Anda di halaman 1dari 31

CACATAN AMALAN HAJI DAN UMRAH

Bil Perkara Catat


1. Barang keperluan bagi Lelaki untuk dibawa :

a. 2 Helai Kain Ihram .


b. 1 Tali pingang hji.
c. 2 Helai Kain Pelikat yang tidak berjahit.
d. 2 Helai Kain Pelikat yang sudah berjahit.
e. 2 Helai baju Melayu.
f. 4 Helai kemeja T.
g. 2 Pasang selipar
h. 2 Pasang setokin.
i. 6 buah penyangkut baju.
j. Sehelai tuala mandi.
k. Sebuah lampu picet kecil.
l. Cermin mata hitam
m. Gunting kecil.

2. Barang keperluan bagi Perempuan untuk dibawa :


a. 2 Pasang Telekong.
b. 2 Pasang mini Telekong
c. 4 Pasang pakaian biasa.
d. 2 Pasang baju tidur yang berseluar
e. 1 Kain basahan mandi
f. 4 Helai kemeja T.leher bulat lengan panjang
g. 2 Pasang selipar
h. 4 Pasang setokin.
i. 6 buah penyangkut baju.
j. Sehelai tuala mandi.
k. Sebuah lampu picet kecil.
l. Cermin mata hitam.
m. Gunting kecil

3. Mandi sunat Ihram :


Niatnya

Sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Taala


4 Solat sunat Musafir :
Niatnya

Sahaja aku Sembahyang sunat Musafir dua raekaat kerana Allah Taala

Rakaat Pertama selepas fatihah al kafirun


Rakaat Kedua selepas fatihah al ikhlas

5. Berdoa :

Maksudnya :
Ya Allah sesunguhnya kami bermohon kebaikan dan taqwa dalam perjalanan ini
dan juga amalan yang Engkau Redzai, Ya Allah mudahkanlah perjalanan
kami ini dan dekatkanlah bagi kami jaraknya yang jauh, Ya Allah Engkaulah
teman dalam perjalanan ku Engkaulah juga penjaga keselamatan keluarga yang
ditinggalkan. Ya Allah kami berlindung kepada Mu dari segala mara bahaya
dalam perjalanan dan perkara-pekara yang mendukacitakan, Jauhkanlah
kami dari burok pandangan pada kaum keluarga dan harta benda.
6. Pakai Ihram

7, Sembahyang sunat Ihram :


Niatnya

Sahaja aku Sembahyang sunat Ihram dua rakaat kerana Allah Taala

Rakaat Pertama selepas fatihah al kafirun


Rakaat Kedua selepas fatihah al ikhlas.

8 Tulis didinding ( dengan jari telunjuk )

9. Baca Doa

10. Azan
11 Berdoa

12 Menaiki kenderaan dan berdoa

13 Lapur diri Kompleks Haji

14 Menyerahkan bagasi, menerima passport serta tiket


penerbangan & taklimat perjalanan

15 Menaiki bas menuju KLIA


16 Menaiki pesawat dan membaca doa

17 Dalam kapal terbang mendengar pengumuman berada dikawasan


miqat haji / umrah untuk berniat

Haji Ifrad :

Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihran dengannya kerana Allah Taala

Haji Tamattu ( buat Umrah)

Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihran dengannya kerana Allah Taal

18 Bertalbiah

19 Pemeriksaan Imigresen dan Kastam, seterusnya menaiki


bas menuju Makkah

20 Membaca doa apabila masok kawasan tanah haram


Ya Allah tanah haram ini tanah haram Mu, nageri ini negeri Mu,
keamanan ini keamanan Mu, maka haramkanlah aku dari api neraka
dan amankanlah aku dihari Engkau membangkitkan hamb

21 Membaca doa apabila melihat kota Makkah

Ya Allah jadikanlah Negeri ini tempat yang tenang buat ku, kurniakanlah
rezki yang halal buat ku, berikanlah kebaikan didunia yang boleh
menyampaikanya kepada akhirat, selamatkanlah kami daripada api
Neraka, Ya Allah Negeri ini Negeri Mu, Rahmat ini Rahmat Mu, aku
datang memohon Rahmat Mu dan menuju ketaatan kepada Mu, menurut
perintah Mu, mengherapkan keridzaan Mu, aku bermohon sebagai
hamba yang takut daripada azab Mu, aku berharap agar Engkau menerima
kemaafan ku dengan mengampunkan dosa-dosaku dan memasokan aku
kedalam syurga.

