihak yang terlibat dan berkepentingan.

7.0 ISU-ISU BERBANGKIT


7.1 ISU DISIPLIN
Sejauh manakah guru-guru di sekolah sedar akan etika keguruan seperti yang tercetak
di dalam Buku Rekod Pengajaran (Tatasusila Profesion Perguruan, Malaysia) ?
Walaupun Pengetua/Guru Besar dan guru memegang Buku Rekod Pengajaran dan
merekodkan rancangan pengajaran mereka tiap-tiap hari, tetapi adakah mereka
membaca dengan teliti dan memahami Tatasusila Profesion Perguruan , Malaysia yang
merupakan garis panduan kod etika perguruan? Berapa peratuskah Pengetua/Guru
Besar dan guru-guru seluruh Malaysia yang memahami kod etika ini dan betul-betul
mengamalkannya?

Menurut Dr. Mohammed Sani (2001) dalam menggariskan sifat dan kualiti peribadi
seseorang guru, di antaranya termasuklah sifat bertanggungjawab, mempuyai
keyakinan diri, mempuyai daya kepimpinan dan menghayati nilai keagamaan dan nilai
murni melalui program tarbiyah ruhiyyah yang berterusan. Menurut Rohaty (2002), guru
perlu memahami dan menghayati etika dan profesion keguruan supaya dianggap
professional. Malangnya terdapat juga segolongan guru dan Pengetua/Guru Besar
yang seolah-olah telah terlupa tentang kewujudan kod etika keguruan, dan salah satu
faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku ialah faktor materialistik. Menurut Dr.
Tajul Ariffin (1997), tugas mendidik sekarang telah dicemari dengan kegilaan guru untuk
mencari kekayaan, kemegahan dan pangkat. Ini menyebabkan guru menggunakan
lebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah perkara-perkara tesebut daripada
memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Ini jelas sekali
menjejas etika dan profesion keguruan. Sebagai kesan sampingannya, pada masa kini
telah berlaku kes-kes salah guna kuasa dan salah laku serta jenayah yang melibatkan
pengurus sekolah atau/dan guru-guru sekolah.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah, Zulqarnain Hassan


dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Jenayah Rasuah Salah Guna Kuasa
dan Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah pada Seminar Kepengetuaan
Kebangsaan Ke-3 di Institut Pengetua Universiti Malaya, Mac 2004, beliau telah
mengatakan bahawa pengurus sekolah menyedari peruntukan undang-undang
mengenai penyalahgunaan kuasa itu, ``Tetapi mereka dengan sengaja melakukannya
,''. Menurut beliau, kes-kes sedemikian didapati bertambah setiap tahun, dan ini telah

menunjukkan peningkatan dalam kes penyalah gunaan kuasa oleh pihak berkenaan.
``Namun begitu ada juga pengurus sekolah yang tidak tahu perbuatan mereka itu
menyalahi peraturan,'' katanya.
Dalam pembentangan kertas kerja tersebut, belaiu telah memberi contoh kes-kes yang
tidak beretika yang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia seperti berikut:
1. Contoh Kes Suapan
a. Guru Jasmani menerima wang daripada kontraktor didorong bahawa beliau
meluluskan pembelian alat sukan.
b. Pengetua sekeluarga menerima tiket kapal terbang secara percuma untuk
melancung ke luar negeri dari syarakat buku yang menjual buku di sekolah berkenaan.
c. Pengetua menerima wang bulanan untuk dirinya daripada pengusaha kantin asrama
sekolah kerana telah berusaha mendapatkan tender untuknya.
d. Pengurus sekolah meminta kontraktor membaiki rumahnya secara percuma kerana
beliau telah menganugerahkan kontrak kepada kontraktor berkenaan.
e. Anak pengurus sekolah telah diberikan pekerjaan sebagai kerani di pejabat
kontraktor sebagai balasan kerana mendapat kontrak.

2. Contoh penggunaan dokumen palsu untuk mengelirukan majikan


a. Pengurus sekolah membuat tututan perjalanan kepada pihak atasan kononnya
perjalanan dibuat daripada tempat A ke C, tetapi sebenarnya perjalanan adalah
daripada A ke B.
b. Pengetua berpakat dengan kontraktor menuntut kos baik pulih perabot sekolah
dengan menggunakan resit/invois tetapi kerja baik pulih tidak dijalankan sebaliknya

kerja lain dibuat.


c. Pengetua meluluskan bayaran kepada kontraktor membekal makanan untuk pelajarpelajar asrama sekolahnya dalam keadaan beliau tahu bahawa tuntutan adalah tidak
betul iaitu 100 orang pelajar diberi makanan tetapi tuntutan daripada kontraktor ialah
200 orang pelajar yang diberikan makanan.

3. Contoh kes pengurus sekolah yang mengambil kesempatan daripada


kedudukannya/jawatannya untuk kepentingan peribadi atau saudara
a. Seseorang pengurus sekolah mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarakat
abangnya untuk mendapat bekalan kertas, kapur, pasu bunga dan peralatan sukan
sekolah.
b. Pengurus sekolah membeli peralatan peti sejuk dan televisyen bagi kegunaan bilik
guru sekolah dengan mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat elektrik milik
isteri/suaminya.
c. Pengetua memberikan tender mengusahakan kantin sekolah kepada pengusaha
kantin yang ada hubungan persaudaraan iaitu adik ipar.

4. Contoh kes pecah amanah


a. Pengurus sekolah memberikan wang bantuan kerajaan kepada pelajar berada, dan
bukannya pelajar miskin seperti dikehendaki oleh peraturan.
b. Pengurus sekolah dikehendaki membayar sejumlah wang kepada Perbendaharaan
tetapi bayaran tidak dibuat kepada Perbendaharaan sebaliknya dimasukkan ke dalam
akaun sendiri maka beliau telah melakukan pecah amanah.

Selain daripada contoh kes-kes penyalah gunaan kuasa yang tersebut di atas, dalam
tahun 2004 ini telah pun berlaku beberapa kes yang tidak beretika di kalangan guru
kerana terlibat dalam penjenayahan dan salah tingkahlaku.

Selain daripada itu, satu kes yang berlaku di Sekolah Menengah Sains di Kuantan,
Pahang ialah ibubapa seorang pelajar telah mengadu bahawa anaknya telah dirotan
walaupun kesalahan yang dilakukannya terlalu kecil (Berita Harian, 30/6/2004).

Satu kes yang lain pula melibatkan penjenayahan yang telah dilakukan oleh seorang
guru lelaki di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur yang telah menculik seorang
budak perempuan yang hanya berusia empat tahun dan telah meminta wang tebusan
sebanyak RM200,000 (Berita Harian, 24/6/2004).

Selain daripada kes-kes yang tersebut di atas, kita juga sering dapati adanya
kecenderungan pihak-pihak tertentu, khususnya syarikat-syarikat pengeluar, penguasa,
penerbit, pengedar dan individu-individu yang ingin membuat jualan terus kepada
pelajar-pelajar dan guru-guru atau pun ingin mengadakan promosi melalui pameran dan
demonstrasi dengan tujuan yang sama (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988,
Kementerian Pendidikan Malaysia). Menurut pekeliling berkenaan, Pengetua dan Guru
Besar diingatkan bahawa

kebenaran tidak boleh diberi kepada mana-mana syarikat atau mana-mana individu

... Walau bagaimanapun, kelonggaran kepada larangan ini boleh diberi kepada pihakpihak yang memohon untuk membuat jualan keadaan-keadaan tertentu seperti
perayaan Hari Ibubapa, Hari Guru, Hari Sukan [atau] demonstrasi dan promosi
hanya mendapat perhatian dan pertimbangan tanpa melibatkan pelajar-pelajar dan
lain-lain guru. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988, Kementerian Pendidikan
Malaysia).

7.2 ISU SEMASA PROGRAM LATIHAN GURU


Isu profesion guru juga sering dikaitkan dengan latihan mengajar. Persoalan seperti
bagaimana pihak universiti, maktab, Kementerian Pelajaran dapat menguruskan
progam latihan mengajar bagi guru pelatih dengan cara lebih berkesan? Latihan
mengajar bagi bakal guru adalah pendidikan awal dalam hidup pendidik. Pengetahuan
akademik tidak cukup untuk menjadi seorang guru, pengalaman dan amali praktikal
menentukan kejayaan seseorang guru. Keberkesanan penyampaian pengetahuan
adalah hasil sebenar kerja mereka. Keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada
konsep guru sebagai berikut:

Agen mangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar.


Fasilitator dalam pembelajaran pelajar.
Penggerak kepada usaha pelajar.
Pembimbing dan model.
Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang ada untuk kebajikan pelajar.