22. Doa masok Masjidil Haram


23 Doa melihat Kabah ( Baitillah )

Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah


yang maha Esa, tidak ada sekutu bagi Engkau sekali-kali, Tuhan yang
memerintah segala sesuatu, bagiNya segala kepujian dan Dialah Tuhan yang
Maha Berkuasa keatas sesuatu, aku berlindung
24 Menerima kunci bilek serta mengambil wudu bersiap untuk Tawaf
Niat Tawaf Qudum : ( bagi yang mengerjakan Haji Ifrad )

Sahaja aku mengerjakan tawaf Qudum tujuh keliling kerana Allah Taala

25 Niat Tawaf Umrah : ( bagi yang mengerjakan Haji Tamattu )

Sahaja aku mengerjakan tawaf Umrah tujuh keliling kerana Allah Taala

26. Solat sunat Tawaf


Niatnya

Sahaja aku sembahyang sunat Tawaf dua rakaat kerana Allah taala

Rakaat pertama lepas Fatihah surah al Kafirun


Rakaat kedua lepas Fatihah surah al Ikhlas

27. Melakukan Saei : ( Saei simpan )


Niat Saei Haji ( bagi yang melaksanakan Haji Ifrad )

Sahaja aku mengerjakan Saei Haji tujuh keliling kerana Allah Taala

28 Melakukan Saei : ( Saei Umrah )


Niat Saei Umrah ( bagi yang melaksanakan Haji Tammatu )

Sahaja aku mengerjakan Saei Umrah tujuh keliling kerana Alla Taala
29 Tahlul : ( Haji Tamattu )

Ya Allah kami mohon dari Mu agar menerima doa kami, afiahkanlah kami,
ampunkanlah kami, berilah pertolongan kepada kami, untuk taat danbersyukur
kepada Mu, jangan biarkan kami bergantung kapada yang lain selain dari Mu,
matikanlah kami didalam Iman dan Islam yangsepmurna yang Engkau redha
kepada kami, Ya Allah peliharalahkami dengan meningalkan segala bentuk
kejahatan selama kami hidupdidunia ini, bimbinglah kami untuk terus
melaksanakan segala perkara-perkara memberi manfaat dengan menjadikan
pandangan yang seelok-eloknya kearah keridzaab Mu, Engkaulah Tuhan yang
maha Pengasih lagi Penyayang

30. Yang melaksanakan Haji Ifrad tidak bertahlul dan menjaga segala
larangan dalam Ihram, digalakan solat berjamaah di Masjidil Haram,
perbanyakan solat-solat sunat, juga tawaf sunat ( mengkadakan solat
lebih baik mungkin ada yang tertingal )

31 Kebiasaanya jam 11 pagi 8 Zulhijah bersiap untuk ke Arafah


Mandi sunat Ihram( bagi yang mengerjakan Haji Tammatu sahaja )
Niatnya:

Sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Taala

32 Pakai Ihram

33 Sembahyang sunat Ihram :


Niatnya

Sahaja aku Sembahyang sunat Ihram dua rekaat kerana Allah Taal
Rakaat Pertama selepas fatihah al kafirun
Rakaat Kedua selepas fatihah al ikhlas
34 Berniat Haji : ( Haji Tamattu )

Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihran dengannya kerana Allah Taala

35 Bertalbiah

36 Mengerjakan Qiamullail :
Solat sunat Tahajjud
Niatnya :

Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua Rakaat kerana Allah Taala
Rakaat pertama lepas fatihah al Baqarah ayat 284 285
Rakaat kedua lepas fatihah al Baqarah ayat 286
Sujud akhir baca dalam sujud 11 x

Lepas salam berdoa :


Ya Allah bagi Mu segala pujian, Dikaulah Penegak alam semesta, langit dan
Bumi dan segala isinya, bagi Mu jua segala pujian, Engkau pemberi cahaya ( nur )
kepada langit dan bumi dan segala isinya, bagi Mu jua segala pujian, Engkau tuhan
yang sebenar janji Mu adalah benar, bertemu dengan Mu pada hari Qiamat
adalah benar, kata-kata Mu adalah benar, Surga Mu adalah benar, Neraka Mu
adalah benar Nabi-nabi Muadalah benar, Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar,
hari qiamat adalah benar, Ya Allah kepada Mu aku berserah, pada Mu aku beriman,
keatas Mu aku bertawakkal, ketempat Mu aku kembali, Dikaulah yang aku rindu
dan kepada Mulah aku berhukum, maka ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan akan
datang, yang tersembunyi dan terserlah, Dikaulah yang lebih mengetahui
mengenai diriku, Dikaulah yang awal dan akhir, tiada Tuhan melainkan Engkau,
tiada daya upaya melainkan pertolongan Engkau jua.