Latihan mengajar memberi peluang bagi guru menggunakan teori dan prinsip-prinsip
pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di samping
meningkatkan keyakinan diri untuk mengurus bilik darjah. Keseluruhan jangka masa
latihan mengajar lebih kurang 12 minggu, waktu mengajar antara 8 hingga 10 waktu
seminggu. Tumpuan khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah mengikut opsyen guru pelatih itu. Terdapat beberapa kelemahan dalam program
latihan pengajar:

Kemahiran profesional belum mantap


Latihan mengajar menekankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran,
sedangkan tuntutan profesion perguruan lebih daripada itu kerana guru menghadapi
banyak tekanan sosial seperti masalah berkaitan dengan disiplin, tuntutan ibu bapa dan
masyarakat yang mementingkan pencapaian akademik cemerlang.

Kekurangan bimbingan dan tunjuk ajar


Guru pelatih diselia antara 5 hingga 8 kali semasa latihan mengajar. Penyeliaan dibuat
untuk menilai kecekapan guru mengajar dan respons dari pelajar di dalam mata
pelajaran. Sebagai perbandingan, latihan profesion kedoktoran, doktor perlu menjalani
housemanship selama setahun. Semasa menjalankan housemanship, doctor pelatih
adalah di bawah pegawasan doktor pakar. Selepas itu, doktor tersebut perlu mendapat
pengiktirafan dan mendaftar dengan persatuannya untuk latihan dan seterusnya terikat
dengan tatasusila profesion kedoktoran di bawah pengawasan persatuan perubatan.

Jangka masa latihan yang singkat


Salah satu ciri profesion ialah latihan ahli-ahlinya memakan masa panjang dan seragam
di semua institusi pengajian. Tempoh latihan perguruan berubah mengikut institusi dan
permintaan tenaga manusia. Misalnya, tempoh masa perguruan di maktab berkurang
dari tiga tahun ke dua setengah tahun. Program diploma pendidikan di universiti
mengambil masa 9 bulan termasuk latihan mengajar. Jangka masa terlalu singkat
menyebabkan calon tidak didedah kepada suasana sebenar di sekolah dengan masa
yang cukup.

7.2.1 Kekurangan latihan pendidikan guru dalam perkhidmatan


Pendidikan guru dalam perkhidmatan adalah pendidikan terancang dan berterusan
untuk membantu guru yang sedang berkhidmat bagi mengemaskini pengetahuan dan
kemahiran profesional mengenai pendekatan dan penemuan mutakhir untuk
membolehkan mereka menjalankan tugas dengan efektif.
Pendidikan guru dalam perkhidmatan sentiasa menekankan strategi pengajaran baru
terutamanya apabila sesuatu kurikulum baru diperkenalkan untuk dilaksanakan oleh
guru. Program ini membantu guru menjalankan tugas, mempertingkatkan kebolehan
mengajar dan mendalami pengetahuan dan pengalaman guru. Di samping itu, sijil atau
diploma yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan membantu para guru
melanjutkan pelajaran ke universiti, kenaikan pangkat atau gaji.
Mengikut kajian Dr Mohammed Sani Bin Ibrahim (1992), hanya seramai 1,485 orang
guru iaitu 0.83 % daripada jumlah guru di Malaysia pada 30 Jun 1989 seramai 178,666
guru yang berpeluang mengikuti program pendidikan guru dalam perkhidmatan. Punca-

punca minoriti guru yang menghadiri program adalah:


Bilangan kursus yang ditawarkan dan bilangan peserta yang diambil adalah terhad.
Sistem pemilihan peserta kursus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak
penganjur. Menurut pegawai kanan di Kementerian Pendidikan dan pengetua maktab
perguruan bahawa pengetua cenderung mencalonkan guru bermasalah manakala guru
yang berprestasi baik diminta terus mengajar di sekolah untuk memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas dan keputusan peperiksaan sekolah
dapat dikawal dan dipertingkatkan. Jabatan Pendidikan Negeri juga tidak menyokong
kebanyakan pemohonan guru yang dicalonkan oleh pengetua. Masalah mendapat
calon yang sesuai menyebabkan berlakunya guru-guru pernah mengikuti kursus dipilih
semula untuk berkhusus.
Maklumat mengenai kursus tidak sampai ke pengetahuan guru dan ini menyebabkan
ramai guru tidak boleh memohon untuk mengikutinya.

7.3 ISU CALON GURU


Antara calon-calon yang menawarkan dirinya menjadi guru ada yang terdiri daripada
golongan tidak berminat terhadap profesion guru, oleh kerana memerlukan pekerjaan
dan merupakan pilihan terakhir mereka selepas gagal memasuki program lain. Malaysia
dilandar dengan banjir siswazah akibat daripada dasar pendemokrasian pendidikan
dibawa oleh Dasar Ekonomi Baru. Peluang-peluang pekerjaan yang berkurangan akibat
kemerosotan ekonomi menyebabkan pengangguran segolongan besar siswazah, maka
sebahagian mereka telah diserapkan ke profesion perguruan.