Solat sunat Tasbih


Niatnya :

Sahaja aku sembahyang sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Taala
Rakaat pertama lepas Fatihah surah at Takaathur.
Rakaat kedua lepas Fatihah surah al Asr.
Rakaat ketiga lepas Fatihah surah al Kafirun.
Rakaat keempat lepas Fatihah al Ikhlas.
Bertasbih :

a. Berdiri lepas membaca surah 15 x


b. Ruku lepas tasbihnya10 x
c. Iktidal lepas tahmidnya10 x
d. Sujud lepas tasbihnya10 x
e. Duduk antara dua sujud lepas doanya 10 x
f. Sujud lepas tasbihnya 10 x
g. Duduk sebelum bangkit rakaat kedua 10 x
h. Tahyat akhir sebelum memberi salam 10 x

Doanya :
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang tetap hidup dan kekal selama-lamanya
mentadbir sekelian makhluknya yang mempunyaikeagongan dan kemuliaan.

Y a Allah aku bermohon dari Mu taufiq sepertimana golongan yang telah mendapat
pertunjuk,ibadat golongan yang yakin, ketelusan golongan yang bertaubat,
keazaman golongan yang sabar, kewaspadaan golongan yang takut, pengharapan
golongan yang tekun, peribadatan golongan yang wara, kebijaksanaan golongan
yang berilmu, sehingga kami menjadi takut kepada Mu.

Ya Allah aku bermohon dari Mu sifat takut yang akan menjadi benteng dari
berbuat maksiat kepada Mu,sehingga kami dapat beramal dengan penuh ketaatan
dan mendapat keridzaan dengannya, dan ketelusan didalam bertaubat kepada
Mu, dan kami bermohon dari Mu sifat gerund, sehingga kami bertawakal
kepada Mu didalam setiap urusan dan mempunyai sangka baik terhadap Mu
yang maha suci pencipta nur

* Jika dilakukan waktu malam empat rakaat dua salam manakala diwaktu siang
satu salam tanpa tahyat awal

Solat Sunat Taubat :


Niatnya :

Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala

Selepas Fatihah rakaat pertama surah az Zalalah


Selepas Fatihah rakaat kedua surah al Addiyaat
Istifar 100 x / 70 x / 7 x

Berdoa :
Kami bertaubat kepada Mu ya Allah, kami bertaubat kepada Mu ya Allah, Kami
kembali kepada Mu ya Allah, kami menyesal atas apa yang telah kami lakukan dan
berazam tidak akan mengulangi lagi dosa itu selama-lamanya
.
Kam itidak mengakui agama selain Islam dan kami naik saksi bahawa tiada Tuhan
yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan kami naik
saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kami redza Allah tuhan
yang sebenar, Islam agama yang dianuti, Muhammad sebagaiNabi dan Rasul kami
Ya Allah, Ya Tuhan kami, baikilah kesudahan segala pekerjaan kami, lepaskanlah
kami daripada kehinaan didunia dan akhirat..
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mohon kepada Mu keridzaan dan
Syurga Mu, dan kami berlindung pada Mu daripada kemurkaan Mud an balasan
api Neraka
Ya Allah ya Tuhan kami jadikanlah sebaik-baik hari kami ialah hari menemui
Mu, dimana Engkau redza akan kami, dan kesudahan amaanl kami dengan baik,
matikanlah kami dalam kadaan Islam, himpunkanlah kami bersama orang-orang
yang soleh, Ampunilah kemi, Ibubapa kami guru-guru kami, dan orang-orang
menujuk ajar kami kearah kebaikan.

Solat Sunat Hajat


Niatnya :
Sahaja aku sembahyang sunat Hajat dua rakaat kerana Allah taala

Rakaat pertama lepas Fatihah ayat Kursi dan al Kafirun 10 x


Rakaat kedua ayat Kursi dan al Ikhlas 10 x
Dalam sujud yang akhir sebelum Tahyat akhir baca
a. Tasbih 10 x

b. Selawat 10 x

c. Rabbana 10 x

Selepas salam berdoa :


Solat Sunat Witir dua rakaat
Niatnya :

Sahaja aku sembahyang sunat witir dua rakaat kerana Allah taala

Solat Sunat Witir satu rakaat


Niatnya :

Sahaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah taala

Rakaat pertama lepas Fatihah surah al Ala


Rakaat kedua lepas Fatihah al Kafirun
Rakaat ketiga lepas Fatihah Berdoa al Ikhlas, al Falaq dan al Naas
Berdoa :
Solat Sunat Duha
Niatnya

Sahaja aku sembahyang Duha dua rakaat kerana Allah taala


Rakaat pertama lepas Fatihah surah al Syams
Rakaat kedua lepas Fatihah surah ad Duha
Dalam sujud yang akhir sebelum baca Tahyat akhir baca 70 x

Berdoa
38. Gelincir matahari mendengar Khutbah Arafah solat Zohar & Asar
berjamaah tamam


Sahaja aku sembahyang fardu zohor dihimpunkan dengan asar kerana Allah Taala


Sahaja aku sembahyang fardu asar dihimpunkan dengan zohor kerana Allah taala

39 Waktu Asar Zikir Arafah


ZIKIR-ZIKIR
PADA HARI WUQUF DIARAFAH
MAKNA ZIKIR DIARAFAH
1. Maksudnya :
Ya Allah aku meminta ampun kepada Mu Ya Allah Tuhan yang maha Besar yang
tiada lain melainkan Engkau, Tuhan yang maha hidup kekal abadi dan aku
bertaubat kepada Mu.

2. Maksudnya:
Ya Allah hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, ya Allah ya Tuhanku,
hamba Mu datang menyahut panggilan Mu, yang tiada sekutu bagi Mu sekali-
kali, sesungguhnya segala puji-pujian, nikmat dan kerajaan adalah
kepunyaan Engkau yang sekali-kali tiada sekutu bagi Mu.

3. Maksudnya:
Allah yang maha Agung, Allah yang maha Agung, Allah yang maha Agung,
tiada Tuhan selain dari Engkau Tuhan yang maha Besar, segala puji-pujian
tertentu bagi Mu jua ya Allah.
4. Maksudnya:
Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya yang layak disembah melainkan Allah,
yang Esa, yang tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala pemerintahan, dan
bagiNya jua segala pujian-pujian, Tuhan yang menghidupkan dan yang
mematikan, dengan kekuasaanNya berlaku segala kebaikan, dan Dialah yang
berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu.
5. Maksudnya:
Tiada ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Tuhan yang
Maha Agung, Sesungguhnya aku naik saksi bahawasanya Allah Taala itu
maha berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu, dan bahawasanya ilmu Allah
Taalah itu meliputi segala-galanya.
6. Maksudnya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, bahawa
sesungguhnya Allah Taala ialah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha
Mengetahui.

9. Maksudnya:
Ya Allah selawat dan salam serta berkatilah keatas Nabi yang tahu
membaca dan menulis demikian juga keatas keluarga-keluarganya sekelian

37. Solat Maghrib & Isya Jama tamam


Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib dihimpunkan dengan Isya kerana Allah taala


Sahaja aku sembahyang fardu Isya dihimpunkan dengan Maghrib kerana Allah taala

38 Selepas setengah malam meninggalkan Arafah menuju Mudzlifah


mengutip batu afdal 7 biji sebanyak-banyaknya 70 biji
39 Menuju ke Mina untuk melakukan lontaran Jamratul Kubra
sampurna lontaran hendaklah bertahul
40. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari Tasriq ( 11, 12 dan 13 Zulhijah )

41. Berdoa di Mina

42 Pulang ke Makkah dengan melakukan Tawaf Ifadah ( Tawaf Haji ).


Niat Tawaf : ( bagi yang mengerjakan Haji Ifrad, Tamattu & Qiran
Sahaja aku mengerjakan tawaf haji tujuh keliling kerana Allah taala