Kriteria bercorak akademik digunakan dalam pemilihan calon perguruan tanpa


menitikberatkan sikap, aptitude atau kecenderungan dan personaliti disertai dengan
iltizam untuk berjaya merupakan faktor penentu sama ada seseorang itu menjadi guru
baik atau sebaliknya. Profesion perguruan dan skim perkhidmatan pendidikan masih
belum menandingi profesion-profesion lain seperti peguaman, perniagaan, perakuanan
dan kedoktoran yang menarik pelajar terbaik. Misalnya, syarat umum kemasukan
universiti adalah lulus SPM dengan kepujian BM termasuk lulus ujian lisan, mendapat
sekurang-kurangnya gred E bagi Pengajian Am, gred E bagi dua mata pelajaran lain
bagi calon dari STPM.

Isu tentang kelulusan akademik guru bukan sahaja menarik minat orang ramai di
Malaysia sahaja. Laporan dari Amerika tentang keadaan kurang memuaskan bagi
keupayaan akademik (scholastic aptitude) di kalangan pelajar berminat menjadi guru.
Kebolehan intelektual bakal-bakal guru didapati jauh lebih rendah daripada kebolehan
kebanyakan pelajar yang mengkhusus dalam bidang lain seperti kejuruteraan dan
perubatan. Justeru itu, pendidikan hanya dapat menarik pelajar-pelajar yang kurang
kebolehan dalam bidang akademik. Untuk menaikkan imej penguruan di Amerika
Syarikat, syarat kelulusan akademik memasuki bidang perguruan dinaikkan dari CGPA
2.00 ke 2.5 (Laman dan Reeves, 1983). Kajian-kajian seterusnya menunjukkan latar
belakang akademik pelajar pendidikan perguruan sama baik dengan latar belakang
akademik pelajar dalam bidang lain (Fisher dan Reldman, 1985; Book, Freeman dan
Brousseou, 1985).

Gambaran yang jelas telah menunjukkan kelulusan akademik calon pendidikan kurang
daripada pelajar yang mengikuti pengajian perubatan, kejuruteraan dan undangundang. Walau bagaimanapun, untuk menjadi guru baik, kelulusan akademik sematamata tidak dapat menjadi ukuran, banyak sifat lain seperti dedikasi, sabar, akhlak baik
adalah sangat penting.
Perlukah temuduga lebih ketat bagi pemilihan calon program pendidikan diadakan?
Keberkesanan guru bergantung kepada latihan yang diterima dan keperibadian. Calon
yang tidak berminat, dan menganggap guru sebagai satu pekerjaan tidak dapat menjadi
seorang guru yang baik. Kredibiliti guru bergantung kepada:

Nilai sikap motivasi


faktor personaliti
faktor aspirasi
dedikasi, komitmen dan kepuasan diperolehi.
sikap penyayang terhadap kanak-kanak dan bercita-cita mengeksploitasi potensi
mereka sepenuhnya.

8.0 CADANGAN
Disarankan beberapa tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan nilai etika dan
kualiti profesion perguruan dalam sistem pendidikan di negara ini, diantaranya seperti
berikut :

Topik Etika dan Profesion Keguruan dengan berpandu kepada Tatasusila Profesion

Perguruan, Malaysia yang tercatat dalam Buku Rekod Pengajaran, dimasukkan ke


dalam agenda Mesyuarat Pertama Tahunan dan apabila adanya guru baru yang
melapor ke sekolah untuk mengingatkan guru-guru tentang kod etika perguruan yang
harus dipatuhi. Dengan membuat demikian, pengetua dan guru besar juga akan
sentiasa mengingati wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam pengurusan
sekolah. Selain daripada itu, juga pamerkan Tatasusila Profesion Perguruan dalam Bilik
Guru supaya ianya dapat dibaca oleh seluruh masyarakat sekolah agar guru akan
sentiasa sedar akan kod etika profesion keguruan.

Laksanakan program peningkatan profesionalisme guru


Melalui program berkenaan membolehkan guru sekolah terbabit bekerjasama dengan
pensyarah maktab perguruan mengusahakan program yang dikenal pasti berdasarkan
keperluan masing-masing, seperti membina bahan pengajaran dan pembelajaran
(P&P), kursus padagogi dan motivasi serta meningkatkan profesionalisme guru.

3. Memberi bimbingan profesional berterusan kepada guru, sekaligus menaikkan


prestasi pelajar di kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek, bertepatan matlamat
mempertingkatkan akses, ekuiti serta kualiti pendidikan dan strategi memperkasakan
sekolah kebangsaan.

4. Kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di padalaman perlu ditangani dengan


melaksanakan strategi berbeza daripada guru lain. Geografical isolation perlu dipecah
bagi mengurangkan jurang perbezaan pendidikan antara kawasan pedalaman, luar

bandar dan bandar

5. Guru perlu menyusun dan menentukan keutamaan kerja mereka sendiri. Dalam hal
ini Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam teori moden, kaedah yang paling
berkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa (autokratik)
tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu, di mana pihak pentadbiran
sentiasa mengambil daya usaha untuk memotivasikan guru dan kakitangan sekolah.

6. Pembangunan Profesionalisme Melalui Pengurusan Ilmu


Secara jelasnya, pengurusan ilmu sebenarnya mendorong kita untuk meningkatkan
profsionalisme dengan memberikan yang terbaik melalui konsep pengurusan ilmu
dengan menekankn konsep perkongsian, mencari maklumat yang baru. Maklumat ini
seterusnya akan digunakan untuk perkembangan profesionalisme pendidik. Fullan dan
Hargreaves (1992) menjelaskan bahawa konsep `collaberative di dalam pekerjaan
akan memberikan lebih pendekatan untuk menjadikan pendidik lebih profesionalisme
terutama di kalangan mereka yang baru berkhidmat serta langkah-langkah yang
dijalankan oleh Fullan dan Hargreaves merupakan cadangan yang sama dengan
konsep pengurusan ilmu ialah:

a. Menggalakkan kerjasama di kalangan pendidik berkaitan dengan projek dan


pembangunan pelajar.
b. Sering bertukar pendapat,kerjasama di dalam seminar, mesyuarat, atau perjumpaan
yang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembangunan profesionalisme pendidik.

c. Bermatlamatkan kejayaan. Pendidik bekerjasama menjalankan idea yang dicipta


untuk mencapai matlamat mereka.
d. Menganjurkan perjumpaan secra tetap bertujuan berbincang mengenai masalah
pelajar. Mereka sentiasa bertukar pendapat, meneliti semula penilaian dan pencapaian
pelajar, dan menggunakan kesempatan untuk membina alat bantu mengajar.

9.0 PENUTUP
Kesederan kepada etika dalam memartabatkan profesion perguruan perlu datang dari
pengalaman guru-guru sebagai pendidik itu sendiri. Nilai etika dan gaya profesional
keguruan perlu diterapkan dalam organisasi pengurusan guru dan aspek pedagogi
keguruan agar matlamat pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dimanfaatkan
kepada pelajar. Nilai etika dan gaya ini haruslah di pupuk dalam program pendidikan
guru lagi agar mereka dapat mengetahui lebih mendalam tentang objektif sebenar
menjadi seorang pendidik. Guru perlu memastikan pencapaian matlamat dan objektif
dasar pendidikan, guru juga perlu berdepan dengan tanggapan dan persepsi pelajar
dan masyarakat yang pelbagai terhadap etika dan profesion keguruan.

RUJUKAN

Book, C.L, Freeman, D.J.& Brousseau B. 1985. Comparing academic backgrounds


and career aspirations of education and non-education majors. Journal of Teacher
Education, vol.36(No.3): 27 30
Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.2.1
Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.23
Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.37
Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.57
Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.63
Donald Schon (1983) A guide to innovation in education. Ann Arbor, ISR: University of
Michigan.
Fisher, R.E.and Feldman, M.E. 1985. Some answers about the quality of teacher
education students. Journal of Teacher Education, vol.36(No.3): 37-40.
Fullan, M & Hargreaves, A. 1992. Whats Worth Fighting for in your School? Together
for Improvement. Buckingham : Open University.
Mack. (1975) Dalam Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan
Kualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohammed Sani Bin Ibrahim. 1992. Satu penilaian terhadap pendidikan guru dalam
perkhidmatan di Malaysia dan implikasinya untuk masa depan. Tesis Doktor Falsafah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Stenhouse (1975) Professional Ethics In Teaching: Towarda The Development Of A
Code Of Practise. Journal of Education, 0305764X, Jun 2000, Vol. 30, Issue 2.
Academic Search Premier.
Suprihadi dan Soehartono (1982) Comparing academic backgrounds and career
aspirations of education and non-education majors. Journal of Teacher Education,
vol.36(No.3): 27 30
Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice (7th Edition). New Jersey : Prentice Hall.
Yu-Mei Lin dan Spodek. (1992). Early Childhood Teacher Preparation In Taiwan. Early
Child Development and Care Journal, 78, 95-109.

Anda mungkin juga menyukai