43 Melakukan Saei :
Niat Saei Haji ( bagi yang melaksanakan Haji Tamattu )

Sahaja aku mengerjakan Saei Haji tujuh keliling kerana Alla taala

44 Selesailah Ibadah Haji kita, berharap Allah menerima haji kita sebagai
Haji yang Mabrur

Ya Allah Engkau terimalah haji kami ini Ya Allah sebagai haji yang Mabrur disisi
Mu, dan Saei kami sebagai hamba Mu yang bersyukur diatas nikmat kesihatan
keimana dan ketaqwaan dan razki, dosa kami yang Engkau ampunkan, segala
amalan yang kami lakukan Engkau terima, kami adalah hamba Mu dari
kalangan anak hamba Mu, yang kerdil lagi daif terimalah kami Ya Allah !!!
jika Engkau tak terima nescaya kami jadi orang-orang yang rugi.

45. Bagi yang mengerjakan Haji Ifrad bolehlah melakukan Umrah


sebanyak-banyaknya.

46 Bersiap menuju ke Madinah :


a Barang-barang milik sendiri.
b. Barang-barang kiriman.
c. Mengambil Wudu
d. Tawaf Wida.
e. Solat Sunat Tawaf.
f. Solat Sunat musafir.
g. Berdoa :

47 Niat Tawaf Wida


Sahaja aku Tawaf Wida kerana Allah taala

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ! aku ini adalah hamba Mu dari


kalangan anak hamba Mu, berdiri dihadapan pintu rumah Mu
mengadu dan menyatakan kepada Mu betapa beratnya kaki ini
ingin meninggalkan tempat yang mulia lagi barakah ini, tapi
apakan daya, aku adalah hamba Mu yang akan berkunjung
ketempat kediaman kekasih Mu Muhammad s.a.w . yang
mengharapkan Syafaatnya pada Hari Qiamat nanti, Ya Allah
aku berjanji kiranya usia ku masih ada rezki ku murah, sihat
tubuh badan ku maka engkau sampaikan aku lagi ketempat ini,
kiranya Malakul maut mendahuluinya, maka keampunan,
keridzaan serta syurga Mu yang ku harapkan Ammin.

h. Menjaga larangan Tawaf wida:


1. Tidak boleh Masok semula Masjidil Haram.
2. Tidak boleh berbaring didalam bilek.
3. Tidak boleh membeli belah ( kecuali makanan & obat ) .

48 Melepasi Masjid Bir Ali membaca Doa


49. Masok Masjidi Nabawi
50 Berdoa di Raudah

51 Slam pada Rasulullah

52 Salam pada Syaidina Abu Bakar


53 Salam pada Syaidina Omar

54 Ziarah wada

55 Doa minum air Zam-zam


56 Zikir Munajat
57 Selawat untuk mudah melaksanakan haji
, ,

Hamba Mu datang menyahut pangilan Mu, Ya Allah hamba Mu datang menyahut


pangilan Mu, hamba Mu datang menyahut pangilan Mu, tiada sekutu bagi Mu, hamba
Mu datang menyahut pangilan Mu, sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan
pemerintahan adalah kepunyaan Mu, tidak ada sekutu bagi Mu.
Ya Allah appa-apa kesalahan dan kesilapan dalam risalah ini, maka Engkau ampunilah
hamba Mu ini yang faqir lagi daif, yang setiasa mengharapkan ihsan dan ridza Mu,
sahabat-sahabat serta mereka yang menerima risalah ini sama-sama memperbetuli
semuga member manfaat untuk diamalkan.
Ya Allah kurnikanlah kepada kami Haji yang mabrur, Umrah kami umrah yang yang
mensyukuri segala Nikmat kurniaan Mu, dosa yang diampuni, amalan yang diterima dan
perniagaan yang tidak mendapat sebarang kerugian didunia dan akhirat.
Ya Allah janganlah Engkau jadikan kami terakhir menjijakan kaki ini dikedua Tanah
Suci, kiranya ditaqdirkan sedemikian maka gantikan untuk kami ini syurga Mu

Disediakan Oleh

Ustaz Hj Abu Bakar Bin Abd Aziz

No. 9, Jalan Lundu 7

Taman Beringin

Jinjang Utara

52000 Kuala Lumpur

019 - 3588695

Anda mungkin juga menyukai